Sunday, July 28, 2013

Kenangan Ramadhan

Banyak pula saya mengepost entri tentang puasa tahun ni. Entah kenapa rasa nak kongsi kenangan itu. Malah mahu berkongsi lagi  dan lagi.

Kadang saya rasa macam ini Ramadhan terakhir saya. Kadang rasa itu yang membuatkan saya ingin berkongsi walaupun kenangan yang saya ceritakan tidak seberapa.

Lagi pula usia saya sudah menganjak ke angka 20-an. Mana mungkin tidak banyak kenangan yang telah saya lalui. Malah, sejak kehilangan insan tersayang kenangan Ramadhan lepas-lepas seringkali berlegar-legar mengelilingi kotak fikiran saya.

Alangkah rugi bagi saya jika saya tidak mencari hikmah dalam  setiap kenangan itu untuk saya jadi lebih baik. Dan bertambah rugi jika saya tidak mengambil pengajaran dalam setiap apa yang telah berlaku.

Ya, kenangan lepas jangan dikenang bak kata orang-orang. Tapi kenangan itu yang menjadikan kita lebih matang.

Sudah masuk 10 malam terakhir Ramadhan. Setiap kali Ramadhan saya berharap ia penuh makna, begitu juga kali ini.

Jadi saya masih berharap dan terus berharap dapat meningkatkan amalan ibadah pada kali ini, tambahan pula 10 malam terakhir ini. Insya-Allah.

No comments: