Monday, August 26, 2013

Penganggur Kehormat

Dengan ini aku isytiharkan bahawasanya aku telah memegang jawatan penganggur kehormat. Entah jawatan tu mendatangkan rasa suka atau duka. Dua-dua mungkin.

Seusainya aku menjalani Praktikum bulan lima hari tu, dalam benak ni dah berangan-angan nak cari keje. Konon nak apply kot-kot ada guru ganti ke or wahatever yang cocok dengan jiwa gitu. Tapi, hampeh! Uh!

Sabar. Mungkin word tu aje yang menjadi penyedap hati. Atau "belum ada rezeki".

Ah, kadang tension jugak. Bukan apa, duit tak masuk. Nampak matamistik eh materialistik kau kan.

Banyak kali juga aku bersuara kepada nenda dan bonda yang aku nak cari keje. Tapi acapkali mereka tak bagi.

Kenapa? Oh, kenapakah?

Aku tak tau bila untie-untie  aku cakap "alaaaa, kau jaga atuk je la." camtu bagi nak sedap hati aku atau perli. Sungguh aku tak tau. Tapi bila unties aku cakap camtu, aku jadi serba salah. Ya tak ya juga, kalau aku kerja siapa nak jaga nenda.

Dan bila aku cakap kat nenda "Tuk, Yan nak pegi cari keje la." then nenda cakap balik kat aku "kau nak tinggalkan atuk eh" Uhuh, sayu... hati ini makin sayu.. Pilu... terkenangkan nenda tercinta. Argh...

Bonda pula mungkin nak sedapkan hati aku juga selalu cakap "alaaa yan, sabo la. Sabo."

Entah. Aku jadi serba salah nak cari keje. Akhirnya, jadilah aku penganggur kehormat. Ah, kehormat sangat.

Tapi aku percaya, ini semua ada hikmahnya. Walau hati ini memberontak nak cari kerja, tapi ada satu tanggungjawab besar yang sepatutnya aku jalankan. Ya, jaga nenda.

Nenda aku tak boleh jalan. Jadi segala urusan perlu di jaga. Takkan aku tegar mengharapkan bonda menjaga nenda 100%. Sudah alang-alang aku ada.

Kakanda aku mungkin tak puas hati dengan aku sebab aku tak keje. Yela, duk menghabiskan beras cap rambutan je. Duit bonda pun agaknya duk salur kat aku mungkin kakanda aku pikir. Dah tu, adinda aku yang kat UiTM tu bukannya buat PTPTN and bonda dan ayahanda la sumber kewangan adinda sorang tu. Sebab tu juga aku nak sangat keja. Tapi bila pikir-pikir balik, mana ada aku minta duit bonda ayahanda. Kalau ada pun, kadang-kadang. Errr..

Dan ni la masa yang sangat sesuai untuk aku muhasabah diri. Belajar ilmu-ilmu surirumahtangga. Ehem. Buat sesuka hati, jalan-jalan cari pakwe (eh), tanam pokok, jaga ayam, arnab, layari internet dan banyak lagi. Ini kalilah. Err..

Mungkin bagi nenda, bonda dan unties yang aku ni kompem dapat kerja. Maklum le kos pendidikan. Tapi masalahnya lambat lagi kot. Paling-paling tahun depan. Dan dalam tempoh tu kene lalui macam-macam prosedur macam intebiu. Argh!

Ye la, aku dengar cakap bonda, SABAR. Dan aku akan terus doa dan berdoa agar dimurahkan dan dipermudahkan rezeki. Aminnn..

Saturday, August 24, 2013

Kampung Dan Haiwan Ternakan

Okay murid-murid, hari ni cikgu nak kenalkan kamu semua dengan haiwan ternakan. Sebelum tu, cikgu nak tanya kamu. Siapa kat rumah dia ada haiwan ternakan?

