Friday, December 31, 2010

Membaca Amalan Mulia

Assalamualaikum wbt 

Haa. Lama dah tak membebel sesorang kat sini. Bukan apa, aku malas nak naip. Banyak sebenarnya nak kongsi dengan semua. Tapi kemalasan lebih bermaharajalela. Haish! Ntah bila la kemalasan ini akan lenyap dalam kehidupan aku! Dari bulan 10 hari tu tak coretkan apa-apa. Lagipun aku memang tak brapa minat dalam bidang penulisan ataupun penaipan. Ngee~~

Actually, banyak benda dah jadi dalam masa aku tak menge'post'kan entry-entry terbaru kat sini. Time sem lepas, time study week, aku ade gi jejalan kat area Penang dengan kekawan. Sebelum tu, kalau tak silap 2-3 hari sebelum study week aku gi kem BTN kat Perak. Aku sebenarnya nak kongsi dengan semua pasal jejalan aku kat penang tu. Kat Taman Rimba kalu tak silap aku. Dan nak jugak kongsi pengalaman yang sangat best time aku gi kem hari tu. Masih segar bugar dalam kepala otak aku ni. 

And 1 more, nak juga aku kongsikan 'kerja-kerja' aku time cuti sem hari tu. Wuh! Banyak benda dah berlaku cuti hari tu. Tapi tu semua aku simpan dulu la eh. Sebabnya kali ni aku nak bebel pasal satu benda ni. Ada juga kaitan dengan cuti sem aku hari tu. Tapi tak banyak sangat kaitan nye.

Apa kaitan tajuk entry aku dengan cuti sem hari tu? Haa. Ni baru nak masuk tajuk. Tadi tu hanya bebalan bebelan serta kemerapuan aku yang tidak dapat dipisahkan dalam blog ini. Ngee~~ Sebenarnya membaca itu adalah amalan yang mulia. Aku dapat tahu benda ni dah lama dah. Cuma aku tak jadikan amalan membaca ni dalam diri aku yang sememangnya seperti orang yang sombong bodoh. Ahaks.

Sombong bodoh? Ya. Sebabnya aku paling tak suka membaca. Dan tahukah anda (ceh ayat nak skema), sebenarnya orang yang malas membaca itu adalah seorang yang sombong bodoh. Kenapa? Sebab dengan membaca kita akan membuka minda dan berfikir. Dengan membaca, apa-apa yang kita tak tahu akan jadi tahu. So, sebab tu aku cakap orang yang malas membaca ni sombong bodoh. Berlagak tahu. Tapi hakikatnya ...

Dan aku dah mula berjinak-jinak dengan kucing peliharaan atuk aku yang bilangannya hampir 10 ekor. Eh! tiada kaitan. Sebenarnya aku nak berjinak-jinak dengan hobi membaca. Yang aku rasakan aku dah rugi banyak masa hanya dengan tak membaca. Yang aku bayangkan, kalau sebelum ni aku jadi ulat buku mesti banyak benda yang aku dapat kongsikan kat semua orang. Tapi aku tersedar lambat dah. Sekarang umur 12 21 tahun aku dah nak memcecah 22. Walaupun masih muda remaja, tapi tetap dah lambat. Ngee~~ Bagi memujuk hati, aku kene berubah. Ye tak?

Kesedaran aku muncul sejak cuti sem hari tu (ni la kaitan nya). Ntah kenapa ntah tetiba aku rasa jeles (jealous) dengan kawan aku sorang ni. Dia suka sangat baca buku. Pastu crite balik kat aku  apa yang dia baca tu. Ok, tu tak apa la kan. Yang membuat aku rasa nak suka kat hobi membaca ni sebabnya aku nak sangat dapat banyak informasi. Nak tahu benda-benda yang aku tak dapat bila aku masuk kuliah atau kelas-kelas yang berbagai. Tak dapat bila aku hanya tengok tv, dengar radio, borak2 dengan kawan, dan segala bagai kecuali dengan membaca. 

Ok. Cuti sem hari tu aku ada baca satu novel ni. Yang sebenarnya memang aku ternanti-nanti nak baca nye. Dah ada lama dah kat rumah. Akak aku yang beli (yang sememangnya akak aku ni suka beli novel dan perlu ke aku menyatakan nya disini. Ngee~~) Tajuk novel nya "Bumi CInta". Kalau tak silap penulisnye Habiburahman ke apa ntah namenye. Sangat best. Rasa tomyam pun ade. Eh! rasa nak baca banyak kali je. Banyak sangat benda yang aku tak tahu aku dapat dalam novel ni. Lagi-lagi novel ni menceritakan seorang lelaki ni yang dilingkari dengan persekitaran yang sangat menduga iman dan takwa. Huh! Tak dapat aku nak tayangkan betapa aku suka kat novel ni. Dan aku rasa ramai sebenarnya manusia-manusia yang macam Muhammad Ayas (hero dalam novel ni) dalam dunia sekarang. Aku rasa aku sendiri macam hero tu cumanya iman dan takwa hero tu terlampau tinggi dan aku... wallahualam~~ Aku teringat tazkirah malam tadi, orang yang bagi tazkirah (aku tak kenal siapa yang bagi tazkirah malam tadi. ngee~~) cakap, hadith dari sapa ntah aku lupa, dia cakap Allah tidak memandang rupa, harta dah keturunan tetapi pada hati. Apa yang aku nak sampaikan kat sini sebenarnya? Ngee. Pembaca seklian silalah faham sendiri ye. (sebenarnya tetiba teringat benda ni, tak tahu ada kaitan ke tak.Ngee~~)

Ok. Habis dah aku baca buku tu, aku rasa aku nak baca lagi. Ada satu buku ni pun dah lama sebenarnya aku nak baca. Sejak dari balik kem BTN hari tu. So, cuti sem hari tu aku pi amek duit PTPTN dan beli buku tu kat 'popular'. Tahu tak popular tu apa? Ha. Popular tu adalah tempat yang aku beli buku tu. Dan aku tak sangka pula duit PTPTN aku masih ada. Baget cukup-cukup sem je duit tu. Tapi Alhamdulillah dapat gak aku  membuat pem'baget'an berhemah sem lepas. Hasilnya, aku dapat beli buku "Nasib Melayu di Bumi Melayu" dan aku ternampak mak aku pun macam nak beli buku, so, aku pun blanja mak aku satu buku. Mak aku pilih buku kisah-kisah nabi. Agaknya dia nak crite kat anak murid dia agaknya nanti. 

Haa. Buku yang aku beli cuti sem hari tu pun best jugak. Buku tu banyak bagitahu kita pasal nasib Melayu di bumi melayu ni. Sesuai la tu dengan tajuk buku tu. Sebenarnya penulis ni aku rasa dia nak kita sedar dan bukan dia nak isukan masalah melayu je (sebab penulis pun bukanlah berbangsa melayu) tapi banyak berkaitan dengan Islam. Sebab dia prihatin kat ummah inilah yang menggerakkan tangan dia tulis buku ni.Aku rasa patut pun penulis tulis buku tu (actually buku ni menghimpunkan semua artikel yang dia dah tulis, so, jadilah sebuah buku). Aku rasa jugak, orang melayu patut baca buku ni. Biar sedar. Ok, siapa yang nak pinjam kat aku buku ni sila bagi aku rm10 juta. Eh! Tak. Gurau je. Kalau nak pinjam boleh je. Tak perlu bagi imbuhan me,pe,ke dan sebagainya. Eh! bukan imbuhan tatabahasa tu, tak perlu la bagi 'imbuhan'. Nak pinjam bagitahu diruangan komen (dan yang penting jangan bagi hilang itu buku. hee~~).

