Tuesday, February 28, 2012

Cuci Mata Bukan Kotorkan Mata!

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera. Salam kembali mengupdate!

Mata tidak dapat dipejamkan. Selalu masa ini sudah dibuai mimpi2 indah, kadang2 ngeri jugak, kadang2 tidak sedar2 sehinggalah ada yang menggerakkan. Golek kiri, kanan namun kengantukkan tidak kunjung tiba. Laptop yang sudah di 'shut down' dibuka kembali. Tak tahu nak buat apa tiba2 terdetik mahu cuci2 mata di alam maya ini.

Oh, sila bersihkan fikiran anda sekiranya berfikiran aku mahu mencuci mata melihat perkara2 tidak senonoh! Tidak sama sekali, mahupun dua kali, apatah lagi berkali-kali! Tahukah anda perkataan 'cuci' itu adalah membersihkan. Bersih! Bukan mengotorkan mata dengan perkara yang sah2 tidak diredhai.

Sebagai wanita muslimah, aku diperintahkan untuk menjaga pandangan. Anda cari al-Quran maksud surah an-Nur ayat 31. Aku tak pandai nak terangkan, tapi ayat tersebut menjadi pegangan aku, insya-Allah! Jagalah pandangan kamu. Bagi laki-laki juga perlu menjaga pandangan. Tak silap dalam surah an-Nur jugak ada ayat tersebut. (rasanya pembaca blog aku semua wanita kot)

Cuci mata bagi aku bukan sekadar melihat-lihat sesuatu yang tidak baik. Contohnya, melihat jejaka segak, melihat susuk tubuh yang mengiurkan, melihat aurat yang tidak sepatutnya, melihat gambar2 prono, melihat... melihat... errr.. ah, takda idea nak lihat apa lagi. Yang pasti melihat sesuatu yang mengotorkan pandangan mata dan hati sekaligus fikiran. Cuci mata adalah membersihkan mata daripada melihat perkara2 sepatutnya.

Kadang2 aku pernah mengotorkan mata secara sengaja mahupun tidak sengaja. Dan terpedaya juga dengan hasutan syaitan yang terkutuk, celaka dan 'damn'. Tapi aku cuba, cuba dan cuba menjaga apa yang patut selagi terdaya. Dan sokongan moral anda juga aku perlukan supaya pandangan aku terjaga.

Aku tak ingat aku baca kat mana, tapi dia cakap kalau lelaki mengatakan seorang perempuan itu cantik molek jelita menawan comel lote dan sebagainya, sah2 lelaki itu tidak menjaga pandangan mereka. Alangkah sukarnya menjaga pandangan dengan cabaran dan dugaan yang sekarang ini semakin menyesakkan pemandangan. Wanita yang bertudung litup labuh juga seringkali menjadi perhatian lelaki yang mata keranjang.

Ah, aku tidak suka menyatakan tentang lelaki yang hanya melihat wanita2 yang cantik molek jelita menawan comel lote dan sebagainya. Mereka sememangnya hanya memilih kecantikan luaran. Ya, tidak semua. Titik.

Aku tak tahu perlu apa lagi! Sesak fikiran aku nak memikirkan perkataan yang sesuai. Seringkali aku memarahi diri ini kerana tidak menjaga pandangan sambil mencucuk mata dengan garfu seperti Kasim Selamat. Oh, cucuk mata itu auta saja bagi menyedapkan rasa ayat!

Sudah! Sampai disini saja aku mengarut. Entah kenapa idea cuci mata ini menghantui fikiran tika ini. Lain kali kalau anda mahu cuci mata, ajak aku sekali. Aku mahu cuci mata aku yang rabun ini. Mana tahu rabun aku boleh kurang.

Sekian. Harap maaf kerana entri yang tidak membina ini.

Bittaufiq wannajah wassalamualaikum...
v(^_^)v


Friday, February 24, 2012

Sejenak Bersama Bangsa Asing

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera. Salam kerinduan dari aku yang lama sudah tidak update. Malas! Ngee~~

Straight to the point je lah.

Semalam masa aku nak bayar yuran, aku jumpa sorang warga asing (omputehnye foreigner) dari China. Masa tu aku tengah terpinga-pinga tekan mesin untuk keluarkan slip penyata kewangan untuk yuran aku. Apasal entah mesin tu. Aku tekan2 tak boleh2 nak masuk profile aku. Dah ikut step dah yang ada kat situ, tapi tak jalan jugak. Aku pegi kat mesin satu lagi, sebab kat situ ada dua mesin. Agaknya foreigner tu tengok aku lama kat mesin tu, siap tukar mesin sebelah, dia pun tegur aku. Bersyukur sangat dia tegur aku, sebab aku memang dah blurr dah tak tau nak buat apa. Sebab selalu aku terus tanya kaunter, tapi masa tu kat kaunter ada orang, jadi aku pegi la try guna auto.

Punya baik foreigner tu tanya aku nak buat apa sambil dia melemparkan senyuman semanis kurma. Tapi aku rasa aku tak menjawap pun soalan dia. Terus terpancul kat mulut aku "Ermmm, mesin ni rosak ke ek? Macam mana ni.". Tersedar dari kesalahan jawapan yang aku bagi, terus aku tukar tone suara "Eh, saya nak bayar yuran. Ingat nak keluarkan bil kat sini. Tapi mesin ni macam tak boleh guna je."