Lantas seorang murid mengangkat kedua-dua tangannya, punya eksaited budak tu nak jawab. "Saya, saya cheju." Lalu saya dan seluruh warga kelas melihat budak itu secara serentak, dan saya pun memberi laluan untuknya menjawab.

"Kat umah chaye ade tucin chegu." katanya tanpa rasa jawapannya itu salah. Dengan senyuman terukir di bibir saya memperbetulkan jawapannya "Hey Raju, kucing tu haiwan peliharaan. Haiwan peliharaan minggu lepas cikgu dah ajar. Bagusnya kamu masih ingat. Tapi hari ni kita belajar haiwan ternakan."

Setelah memperkenalkan haiwan ternakan kepada para murid, sang cikgu pun membebel tentang kampung halamannya yang terletak nun jauh ke selatan Malaysia sedangkan sang cikgu mengajar nun jauh ke utara sana

Boleh dikatakan di kampung sang cikgu banyak haiwan ternakan yang diternak oleh ahli kampungnya. Di rumah sang cikgu sendiri terdapatnya berpuluh-puluh ekor ayam kampung. Dahulu pernah juga uncle sang cikgu menternak ayam serama tapi oleh kerana anjing meminati ayam serama untuk hidangan tengahari ke petang ntah, maka habis kesemua ayam serama yang boleh la nak dikirakan mahalnya kalau dijual.

Jiran cikgu disebelah kiri pula ada menternak itik. "Kuak kuak" kot bunyinya. Hari tu semasa cikgu berjalan-jalan eh bermotor-motoran dengan sang adik sepupu, cikgu melihat itik-itik berenang-renang kehulu parit depan rumah tapi tidak pulak itik tu berakit-rakit kehilir. Eh, apa dah cikgu mengarut ni. Errr...

Wak Badri pula menternak angsa. Wak Badri itu rumahnya selang 2 buah dari rumah cikgu. Hari tu semasa cikgu dan untie nya melawat nyayi Sah, angsa-angsa Wak Badri sibuk nak berborak-borak jugak. Tapi masakan ayam faham bahasa angsa, maka kami buat tak layan saja angsa tersebut. Tapi masih jugak nak berborak-borak. Dah la suara tak sedap, buat sakit telinga je. Sembelih buat rendang angsa baru tau.

Cantik tak kak Ton eh bukan, bukan. Cik Ton yang duduk hujung kampung tu pun ada haiwan ternakan, kambing. Baru cikgu tau kenapa orang tak mandi selalu dikaitkan dengan kambing. Nak tau cuba engkorang datang rumah Cik Ton tu dan hidu bau kambing-kambingnya.

Dulu cikgu nampak imam surau tu ada lembu, tapi sekarang tak nampak pulak. Agaknya dah dibuat korban kot. Kalau tak nak jugak cikgu beli sekor buat korban jugak. Ah, cikgu korban ayam pun jadik la.

Itulah kampung cikgu. Banyak haiwan ternakan. Teringin jugak cikgu ajak anak murid semua untuk cikgu kenalkan dengan haiwan-haiwan tersebut. Takpayah bayar duit masuk zoo.

Oh ya, cuba kamu semua bezakan haiwan ternakan dan haiwan peliharaan. Esok siapa dapat jawap dengan betul cikgu belanja cekelat.

Sesi pengajaran dan pembelajaran tamat. Murid -murid sibuk duk mengendeng cikgu sebab nak cekelat.


Sunday, August 18, 2013

Kami Bereempat

Alhamdulillah, hari ni dapat lagi jumpa sahabat baik aku masa form 6 dulu. Cuma, seorang dah arwah. Jadi macam sayu je rasa.

Kat sekolah aku jenis kawan dengan semua orang. Taktau nak rapat dengan siapa, jadi semua aku layan sama rata.

Pada suatu hari (erk), aku bercadang untuk mengulangkaji pelajaran di perpustakaan sekolah (saja nak buat ayat skema. ah, peduli apa aku). Aku ajak semua rerakan form 6 yang ada. Mula-mula ramai la jugak. Tapi lama-kelamaan kami berempat je.

