Thursday, December 29, 2011

4 Safar 1410, Sanah Helwa!

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera.

Ikut kelander Islam, tarikh lahir aku jatuh pada 4 Safar 1410. Kalau tak silap, hari ini.

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menghirup air teh limau hari ini. Eh, masih diberi peluang mengirup udara secara percuma.

Bila aku baca buku "batu-bata kehidupan" karya Hilal Asyraf, aku terpikir.....

"Ikut tahun hijriah ni, umur aku sudah 23 tahun. Muhammad al-Fateh tika berumur seperti aku sudah menawan Konstantinopel. Terasa sepatutnya aku perlu lebih serius menggunakan umur yang ada. Terasa sepatutnya aku perlu berusaha keras dan tegas, bukan main2 dengan diri sendiri. Muhammad al-Fateh boleh, mengapa aku tidak?"

Sepatutnya aku kene jadi lebih matang. Sepatutnya aku perlu bersikap lebih positif. Sepatutnya aku perlu menjadi lebih baik.

Setiap orang perlu berusaha memperbaiki diri. Ya, aku juga. 

Okay, aku perlu beredar dari dunia fantasi ini. Mahu memperbaiki diri. Mari kita bersama-sama memperbaiki diri. Yeah!

bitaufik wanajah wasalamualaikum
v(^_^)v


Alhamdulillah, Dapat Input Dari RAM!

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera.

Mungkin ni crite lama. Tapi masih segar bugar dalam ingatan aku.

[22/12/2011]
Forum Pengarang No. 1 Di Malaysia.... (Panjang sangat nama programnya, tengok je gambar di bawah ni)

jari tu sengaja si tuan punya jari nak interframe. biarlah. asal beliau gumbira.

Alhamdulillah, dapat lagi jumpa seorang yang hebat. Kali ni hebat dalam penulisan novel. Eh, bukan seorang tapi dua orang. Cuma aku lebih kepada yang seorang ni. Sebelum kaki melangkah masuk alam menara gading lagi sudah mengagumi beliau. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

Tak tau nak crite macamana. Terlalu banyak yang aku dapat bila berjumpa si penulis ini. Rasa rugi kalau tak datang sebenarnya.

Bila dua2 pengarang ni cerita latar belakang mereka, aku jadi bertambah kagum, terkesima. Banyak beza latar belakang mereka berdua. Dan aku sangat tersentuh hati bila RAM berhenti menahan emosi bila beliau nak cerita pasal arwah ibunya yang sama sekali tidak seperti ibu Ahmad Patria.

Allah swt memberikan kehidupan kita dengan hikmah masing2. Hikmah ini berbeza-beza, bersesuaian dengan apa adanya kita. RAM cakap latar belakang beliau ini dikelilingi dengan banduan. Kerana ayah beliau bekerja di penjara. Jadi dalam kehidupan beliau berkata hukuman gantung itu sudah menjadi biasa dalam hidup beliau. Secara tidak langsung peribadi beliau terbentuk berkisarkan banduan dan hukuman gantung. Jadi thiller itu sudah masuk dalam jiwa. Yelah, banduan, hukuman mati dan persekitaran penjara. Segala perkara jenayah sudah sebati dalam dirinya.

Sebenarnya sebelum RAM menulis thiller ini, beliau bermula dengan drama radio yang berbentuk thiller jugak. Ayahnya sebenarnya ada jugak menulis drama radio tapi tidak sampai ke RTM dan beliau menjadi waris dan menyambung tugasan ayahnya dengan cara tulisan beliau sendiri. Di situlah bermulanya karya thiller beliau katanya.

Dewan Persidangan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Pergh, rasa macam nak bersidang. 

Nah, nampak tak? Patut lah roh dalam karya2 beliau ni macam real je. Semestinya ilham tu datangnya dari Allah, dengan persekitaran yang beliau alami lagi, bertambah2 menariklah hasilnya. Subhanallah.

Bila aku dengar kedua2 pengarang ni walaupun sangat berbeza latar belakang tapi sebab usaha yang mereka tunjukkan dalam bidang yang mereka minat dan aku kira memang sangat berbakat dalam bidang itu manjadikan aku lebih bersemangat dalam kehidupan aku sendiri. Kerana semestinya latar belakang aku dengan mereka jugak jauh berbeza. Aku rasa sangat disayangi oleh Allah swt. 

Betapa Allah sayang kat hamba2-Nya. Kadang2 bila kita dengar cerita dari orang yang berbeza dengan kita, pintu hati seperti diketuk. Kita akan sedar diri. Terpikir kehidupan yang sama sekali tidak sama ini menjadikan seseorang itu lebih bersikap matang dalam kehidupan mengikut cara masing2. (Tapi aku tak matang2 lagi pun. Argh! Belum kot, ngeee~)

Banyak sangat aku dapat dari forum ni. Tak tau macamana lagi nak bagitau. Bersemangat rasanya.

Aku tidak berapa minat dalam bidang penulisan, tapi aku suka dengar cerita RAM dan Ahmad Patria ni dalam bidang penulisan mereka. Sangat tidak sia2 aku datang dengar daripada mereka.

Dah habes sesi forum tu, sempat jugak aku dan kawan aku ni mintak signature dari RAM. Dapat jugak diskaun walaupun seringgit beli "Fiksyen 302". Memang hajat nak beli buku ni lama dah. Sebelum buku ni nak dikeluarkan lagi. Alhamdulillah akhirnya tertunai jugak hasrat, siap dapat jumpa penulisnya lagi. Alhamdulillah alhamdulillah.

Gaya tu, RAM yang suruh. Pergh, sportinglah!

Aku ingat aku sorang je minat karya RAM, budak ni pun minat jugak. Tapi dia ni memang peminat  novel. Aku novel 2 tertentu je minat. Ngee~~

Nak interframe jugak kau ni! Pak cik kat belakang tu pun nak jugak ke? Ngee~~

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam yang memberi kesempatan pada diri yang hina dina dan kerdil ini untuk bertemu insan yang hebat bekarya ini. Alhamdulillah. Mungkin bagi mereka yang tidak berminat dengan karya beliau tidak teruja seperti aku. Semoga Allah merahmati RAM dan memberi ilham untuknya bekarya lagi.

After this, Sunan Musafir! Fisyen 302 dah habes baca dah pun. Sehari je dah khatam (Susah sebenarnya aku nak habeskan baca novel yang tebal2. Tapi novel ni cepat pulak habes). Nak ulang2 baca rasanya. Tapi aku lagi minat novel2 pasal Laksamana Sunan. Nak calon suami macam Laksamana Sunan. Ntah bila nak jumpa. Ngeee~~

Rasanya cukup dah ni. Malas nak menaip lagi. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah! Oh, sebelum terlupa. Sebenarnya aku tak cerita sangat pasal Ahmad Patria. Beliau sebenarnya bekas student sains farmasi kat USM. Beliau ni pun bagus jugak. Ermm, tak tau nak cerita sebenarnya pasal beliau. Okay dulu sampai di sini ya. Heee~~

bitaufik wanajah wasalamualaikum.
v(^_^)v

Tuesday, December 27, 2011

Titisan Air Mata

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahteran. Salam keinsafan dari saya yang selalu melakukan kesilapan.

Rasa terpanggil untuk mengongsi sesuatu hari ini. Harap bermanfaat. Semoga dapat mengambil iktibar. Dari siapa itu tidak penting. Kerana tuan punya badan kata tidak perlu beritahu sesiapa. Okay tak nak berleter panjang. 

Titisan air mata akan mengalir apabila terkenangkan dosa2. Takut siksaan azab neraka.
Titisan air mata datang dari hati yang merintih, meminta, merayu. Hati yang mengharap keredhaan Ilahi. 
Titisan air mata jernih, adakah dapat menghapus dosa? Sangat berharap... Dan perlu yakin dan percaya kerana Allah Maha Pengampun.
Kerana itulah ia sangat bernilai. Malah lebih bernilai dari sebutir berlian.