Aku sebenarnya dah jatuh hati dengan tabiat membaca. Sebab tu lama dah aku tak me'update' blog aku ni. Dan kalau korang prasan (kawan aku yang prasan benda ni sebenarnya) aku dah lama menyepi dalam dunia maya ni. Alah, bukan menyepi apa pun. Ada je sebenarnya. Mungkin sebab kawan aku perasan aku menyepi sebabnya aku tengah bersama-sama kekasih hati aku ni la. Yela. Aku sudah menemukan kekasih hati mestilah ingin bersama-sama nya selalu sehingga terabaikan sahabat-sabahat aku diluar sana. Harap paham la ye sahabat. Ngee~~  

Hari tu balik penang aku ade beli juga satu buku ni. Actually bukan la buku apa. Majalah sebenarnya. Majalah "Solusi". Dah lama sebenarnya solusi yang aku beli ni. Aku tengok tajuknya lain macam je that's why aku beli. Aku beli tu pun sebab nanti kat atas bus boleh aku baca-baca. Yela, 8 jam atas bus. Kalau aku bawak kekasih hati aku ni sama tak la boring kan. Dan hasilnya, aku dah berjaya membaca bab-bab yang aku suka dalam majalah tu. Dan kalau pembaca sekalian nak tahu, majalah solusi ni walaupun mahal daripada majalah-majalah seperti magga, URL, hiburan dan segala bagai tu tapi perisian nye sangat bermanfaat. Kiranya kat dalam bus hari tu, aku dapat tahu benda baru lagi. 

Wah! Seronok rupanya tabiat membaca ni. Tak percaya? Percaya? Haa. Cubalah jadikan membaca ni suatu yang major dalam hidup kita. Dan sekarang aku akan menjadikan amalan membaca salah satu amalan wajib aku. Insya-Allah!

Dan semalam aku baru terbaca satu buku ni, aku pinjam kat library. Bagus juga bagi aku yang baru berjinak-jinak dengan hobi membaca ni. Buku ni sebenarnya aku pinjam sebab nak motivasikan diri aku dengan aktiviti membaca. Dah tajuknya pun "Motivasi dan Kaedah Membaca". So, dapatlah aku banyak infoemasi pasal membaca ni. Dan tak sangka dalam kesibukkan aku semalam aku dah habis dah baca buku tu. Rasa macam lama pun ada jugak. Tapi hakikatnya kejap je aku baca buku tu. 

Ha.. Ni lagi satu benda. Ada la kot berkisar pasal membaca ni. Nak tahu tak (kalau tak nak tahu gi main jejauh), sejak aku bercinta dengan buku ni, aku dapat habeskan buku/novel/majalah dengan cepat berbanding dulu. Walaupun tak la secepat mana, tapi tak la kalau dulu aku nak habeskan satu buku tu makan masa berbulan-bulan. Tapi sekarang satu hari pun boleh satu buku (tengok tajuk jugak la. Hee). Apa yang penting bagi aku aku dapat banyak sangat benda baru dengan membaca.

Sebenarnya membaca ni salah satu cara kita untuk dapat ilmu. Ya. Salah satu. Dalam erti kata lain, cabang kepada ilmu. Kan orang dulu-dulu selalu suruh kita menuntut ilmu, bukan setakad orang dulu-dulu je, sekarang ni pun mak ayah kita, atuk kita, makcik pakcik kita semua suruh kita belajar dan belajar kan. Sampai kita sendiri pun malas nak dengar. Jadi, membaca lah. Sebabnya belajar tanpa membaca seperti kita pakai baju tapi koyak. Kiranya tak sempurna la kan. Dan membaca adalah perkara utama dalam pembelajaran.

Dalam Al-Quran sendiri dah menyatakan "bacalah" surah Al'alaq ayat pertama. Wahyu yang pertama pulak tu. Ha. Nampak tak sebenarnya membaca itu penting. Nampak tak ni? Haish! Harap-harap nampak la eh. 

Ok. Akhir penaipan, bacalah! Aku pun nak gi baca buku. Buku apa ek aku nak baca??

>>>membaca amalan mulia, membaca penyuluh hidup, membaca jambatan ilmu...

(^_^)v

Monday, October 25, 2010

MRC Heritage Walk dan Fort CornWallis

Assalamualaikum semua. Ok kali ni aku nak bebel crite pengalaman aku yang tak seberapa. Macam mana nak mula ek. Erm... Mula dengan basmallah la. Hikhik.^^

10 0ctober 2010
Alhamdulillah selama aku duk kat Penang ni, baru kali ni aku dapat keluar berjalan-jalan dengan rianya. Thats mean, jalan-jalan macam orang melancung melancong tu. Tapi sebenarnya tujuan aku keluar kali ni bukan suka-suka. Sebab utama, sebenarnya aku dan kawan-kawan aku pakat nak pi MRC Heritage Walk. (kalau tak ada sebab kompem-kompem aku tak kluar dari usm ni)

Apa benda alah? sebenarnya Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Penang yang anjurkan benda alah ni. Aku tak tahu sangat. Huhu.. Tapi yang pasti kami perlu berjalan keliling Padang Kota Lama. Aku tak tahu sebenarnya kat mana tempat ni. Kami redah je masa mula-mula nak pi sini. Siap tanya driver bus rapid sebab tak tahu tempat nye.

kat sini la tempat kami mula berjalan

Kami semua sampai tepat-tepat je masa nak mula. Orang dah ramai dah. Dan kami nyelit-nyelit amek tempat kat depan sekali (konon-konon semangat nak jalan). Ramai la jugak. dan tak sangka aku boleh duk depan sekali dalam ramai-ramai orang tu. Dan kompem-kompem la kami sampai awal. Yela. Dengan tenaga muda kami lagi, kedudukan kami kat depan sekali sudah tentu kami sampai antara yang awal.

Dalam perjalanan ni, apa yang aku dapat perhati of kos la mamat hencem. Eh.. Tak. Aku tak jumpa pun mamat hemcem (apek-apek hencem mungkin). Aku tengok kat penang ni banyak bangunan lama-lama. Nostalgia. Yela. Penang kan salah satu negeri yang banyak tinggalan sejarah. Kat Padang Kota ni jalan nye pun tak besar-besar. Kalau anda tengok tv crite 60-70-an, ha.. macam jalan kat crite tu la. lagi-lagi macam crite omputeh. Wah! Time aku jalan tu dah rasa berada pada zaman tu je. Tu la sepanjang perjalanan yang aku nampak kat laluan yang kami lalu. (tapi tak semua jalan kat Penang macam ni aku rasa contohnya kat bayan baru ke bayan lepas ntah. aku lupa)

Dan yang tak boleh blah, dan habes berjalan dengan kelajuan kereta ferari, kami terus pi amek air milo. Masa kami amek air tu of kos la tak ramai lagi orang. Yela. Kami sampai awal. Siap boleh amek sekali lagi. Then, bila kami nak amek kali ketiga dah ramai dah orang beratur.

Dah lepas jalan-jalan tu ada sesi cabutan bertuah (sebab ada cabutan bertuah ni la aku nak pi. ngee~~). Dan kami semua tak dapat hadiah bertuah tu. Huhu.. Nampaknya kami memang tak bertuah hari tu. Huh!! Kucewa.

saat menunggu nombor bertuah diumumkan. aku bersama Ah Teng

Walaupun aku and kawan-kawan aku semua tak dapat. Kami tak kisah. Asal kami masih boleh gelak-gelak lagi. Haha(gelak sambil berguling-guling di atas Padang Kota Lama dengan diiringi lagu hindustan)

Sebenarnya program jalan-jalan keliling Padang Kota Lama ni sekejap je. Kalau tak silap dari pukul 8 am sampai dalam pukul 10.

Lepas program tu yang kami jalan sakan. Eh.. Kawan-kawan aku la yang sakannya. Aku cool aja. Rasanya orang sakan pon tak macam kami kawan-kawan aku ni. Ala, apa salahnya dah alang-alang sampai sini kita round la mana-mana yang patut. Ye tak?