Meh aku kenalkan siapa kami berempat ni, tapi gambar takda. Pertama aku, kedua, julyana, ketiga suhaima dan keempat almarhumah hidayah.

Tetiap petang usai sesi persekolahan kami sama-sama ulangkaji di perpustakaan. Waktu tu kami rasa macam librari tu rumah kami sendiri. Lagipun takda siapa kami berempat je. Tadi aku ajak julyana raya rumah suhaima. Jadi, terimbaulah kembali  memori silam.

Alhamdulillah aku, jue dan dayah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Dan aku sedih sebenarnya sue tak ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA. Tapi Alhamdulillah aku tengok rezeki dia murah. Aku juga percaya Allah itu Maha Adil. Apa yang Dia beri pada kami bereempat pasti yang terbaik untuk kami dan juga kamu.

Dulu lepas tamat sesi persekolahan, kami stayed kat sekolah. Bunyi je loceng, kami berempat kumpul dulu. kadang kelas aku, kadang kelas sue. Oh ya, aku dan jue sekelas sementara sue dan arwah sekelas. Lepas tu cari makanan kat kedai. Aku ingat lagi sue mesti beli roti ikan bilis, arwah biasanya roti coklat, jue tak kesah dia macam aku jugak bedal semua.

Biasanya lepas beli tu kami terus ke surau. Lepas solat zohor baru pegi librari. Alaaa, sebenarnya kami ni bukan setadi sangat pun. Duk hu ha hu ha je. Rindu pula kenangan itu. Hanya Allah saja yang tahu perasaan kita.

Kadang diorang datang rumah aku, duk lepak-lepak. Arwah selalu guna komputer aku sebab dia amek subjek seni. Kene guna komputer. Tapi rumah tu mak aku sewakan, sebab mak aku duk sorang. Semua adik-beradik aku dah keje dan belajar jauh. Jadi mak aku duduk la rumah atuk aku, lagipun atuk aku pun duk sorang. Ayah aku duduk dengan bini dia yang sana. Eh, tu pun kau nak bagitau ke yan. Haha.

Sekarang tinggal kami bertiga. Aku harap kitorang tak terputus hubungan. Dan aku mohon pada-Nya agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan bertakwa. Semoga aku bertemunya di syurga abadi nanti.

InsyaAllah, tahun depan jue kawin. Sue pula sudah dicop. Bila diorang tanya aku, aku suruh diorang carikan. Haha. Ah, abaikan. Itu hal kami-kami je. Jangan nak sibuk. Eh.

Eh, rasa terpanjang pulak kali ni. Lantakla. Belog aku kan. Aku belum ucap selamat hari raya lagi kan. Takpelah walau terlambat pun. Okay ni aku nak wish.
"Salam Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin"

Saturday, August 17, 2013

Raya Dan Kenduri Kahwin

Alhamdulillah, sempat juga aku beraya ke rumah kawan-kawan sekolah dulu. Dan sempat juga menghadiri walimah kawan sekolah.

Subhannallah, cantik gila aku tengok kawan aku yang kawin tu. Berseri-seri orang kata. Zauj dia pun smart. Tetiba rasa aku paling huduh di dunia. Haha.

Bila dah berkumpul dengan kawan-kawan sekolah, banyak nak di ceritakan. Macam-macam cerita keluar. Biasa la gegirl orang kata. Ngee..

Dan macam biasa la, aku rasa topik wajib kot. Cerita pasal jodoh.

Ekceli, aku malas nak cakap pasal jodoh secara serius. Kalau main-main tu okay lagi. Dan bila aku macam acuh tak acuh pasal ni ada pulak kawan aku cakap "Hey aziani, kita dah 24 okay. Kene pikir jugak."

Eh, aku ingat dah 42 dan dah ada anak bini.. eh anak laki.