Namun, titisan air mata akan sia2 andai titisan itu kerana seorang kekasih yang tidak/belum halal. Putus cinta.
Sia2 menitiskan air mata kerana keduniaan semata. Tanpa berharap keakhiratan.
Maka, adakah titisan air mata itu bernilai daripada sebutir berlian? Tidak sama sekali.

Mungkin bagi saya tidak sama. Namun, Allah juga Maha Mengetahui.
Allahu 'Alam.

(T_T)


Bitaufik wa najah wasalamualaikum.
v(^_^)v

Monday, December 26, 2011

Konsep Persefahaman Oleh Ustaz Kazim

Assalamualikum wbt. Selamat sejahtera. Selamat berstudi kepada kawan2 yang tengah studi week. Selamat berholiday bagi yang bercuti. Selamat semuanya. ^^

[21/12/2011]
Majlis Sambutan Maal Hijrah 1433 peringkat USM

Hari rabu lepas aku tertarik nak pegi majlis sambutan Maal Hijrah peringkat USM. Ekceli tak tau pun ni majlis Maal Hijrah. Yang aku tau, Ustaz Kazim nak datang bagi ceramah. Nasib ramai yang menjoinkan diri pergi sekali. Maka tertunailah hasrat hati nak berjumpa orang2 yang boleh dikatakan hebat ini. (Tapi perlu ingat, yang terhebat adalah Sang Pencipta).

Mula2 majlis ucapan2 dulu. Time ni memang aku tak fokus sangat. Bukan apa, aku ingat just ustaz Kazim je yang bagi ceramah. Sekali ada majlis macam ni pulak. Jadi jiwa tu sudah lari ke tempat lain. Ngee~~

Pastu ada bagi anugerah2 segala bagai tu. Ada sorang jurulatih silat aku ni pun dapat. RM2000 kot. Pergh! Lepas ni boleh mintak beliau belanja nasi lemak depan USM ni (Eh! Nasi lemak je?)

Tokoh maal hijrah peringkat USM disandang oleh... jeng jeng jeng (pergh! Baget saspen ler). Mantan NC USM, Tan Sri Dato' Zulkifli Abd Razak. Sekarang beliau NC kat Universiti al-Bukhairi ke apa ntah namanya. Yang pasti ada nama al-Bukhairi. Tahniah! Lawak je masa penyerahan buku dari Tan Sri Dato' kepada Pusat Islam, gelak2 apa ntah mereka kat atas pentas. 

Last sekali baru ustaz Kazim bagi ceramah. Tajuknya "Kesefahaman Asas Perpaduan Ummah" sempena tema Maal Hijrah kali ni.

Menurut ustaz Kazim, konsep persefahaman ni memang disuruh dan dituntut dalam agama Islam. Sebab banyak orang kata bahawa manusia ni tak boleh bersefahaman katanya. Sebenarnya kesefahaman ini wujud dan boleh diwujudkan. Dan memang kita kene berusaha untuk mencari kesefahaman itu. Tetapi dalam mencari kesefahaman mesti terdapat sesuatu benda yang tidak dapat tidak mesti ada benda yang tidak sefaham. Erk, faham tak? Maksudnya, mesti ada benda yang kita tidak sefaham.

Misalnya, mana ada orang seumur hidup dengan isteri dia selalu bersefahaman. Mana ada anak buah dengan bos dia sefaham sepanjang kerja. Tidak ada. Akan ada masa dan ketikanya akan berlaku perkara2 yang berselisih faham. Itu perkara biasa. Jadi, kata ustaz Kazim lagi, Islam mengajar kita mencari suatu benda yang dipanggil sebagai fiqh al-awlawiyah. Fiqh keutamaan.

Dalam mencari kesefahaman kita kene mencari mana yang lebih penting daripada yang penting. Mana yang lebih besar daripada yang besar. Mana yang terbaik daripada yang baik. Kalau kita pegang yang ini akan dapatlah titik persefahaman itu. 

Kalau kita cari titik pertemuaan itu akan jumpalah apa yang dikehendaki. Tapi masalahnya, kita mencari titik untuk berpisah. Maka, jadilah perpecahan. Cuba kita cari apa yang boleh mempertemukan kita, yang menyamakan kita, persefahaman lah kita. 

Apa yang ustaz Kazim tekan kan dalam ceramahnya kali ini, beliau menekankan enam benda. Dalam mencari kesefahaman ada enam perkara kata beliau. Kekuatan tauhid, kekuatan akhlak, kekuatan ilmu, kekuatan ekonomi, kekuatan perpaduan dan kekuatan jihad. 

Aku rasa aku kene sambung entri lain lah. Sebab aku ada kerja lain. Malas nak buat draf. Lagipun, saja nak buat pembaca ternanti-nanti entri aku. Walaupun aku tahu tidak ada yang menanti. Ah!

Bitaufik wa najah wasalamualaikum.
v(^_^)v


Thursday, December 22, 2011

Satu Dulu, Bengkel Bahasa Isyarat.

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera. (Tak jawab dosa, kalau jawab sayang. Errrr~)

Sejak dua menjak ni banyak rasanya aku join aktiviti kat USM. Tak tau nak mula yang mana. Yang pasti banyak hikmah aku dapat walaupun tidak secara langsung. Dan mungkin ada lagi hikmah yang tersembunyi aku tak dapat lagi. Oh, hikmah yang dimaksudkan bukan nama orang. Boleh rujuk kamus dewan untuk mengetahui maksud dengan lebih terperinci.

18/12/2011
[Bengkel Bahasa Isyarat]

Bengkel ni bagi aku sebenarnya untuk pendedahan awal kat sesapa yang datang tentang bahasa isyarat. Malah bagi aku yang dah belajar sign language kat kelas ni pun dapat tingkatkan skill sign aku. Maklum saja, tangan aku yang keras gemalai ni perlu diberi latihan yang sewajarnya. Nanti tak lah kaku bila dapat mengajar kat sekolah yang ada masalah pendengaran.

Dan aku sangat tak suka bila ada junior aku cakap "kan dah belajar kat kelas. kita dapat apa?" Lebih kurang macam tu la ayatnya. Kerek giler cara dia cakap. Oi adik, hebat sangat ke kau punya sign. Kalau hebat meh tunjuk kat akak. Orang suruh masuk persembahan sign language pun akak tak nampak kau. Oh, sedih akak lihat sikap kau. Harap2 kau sedar diri kelak.

Okay abaikan budak itu. Suasana bengkel hari tu aku tengok lancar je. Sonok dan beronok-ronok je mereka  masa aktiviti berlangsung. Tambah2 kawan2 aku. Balik je dari bengkel semua pakat update status kat FB. Pergh! Seronok sangat nampaknya. Tak putus2 lafaz hamdallah "Alhamdulillah" ditaip kat status tersebut. Aku pun turut bahagia lihat kegembiraan yang dipamerkan.

Tak sempat aku nak take picture cenderahati untuk VIP. Tak tau la okay ke tak sebab hasil kerja aku yang buat. Ngee~~ Ekceli bukan aku sorang yang buat. Background aku amek dari poster time promosi bengkel ni, then aku upah akak aku upgrade apa yang patut. Then, letak frame and bubuh ribon bagi naik seri (Erk, seri ke?). Bubuh ribon tu pun sebab aku dah geti buat ribon macam tu. Belajar time form 6 dulu.

Penghargaan ni aku framekan. Pastu aku nampak sambutan Maal Hijrah kat USM pun buat style macam ni jugak.  Tapi lagi nampak gah banding aku buat. Hee~~

Seinfiniti penghargaan terima kasih kat semua yang sudi membantu aku menyiapkan cenderamata semua. Terutama kat anak buah aku yang tiga orang tu. Terima kasih sudi teman pegi Mydin untuk beli barang2 apa yang patut. Terima kasih sudi siapkan hamper untuk peserta2. Terima kasih sudi bekerjasama dengan akak (erk, akak?). Dan juga roomate aku yang banyak memberi sokongan padu (Erk?). Terima kasih juga kat kawan aku yang sudi bawakkan hamper semua bagai tu dengan keretanya yang sudah mati roadtax. Ngee~ Tanpa kalian pastinya cenderamata semua tu tiada.

maaflah dik, akak tak interframe gambar kamu. ngee~~ Just nak tunjuk hamper hasil kerja anak buah aku.