Subhana-Allah. Pemandangan kat sini best. Tak tahu nak kata. Speechless. 

peace. very nice this place
Sebenarnya dalam perjalanan nak balik, kami terjumpa satu tempat ni. And on the spot kami decide nak pi tempat ni. Yela dah alang-alang. Masa waktu tu pun awal lagi kalau nak balik belum malam orang kata. Huhu. 

ni la tempat nye

Kat dalam ni pun best jugak. Tinggalan sejarah dulu kala. Maka terbukak la kembali memori aku pasal subjek sejarah kat sekola dulu. Aku rasa cikgu-cikgu sejarah patut pi sini untuk nak bagi kepahaman kat murid mereka. Masa kat dalam ni aku jumpa ramai pelancong asing. 

time ni aku nak tanya "how old are you" sekali terkeluar "how are you" plak

sempat lagi kami bergambar denga pelancong asing. 

Dalam firasat aku, ni baru satu tempat aku pi kat penang ni. Tak tahu lagi tempat-tempat lain. Mesti ada lagi best. So, lepas ni nak kene pi jalan-jalan lagi ni. Tinggal kene cari masa dan waktu yang sesuai je.

Ok la.(aku malas dah nak naip. ngee~~)

Akhir penaipan, best la jalan-jalan dengan kawan-kawan aku yang sempoi ni. Lain kali kita round tempat lain pulak eh.

>>>sambil berjalan jangan lupa ambil iktibar dari apa yang kita perhatikan

(^_^)v

Saturday, October 23, 2010

Kenapa?

Assalamualaiku wbt. Apa khabar? Baik. Alhamdulillah.

Aku tak pasti nak mula macam mana. Yang pasti dalam benak aku ni asyik ligat fikir KENAPA dalam dunia ni asyik nak keutarakan tentang CINTA. Ya. Aku tahu cinta itu perlu. Terutama cinta Yang Satu. kan?

Tapi kalau asyik sebut aja tentang cinta. Aku jadi muak. Bosan. Menyampah. Kenapa? Ntah. Aku sendiri kurang pasti. Maaf.

Kalau kat mukabuku a.k.a facebook pun selalu di'post' status, video-video, gambar-gambar, nota dan sebagainya tentang cinta. Tak kira apa genre nya. Yang pasti cinta. Begitu juga cerita drama mahupun movie di tv serta pawagam. Asyik saja dimomokkan isu cinta. Novel dan cerpan juga kebanyakkannya tentang cinta. Waima ada penulis blog juga suka meluahkan rasa cintanya. Nah. Betapa cinta mudah dijadikan idea utama dalam hidup. Sekarang juga aku sedang bicara tentang cinta bukan.

Malah keruntuhan moral yang melanda juga ada kaitannya dengan cinta. Bukankah cinta itu indah. Mengapa bisa saja meruntuhkan moral?

Aku sedih, sebal. Mengapa anak-anak muda sekarang bersikap endah tak endah tentang moral. Akhlak. Ya. Tak semua anak muda begitu. Tapi begini. Ya. Benar. Tapi berapa saja bilangnnya.

Ada juga bukan kerana cinta. Tapi keadaan sekeliling. Contoh masalah keluarga, kawan yang mempengaruhi fikiran, desakan hidup dan sebagainya. 

Ini satu lagi hal. KENAPA masalah-masalah yang dihadapi tidak dapat diselasaikan. Mengapa membiarkan masalah membebani pundak kita. Sedang kita dikurnia akal untuk berfikir. Maka berfikirlah cara menyelesaikan masalah dengan tenang. Bukankah Allah tidak akan membebankan hamba-Nya dengan seuatu yang tidak dapat kita tanggung?

Kekadang aku tidak paham. Kenapa berlaku begini dan begitu. Kenapa? Tapi aku biarkan saja persoalan KENAPA berlalu bak angin sepoi-sepoi bahasa. Bukan kerana aku berputus asa untuk mencari jawapan. Tidak. Tapi aku lebih suka tentang persoalan MENGAPA. Mengapa? Kerana daripada bila mengungkapkan mengapa sesuatu berlaku lebih banyak jawapan yang terukai. Ya. Cubalah.

Ada orang suka tanya kenapa itu kenapa ini. Dan pada firasat aku dan aku sendiri kadang kala sering mengutarakan persoalan itu. Dan begitu lah. Bila persolan KENAPA pasti disusuli dengan MENGAPA. Lebih baik terus kepada persoalan MENGAPA. Mengapa begitu mengapa begini.

Sebenarnya aku tidak suka bertanya. Tapi kadang kala suka bertanya. Pening? Senang saja. Suka dan tidak suka. Bukankah perasaan itu universal. Boleh jadi suka boleh jadi tidak. Seperti mana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 216 "...tapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui". Ya. Cuma kita saja yang tidak mengetahui. Sedang Allah Maha Mengetahui. 

Ok. Aku sekarang sedang fikir pula tentang MENGAPA sering dikeutarakan isu tentang cinta. 

Mungkin dihati setiap manusia yang mengutarakan isu ini mempunyai sifat-sifat penyayang. Ingin berkasih sayang. Begitukah? Salah. Maaf. Jika bukan MENGAPA?

Tiadakah isu lain? Aku sendiri tidak mampu untuk mengutarakan isu apa. Tapi aku suka dan tertarik sekali tetang isu-isu keagamaan. Ya. ISU KEAGAMAAN. 

Bila aku mencari-cari tentang isu-isu keagamaan juga pasti terselit isu cinta. Aduh. Tidak boleh larikah isu cinta dari segala isu. Ok. Aku pasrah. Abaikan isu cinta dan berbalik kepada isu agama yang tiada kaitan dengan cinta. Contoh: akidah, ibadah, akhlak, penyesalan dan rasa bertuhan. 

Kerana aku manusia yang sering melakukan kesilapan, maka itu aku perlu agama untuk memperbetulkan kesilapanku. Tingkah yang sering kali dimurkai itu yang sering aku lakukan, maka aku perlu agama untuk berusaha untuk memperbaiki tingkah yang tidak sepatutnya. 

Mungkin aku perlu berhenti menaip. Kerana aku rasa aku sudah banyak menyimpang dari tajuk perbahasan. Apa yang pasti aku tidaklah benci mahupun tidak suka isu cinta. Apatah lagi cinta yang berunsurkan keislaman seperti novel islamic, nasyid-nasyid jiwang, movie-movie islamic dan sebagainya. Cuma aku perlu memantapkan ilmu agamaku untuk aku jadikan ia bekalan apabila kembali ke 'sana' nanti. Aku perlu memperbaiki ibadahku. Ya. Itu yang utama. Mengabdikan diri kepada-Nya. Walau Aku sering kali lalai dan tidak khusyuk beribadah. Astaghfirullah al-azim. Namun aku berharap Allah tingkatkan imanku agar aku tidak lalai dan khusyuk dalam beribadah setiap hari. Agar aku tidak lalai dan leka dengan cinta yang dianugerahkan kepada setiap insan. Itu yang utama.

Akhir penaipan, Aku sangat perlu mencari ilmu agama kerana aku dahagakan ilmu agama. Aku mahu jadi muslimah sejati. Hamba yang bertakwa. Tapi.... Tiada tapi tapi. Aku akan berusaha melawan hawa nafsu walaupun aku tahu melawan hawa nafsu adalah yang paling sukar. Marilah kita berdoa agar kita berada dalam Islam sentiasa dan sepenuhnya. Amin.

>>>sebenarnya banyak persoalan dalam fikiran aku. tapi aku tak tahu apakah persoalan itu? aku keliru. konpius. mungkin aku perlu tingkatkan ibadahku pada-Nya. Ya. Sangat perlu.

(^_^)v 

Wednesday, October 20, 2010

Khas Untuk Emak

Apa khabar semua??
Ada perkembangan terbaru??
Cewah macam artis pulak ek..
Ok lah. Perkembangan aku sekarang.. erm.. perkembangan aku.. erm.. ape ek??
Haish. Macam segan/malu pulak nak beritahu.
Ok ok..
Perkembangan aku sekarag adalah.. adalah..
adalah.. 
Aku dah geti buat video sendiri.
Walaupun tak sepakar mana. Tapi tahu la jugak sikit-sikit. Huhu..
(Orang lain dah lama tahu la yan. kau je yang lambat tahunye.)