Bila dah balik rumah, aku teringat pulak kawan-kawan semua. Entah tahun depan boleh lagi ke tak kita raya sama-sama lagi. Entah-entah tetiba aku terkawin awal pulak, entah laki aku nanti bagi tak aku beraya dengan korang lagi. Wallahualam. Bukankah kita tidak boleh  berandai-andai?

Kawan-kawan pun majoritinya dah habis belajar. Dah dapat keje. Banyak komitmen lain. Macam dah tak boleh nak jumpa or keluar sama-sama. Kadang bagus juga ada pesebuk tu, boleh sibuk-sibukkan diri jadi stalker. Haha. Jadi yang jauh pun kita tau beritanya.

Kelas tingkatan 5 aku dulu kalau tak silap ada 25 orang, setakad ni 3 orang dah kawin. September ni ada lagi sorang menyusul. Yang tunang pun banyak, yang dah dicop pun ramai. Eh.

Aku bahagia tengok diorang bahagia dengan hidup diorang. Kadang terasa juga kejelesannya, tapi aku macam ni pun syukur Alhamdulillah. Bukankah Allah akan beri yang terbaik untuk setiap hamba-Nya? Bukankah Allah Maha adil?

Aku harap semua rakan-rakan aku bahagia dengan kehidupan mereka.

Thursday, August 15, 2013

Raya dan Berzanji

Ah, setendet la kan apdet pasal raya di bulan Syawal nan mulia ini.

Tahun ni sama macam tahun-tahun lepas rasanya. Raya pertama dan kedua beraya satu kampung yang ada hampir 30 buah rumah. Hambek kau, mampu beraya 30 buah rumah!

Ekceli raya satu kampung tu rutin bila tiba hari raya. Orang kampung saya panggil marhaban.

Tahun ni rasa macam semput pulak bila berjanji.. eh, berzanzi (lupa pula eja zanzi ke zanji ke apa ntah tu. errr..). Dulu bukan main mengelak bila suruh berzanzi. Tapi tahun ni, saya suka pula nak berzanzi. Kalau boleh setiap rumah tu biar saya saja yang berzanzi walaupun suara tak semerdu mana.

Siap praktis dah kat rumah sebelum marhaban. Ajar adik dan adik-adik sepupu. Konon..

Orang Kampung Serom 2B kalau tak tau berzanji memang bukan orang Kampung Serom 2B asli. Siap hari bulan tahun kene buang dari kampung. Eh.

Raya ketiga, saya adik beradik beraya rumah ayah dan sedara sebelah ayah.

Seronok gila dapat duit raya, tapi adik perempuan saya tak. Sebab memandangkan fizikal saya dan adik yang sepertinya saya sebagai adik dan adik saya sebagai kakak. Haha. Kesian kau dik.

Ingat nak juga kongsi gambar, tapi malas la. Lagipun taknakla saya menipu kalian dengan gambar-gambar edit saya tu. Hakikatnya bukanla gupe itu pun saya ni.

Akhir kalam (eh), mari kita sama-sama doakan yang terbaik buat saudara-saudara kita. Sama ada di Malaysia mahupun luar negara sana.


Sunday, August 4, 2013

Adik dan Surau

Biasanya sebelum saya ke surau saya akan memanggil bonda dan adinda saya untuk bersama-sama ke surau. Tapi hari ni bonda saya telah meninggalkan saya (sebab saya terhegeh-hegeh dan sambung melantak barang seketul dua ayam goreng).

Saya memanggil-manggil bonda saya namun tidak disahut. Saya tanya nenda "Tuk, mak mana?".

"Entah tu dalam jamban siapa?"

Lalu saya pun memanggil bonda yang berkemungkinan dalam jamban. "Mak.. Mak.. Dah nak isyak ni. Kang Yan pegi dulu kang."

Tidak bersahut. Saya konpius. Ni adinda ke bonda?

"Mak, Yan pegi duluuuuu....."