Sebenarnya peranan aku kat bengkel tu kecik je. Just sediakan hadiah dan cenderahati (eh, cenderahati ke cenderamata?). Yang main peranan utama of couse fasilitator sebab mereka lah yang mengajar sign language kat peserta2. Masa sesi tu aku pun menyibukkan diri kat kawan aku sorang ni. Dalam erti kata yang lebih halusnya menolong kawan aku mengajar sign language (Sebenarnya tak tolong pun, menyibuk je lebih kau ni).

Peserta2 pun aku tengok okay2 semua. Kira memang mereka ni berminat nak tahu bahasa isyarat. Kagum dengan semangat yang ditunjukkan. Harap2 mereka dapat banyak dari bengkel ni.

Tak lupa kat pengarah projek ni, kawan aku sendiri yang banyak bagi tunjuk ajar kat aku. Suruh itu suruh ini. Hee. Ekceli takda la suruh apa2. Malah aku berterima kasih kat beliau kerana banyak yang aku belajar dari beliau. Sampaikan tak dapat nak zahirkan dengan kata-kata mahupun perkataan.

Habes je bengkel tu, sempat pulak aku ikut kawan2 aku pegi posing kat tasik USM. Ngee~~

Terima kasih semua. Banyak aku belajar daripada kalian. ^^

Ada lagi benda aku join. Tak tau nak cakap macamana. Semalam hari Rabu Ustaz Kazim sempena sambutan Maal Hijrah peringkat USM. Tadi hari ni, Khamis, jumpa dengan pengarang thiller no 1 malaysia, Ramlee Awang Mursyid. Siap bergambar lagi. Sempoi habes. Next entri pulak crite. Kang panjang berderet pulak post kali ni. Ngee~~

Cuma nak kongsi apa yang aku dapat. Bak kata pepatah buang yang keruh, ambil yang jernih (Erk, sesuaikah peribahasa ini).

Bitaufik wa najah wasalamualaikum.
v(^_^)v

Monday, December 12, 2011

Satu, Satu Dan Satu Lagi

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera seluruh alam maya.

Bulan ni rasa sikit pulak aku post entri. Nak kata sibuk bulan November lepas pun sibuk jugak, tapi boleh lagi luangkan masa post2 entri yang mengarut-ngarut tu. 

Mungkin sebab bulan ni aku fokus aku kat benda lain. Ada la benda nak fokus. Kadang2 rasa malas nak asyik fikir benda2 tu. Tapi aku cuba fokus jugak. Sebab rasa bertanggungjawab terhadap benda tersebut. Ah, cakap lebih2 terpecah pulak rahsia benda ni. Ngee~~

Lepas satu tugasan kepada tugasan yang lain, sedikit sebanyak mengurangkan rasa terbeban di pundak dan benak ini. Baru tadi selesai satu pembentang. Sampai bilik je terus tidur sampai bangun2 rasa sakit kepala. Haish, ingatkan bila bangun tidur ni rasa cergas sikit. Adoi!

Sebelum tu, seharian kat UUM. Malas nak crita pasal kat sana. Mungkin sebab kondisi dalaman aku tak stabil menyebabkan semua berantakkan. Argh! Bayangkan aku tak tidur hari Jumaat tu dari pagi sampai esok paginya then terus ke UUM.

Ah, itu tak apa lagi. Sebab time malam kat UUM tu aku dihiburkan dengan makanan2 untuk mengisi kedukaan yang melanda. Aku rasa aku ceduk nasi tu dalam tiga kali kot. Licin. Habis lauk2 aku habeskan. Kata mahu suami soleh, orang tua-tua cakap kene makan sampai habes.

Ekceli tak ada duka lara mana pun. Cuma kat sana asik teringat pembentangan esoknya. Ah, itu pun malas nak cakap. Hanya Allah saja yang tahu perasaan aku tika itu.

Sekarang ada lagi satu, satu dan satu yang menanti. Lebih dari satu sebenarnya. Apa pun aku cuba yang terbaik. Selebihnya aku berserah saja pada yang berhak. 

Maka dengan itu, aku mungkin tidak mengupdate blog. Mungkin kalau update pun hanya perkara2 yang sangat2 mengarut. Kerana kemengarutan itu seperti sudah sebati dalam diri ini. Ah, mengapakah aku sebegini. Maafkan aku!

Ya, aku tahu kalian tidak kisah pun aku update atau tidak. Seperti biasa aku memang suka syiok sendiri. Sekali lagi maafkan aku.

Doakan aku berjaya menyelesaikan segalanya, satu per satu, secara sistematik dan tidak serabut. Harap2 dipermudahkan segala urusan kita. Ah, fikiran aku bajet lagi. Mahu stop!

Bitaufik wa najah, wasalamualaikum.
v(^_^)v

Tuesday, December 6, 2011

How Salary You Want?

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera. 

Tadi ada job interview. Boleh la dikatakan 'mock'  interview. 

Maka aku dengan rasa gundah gulai eh, gundah gulananya mencari apa2 yang patut sebagai persediaan.

Biasalah, budak2 sekolah yang baik seperti aku ini pastinya perlu mencari maklumat. Kata nak buat yang terbaik kan.

Biasa juga kawan2 aku cakap prepare about your personality. Aku pun ngapal ler ayat2 bombastik yang tak brapa nak klasik sangat. (erk, apa kau mengarut ni). Tapi madam tak tanya pun. Redha!

Dah dah, aku malas nak intro panjang2. Kalian pun kompem meluat dengan aku. Ah, padan muka!

Biasa la, aku kan jenis sopan-santun gopoh-gapah, gelabah dan sebagainya bila orang nak interview. Lagi2 guna bahasa yang aku tak suka dari kecik ini, tapi aku sedar bahasa ini penting untuk mengembangkan ilmu. Ah!

Aku perasan, aku dah jawab yang terbaik dari ladang dah tadi. Punya la teratur aku susun ayat. Pergh! Memang perempuan Melayu terakhir la! Dengan senyuman yang manis lagi. Ya, sangat perasan bukan. 

Tetiba bila aku keluar dari bilik tu, aku terpikir balik.

Kenapa jawapan aku yang last tu peng'interview' itu ketawa dan cakap "oh, so cheaper!" aku pun angguk2 dan cakap. Yes, i think it enough as a teacher. because bla bla bla" aku tak ingat ayat aku seterusnya. Yang pasti memang tunggang langgang dan berjela-jela. Pergh!

Actually sebelum tu dah prepare dah dengan kawan bila madam nak tanya pasal salary. Susun ayat punya cantik. 

Tapi kat dalam tu aku jawab. "Ermm (bunyi yang biasa keluar bila interview).. As a teacher, especially for special education teacher, around one hundred and eight thousand until two hundred enough. But if you company want to give more is better. (Senyum) bla bla bla" Sampai madam ketawa2, dan bagi respon macam yang aku crite di atas.

Pergh! Babak malu beb!

Moral of the story. Walau kau dah susun ayat cantik punya, tapi bila Allah dah tak izin kau guna ayat yang kau susun tu, jangan kau berasa down. Bukan sindrom down tu. Tapi jangan berasa jatuh. Lain kali kau kene lebih teliti.

Ya. Memang aku malu bukan sebab aku tak pakai baju. Tapi aku kene ambil hikmahnya dari benda ni.

Baik. Aku tahu aku kene pergi sekolah rendah balik belajar bahasa yang aku sangat2 tak suka ini. Aku tahu apa yang kita tidak suka itu tidak semestinya buruk untuk kita.

Ah, kalau kalian tidak paham, aku mintak maaf. Sebab sekarang aku tengah benggang dengan diri sendiri. Apakehalaku? Errrrr!