Ok!!!
Kat sini aku nak tunjuk sikit hasil yang aku dah buat
1st time ni tau.
So, kalau tak kreatip ke menarik ke menawan ke meriah ke harap maaf je la ye.
Aku just nak mencuba sesuatu yang baru aje.
Dan hasil pertama aku ni aku tujukan khas buat bonda ku.
Ayahandaku?? Ok ok. insya-Allah aku nak jugak buat untuk ayah aku.
Tapi ada kekangan yang tidak dapat dielakkan.
Maka lain kali saja aku membikinnya.
Tapi, kat sini ade jugak selit-selit ayah aku, atuk-atuk aku yang sememangnya aku cintai dan sayangi.
Senang kata, ekceli ade jugak selit-selit family aku yang lain.
Cumenye aku lebihkan kat bondaku saja.
Tak salah kan.

Ok. Meleret meraban pulak dah aku ni.
Saksikanlah...
Hee...




Ni karya pertama aku. (Ceh terasa artis tak bertauliah pulak)
So, silalah komen ke kutuk ke hina ke puji ke hasil yang dah aku buat ni.
Ni aku blaja tanpa ada guru.
Takut jugak aku kalau sesat jalan. Huhu..
Aku tahu ni pun setelah tanya kakak n kawan-kawan aku yang lain.
Pas tu aku explore sendiri.
Apa-apa pun, yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan diri aku sendiri.
Wallahualam....

>>>mood: malas nak pikir. aku nak stay kat rumah atuk aku je boleh tak??hua..(T_T)

(^_^)v

Monday, October 11, 2010

Sign Language Terima Kasih CInta

Aku perlu meng'sign language'kan lagu ini. 
Kumpulan aku dapat giliran last sekali.
Jadi, grup aku boleh berlatih lama sikit.
Harap-harap kami dapat buat yang terbaik.
Doakan kami ya.

Lagi satu,
Aku perlu berlatih lagiu 'ku intai cinta dalam rahsia', 'menghitung hari' dan 'kenangan terindah' untuk persembahan hari guru pusat pengajian aku ni.
Banyak ni. Mampukah aku??
Insya-Allah. Aku cuba yg terbaik.
Sign language kan best. Huhu..


Lirik Lagu Afgan - Terima Kasih Cinta

afgan

Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

ouuwwww...
ouuwwww...

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku oouuwww
Kesalahanku yang pernah menyakitimu


Video Klip Afgan - Terima Kasih Cinta
You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

>>>terasa macam artis tak bertauliah pulak. dan terasa seperti artis bisu.
(^_^)v

Tuesday, October 5, 2010

Perlukah?

Apa khabar semua? Ada baik? Bagus. Aku dengar suara2 yang menyatakan baik. Tapi, yang tak sihat harap anda kembali senyum sembuh. Alhamdulillah, sedang tangan ligat menari-nari di papan keypad laptop ni aku sihat sejahtera hendaknya. Dan ekceli aku baru habes preparation untuk presentation esok (hari ni ekceli b'coz time aku time aku naip ni dah pagi). Harap2 semua berjalan lancar. Wish me luck ok.

Aku sebenarnya nak cakap apa ek? Takda benda benaq nya. Saja nak release tension sebab minggu ni banyak sangat2 benda nak kena settle kan. Haish. Tetibe semua lecturer nak habiskan kelas awal. tu yang aku buat tajuk entry kali ni ‘Perlukah?’. Konon nya perlukah aku menaip entry kali ni. Kahkah..



Perlukah aku letak gambar kat atas ni? ‘STOP LOOKING AT MY SCREEN’

Ok. kali ni aku tak nak taip panjang berjela-jela macam kain ela ke apa ke. Cukuplah aku sampai di sini. Sori kalau membuang masa anda untuk membaca blog aku ni. Lain kali kalau taknak baca pun tak pe. Aku tak kecik hati. Hikhik..

Akhir penaipan, daadaa~~ (sambil kedua-dua belah tangan melambai-lambai ala2 kanak2 kecil melambai-lambai)

>>>Perlukah menaip entry yang membuang masa wahai aziani. Aziani menjawab “perlu la..lalala~~~”
>>>wish me luck

(^_^)v

Friday, October 1, 2010

harapan dalam lagu

Ok. Tiada bebalan kali ini. Aku nak terus isi utama.


Aku minat habes dengan lagu ni





dan lagu ini







Sebab? Aku sensitip bila dengar lagu macam ni. 




Lagu ni pun aku suka









Ala-ala harapan aku la jugak. Hikhik


Ok untuk kali ini. Aku banyak keje this week. Doakan dipermudahkan segala urusan aku ya.


>>>mak ayah engkau ratu hatiku. tanpamu siapalah aku. love my mum n dad forever n ever


(^_^)v

Monday, September 27, 2010

Doaku Untuk Sahabatku


Hai kawan2. Apa khabar imannya? Ok. kali ni aku nak bebel sikit je. Tak banyak. Sikit.

Sejak dua menjak ni, aku jumpe balik kawan2 primary skul aku dulu kat mukabuku (facebook). Banyak perubahan yang aku nampak. Ada tu sampai aku tak cam. Dulu kecik2 muka bersih suci je. Sekarang masing2 dah nampak matang. Aku je yang ntah bile nak matang. Tak sangka mereka ingat aku lagi. Tapi ade je yang tak ingat aku. Yang tak ingat aku tu, aku tak kisah pun. Lagipun aku kat primary skul memang sangat pendiam. Tapi Alhamdulillah mejoriti ingat si pendiam ini. Hee…

Tetiba jugak bila aku bukak mikrolembut (microsoft word) kat bahgian ‘open’ aku terjumpa satu bende ni. Aku tertarik nak bukak sebab tajuk yang aku save tu cam lain macam je. Kebetulan aku tengah chat2 dengan kawan primary skul aku dalam minggu lepas. Kebetulan jugak aku teringat kat kawan2 sekolah aku semua, tak kire la rendah ke menengah ke. So, aku nak post balik bende yang aku save kat mikrolembut aku tu. Khas untuk sahabat2 aku semua. SEMUA.


*****
Doa Ku Buat Mu Sahabat Ku!

Ya Allah...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat..

Ya Muhaimin...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ..
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu..
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu..

Ya Allah...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu..jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu..

Ya Allah ...
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak..Insya-Allah.
AMIN..

dengan ingatan tulus ikhlas...

****

(sumber di atas tidak dapat dikenal pasti, yang pasti aku copi pes dari mana ntah. Hikhik..)

To all my friends, aku akan ingat dan doakan anda semua sampai bebile, insya-Allah. Kenangan kite jangan lupa eh. Hee…

lencana skola rendah aku.. merah kuning je..

Khas buat dayah kamarudin, amalina mahdan, seha kadir, fadzlina zukefli, julyana nasrudin, shima kamis, linda yusof dan semua classmate skola rendah aku (tadika, 1-5 Merak dan 6 Arif batch 1995-2001. Sori kalau tak ingat nama tapi muka and kedudukan kat kelas tu aku ingat lagi, insya-Allah.. tak lupa jugak kawan2 dari kelas lain. kalau tak silap ade 2 kelas je kan. Merak dan Nuri. Pastu darjah 6 tukar kelas Arif dan Bijak..

Akhir penaipan, ingatlah daku dalam doamu. *smile*


>>>sekolah serom 3 dah banyak berubah. Banyak bangunan baru sekarang. Kelas pun dah banyak. Nama2 kelas pun dah berubah, tak de kelas Arif n Bijak lagi….
>>>aku tak tahu la, aku mesti nak ingat nama bapak kawan2 skola rendah aku dulu.. haish..

