Wednesday, October 9, 2013

Tugas dan Amanah

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku timba air di telaga, eh tak, timba sedikit pengalaman bekerje. Sebelum ni pun aku pernah bekerja. Macam-macam keje.

Kali ni aku keje kat sebuat pusat perkembangan kanak-kanak, atau lebih mesra dipanggil kindergarden. Sori aku tak nak bagitau nama agensi dan di mana aku keje atas hal-hal yang terlalu peribadi. Lagipun aku baru je keje kat sini 1hb oktober.

Dan aku sangat berterima kasih kat kawan aku yang tolong rekemenkan aku keje kat sini. Lepas je aku keje situ banyak pulak aku nampak keje kosong. Tapi aku rasa aku keje je la kat sini. Kat sini pun tak la teruk sangat. Masih boleh bertahan lagi, insya-Allah.

Keje aku mudah saja, pagi tugas aku lebih kepada pembantu. Sediakan makanan untuk budak-budak. Lepas budak dah rehat, kene kemas-kemas pulak Masa pagi ni macam boring sikit sebab aku kene buat sensorang, tapi tak kesahla sebab pagi ni kejenye senang.

Pukul 12 sampai pukul 4 petang ada kelas. Kelas aku semua budak 4 tahun. Masa ni boleh sakit jiwa jugak nak layan budak-budak. Dah nama pun budak, so kene tahan dan sabar je la bebanyak. Oh ya, masa ni jugak la nak praktis jadi mak-mak. Haha.

Petang isnin, rabu, dan jumaat ada kelas ngaji. Kelas ngaji ni aku dengan kawan aku je jadi "ustazah". Ah, ustazah la sangat. Baru-baru ni semua  nak ngaji dengan aku, esok-esok kita tengok dorang nak ke tak nak. Sekali aku pegang rotan baru tau.

Bos aku cakap nanti dah cuti sekolah aku kene "day-care" gilir-gilir dengan yang day-care sekarang. Yang tu tak sure. Bila aku tengok kawan-kawan yang kene day-care macam penat je. Agaknya budak ramai. Wallahualam.

Setakad ni Alhamdulillah. Memandangkan persekitaran dengan budak-budak, jadi aku pun jadi budak-budak. Tapi aku sedar, ni semua amanah yang akan disoalkan kelak. Jadi, aku perlu pikulnya dengan sepenuh hati.

Aku berharap Allah permudahkan segalanya terutama bila aku mendidik anak-anak yang masih kecil ni. Dan aku berharap Allah redha dengan kerja yang aku buat ni.

Saturday, October 5, 2013

Akhirnya Dapat Jugak Aku Kerja, Alhamdulillah.

Ah, tajuk dah macam update status. Tak payah baca entri kali ni pun korang dah tau.

Sebenarnya atuk suruh duduk rumah je. Agaknya atuk ingat aku memang jadi cikgu, jadi tunggu je panggilan dari pihak berkenaan. Tapi atuk mungkin tak faham sistem sekarang yang menyampah aku dengar. Tapi aku pun masih berharap dan terus berharap agar posting kali ni dipercepatkan.

Mak dah muak agaknya sebab sejak dari aku habis LM lagi aku cakap nak keje. Tapi, mak dan atuk cakap nanti dulu, nanti dulu, nanti dulu. Aku pun naik muak dengar jawapan tu tapi tetap juga tanya. Dan akhirnya mak aku mengalah, mak cakap "tunggu lepas konvo kau nak cari keje, carilah".

Dan aku pun apa lagi, masa konvo aku ada tanya kawan-kawan sama ada tempat dorang tu ada keje kosong tak. Mula-mula aku tanya Shedah, sebab aku tau dia ajar kat sekolah abang dia yang katanya abang dia guru besar dan dia penolong kanan. Ah, poyo kau Shedah. Tapi, aku di rejek. Ah, kecewa.

Tapi aku tak boleh terus terusan layan rasa kekecewaan itu. Usaha eskaletor kejayaan. Aku pohon pada sang Pemberi Rezeki agar dibukakan jalan kebenaran.

Aku cuba pula tanya Rehan, sebab dulu pun aku ada tanya dia sama ada kat tadika dia tu, eh kat tadika tempat dia keje tu ada keje kosong tak. Tengok dari respon dia macam ada, tapi dia tak berani nak bagi harapan kat aku (aku rasa). Dia cakap "ermm.. nanti aku tanya bos".

Dan beberapa hari aku tunggu jawapan dia. Sementara tu, aku usha keje kat area Muar. Kot-kot ada rezeki, tapi tetiba Rehan SMS cakap "Bos cakap datang je". Eh, "datang je" means? Adakah aku terus dapat keje?

Dah alang-alang tu, aku singgah rumah kakak aku. Then, baru pegi tempat Rehan. And, finali bos Rehan cakap aku kene buat itu,buat ini. Ah, tak kesahlah buat apa pun. Janji bukan keje haroomm. Alhamdulillah.

Nanti kalau rajin and ada masa aku setori pasal keje aku pulak. Almaklomle, orang berkejaya sekarang, bizi katanye.