Maaf sekali lagi. Kali ini hanya melepaskan kegeraman untuk diri sendiri. Ya ya, aku tahu aku perlu belajar dari kesilapan. Baik!



Bitaufik wa najah, wasalamualaikum.
v(^_^)v


p/s: nanti bila interview betul2 baik cakap Melayu je bab2 angka ni. Cakap apa yang kau betul2 yakin saja. Yang tak yakin tu pandai2 la buat ayat bagi nampak yakin.lagipun bahasa kau memang teruk macam beruk tahu.

Sunday, December 4, 2011

Kebajetan!

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera semua (tak jawab dosa, kalau jawab sayang.. errr..)

Oh, ekceli tiada apa yang nak dicelotehkan. Just nak kata atau taip:

Fikiran aku bajet sekarang! Sekian.

Tapi, banyak benda yang boleh aku cakapkan. 

Pasal semalam, pasal tadi.

Cuma sekarang fikiran tidak dapat memikiran sesuatu.

Cukup sampai disini.

Maaf, kerana membuang masa kalian.

Bitaufik wa najah, wasalamualaikum.

v(^_^)v

kata tak mau taip panjang2, tapi ini dah kira panjang juga. argh!

Monday, November 28, 2011

Kehebatan Mendatangkan Kekaguman. Subhanallah!

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera. Salam kasih sayang.

Bukan takda keje asyik nak update blog aje. Tapi kalau asyik buat keje2 tu, aku semakin keliru dengan diri sendiri. Sebabnya aku tak tahu nak buat mana satu keje2 yang melambak2 seperti di pasar lambak. *10 hinggit 10 hinggit 10 hinggit* Memang kes parah pauzanah tahap power renjis dipilis punya kes. Ah, abaikan.

Lately (erk, terbelit lidah speking omputih ni) aku asyik terjumpa orang2 hebat. Means, hebat dari sudut pandangan aku la. Kalau kalian anggap apa yang aku jumpa ni tak sehebat mana pun. Terpulang. Nak pulang ke rumah pun boleh (erk, apa kau mengarut ni)

Ya, tiada yang hebat didunia ini selain yang Maha Hebat. Orang2 yang aku jumpa ni pun hanya hebat dari satu sudut saja. Mungkin bukan hanya satu, namun masih juga ada ketidakhebatannya. Contoh, dia hanya hebat berhujah, tapi tidak hebat membasuh baju (erk, kaitan?). Okay contoh lain, dia hebat dalam matematik tapi sangat tidak hebat dalam bahasa (kepada rakan2 aku, jangan salah faham ini hanya contoh. eh, aku perasan. okay). Contoh lagi, mungkin seseorang itu hebat dalam menyanyi tapi tidak hebat berkomunikasi. Argh, aku sudah tidak tahu memberi contoh. Kalian pikirlah sendiri. Sesungguhnya aku bukan seorang yang hebat dalam bab2 ini. Aku hanya hebat mengarut saja

Aku cakap mereka2 ni hebat sebab aku tidak boleh melakukan perkara yang mereka lakukan. Contohnya menyanyi. Memang akan gegak gempita bila suara aku berkumandang. Aku sedar aku juga hebat (erk, hebat kebendanya. perasan!) Kebanyakkan mereka yang hebat2 ni aku tak pernah bersua serampang dua mata. Sebenarnya teringin nak jumpa orang2 hebat ni, nak ngurat. Eh, bukan. Teringin nak tahu tentang mereka. Nak berbicara untuk menambahkan ilmu. Untuk aku lebih memahami mengapa mereka boleh hebat sebegitu. 

Mungkin itu cuma angan2 dan mimpi di siang hari. Yela, mereka hebat dari sudut pandangan aku. Aku cuma mampu berdoa agar kehebatan mereka mampu membuatkan mereka lebih rapat dan selalu dekat dengan Tuhan. Kerana kita perlu ingat sehebat mana pun manusia mana mungkin dapat mengatasi kehebatan Sang Pencipta. Allah Maha Hebat. Itu yang pasti.

Salah seorang manusia hebat yang aku jumpa adalah tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan. Lihat saja biliknya, pergh! Banyak buku. Itu luar biasa bagi aku kerana bilik aku penuh dengan makanan saja. Ah, memang aku tidak hebat. Memang patut di beri anugerah tokoh Maal Hijrah (mood maal hijrah lagi ni walaupun dah beberapa hari?).

Banyak lagi orang2 hebat diluar sana. Jangan kau fikir kau tidak hebat. dan jangan kau fikir kau seorang saja yang hebat. Kehebatan itu hanya milik Allah yang dipinjamkan kepada hamba2-Nya. Bila2 saja boleh ditarik balik. Bersyukurlah dengan kehebatan yang telah dipinjamkan. 

Argh, apa entah aku mengarut. Bab2 mengarut memang kehebatan aku. Oleh itu, sebelum aku semakin leka dan lena dalam kekarutan ini baiklah kiranya aku mengundur diri. Sesungguhnya setiap orang itu ada kehebatan yang tersendiri, tinggal saja mereka bersyukur atau berbangga dengan kehebatannya. Fikir2kanlah hingga sampai tak boleh nak fikir (erk, apakah?)

Sebelum berakhir cuma nak cakap, SUBHANALLAH hebatnya ciptaan Allah ini. Segala pujian hanya untuk Allah.


Bitaufik wa najah, wasalamualaikum.
v(^_^)v

Sunday, November 27, 2011

Perubahan

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera. Salam Maal Hijrah.

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Sambung sendiri lah, malas nak taip. Saja nak bubuh lirik lagu Maal Hijrah ni. Ni masih mood tahun baru. Rindu suasana sambutan Maal Hijrah kat hometown aku. Kat sini tak semeriah kat sana. 

Salam Maal Hijrah. Semoga tahun 1433H ini lebih baik dari tahun2 sebelum ini.

Biasanya kalau dah tahun baru mesti ada orang nak buat perubahan. Semestinya perubahan kepada yang lebih baik dari sebelumnya. Kalau artis2 tu agaknya mesti nak pakai tudung. Agaknya la. Ngee~~

Sebenarnya, belum tahun baru pun boleh lakukan perubahan tu. Cuma nak jadikan ia lebih bermakna, maka perlu penanda yang lebih menarik semangat untuk berubah. Ya. Sebenarnya boleh saja menanam, membaja dan menyemai azam sebelum, semasa dan selepas tahun baru juga. Cuma tahun baru itu dijadikan sebagai tanda peringatan untuk kita akan sentiasa menjadi lebih baik. Ah, aku tidak pandai mengarang perkataan yang cocok untuk menerangkan. Kalian fikirlah sendiri.

Seorang sahabat baik aku (ya. dia sahabat terbaik aku) mahu berubah menjadi muslimah yang solehah. Wow! Aku terkasima melihat perubahan beliau. Kagum. Kadang2 aku sendiri berasa malu dengan diri sendiri mengapa aku tidak menjadi seperti beliau. 

Perubahan yang secara lahiriahnya yang boleh dilihat adalah dari segi pemakaian. Beliau kini sudah memakai pakaian2 muslimah sejati. Aku yang jadi malu dengan pakaian aku yang tidak sempurna ini. Dan sedikit pelik jika ada orang yang tanya beliau "eh, kenapa pakai baju ni". Hello, tidak bolehkah memakai baju yang menutup aurat itu. Maka mengapa perlu dipersoalkan. Sepatutnya kita tanya diri kita sendiri mengapa kita memakai baju ini, adakah ia menutup aurat. Jika tidak sila tukar kepada yang menutup aurat.

Ramai orang yang memakai pakaian, tetapi tidak semua yang memakai pakaian yang menepati syarak. Mungkin bagi mereka dengan memakai baju berlengan tiga suku sudah mencukupi, dengan memakai baju t-shirt yang mengikut bentuk badan sudah mencukupi, dengan memakai tudung dan diselimpangkan sehingga mengatasi paras dada sudah mencukupi. 

Mungkin susah untuk melakukan perubahan. Tapi hendak seribu daya. Kalau taknak bagi la seribu alasan sekalipun, tetap tidak mahu.