(^_^)v

Friday, September 24, 2010

Rutin Raya Kat Kampung Serom 2B

Pejam celik pejam celik dah pertengahan bulan syawal dah. Amacam? Ada pose 6 dak? Aku? Rahsia la. Hikhik. Hari tu raya ok dak? Aku? Ok sesangat. Rasa nak jadikan raya ni setahun je. Naseb baik cuti aku seminggu, kalau tak memang dua daerah (muar n ledang) aku ni aku raya. Seminggu mane je yang boleh aku raya. Aku kalau dah raya mau berjam-jam satu rumah tu. Habes kuih2 dalam bekas kuih mereka aku habiskan baru aku tahu nak balik ke pangkal jalan. Ok ni semua auta. Huhu..

Eh2! Kat tempat anda semua kalau raya buat ape ek? Aku tak nak jawapan kunjung mengunjung sesama saudara, salam2 dengan pagi 1 syawal gi masjid/surau. Tu semua common kan. Aku nak yang luar biasa punya. Takpe2. Anda simpan jawapan anda dalam hati je. Sebab mesti jawapan tu special bagi anda. Yela. Dah aku nak yang luar biasa, of kos la luar biasa kan. Eh! Apa aku merepek ni. Aduh! Aku ingatkan penyakit merepek aku dah hilang. Kene gi spital semula la nampaknya amek ubat kemerepekkan aku ni.

 xceli aku nak crite jugak benda yang aku buat masa raya. Ala, biasa la. Aku tengok kat blog2 orang lain sibuk nak crite raya. Aku nak share jugak. Motif? Biar anda tahu raya kat kampung aku camne. Aku rasa lain dari tempat/kampung lain. Best.

Biasa la pepagi 1 syawal, gi surau/masjid semayang raya kan. Kat kampung aku cam tu jugak. Semua orang kampung aku akan gi ke surau kiai said a.k.a sebelah rumah atuk aku. Biasa sampai luar-luar surau jemaahnye. Surau yang banyak bagi aku kenangan. Tiap-tiap tahun memang aku raya kat kampung aku ni. Yup. Tetiap tahun. So, aku pun semayang raya kat surau tu jugak. Bukan sebab mak ayah aku satu kampung. Kampung ayah aku kat muar mak aku kat ledang tapi aku dah tak balik kampung ayah aku dah. Sebab? Takde sebab pun. Ngee~~

Lepas semayang raya? Ok. kampung aku lain sikit (mungkin) dengan kampung anda semua. Kami ada marhaban. Ha.. Tahu tak marhaban tu bende? Ala, camne nak terang ek. Erm.. Anda pernah tak dengar perkataan ‘ahlan wa sahla wa MARHABAN bikum’ .  Biasa time ramadhan dulu ramai orang cakap ‘marhaban ya ramadhan’. xceli marhaban tu macam ucapan selamat datang. tapi kat kampung aku marhaban tu macam gi rumah orang pastu kami akan mengalunkan selawat beramai-ramai. Macam-macam lagu marhaban kami buat. Tapi mak aku kate dulu-dulu lagi banyak lagu mereka bawak. Sekarang kami tahu sikit je lagu tu. Lirik marhaban tu ada kat buku berzanji. Bagi aku kalau nak feel tengok buku tu. Kalau tak tengok macam tak de feel.

Lokasi marhaban of kos la kampung aku sendiri, Kampung Serom 2B. Kampung yang hulu sekali kalau dari jalan besar. Kat tempat aku ni nama kampung semua mula dengan Serom. Dari serom 1 sampai serom 8. 9 dengan 10 takde. Sejarahnya? Aku pun tak tahu. Hee… Ok balik kat point aku tadi. Lokasi pengembaraan marhaban, setiap rumah kat kampung aku ni. So, satu kampung kami raya. Kalau tahun lepas aku separuh kampung je ikut sebab ada hal yang tak dapat dielakkan curik tulang sebenaqnye. Tapi tahun ni habes satu kampung aku raya.

Memula kami akan bagi salam dulu sebelum masuk rumah. Yela. Tak kan nak meluru masuk macam tu je kan. Kene la ade adap sikit. Kata orang Melayu. Tapi kampung aku semua jawa. Ah! Tak kisah la. Dalam identiti card tulis Melayu jugak kan. Lepas tu, masuk dalam rumah. Ade tu, tak dengar pun lagi tuan rumah jawab salam, masuk je. Huhu..  Tapi orang kampung aku tak kisah. Mereka dah tahu dah mesti ade orang datang marhaban. Pintu pun dah sedia terbukak dah. Faham.

Lepas masuk rumah. Apa lagi, mula la sesi menyanyi marhabannye. Aku dengan kuatnya akan marhaban walaupun aku tahu suara aku macam siti nur haliza. Ok yang ni auta. Huhu.. Dulu-dulu, mak aku cakap mereka marhaban seribu batu dah dengar. Sekarang suara semua halus-halus tapi aku tak la. Huhu.. Auta lagi.

Dah habes mendendangkan marhaban tu, kami akan duduk. Yela. Takkan nak berdiri je sepanjang kat rumah orang tu. Cukup la marhaban je yang berdiri. Dah duduk tu, akan ade seorang baca berzanji. ‘Wa muhaiyan’ mulanye. Sambungannya aku lupa. Huhu.. Tahun ni akak aku ngelat. Dia tak baca. Huh! Aku? Mesti la baca. Suara siti nur haliza kan. *Auta la kau yan* tapi tak le semua rumah aku baca. Kalau tak silap aku dua ke tiga rumah. memang kalau nak ikut aku nak baca semua rumah tapi bagi la chance kat mereka-mereka yang selayaknya. Yedak?  Ngee~~

Dah baca berzanji tu, baca doa pulak. Doa hari raya orang kampung aku cakap. Tahun ni rumah 1st aku baca doa tu pun sebab ada mata-mata memandang ke arah aku untuk membaca doanye. Takpela kan ada skrip. Tu yang penting. Tapi lagi penting niat kita. Yedak?

Dah habes baca doa, ape lagi. Serbu la makanan yang ade. Saat ni jugak yang aku suka.. hikhik..  orang kampung aku ni semua bagus-bagus (sape yang nak cakap orang kampung dia tak bagus kan). Kenapa bagus? Yela. Tetiap rumah nak hidang makanan yang special-special. Mahu tak pecah perut aku. Tapi apa aku kisah. Rasa la jugak walau secubit dua (eh, secubit dua ke kau rasa yan?).

Biasanya sesi marhaban kat kampung aku dua hari. Yela. Mana nak larat nak round satu kampung dalam satu hari. Banyak lagipun rumah kat kampung aku ni. Dalam puluh-puluh juga rumah yang ada. Lagi satu, kumpulan marhaban kat kampung aku ade 3 kumpulan. 1-kaum adam yang sudah berkahwin plus belum kahwin 2-kaum hawa yang belum kahwin(anak-anak dara) 3-kaum hawa yang dah kahwin(mak-mak, nenek-nenek). Biasa kumpulan 1 akan mula dulu. Pas tu baru kumpulan 2. Last skali baru kumpulan 3. Waktunya, biasa lepas habes semayang raya kumpulan 1 gi. Tapi tahun ni raya kedua baru start sebab kaum adam kan nak gi solat jemaat. Kelam kabut plak nanti. So, tahun ni pepagi raya kedua mereka mulakan operasi. Kumpulan 2 plak (kumpulan aku la ni) biasa lepas zuhur dalam pukul 2pm gitu. Tapi tahun ni memandangkan raya pertama tak buat, kumpulan 2 buat dalam pukul 9am. Kumpulan 3 pulak buat lepas puasa enam. Tu menurut atuk aku la. Dan ya. Memang dah tiba raya ke-8 mereka akan mulakan operasi.  

Ok. habes crite adat marhaban kat kampung aku. Best tak? Bagi aku best. Kalau anda fikir tak best, takpela. Aku tak kisah pun. Huhu..