Pastu, foreigner tu cakap suruh tekan nombor dulu kat situ sambil bawa aku kat tempat yang di maksudkan. Nah, punya dia dengan penuh kesopanan dan kesusilaan bawa aku kat situ. Lantas aku pun ternampaklah notis (macam pemberitahuan kot) kat dinding tu tulis. Mengikut pemberitahuan tu, aku tekan la kat mana tempat yang sepatutnya aku kene tekan.

Eh, aku tak speking omputeh pun dengan foreigner tu. Foreigner tu tegur aku dalam bahasa Melayu. Aku ulang, foreigner tu tegur aku dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu kau! Dari China pulak. Subhana-Allah Allahu Akbar!

Dah tekan tu, nombor foreigner tu dipanggil. Dia pun pegi kat kaunter yang sepatutnya. Sok sek sok sek dia cakap kat pegawai ke kerani yang bertugas kat situ dalam bahasa Melayu. Aku ulang dalam bahasa Melayu. Mana aku tau? Aku dengar lah apa yang mereka cakap, dekat je pun aku duduk dari kaunter tu maka boleh dengar apa yang mereka cakap. Masya-Allah!

Lepas dia habes berurusan dia keluar dari pejabat ni. Pastu dia masuk balik. Dia duduk belakang aku. Aku pun kononnya nak ramah sikit dengan dia cakap "you chinese?" Ekceli aku nak cakap "you orang cina dari China ke? sebab muka you tak nampak macam cina Malaysia" Tapi entah penyakit gabra aku datang pulak masa tu terus shotcut tanya dia macam tu. Foreigner tu cakap sambil senyum tak lekang dari bibir dengan slagha cina "ya. ermmm... bukan di sini. ermm. saya dari China. Itu negara China." Lebih kurang macam tu dia jawap.

Borak2 tu, aku dapat info yang dia belajar bahasa Melayu 6 bulan gitu. Ekceli nak tanya banyak lagi tapi nombor aku pulak dipanggil. Tapi foreigner tu pulak pegi kaunter tu. Aku menyusul belakang dia. Yela, nombor aku dah tiba. Oh, rupa2nya dia nak tanya kenapa slip dia macam tu. Maksud aku kat slip dia tu cakap baki yang belum bayar dalam RM 7000 brapa ntah tapi dia dah bayar dah. Pergh, banyak giler! Sebenarnya ada kesilapan sikit. Foreigner tu tetap dengan penuh kesopanan dan kesusilaan tanya lagi, sebab dia tak brapa faham lagi. Bila pegawai tu cakap "Slip tu salah" terus dia faham. dan pegi dari situ. Maka urusan aku pulak diuruskan oleh pegawai itu.

Sebelum mula urusan aku, pegawai tu cakap kat aku "dia tu foreigner tapi pandai cakap Melayu". Aku pun kononnya nak ramah dengan pegawai tu sambil melemparkan senyuman cakap "aah, dia dari China. Ermm.. Mesin tu tak boleh guna ke?" padahal pegawai tu tak tanya pun dari mana foreigner tu. Ah, lantak lah. Aku tak tau nak cakap apa sebenarnya. Pastu, pegawai tu cakap "kadang2 mesin tu tak betul sikit" (nak tergelak aku dengar jawapan pegawai tu) dan bermulalah urusan pembayaran yuran aku. Alhamdulillah semuanya lancar. Tak terpinga-pinga macam masa mula2 tadi. Alhamdulillah. Pegawai yang bertugas pun sejuk mata dan hati memandang. Penuh dengan kesopanan dan kesusilaan. Nasib baik perempuan. Eh.

Ekceli, moral of the setori dari pengalaman aku ni  banyak kot. Pertama, walaupun kita tak kenal, tapi bila nampak orang macam dalam kesusahan cubalah hulurkan bantuan yang sewajarnya macam foreigner tu tolong aku masa aku tengah blurr tak tau nak buat apa (ekceli aku tau, tapi tak tergerak kaki melangkah. masih tercengat kat mesin tu. Alhamdulillah Allah hantar foreigner tu gerakkan kaki aku melangkah tempat yang betul setelah tersalah langkah pada awalnya). Kedua, sentiasa tersenyum walaupun sebenarnya diri dalam masalah macam foreigner tu dia dah bayar dah yuran tapi masih tulis baki yang tak sepatutnya. Kalau ye tak ye mau kerut seribu kat dahi. Macam pegawai tu pun sentiasa senyum layan pelanggan yang nak berurusan. Ketiga, walaupun warga asing, tapi boleh cakap bahasa tempatan. Bangga jadi rakyat Malaysia, warga asing pun pandai cakap bahasa kebangsaan kita. Kita? Subhana-Allah!

Mungkin banyak lagi hikmah yang aku tak nampak sekarang. Atau kalian nampak tapi aku tak nampak. Apa-apa pun, harap pengalaman aku bayar yuran sem ni membantu aku dalam kehidupan yang penuh pancaroba ni.

Ekceli dulu aku jumpa foreigner boleh cakap bahasa Melayu jugak. Pengalaman tu aku rasa aku tak tulis kat blog, tapi aku celita kat twitter kot. 

Cukuplah dulu. Aku ingat nak pendekkan cerita, tapi kau tahu je lah aku ni kalau dah mula susah nak berhenti. Ngee~~

Bittaufik wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v