Aku tidak tahu hendak menyatakan yang bagaimana lagi. Perubahan itu datang tanpa perancangan barangkali. Namun, boleh jadi kita perlu merancang untuk melakukan perubahan. Masakan kita asyik mahu ditakuk lama.  

Perubahan rohani juga perlu diberi perhatian. Eh, rohani yang dimaksudkan bukan mak aku. Rohani yang dimaksudkan adalah dari segi roh, perkara yang berada dalam diri kita. Ah, kalian cari la sendiri maksud rohani itu. Aku juga mahu melakukan perubahan rohani. InsyaAllah.

Ada orang cakap, bila tiba tahun baru saja kita bersemangat untuk melakukan perubahan. Angan2 tahi ayam katanya. Ya, mungkin ada kebenarannya. Namun, sekurang2nya kita ada semangat itu. Berdoalah agar semangat itu terus subur mekar didalam jiwa. Sentiasa menanam, membaja dan menyemainya dalam diri. Sebab itu pentingnya muhasabah diri agar kita sentiasa memperingatkan diri kita.

"Oleh itu mari semua kita sambut Maal Hijrah. Tingkatkan semangat, Tingkatkan syiar Islam untuk sepanjang zaman. Untuk sepanjang zaman." Ini lirik rangkap terakhir lagu Maal Hijrah. Sangat bermakna bagi aku. Sekali lagi mahu menegaskan "Tingkatkan semangat, tingkatkan syiar Islam UNTUK SEPANJANG ZAMAN."

Semoga semangat itu terus subur mekar segar dalam diri ini. Amin. 

Eh, apa yang sudah aku mengarut ini. Maaf kerana menambahkan lagi beban di benak kalian. Aku sedang didalam semangat Maal Hijrah, maka entah apa2 yang telah mengarutkan. Baik aku berundur secepat mungkin. Kalau rasa tak puas hati, tidak setuju, atau entri kali ini bercanggah dengan pandangan kalian silalah komen diruangan komen di blog ini. Sesungguhnya perkongsian pandangan kalian sangat aku perlukan untuk aku muhasabah diri ini yang kerdil. hina dan dina. (-_-)

Bitaufik wa najah, wasalamualaikum.
v(^_^)v




Saturday, November 26, 2011

Azam Tahun Baru Bukan Setakad Angan-angan

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera semua warga alam maya yang dikasihi Allah dan disayangi Nabi.

Petang ni lepas waktu Asar akan bermula tahun baru bagi umat Islam. Seperti biasa kalau tiba tahun baru, mesti ada yang memasang azam untuk tahun tersebut (ke aku sorang je yang buat begini? ngee~~) Ah, ikut kalian la nak menanam azam atau tidak. 

Maal Hijrah. Tahu ke maksudnya? Kalau nak aku terjemaahkan takut salah pulak. Baik kalian tanya orang yang lebih pakar. Aku rasa 'maal hijrah' tu maksudnya 'bersama-sama perubahan'. Maal=bersama-sama. Hijrah=perubahan/berpindah. Eh, kalau salah kalian tolong betulkan. Nanti selama-lamanya aku ikut teori aku ni. Sesat pulak.

Apa yang pasti lakukan perubahan yang baik, lebih baik dan terbaik. 

Siapa yang tidak mahu menjadi baik. Orang jahat pun ada keinginan jadi baik. Begitu juga aku. Tahun ini aku nak jadi anak yang terbaik. Taknak kecewakan mak bapak. Nak lakukan sesuatu untuk mereka berasa bangga. Walaupun mak bapak aku tak cakap mereka nak apa dari aku, tapi kita sendiri tahu yang mak bapa kita nak anaknya jadi baik. 

Perpisahan tidak dapat menghalang kasih sayang ibubapa kepada anak2nya!

Rasa cemburu juga bila lihat kawan2 yang sangat baik dengan orang tua mereka. Mereka mungkin tidak faham keadaan aku yang tidak sama dengan mereka. Kerana keadaan mak bapak mereka tidak sama dengan keadaan mak bapa aku. Kerana itu juga aku rasa aku tidak cukup baik dengan ibubapa aku. Berdosanya aku dengan mereka. Memang la mak ayah aku cakap aku anak yang baik (eh, terperasan pulak), tapi hakikatnya... Hanya Allah yang tahu.

Maka dari itu, aku berazam pada tahun ini aku mahu jadi anak yang terbaik. Tidak mahu kecewakan harapan mak ayah aku. Jauh2 mereka hantar aku mesti harapan mereka juga tinggi. Siapa tak sayang mak ayah dia kan. 

Hubungan antara aku, mak dan ayah tidak seperti orang lain. Yang pasti aku sayang mereka dengan seluruh jiwa raga. Mungkin sahabat2 terdekat mengetahui tentang keluarga aku. Dan juga cukup Allah yang mengetahui apa yang aku rasa. Aku perlu bersyukur apa adanya sebab ada kawan2 aku yang tiada ayah, ibu dan kedua-duanya sekali. Ya, Alhamdulillah ya Allah kerana ibu bapaku masih dapat memberi kasih sayang mereka kepada kami adik beradik.

Azam kali ini, memang betul2 akan aku berusaha lakukan. Bukan setakad angan2 mahupun mimpi disiang hari. Mesti jadi anak yang terbaik sekali. Mesti dan pasti!

Eh, tetiba rasa touching maching pulak. Baik aku berhenti menaip sekarang sebelum air mata berlinangan. Argh!

Bitaufik wa najah, wasalamualaikum.
v(^_^)v

Friday, November 25, 2011

Dalamnya Maksud Lagu Aku Maafkan Kamu

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera semua. Selamat selamanya dibawah lindungan-Nya.

First time aku dengar lagu "Aku Maafkan Kamu" dendangan Jamal Abdillah feat Malique, aku dah jatuh cinta. Dari segi alunan muziknya aku rasa biasa saja. Cuma aku terpikat kat lirik lagu ni yang sangat2 mendalam. Sampaikan aku nak ulang2 dengar lagu ni. 

Susah nak describe lagu ni sebenarnya. Aku pun tak tau apa yang aku paham ni sama ke tak dengan penulis lirik lagu ni nak sampaikan. So, aku nak mintak maaf awal2 kat penulis lagu kalau kepahaman aku ni tak sama. Yang pasti lagu ini sangat terkesan kat hati sanubari ini. Ngee~~

Sebelum tu, dengar dulu lagu peberet aku ni:



Sekali lagi, susah nak describe. Mungkin ada orang tak suka lagu2 yang mempunyai lirik2 yang tersirat macam ni. Tapi bagi aku, lirik yang mendalam ni dapat membuatkan pendengar berfikir. Bukan setakad mendengar seperti angin lalu. 

Mungkin aku rasa, lagu ni macam pernah berlaku kat diri aku sendiri. Mungkin. 

Kalau kalian perati, rangkap pertama je dah bawak mesej yang mendalam.

"Ada teratak dihujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak"

Nah, nampak tak? Nak describe macamana pun tak tau. Pernah dengar peribahasa "seperti katak dibawah tempurung". Sepatutnya kita patut tahu apa yang terjadi kat sekeliling kita. Bukan nak busy body, cuma jadi lebih prihatin. Kita kat dunia bukan duduk sorang2.

Kalau diperati sekarang, banyak benda2 yang berlaku. Banyak juga perkara2 dusta, pembohongan, penipuan dan sebagainya terjadi, tapi si pembawa seolah-olah berlagak betul, benar, jujur dan baik. Oh, dunia. Yang duduk dibawah tempurung juga yang akan menjadi mangsa penipuan. Beruntunglah bagi mereka yang berfikir. Baik. Aku maafkan kamu!

"Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum guna hak bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda"

Aku tertarik dengan hak miranda tu. Kita perlu berfikir dulu sebelum bersuara. Kalau tidak tahu, tak payah nak bersuara. Lihat, perhati dan berfikir. 

Sebenarnya mana boleh kita berdiam diri kalau sesuatu benda tu dah terang2 kita tahu. Ya, kalau tak tahu memang kene duduk diam. Tapi kalau dah tahu, bertindaklah mengubah prespektif orang lain. Walaupun tidak diterima, sekurang2nya orang lain boleh betulkan kesalahan kita. Tidaklah kita terus memikirkan perkara yang salah.

Eh, dah panjang rasanya aku mengarut. Entah kalian paham ke tak apa yang aku nak sampaikan ni. Aku pun semakin keliru dengan diri sendiri. Maaf kerana menyerabutkan lagi fikiran kalian. Aku maafkan kamu, kamu pun maafkanlah aku. Ngeee~~

Bitaufik wa najah, wasalamualaikum.
v(^_^)v

Tuesday, November 22, 2011

Selamat Ulangtahun Kelahiran Haikal!

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera semua.

22 November tarikh ulangtahun kelahiran adik aku. Walaupun berlainan ibu, dia tetap adik kandung aku. 

Teringat pada awal dia dilahirkan. Aku tidak dapat menerima kenyataan. Siapa tidak sedih. Ah, malas aku nak cerita. Sekarang keadaan sudah kembali normal. Aku terima apapun masa silam seadanya. Cuba jadikan iktibar dalam kehidupan.

Malah hubungan aku dan adik lelaki aku itu semakin rapat. Kalah keakraban dengan adik lelaki seibu sebapa aku. Namun, aku tetap sayang adik2 lelaki aku yang mempunyai hubungan darah ini sepenuh hati.

Alhamdulillah, pencapaian akademik adik aku ini tidak mengecewakan. Ada saja perkara positif aku dengar. Namun, aku tidak tekankan pencapaian akademi semata-mata. Yang aku selalu mengingati adik aku adalah akhlak. Contohi akhlak Rasullah. Didikan agama itu yang utama.

Aku pernah melihat buku latihan adik aku. Ada tulis salasilah keluarga. Ah, sedih melihatnya. Pernah suatu ketika dulu, dia cakap kat kawan2nya "eh, aku pun ada kakak la". 


Kak Yan sayang Haikal! Hee. Hubungan kita perlu dijaga dan dibaja dengan kasih sayang. Jadilah muslim yang beriman dan bertakwa.


Sempena ulangtahun kelahirannya ini, aku berharap dia dapat jadi anak yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Aku harap dia tidak mengecewakan ayah aku. Aku harap dia tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Aku harap dia cepat menyesuaikan diri dengan perkara yang baru. Aku harap dia sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah.

Bitaufik wa najah, wasalamualaikum wbt.
v(^_^)v

Monday, November 21, 2011

Siapa Sahabat, Kawan Dan Siapa Sekadar Kenalan Sahaja

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera semua.

Terpanggil untuk mengshare mesej dari seorang sahabat:

"Takdir kadang2 mempertemukan sesuatu yang tidak diundang, memberi apa yang tidak dirancang, membuatkan kita mengalirkan air mata kesedihan dan takdir juga membuatkan kita rasa kehilangan. Namun takdir memberi kita erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, mengenali erti sebuah persahabatan, merasai erti kegembiraan, mengenali sebuah ketabahan dan memberi erti sebuah keakraban, memberi peluang menilai siapa sahabat, kawan dan siapa sekadar kenalan yang mengisi ruang dalam episod kehidupan. ALLAHUMMATAH'ALAIKI. Semoga bukakan pintu kebaikan."

Bila baca SMS dari sahabat aku itu, hati tersentuh pulak. "Sahabat, maafkan aku kiranya aku mengabaikan kamu."

Itu saja untuk kali ini. Doakan kebaikan kita bersama.

Bitaufik wa najah, wasalamualaikum wbt.
v(^_^)v

Friday, November 18, 2011

Happy Birthday Sahabat!

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera wahai seluruh warganegara bumi yang sentiasa dirindui Nabi dan disayangi Allah.

Saat entri ini ditaip bertarikh 18 November bersamaan tarikh ulangtahun kelahiran seorang sahabat aku.

Beliau adalah sahabat yang pertama aku jumpa kat USM ini yang satu kos dengan aku. Tak tau nak cakap beliau macamana. Yang pasti beliau sangat baik dan seorang yang memahami aku. Sesuai juga untuk dijadikan calon isteri bagi sesiapa yang mencari. Ngee~~

Bukan tak mahu mengenalkan beliau kepada kalian. Takut apa yang aku cakap pasal beliau bukan perkara sebenar. Yang pasti beliau bukanlah seorang yang jahat. Aku tak nampak kejahatan yang ada dalam diri beliau.


Ni dia sahabat aku. Ku Nor Nadzirah Che Ku Azam. Jangan main kau, keturunan Tengku ni. Cantik bukan beliau. Hee~~(kenapa mesti ada gambar aku skali, menyibuk sungguh)

Aku kagum dengan sahabat aku ini. Beliau sangat komited dengan kerja2 yang orang amanahkan. Beliau seorang yang kreatif dan panjang akal dalam menyelesaikan masalah. Beliau sangat2 disenangi oleh sahabat2 aku yang lain.

Sahabat, sempena ulangtahun kelahiranmu ini, aku ingin mengucapkan selamat hari ulangtahun perkhawinan kelahiran yang ke 12 22 tahun. Kamu sudah semakin dewasa dan sememangnya kamu dewasa (saja nak bagi ayat sopan. kamu boleh tukarkan perkataan 'dewasa' kepada perkataan 'tua' juga. ngee). Aku kagum dan respek dengan kamu. Kamu dah banyak mengajar aku erti persahabatan. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat aku. Semoga kamu dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur untuk bernafas di muka bumi, ditunaikan segala apa yang dihajati, diberi jodoh yang beriman, bahagia dunia dan akhirat. Semoga kamu juga sentiasa dalam keadaan yang baik. Sentiasa dalam pemeliharaan dan perlindungan kasih sayang rahmat Allah dan semoga Allah menyayangi kamu. Aku sayang kamu walaupun aku tidak sayang seperti Allah sayangkan kamu. Semoga kamu sentiasa dalam jalan kebaikan.

Ira, aku design khas untuk kamu! Kerana kamu sahabat aku yang special.

Banyak sangat nak wishnya. Sampai tak terluah dengan kata-kata mahupun perkataan. Aku harap yang terbaik jadi milik kita semua.

v(^_^)v


Wednesday, November 16, 2011

WORDLESS WEDNESDAY: Bersyukurlah Wahai Diri!

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera semua.

Erk (bunyi kekenyangan. ngee). Alhamdulillah. Baru lepas makan. 

Okay tak mau cakap banyak (eh, kata rabu tanpa kata. tapi ini sudah ada perkataan. haish!)


v(^_^)v

Tuesday, November 15, 2011

Senyum, Senyum Dan Teruskan Senyuman!

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera semua.

Mungkin ada orang cakap "eh, gila ke apa senyum sorang2". Tapi bagi aku tak gila pun kalau senyum sorang2. Malah, cukup bagus kalau orang itu nak senyum. 

Sejak akhir2 ni, entah kenapa aku rasa macam banyak buat salah. Eh, bukan macam. Banyaknya aku dah buat salah kebelakangan ini. Dan kesalahan itu telah membuatkan aku serba salah dengan orang sekeliling aku terutama kawan2 terdekat. 

Aku tak tau kenapa, bila aku rasa serba salah aku nak tersenyum sorang2. Pelik. Tapi itulah hakikatnya. 


Yang menambahkan lagi rasa serba salah aku, bila aku melemparkan senyuman kat orang sekeliling aku, senyuman tidak mendapat balasan. Aku tak kisah sebenarnya, tapi entah kenapa ketidakbalasan senyuman itu mendatangkan feeling tidak enak. Means, aku rasa "oh, aku dah salah kat dia. then nak senyum2. nampak seperti tidak bersalah tahu?" 

Ya, aku tahu senyuman aku tidak semanis gula mahupun kurma. Aku terima apa adanya. Ya, aku tahu aku bersalah tapi aku tidak dapat teguran pun daripada kalian. Mengapa terus terusan memalingkan muka dari aku. Tegurlah aku. Bimbinglah aku kejalan yang lurus. Kemudian kita saling senyum-menyenyum, okay.


Bagi aku, walaupun apa berlaku tetaplah tersenyum. Walau kalian berasa perit, senyumlah. Inikan lagi bila berasa suka. Senyum. Ya, ada orang kata "eh, kalau tak ikhlas buat apa nak senyum". Tapi, kajian yang aku jalankan (ceh, perasan profesor!) bila kita senyum walaupun dalam keadaan duka, secara automatik hati akan terubat. Walaupun tidak pulih SEPENUHNYA, tapi sekurang2nya SEDIKIT terubat. Itu experimen yang sampelnya adalah aku. Tak tau la kalian semua. Nak tau kesahihannya, cubalah! Kalau experimen gagal, harap maaf.

Banyak lagu2 berkenaan senyum. Search saja di youtube. Lagu2 itu sebenarnya inspirasi aku untuk terus, terus dan terus tersenyum walau apa keadaan sekalipun.

Bukankah senyum itu sedekah. Itu apa yang cikgu aku ajar. Mudah saja nak dapat pahala, hanya dengan senyuman.

Maaf jika aku tidak senyum dengan kalian, bukan kerana aku tidak mahu. Mungkin kerana terlupa. Maklum saja aku ni bukanlah insan kamil. Namun, aku akan cuba mengingatkan diri sendiri agar selalu senyum. Maaf juga kiranya senyuman kalian tidak aku balasi. Bukan kerana aku tidak mahu. Mungkin masa itu fikiran aku entah kemana. Maklum saja aku ini kuat berangan. Berangan mahu jadi profesor. Ahaks. (eh, ada kaitan ke?)

Sudah. Sampai di sini dahulu omelan aku. Maaf kerana tiada apa yang dapat aku kongsikan. Bukan tidak mahu, tapi tidak tahu, maka tunjukkanlah aku jalan yang benar (errr, alasan!).

v(^_^)v



Monday, November 14, 2011

Pertingkatkan Amalan, Hindari Dosa!

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera semua.

Aku cuba muhasabah diri. Senaraikan apa amalan yang dah aku buat. Juga senaraikan apa perkara buruk, tak baik, keji, hina dan sebagainya yang Allah tidak suka. Dan hasilnya. Masya-Allah, TERUK!

Jelous dan cemburu (bukan tak sama ke maksudnya ni) dengan kawan2 dan masyarakat sekeliling yang aku nampak banyak melakukan kebaikan, buat baik dengan sahabat, menolong orang yang memerlukan.dan sewaktu dengannya. Tapi aku hanya melihat. Tiada tindakan. Oh, lemahnya hati aku ini.

Kadang2 aku cuba melakukan kebaikan. Dan aku tidak mahu orang melihat aku membuat kebaikan. Kerana aku takut kalau2 hati ini sudah berniat lain. Takut2 Allah tidak terima kebaikan aku. Namun, aku cuba kuatkan hati. Berserah segala2 kepada Allah. Kerana aku tahu hanya Allah saja yang tahu niat aku. Sebab tu aku suka berniat. Kalian tak perlu tahu apa niat aku. 

JAGALAH HATI.
credit to google, terjumpa gambar ni. taip saja2 tup tup terjumpa. namun ada nama disitu.  terima kasih.

 Aku juga cuba menghindari dosa. Walaupun seringkali aku melanggar apa yang dilarang. Astaghfirullah. Kadang2 aku tahu syaitan sentiasa dan tetap akan mengoda, menghasut dan mengajak kepada keburukan. Maka aku perlu sentiasa melafazkan Ta'wuz untuk memohon perlindungan kepada Allah. Dan aku perlu yakin dan sentiasa yakin bahawa Allah akan melindungi aku. Insya-Allah. Boleh rujuk al-Quran surah an-Nahl ayat 98 kalau tak silap (saja aku nak suruh kalian buka al-Quran. jap lagi aku bukak tengok betul tak. ngee~~).

Beristigfarlah sentiasa. Percaya Allah akan ampunkan dosa kita. InsyaAllah.


Entri kali ini hanya sekadar untuk muhasabah diri aku sendiri. Betapa banyaknya dosa2 yang dah aku lakukan. Dan terlalu sedikit pulak kebaikan yang aku buat. Setiap hari aku berharap agar amalan aku dapat ditingkatkan. Serta tidak mahu langsung melakukan perkara yang Allah tidak suka malah dilarang-Nya. Insya-Allah.

Aku, kalian, mereka dan semuanya mampu melakukannya. Insya-Allah!

Sekian untuk kali ini. Terima kasih (Aik, dah macam apa dah).

v(^_^)v


Sunday, November 13, 2011

Good Luck For My Youngest Sister!

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera.

Esok peperiksaan SPM  yang sebenar akan kunjung tiba. Aku ada adik yang akan menghadapi peperiksaan besar itu. 

Bukan aku yang edit gambar ni. Ahha~~ Tapi bila tengok2 balik memang kami adik beradik gila2, sempoi, sporting dan cool. Bukan orang gila ya. Kami cuba mengiburkan diri masing2 dengan keletah yang hot and cool. Ahaks~~

Harap adik dapat buat yang terbaik. Dapat menjawap dengan mudah.

Aku ada post kat facebook pasal SPM. So, aku copi pes balik bubuh kat sini.

"Good luck and all the best to all SPM's candidates especially to my youngest sister Siti Azizah Zolman, sepupu2, orang kampung, kawan2 adik aku yang selalu datang rumah dan semua yang terlibat. (Banyak beno nak mentionnya) Usaha escalator kejayaan!!! "

Nak crita kenangan SPM dulu tapi tak tau nak cakap macam mana. Sebab SPM aku tak sebagus STPM. Ahhaa~~ (Ekceli saja nak mengisi slot enrti yang lain. #alasan)

v(^_^)v

Saturday, November 12, 2011

Ubat Sakit Kepala

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera.

Saja nak mengadu kat sini. Tau dah tak kan ada yang ambil peduli. Namun, aku tak peduli akan orang yang tak ambil peduli itu. Aku tetap mahu meneruskan pengaduan di sini. Titik.

Lihat saja tajuk entri (ekceli tak tau nak bubuh tajuk apa). Tak tau kenapa sejak2 aku duduk diperantauan ni kepala asyik berdenyut2 kencang seperti menghentak2 disalur darah bahagian kepala ini. Argh! Hanya Allah saja yang tahu betapa sakit dan peritnya.

Takut jugak kalau2 terkene migrain. Sebab acapkali juga kepeningan ini melanda diri. Terutama bila tiba deadline menghantar asignment sudah dekat. Atau setiap kali final exam kunjung tiba. Mungkin sebab memikirkan asignment dan final exam itu. Jadi kemungkinan migrain itu tidak kelihatan.

Seringkali aku menggunakan minyak cap kapak untuk mengurangkan rasa kesakitan. Namun, aku tidak rasa apa2 kekurangan. Oh, ubat apakah yang perlu digunakan. Ah, sekurang-kurangnya aku berikhtiar untuk mengurangkan rasa kesakitan. Berserah. Tawakal. 

Yang pelik bagi aku, aku hanya pening. Tidak seperti mereka2 yang aku selalu dengar demam, selesema, batuk dan sakit2 ringan yang lain. Sudah tentu apabila demam dan lain2 itu melanda diri mereka, kepeningan akan turut serta melanda. Syukur Alhamdulillah. Hanya pening ni je pun aku dah tak tentu arah, ini kan demam dan sebagainya itu. Benarlah, Allah tidak akan bebankan kita dengan bebanan yang tidak sanggup kita hadapi. Bersyukurlah sebanyak2nya.

Jika kepeningan ini kifarah untuk dosa2 aku, aku redha. Aku sangat berharap dosa2 aku diampunkan. Siapa tidak mahu bukan. Berdoalah untuk bertaubat, Insya-Allah Allah ampunkan. Berdoalah dengan tulus ikhlas, Allah pasti rasainya. 