Bagus ada program camni kat kampung aku ni. Yela, at les aku tahu la juga perkembangan kampung aku ni. Yedak? Makcik-makcik nenek-nenek kat kampung aku pun tahu perkembangan aku. Tak kire la kembang fizikal ke mental ke. Pastinya perkembangan. Setahun macam-macam buleh jadi. Yang dah habes blaja sekolah rendah gi sekolah mane. Asrama ke kat kampung ke. Yang habes skola menengah gi mana. Sambung blaja lagi ke keje ke. Time ni la nak tahu. Eratkan ukhuwah orang kata.

Ok. nak tutup crite dah sebab aku malas nak naip. Huhu..

Akhir penaipan, aku just nak share kampung aku ada marhaban. Kat tempat anda???

>>>harap-harap marhaban kali ni membawa seribu erti…

(^_^)

Tuesday, September 21, 2010

You Can Do It!!

Jika Aziani Zolman fikirkan Aziani Zolman boleh
Aziani Zolman hampir boleh melakukan
Jika Aziani Zolman fikirkan ragu-ragu
Usaha Aziani Zolman tidak menentu

Percaya apa Aziani Zolman fikirkan
Tabah apa Aziani Zolman usahakan
Bertindak atas kemampuan

AZIANI ZOLMAN BOLEH!!!

>>>mood *family+study(tugas-tugas menimbul)+masa depan+guru berdedikasi*
harap segala tugasan yang aku buat sepanjang tempah pembelajaran aku kat sini membentuk aku jadi guru yang berwibawa dan mampu mendidik anak bangsa terus maju walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan..INSYA-ALLAH!!!

Monday, September 6, 2010

Sanah Helwa**

Pagi ni hujan turun agak lebat. Eh eh.. Lebat ke?? Aku pun tak prasan.. Yang pasti time tengah bangun sahur aku dengar bunyik hujan.. Bukan main asyik lagi hujan mengempaskan dirinya di atas atap rumah atuk aku ni.. tidak sakitkah kamu wahai hujan.. time ni kalau tidur.. peh.. nikmat..


Apa aku melalut ni.. haih..

Ok.. hari ni hari ulangtahun kelahiran aku yang ke-12.. eh.. terasa muda pulak 12 tahun.. jap aku tengok surat beranak.. oo.. aku lahir tahun 1989 so anda kira la sendiri umur aku brape eh.. kalau nak suruh aku kira memang salah la sebabnya aku terlalu genius dalam bab kira mengira ni.. huhu.. gurau senda sekali sekala.. ngee~~

Terlebih dahulu aku sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya aku dapat menghirup udara di bumi ciptaan-Nya ni (nada suara seperti VIP berucap).. Alhamdulillah selama beberapa tahun ni aku masih dan sedang bernafas.. adakah aku masih bernafas pada ulang tahun aku yang akan datang?? Walaupun udara di bumi ni semakin tercemar tetapi kita masih buleh bernafas kan.. maka marilah bersama-sama kita bersyukur dengan nikmat ini.. dan janganlah kita cemari bumi ini kerana kesannya akan balik kepada kita semula..

Orang kata pertambahan umur memang mengembirakan.. tapi berdasarkan maklumat yang aku dapat (lupa sumbernya), pertambahan umur ni merupakan peringatan bahawa umur kita semakin pendek.. paham tak ni?? Ok meh aku terang sikit. Aku pun tak pandai nak terang banyak-banyak.. nanti saraf-saraf dalam kepala anda makin berselirat pulak.. ok kalau kita perhatian umur kita semakin bertambah.. kan.. tapi sebenarnya umur kita semakin pendek.. sebab apa?? Sebab umur kita tinggal sikit untuk beramal dan melakukan aktiviti-aktiviti di muka bumi ini.. semakin pendek untuk menikmati nikmat-nikmat dari-Nya.. semakin pendek dan dekat kepada sakaratul maut..  cuba bayangkan kalau umur yang pendek ni kita ketahui.. maka kita akan berkira-kira dalam amalan.. yela.. kita dah tahu hari kematian.. tapi dengan umur yang semakin meningkat ni, kita tak tahu sebenarnya umur kita semakin pendek.. semakin dekat dengan kematian.. aku sendiri takut bila sebut kematian.. tapi aku sedar kematian itu pasti bagi setiap orang.. yedak?? Maka marilah kita tingkatkan amalan sementara kita diberi peluang bernyawa dan bernafas di dunia ini..

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian, dan di akhirat kelaklah akan disempurnakan segala balasan. Barangsiapa yang diselamatkan dari api neraka, dan dimasukkan pula ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah beerjaya. Tiadalah dunia ini melainkan kesenangan yang menipu daya” Surah Ali-Imran ayat 185.

Dikesempatan ni jugak aku nak mengucapkan ribuan terima kasih (bukan ribuan, tapi infiniti terima kasih) kat mak ayah aku.. sebab tanpa mereka aku tak wujud kat dunia ni..  kata orang walau macam mana pun mak ayah kita, mereka tetap mak ayah kita.. kan.. Alhamdulillah mak ayah aku masih ada..  bagi kawan-kawan aku yang tahu sejarah hidup aku.. pasti anda tahu maksudnya.. bagi yang tak tahu.. sebenarnya tak ada apa-apa yang menarik pun..huhu~~

Mak ayah, terima kasih mendidik anakmu ini secara tak formal…
Aku tak sanggup nak crite kan pengorbanan mak ayah aku.. terlalu banyak.. lagi-lagi dengan kerenah aku.. sebab aku ni memang anak yang degil.. suka buat sesuatu dengan suka hati aku je.. bila mak ayah aku cakap jangan.. yang tu juga aku buat.. teringat aku time aku lepas SPM.. aku cakap aku nak amek diploma.. kalau boleh nak amek kos engenring.. tapi mak ayah aku memang bantah habis-habisan..mereka cakap perempuan tak sesuai la.. peluang pekerjaan kurang la.. dan macam-macam lagi.. tapi aku senyap-senyap letak jugak pilihan engenring tu.. dan keputusannya aku memang tak dapat.. tu la orang cakap.. restu mak ayah tu penting.. dan satu hal lagi yang memang aku tak sangka.. sebenarnya aku sangat tak nak masuk form 6.. jiwa aku memberontak je.. tapi mak ayah aku cakap form 6 bagus la.. lagi-lagi mak ayah aku cakap “tengok pak mak cik kau tu.. semua masuk form 6.. berjaya masuk unibersiti.. nanti buleh jadi cikgu”
Yang jadi cikgu tu yang aku tak tahan.. sebabnya aku tak terpikir pun nak jadi cikgu.. tapi aku dah fobia..aku mesti ikut cakap mak ayah aku.. kalau tak aku rasa berdosa.. apa yang mak ayah aku cakap mesti aku ikut.. macam aku nak jadi cikgu ni pun salah satu tuntutan mak ayah aku.. mereka suka sangat kalau aku jadi cikgu… lagipun aku memang suka jadi cikgu.. lagi-lagi cikgu pendidikan khas.. pernah tak anda semua kalau keinginan anda bertentangan dengan mak ayah anda.. aku banyak kali.. dan setiap kali tu aku akan menangis sebab keinginan aku tak dipenuhi.. sedih.. tapi apa buleh buat.. restu mereka yang lebih utama..biasanya aku akan pikir restu mak ayah aku je.. sebab tu sangat penting bagi aku..eh eh..apa dah aku melalut ni..(aku paling tak suka cakap pasal keibubapaan..hati aku sensitip pasal benda ni)
Ha.. anda Nampak tak impak nya bila dengar cakap mak ayah.. yang aku tak nak tu la yang merupakan jalan aku masuk unibersiti ni.. terima kasih mak ayah..
Kalau dulu time aku kecik-kecik ayah aku selalu beli kek untuk aku.. tapi bila aku dah naik sekola menengah ayah aku dah tak beli dah.. dah besar katanya.. aku tak kesah pun.. yang paling berharga bagi aku bila hari ulangtahun aku ni adalah mak ayah aku.. sebab mereka segala-galanya bagi aku.. yang lain-lain au tak amek peduli dah..

