Saturday, July 20, 2013

I Will Miss U Too Shedah

Saya sangat terharu bila ada sahabat baik saya tulis entri khas untuk saya. Jadi saya juga ingin membalas entri beliau yang bertajuk "i will miss u Yan :)"

Haish, malu la nak taip. *Jari telunjuk kais-kais meja*

Ah, tak jadi la. Biar saya setori serba sedikit tentang saya dan Shedah, boleh? Ihik..

Shedah dan saya dipertemukan dalam satu pertemuan yang tidak disangka. Entah la, nak mula yang mana.

Sebenarnya, kami dalam satu pusat pengajian yang sama. Saya seringkali terserempak dengan dia. Cuma ketika itu saya dan dia tidak bertegur sapa. Dan kami sebenarnya satu kelas untuk subjek LMT 100. Tetapi, saya ni bukan jenis yang peramah. Dalam kelas saya pendiam dan duduk diam-diam saja. Pasif!

Kami dipertemukan oleh senior saya, kak Hajar. Masa perjumpaan tu, kami semua diminta memperkenalkan diri. Sebenarnya, pertemuaan itu adalah pertemuan pertama bagi geng usrah kami. Masa usrah itulah kami semakin rapat.

Kami semakin rapat bila kami juga sama-sama mengikuti kelas perbandingan agama. Kami pergi dan balik kelas sama-sama jalan kaki. Kalau Shedah tak pegi kelas, saya pun tak pergi. Sampaikan bila jumpa kakak-kakak dan kawan-kawan sekelas tu kat luar kelas mesti tanya saya "Eh Yan, Shedah mana?"

Kami juga pernah ke pesta Penang bersama-sama. Berbuka puasa bersama. Terawikh bersama. Berbicara hati ke hati dengan tulus ikhlas. Berkongsi perasaan suka duka. Bergaduh dan bergurau kasar. Banyak kisah kami. Banyak kenangan kami. Jadi mana mungkin saya tidak merinduinya. Malah dia antara sahabat terbaik yang saya miliki. Ehem..

Walaupun kami dalam pusat pengajian yang sama, tetapi berlainan kursus. Shedah mengikuti kursus Sastera dengan Pendidikan, major Geografi dan kerusi eh, minor Bahasa Melayu kalau saya tak silap. Saya pula kursus Pendidikan Khas.

Shedah juga kenal saya lebih dalam berbanding kawan-kawan saya yang lain. Dia tahu kisah keluarga saya, apa kesukaan saya dan saya rasa dia faham benar dengan saya. Begitu juga saya kepada dia.

Dan yang penting persahabatan saya dan dia adalah kerana Allah SWT semata-mata. Tanpa tautan kasih sayang Allah, mana mungkin persahabatan kami terjalin. Walaupun kami berbeza namun masih tetap bersahabat baik.

Saya berdoa supaya Noor Shahidah bt Che Lah sentiasa diberi kebahagiaan, kegembiraan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Moga kita sama-sama ke syurga-Nya.


No comments: