Kira berbaloi la kot tak update blog selama saya menjalani Latihan Mengajar (LM) ni. Ekceli ada je rasa nak update, tapi tetiba dalam hati terdetik "daripada aku update, baik aku cari idea nak ngajo ape esok".
Alhamdulillah wa syukrulillah. Entah tak tau ungkapan apa lagi yang patut saya berikan.
Kejayaan yang tak seberapa ini pastinya saya hadiahkan buat bonda dan ayahanda tercinta. Maaf bonda, maaf ayahanda kerna tidak dapat memberikan keputusan terbaik. Tapi itu lah takdir yang terbaik buat anakanda. Keputusan yang setanding dengan usaha anakanda.
Walau apa pun keputusannya, saya dapat banyak pengalaman ketika bergelar pelajar sarjana muda. Dan pengalaman itu juga Insya-Allah akan saya ingat untuk dijadikan pendoman. Bukankah pengalaman merupakan guru terbaik?
Lepas ni usaha masih perlu ditingkatkan, malah perlu lebih usaha berbanding dulu. Takkan saya masih mahu duduk terdiam dalam rumah setelah berjaya ketahap ini. Bukankah rezeki tidak datang bergolek?
Alhamdulillah berkat doa bonda dan ayahanda jua saya berjaya ke tahap ini. Tanpa restu doa mereka, apalah sangat kejayaan yang saya peroleh ini. Dan semestinya lepas ni saya tidak mahu berhenti berdoa. Bukankah doa itu senjata mukmin?
Ah, tak sabar pula rasanya nak berkonvo September ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
As Salam. .
Tahniah Yan . Selamat Bergraduasi September ni =D Insya Allah .
Selamat maju jaya dlm kerjaya sebagai pendidik.
Thank you teacher.
Tahniah kepada teacher juga.
Selamat maju jaya dalam kerjaya sebagai teacher.
Jumpa September ni, insya-Allah.
(^_^)
Post a Comment