Terima ksih la juga kepada sesiapa yang wish aku.. aku tak ingat sapa yang 1st wish aku… tapi kalau sms yang pertama aku dapat dari kawan baik aku sendiri, INA RAHAYU.. ina, kau memang my best friend forever n ever la..sayang kau lebih..ngeee~~

Yang tak buleh bla.. mak cik aku sempat lagi wish aku “happy besday yan ngok ngek”.. cih.. takpe takpe.. sabar.. ada ke patut die cakap aku ‘yan ngok ngek’..tak pe la makcik.. yang penting aku ngok ngek bila dengan mak cik je..huhu..

Akhir penaipan..sempena bulan baik ni, aku berharap aku dapat memenuhi kehendak mak ayah aku.. kalau boleh apa yang mereka hajati aku akan berusaha dapatkan.. aku harap aku dapat jadi anak yang ‘solehah’ dan mithali.. aku harap aku dapat tingkatkan amalan aku sebagai bekalan anak solehah.. aku harap aku dapat menyerapkan gaya hidup islam dalam diri aku.. aku harap aku dapat jadi cikgu yang berjaya mendidik anak bangsa..aku harap adik-beradik aku jadi anak-anak yang terbaik untuk mak ayah aku..aku harap Negara kita ni aman makmur dan dihindari dari anasir-anasir negatip..aku harap semua umat Islam bahgia dunia dan akhirat dan dijauhkan dari siksaan api neraka..Insya-Allah..

>>>umur aku semakin meningkat...amalan???

(^_^)v

Friday, September 3, 2010

Last Minute Punya Crite..

Alhamdulillah.. time jari jemari aku menari-nari menaip entry ni, aku dah selamat sampai singgahsana aku. Perasaan time ni, hanya Allah saja yang tahu.. gembira tak tergambar dengan kata-kata mahupun perkataan. Kalau nak tangkap gambar pun tak sama dengan perasaan yang nak aku gambarkan.. huh!! Nikmat..

Actually, banyak benda dah jadi before aku balik kampung.. tetiba je aku teringat peristiwa semester lepas time aku nak balik beraya.. satu peristiwa yang tak akan aku lupa.. time tu minggu-minggu kene antar asaimen (assignment). Semester pertama aku kat tempat aku belajar sekarang.. aku memang tak pandai nak buat asaimen sebenarnya.. so.. semua asaimen aku buat last minute.. ngee~~

Keje last minit memang azab.. nak-nak bila time nak print tu tak buleh nak print.. hati membara je.. huh.. padahal memang salah sendiri sebab tak buat awal-awal.. ye dak?? Huhu..

Critenye camni, sehari sebelum aku balik kampung, aku kene hantar asaimen aku.. dan time aku nak antar asaimen aku tu la juga aku nak gi print.. dan kedai yang aku nak gi print pulak tak buleh nak detect file yang ade kat pendrive aku.. huh!! Menyerap darah aku.. yang aku pun satu.. lupa nak save kat Microsoft word 97-2003.. yela.. menurut kakak aku yang agak pakar dalam bab-bab komputer ni cakap kalau save kat situ buleh bukak kat memana komputer..

Aku tak tahu apasal la kat kedai print tu kuno sangat (sori to say ya kedai.. hati tengah panas time tu).. yela.. dah tahu nak buat perkhidmatan mem’print’ sepatutnya kene la install segala software yang sepatutnya.. dan sepatutnya up-to-date kan.. For example, sekarang kan ade Microsoft word 2007 tu kan.. haa.. bubuh la Microsoft word tu.. tak de la nak menyusahkan orang-orang yang up-to-date macam aku ni..ngee~~eh eh.. aku up-to-date ke?? Kakak aku cakap tak.. huhu..

Haa.. padan muka aku.. buat lagi keje last minit ni.. ambik kau azab nya..

Crite asaimen tu settle bila aku gi 3 buah kedai hanya untuk nak print.. pastu aku kene gi kat kedai lain pula untuk burn asaimen aku kat CD.. sebabnya lecturer aku nak soft and hard copi..  time tu aku memang nyesal dah buat keje last-last minit ni.. hati aku time tu asyik bisik-bisik kat aku cakap “tu la yan.. aku dah cakap dah buat awal-awal.. buleh print awal.. so sehari nak balik kau buleh bersenang lenag.. ni tak besenang lenang dahulu bersusah payah kemudian.. ambik kau.. terima la azabnya”

Aceli (actually), time aku nak print tu waktu petang.. kalau tak silap dalam lepas aku solat asar.. huh.. punya la last minit.. dah settle segala print tu dah nak magrib.. waktu tu mendung berarak.. so time nak magrib tu suasana agak gelap.. aku dan kawan-kawan aku berkocoh-kocoh gi masjid nak berbuka.. yela kat masjid kan ade makanan untuk berbuka.. sempat juga aku dan kawan-kawan aku beli air kat tepi jalan tu.. dan tibe je kat perkarangan masjid tu..time tu memang aku tengok jam waktu nak berbuka dah dekat.. kawan aku sempat lagi cakap “eh eh..dah buka.. dah buka”

Aku yang agak kelam kabut time tu dengan pantas baca doa buka puasa dan minum air kat tangan aku time tu jugak dengan kaki yang sedang ligat berjalan ke arah tempat pemberian makanan kat masjid tu.. yang aku pun satu.. dah sah-sah duduk dekat masjid of kos la buleh dengan azan kat situ..

Dengan keadaan pelik aku cakap dengan kawan-kawan aku “eh kau semua tak buka ke?? Tadi kata dah buleh buka”

Kawan aku pun pelik dengan aku “aku gurau je la..haha.tak sangka kau terpedaya..serius..aku tak sangka.lagipun aku ingat kau tahu belum buka sebab kita kan belum dengar azan kan...”

Cih!! Macam apa je.. dah la aku minum kat khayalak ramai.. jatuh maruah aku time tu.. aku dah tunduk-tunduk dah jalan.. agak ramai jugak orang kat sekeliling aku time tu.. harap-harap mereka tak perasan aku minum..tapi memang betul kata kawan aku tu..memang belum dengar azan..memang salah aku..huh..aku kene lebih alert dan fokus sepatutnya.. ye dak??

Dan yang tak buleh tahan.. beberapa minit lepas aku terminum air tu, azan pun mula berkumandang.. huh..time tu aku belaja banyak-banyak bersabar je.. ngee~~

Memang banyak aku blaja time tu.. nak nak bile aku kat dalam bus selama lebih kurang 8-9 jam..keadaan yang lama tu memang senang aku nak muhasabah diri aku balik.. dan bile aku recall balik apa yang berlaku memang aku nyesal.. nyesal sebab buat keje last minit.. nyesal sebab leka.. nyesal sebab aku silap save keje aku.. nyesal sebab tak alert..

mak aku pun selalu cakap kat aku.. nyesal je tak guna.. yang guna adalah apabila kita dah nyesal kita tak ulangi segala penyesalan kita tu. Dan ya.. betul cakap mak aku.. cumanya kekadang sebaga manusia kita selalu suka ulang perkara yang tak sepatutnya..

akhir penaipan, aku harap aku dapat mengatasi kelemahan aku ni.. aku harap aku buleh urus diri aku dengan baik.. aku harap yang terbaik dan aku akan buat yang terbaik.. hanya kerana Allah.. Insya-Allah..

