Pedih rasanya nak nukilkan sesuatu kali ni. Entah kenapa, saya kurang jelas. Mungkin terlalu rindu arwah atuk. Siapa sangka Ramadhan yang lepas saya berpuasa dengan atuk buat kali terakhir. Al-fatihah untuk arwah atuk, Abdul Rahman bin Ahmad.
Namun, hidup perlu diteruskan. Saya cuba sedaya upaya menerima qada' dan qadar-Nya kerna itu adalah rukun Iman yang wajib saya imani. Ya, memang perit sekali namun saya percaya Allah lebih Maha Mengetahui segala-galanya.
Baru kini saya merasai sendiri tentang kehilangan orang yang tersayang. Sedih, pedih, perit. "Allah, redhakan hati hamba, relakan hati hamba menerima dugaan ini.... agar tenang rohnya."
![]() |
| Mungkin adik paling terasa kehilangan atuk kerna dibesarkan dan diasuh oleh atuk dari bayi lagi, |
Kini tiada lagi rutin harian di petang bulan puasa.
Sehingga kini, saya tidak berpeluang menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan sepertimana yang selalu arwah lakukan.
Saya kira beruntung dan sepatutnya saya bersyukur kerana pada tahun lepas saya sempat berpuasa bersama-sama arwah. Alhamdulillah.
Dan saya tidak tahu bagaimana jika tahun lepas bulan puasa jatuh ketika saya masih di Penang, maka tidaklah dapat saya berada di rumah berpuasa bersama-sama keluarga.
Sekarang saya belajar untuk memanfaatkan masa bersama-sama insan tersayang. Mana tahu ini Ramadhan kali terakhir saya pula. Maka perlulah saya lebihkan amal ibadah serta menjadi manfaat di rumah ini.
Kali ini, saya mahu berbakti pada Tuk Pah dan Bonda saya. Saya mahu masakkan untuk mereka, turut segala kata mereka dan apa saja yang dapat buat mereka bahagia.
Ah, sedih-sedihan pula saya kali ini. *kesat air mata*
Jemput baca entri ini .


No comments:
Post a Comment