Sekali adinda berteriakkan "Mak dah pegi laaa.."

Laaa... rerupanyee adinda saya dalam jamban. Lalu saya pun menjawab "Patut la senyap je. Mak dah pegi rupanye. Adik nak pegi surau tak? Babai.. aku pegi duluuuu.."

Sesampainya di surau saya terus menunaikan solat sunat. Tiba-tiba pada duduk tahiyat akhir ada seseorang mencuit-cuit saya. Hish.. angin betul. Tak khusyuk dibuatnya!

Saya cuba bertahan dan cuba mengkhusukkan diri. Bila memberi salam saya melihat adinda saya tersengih-sengih. Saya juga terus tersengih.

"Adik ingat Yan tengah duduk bertakafur. Sekali tengok jari telunjuk terangkat baru tau. Hahahaha" adinda saya cuba memberi alasan.

"Eleh balas dendam la tu sebab aku tinggalkan!" saya serkap jarang. "Bulan pose ni syaitoonnirrojim dibelenggu. Jangan kau nak gantikan pulak. Buat orang tak khusyuk je!" bebel saya yang tengah geram. Errr..

"Tok Senin tak panggil kau Mohd Ajijah ke hari ni?" tanya saya kepada adinda untuk mengubah topik. Jahatnya saya cuba memperlinya. Haha (ketawa jahat)

"......" adinda saya menjulingkan mata. "Menyampah aku" mungkin katanya dalam lubuk qolbunya.

Moral of setori: Jangan ganggu orang yang tengah duduk bersembahyang. Nak tegur kene pastikan pokok kedudukan seseorang dulu. Dan jangan berdendam sebab kadang kita dendam tapi kene batang hidung sendiri (kalau hidung mancung takpe. Tapi kalau hidung kembang macam saya?).

And kalau dengan adik-beradik nak gurau senda sekasar-kasarnya pun tak apa. Hahaha...



Saturday, August 3, 2013

Tarikh Dah Keluar

Mungkin ada yang tertunggu-tunggu tarikh pengumuman raya. Mungkin. Tapi saya macam dah tak ternanti-nanti dah pengumuman tu.

Cuma, sejak tamat menjalani Latihan Mengajar (LM), saya cuma ternanti-nanti keputusan akhir yang sudah pun dikeluarkan dan ternanti-nanti hari bergraduasi.

Tarikh konvokesyen di USM telah dipaparkan. Pada siswa siswi USM yang tersesat di blog saya boleh klik link ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Insya-Allah saya dan rakan-rakan seperjuangan akan menerima gulungan ijazah pada sidang ketujuh iaitu sidang terakhir, 22 September pada jam 3.00 petang. Oh, tak sabar mahu merasai hari bersejarah itu.

Seronok habaq hang. Ni  belum lagi hari kejadian.

Memandangkan saya pun tak pernah bagi hadiah pada senior-senior saya yang terdahulu, jadi saya tidak mengharapkan pun untuk mendapatkan sejambak maupun berjambak-jambak bunga atau tedy tubbies, tedy bear, or seangkatan dengannya.

Malah saya yang ingin memberi rakan-rakan saya sesuatu sebagai penghargaan kerana bersama-sama saya mengharungi onak duri badai segalanya lah selama ini. Tanpa rakan-rakan saya mana mungkin saya akan mendapat keputusan yang "boleh la" tu. Setakad ni tak terpikir nak bagi apa, mungkin gula-gula seketul dua. Eh.

Dengar kabar, senior yang atas saya baru dipostingkan Julai lalu. Adakah kemungkinan saya juga akan menunggu selama setahun untuk dipostingkan? Harapnya tidak la. Hukhukhuk. (Err..)

Rezeki di tangan Tuhan, kita sebagai hamba perlu berusaha mencari rezeki. Semoga kita semua dimurahkan dan dipermudahkan mendapat rezeki yang halal dari-Nya.