>>>saat-saat kat rumah harus digunakan sebaiknya.. nak tahu tak tadi aku buat ape?? Aku baru basuh berak arep (sepupu aku berumur 2 tahun)… rasa macam ada anak pulak..huhu~~
(^_^)v

Tuesday, August 31, 2010

Surau di kampung dan Masjid di sini

agak lama aku diamkan diri. kesian blog aku sebab dah lama tak bebel kat sini. sorry ya blog aku agak busy. ok sekarang agak tak busy. meh aku nak bebel. yela. nak bebel kat manusia kompem kompem la mereka tak nak dengar. ye dak? huhu~~ so kat sini je la tempat nak bebel sesorang..

sejak 2 menjak ni aku selalu gi masjid. sebab apa? banyak sebab. yang utamanya hanya Allah yang tahu. aku hanya boleh beritahu sebab-sebab lainnya. salah satunya kat masjid ada makanan free. kan aku seorang yang pantang dengan makanan free. lecturer aku cakap orang dah bagi makanan free tu jangan lepaskan peluang. banyak duit dia laburkan nak bagi makan kat kita so kita kene la gunakan sebaiknya. ye dak? maka di bulan yang mulia ni disamping orang yang beri makanan tu dapat pahala, kita pun dah jimat juga.. hee.. =p

selain tu, ala anda semua bukan tak tahu kan. kalau dah alang-alang gi masjid of kos la semayang terawih skali.. nak dapat pahala lebih tak? ha.. gi la masjid solat jemaah. tapi kalau nak jemaah kat bilik pun boleh. ye dak? time aku tengah solat terawih kat masjid ni la, tetiba aku ter'feel' suasana ramadhan yang sebenarnya.. yela. time ni aje yang membezakan dengan bulan-bulan yang lain. ye dak? perasaan aku time ni hanya Allah yang tahu..dihati ini hanya Tuhan yang tahu (nada nyanyian unic)

macam mana perasaan anda semua kalau menjejakkan kaki kat masjid?? aku?? seperti yang telah diperkatakan tadi. hanya Allah yang tahu.. tapi memang perasaan yang lain dari yang lain.. tenang.. nyaman saujana memandang.. eh.. betulkah pembendaharaan aku ni.. ah.. tak kisah.. yang pasti memang tenang. 

teringat dulu aku kecik-kecik.. especeli (especially) time cuti sekolah.. time tu ada cucu tok imam surau aku akan bercuti kat kampung.. (tok imam ini sudah meninggal.. al-Fatihah untuk beliau..) memula aku tak berapa perasan yang bila cuti je mereka akan terpacak kat kampung aku ni.. tapi ada la dalam 2 3 kali dia balik je mesti time cuti sekolah.. ha.. time tu la aku terperasan.. memula tu aku memalu jugak nak kawan dengan mereka.. yela budak-budak lelaki.. hee.. naseb la adik lelaki aku dengan tak malunya nak kawan dengan mereka. aku pun tumpang la sekaki.. so bermula lah persahabatan aku dengan mereka.. mereka?? ya.. sebab mereka adalah adik beradik.. tapi yang paling aku ingat abangnya la.. umur sama dengan aku..hee...

apa kena mengena mereka dengan tajuk entry aku kali ni.. ha.. ni la story yang aku tak kan luputkan dari ingatan jangka panjang aku ni.. hee.. dah namanya pun cucu tok imam, so.. mesti la bila time maghrib and isyak tu mereka akan ikut atok mereka gi surau.. dan time tu juga la aku rajin gi surau.. sebenarnya time tu aku gi surau sebab nak kawan dengan mereka la.. huhu.. alah budak-budak time tu.. aku pun tak tahu lagi bab-bab niat ni semua.. yang aku tahu time tu gi surau dapat pahala.. tapi niat nak main.. haha.. zaman budak-budak..

kan ada sela masa antara maghrib dengan isyak tu kan.. haa.. time ni la kami main.. golek-golek kat surau.. kejar-kejar.. nyorok-nyorok dalam sejadah.. huh.. bila teringat rasa nak balik zaman kecik dulu.. seingat aku time tu aku belum darjah 6 lagi.. sebab tok imam tu meninggal time aku darjah 6..  

sejak tok imam tu meninggal, mereka dah tak balik kampung bila cuti.. aku dah sedih dah bila mereka tak ada.. sebab aku tak de kawan untuk bermain-main di surau.. (haish apa la gi surau untuk main..).. nak harapkan anak tok imam baru,.. huh.. aku tak suka dengan mereka.. kenapa?? sebab aku tak suka la.. haha.. ntah la napa ntah aku tak suka.. sebab mereka memang anak jati kampung aku ni kot.. gi sekolah jumpe.. nak keluar rumah hari-hari jumpe..so rasa tak best la main dengan mereka.. yang aku maksudkan ni budak kampung aku yang lelaki ok... budak perempuan kat kampung aku semua aku suka.. hee..

xceli (actually), aku suka kat cucu tok imam yang dulu  tu.. especeli abangnya.. baik.. hee.. bukan tu je.. dia suka senyum kat aku.. so aku terperasan yang dia suka kat aku.. ada satu hari tu.. siang.. aku naik beskal dengan adik aku lalu depan rumah atuk dia.. niat dalam hati time tu memang nak gi main dengan mereka sebenarnya.. tapi aku ni jenis pemalu orangnya.. hee.. so.. aku tak berani nak main dengan mereka.. 

selalunya mereka suka naik beskal pas tu mereka akan explore kebun-kebun getah kat kampung aku.. kekadang dengan tak malu aku ikut mereka. konon-konon jadi penunjuk jalan la kononnya.. adik laki aku yang sebenarnya jadi tunjuk jalan. aku hanya mengikut je.. 

sejak atuk die meninggal jarang dah mereka balik kampung.. tapi kalu time raya kadang-kadang datang rumah atuk aku juga.. sebenarnya kami ni sedara.. bau-bau kacang ke bacang orang tua-tua cakap tu.. so..hubungan kami tak da la berakhir cam tu je kan... hee..

tapi lagi.. malu aku dengan mereka tak hilang-hilang.. lagi-lagi dah akil baligh ni.. teringat bila time aku form 6 ke bila ntah.. orang kata time jiwa remaja.. muka pun dah berubah.. mereka datang rumah atuk aku.. memula lepas aku salam-salam dengan mak dia, aku duk je diam-diam kat dalam... tak tunjuk muka pun kat ruang tamu tu.. malu punya pasal.. aku pun tak tegur mereka-mereka tu especeli abangnya..

pas tu aku dengar tv dihidupkan.. aku pun konon-konon keluar nak tengok tv.. time ni la baru aku dapat tengok muka mereka masing-masing.. si abang tu..huh.. boleh tahan juga sekarang.. mak dia cakap dia blaja kat terengganu ke mana ntah.. 

ok ok..anda semua mesti cakap aku suka kat abang mereka tu kan.. ye.. memang kau suka pun.. tapi time aku kecik-kecik dulu.. sekarang aku tak ada perasaan macam kecik-kecik dulu.. kalau aku suka pun aku suka muka dia.. dan itu tak menjanjikan kebahagian yang hakiki.. eh.. apa kau mengarut ni.. hish hish.. lagipun kami sedara..so kalau aku suka dia pun, hanya suka sebagai seorang saudara sedarah..

tetiba aku teringat time aku solat kat masjid kat tempat aku ni.. ade pak mak arab and foreigner.. ada tu yang bawak anak-anak mereka skali.. huh.. comel.. geram aku.. ada tu plak anak-anak yang main-main kat masjid tu.. ha.. tu lagi la.. aku terimbas segala-segala apa yang aku buat time kecik dulu.. time tu aku rasa nak join je mereka bermain.. huh..nikmat.. 

eh aku sebenarnya nak crite pasal apa yang berlaku kat surau time aku kecik-kecik dulu kan.. haish dah melencong pulak..tak pe la.. aku memang suka bebel panjang-panjang.. sebab aku memang suka bebel.. kat sini je la tempat aku melepaskan hobi bebelan aku..huhu..ok la..aku nak berblogwalking pula.. lama tak baca blog-blog orang.. yela busy je.. ni aku dah siap satu laporan rasa ringan sikit..walaupun sebenarnya banyak lagi kijean..huhu..

>>>kalaupun cucu tok imam tu baca entry aku ni, aku harap dia tak anggap aku apa-apa coz aku hanya insan biasa yang punya kelemahan dan kekurangan...aku rindu zaman kecik-kecik..hee...
>>orang time merdeka-merdeka ni tulis isu kemerdekaan..tapi aku??haish..aku tak boleh bendung kerinduaan zaman kecik aku la..sori ya..

(^_^)v