Mungkin bila aku tidak berasa pening, aku tidak ingat kepada-Nya. Maka aku sangat bersyukur kepeningan ini menguasai diri. Harap aku sentiasa mengingati-Nya walau bagaimana keadaan sekalipun. 

Hargailah nikmat sihat, sebelum kita sakit. Bila sudah merasai kesakitan pastinya penyesalan melanda diri kerana tidak menggunakan nikmat sihat itu. Jagalah diri sendiri kerana diri ini adalah amanah dari Sang Pencipta. Bertanggungjawablah terhadap amanah itu. Jangan persia-siakannya. Jaga keseluruhannya. Jaga kesihatan tubuh, jaga pemakanan, jaga masa tidur. Semuanya.

Akhir kata, doakanlah kesejahteraan kita bersama didunia walaupun diakhirat. Semoga kita diberi kesihatan yang baik. Insya-Allah. 

v(^_^)v

Friday, November 11, 2011

Pengaruh Libas Bagi Kanak-Kanak Berumur 3 Tahun

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua.

Walaupun diri ini berada di Penang, Pulau Mutiara namun, fikiran, hati dan perasaan masih melayang-layang seperti layang2 yang terputus talinya. Seolah-olah bukan berada disini. Entah ke mana segala spirit ini berada. Yang pastinya, mahu berseronok-ronok dengan budak2 kecik di kampung.

Mengenangkan itu, maka terilhamnya tajuk entri kali ini. Pernah menonton cerita Libas? Sejak aku balik raya depavali kemudian kembali ke Penang, kemudian lagi pulang semula ke kampung halaman untuk raya korban aku telah beberapa kali menontonnya.

Namun, untuk raya deepavali hari tu aku tak dapat menonton sehingga tamat. Dan baru2 ni saja dapat menamatkan tontonannya. Gara2 si Arep yang sangat mengemari cerita itu. Entah berapa kali budak itu mengulang2 menonton.

Setelah beberapa kali menonton, cerita Libas telah mempengaruhi fikiran Arep. Betapa pengaruh media massa sangat kuat kepada manusia waima manusia itu baru setahun jagung. Setiap tingkah laku dan perbuatan cerita tersebut telah dihafal oleh budak itu.

Arep ada sebijik bola. Bila Arep datang ke rumah atuk dan membawa bola tersebut, maka aku akan jadi mangsa untuk bermain bola dengannya. Cara Arep bermain memang sangat sejibik persis cerita Libas.

Ini bukan aksi bermain bola, tapi saja nak tunjuk baju bola yang dipakainya. Ahaks~~

Apabila bola terkena badan Arep (dan memang aku sengaja terkenakan badannya), Arep akan buat2 terbaring seperti dalam cerita tersebut. Boleh bayangkan tak situasinya. Ada banyak adegen seperti itu dalam cerita tersebut. 

Arep juga telah menendang bola seperti cerita tersebut. Melambung bola kemudian menendang bola. Oh, sungguh seronok mengenangkan adegen bermain bola dengan budak berumur 3 tahun itu. Sebenarnya kadang2 aku malas nak melayan budak itu kerana budak itu tidak jemu2 untuk bermain walaupun bagi aku telah terlalu lama bermain. 

Adakah tidak ada rasa penat wahai saudara kesayangannku? Kakak saudaramu ini penat secara fizikalnya, namun sebenarnya memang kalau ikutkan hati aku mahu bermain sahaja.

Paling aku tidak suka dan sukar untuk menghalang apabila ada satu perkataan yang Arep ikut dalam cerita tersebut. Aku rasa Arep tak tahu pun maksud perkataan tersebut. Ah, sukarnya menyekat pengaruh media massa masa kini.

Sesungguhnya aku perhatikan Arep sangat meminati bola. Mungkin pengaruh bapak, pak cik dan sepupu2nya yang juga kaki bola (tidak termasuk aku). Dan aku kira entah berapa pasang jersi/baju bola yang dimilikinya.

Arep memakai baju bola Malaysia dan seluar bola apa entah. Yang pasti baju nya berwarna biru dan ada perkataan 'Rooney' ke apa entah.

Saat ini terasa mahu pulang ke rumah dan bermain bola dengan Arep. Errr~~~

>>>Aku bukanlah seorang yang meminati dunia sukan. Tapi aku tidak membenci dunia sukan.
>>>Semalam Malaysia lawan Thailand dapat 2-1. Tahniah. Ada perlawanan lagi kan? Good luck for team Malaysia! 

v(^_^)v


Monday, October 31, 2011

Errr! Masalah Negara Sungguh!

Assalamualaikum. Selamat sejahtera wahai penghuni alam maya yang diharap sentiasa dalam rahmat kasih sayang-Nya.

Oh, sedikit tertekan kerana tugasan2 yang perlu diselesaikan. Maklum saja tarikh due dihantar sudah semakin hampir. Err! Masalah negara! Padahal boleh saja menenangkan fikiran. Setakad tugasan yang diberi, sudah tentu boleh diberesin. Bukankah pensyarah memberi tugasan yang bersesuaikan dengan apa yang kita perlukan. Ah, diri ini saja yang sering kali memikirkan yang enggak2 (bukan burung enggang okay).

Makanya entri kali ini muncul. Tiada perkara yang bermanfaan kali ini (Oh, bukankah aku seringkali memberi sesuatu yang tidak bernilai. Hanya sekadar karutan). Hanya sekadar melepaskan segala yang mengarut untuk diri ini. Ya. Bila aku berasa tension, bosan, sedikit gilak dan sewaktu dengannnya, aku pasti perlu mengarut seorang diri. Dan tempatnya sudah tentu di sini.

Errr (again)! Sepertinya usaha aku belum mencapai maksima. Sepertinya aku perlu berusaha bersungguh2. Sepertinya aku perlu bijak dan dalam bahasa omputihnya aku perlu smart dalam melakukan sesuatu. Seringkali bila kita berasa terdesak kita akan kembali kepada fitrah manusia iaitu bertuhan. Allah hadir untuk kita. Ya, bila susah pasti dan pasti Allah yang ada dalam kepala. Tapi bila senang? Oh, diri seringkali lupa dan alpa.

Teringat ketika taklim selepas solat maghrib tadi, sahabat membicarakan soal doa. Oh, sangat terkesan di jiwa. Betul katanya, kita sering kali berdoa apabila kita rasa perlu. Namun, hakikatnya kita perlu sentiasa berdoa, berdoa dan terus berdoa. Bukankah Islam sendiri mengajar umatnya sentiasa berdoa walau masuk tandas sekalipun. Ah, diri saja yang sering lalai.

Dan masalah yang melanda aku kini juga berpunca dari kelalaian aku sendiri. Sangat berdosanya aku. Ampun kan aku. Ya, aku sering lupa, lalai, leka, alpa dan sewaktu dengannya. Oleh itu, aku perlu sahabat yang seringkali mengingatkan aku. Dan aku juga perlu sentiasa bermuhasabah diri untuk mengingatkan diri sendiri. Silap2 kerana dosa2 aku, semua alam jagat juga mendapat kesan. Nauzubilllah!

Oh, satu masalah negara juga telah berlaku. Kesian kat sepupu aku dan senior2 aku yang amek pendidikan dan sudah pun bergraduasi. Aku percaya bila mereka jadi seorang guru, mereka mampu membimbing anak bangsa ke arah yang benar dan betul. Namun, apa yang telah berlaku. Argh~~ Biar saja isu ini dibicarakan diruangan lain. Bukan bermaksud aku tidak ambil peduli. Namun aku tak berdaya. Aku hanya seorang hamba Allah. Kedayaan aku cumalah bersuara disini. Ah, aku tidak tahu dan tidak mahu mengulas tentang itu. Apa yang pasti rezeki itu dalam pengetahuan Allah. Harap rezeki sesuai dengan kehendak kita.

Ya, sebagai mahasiswa kita perlu cakna dengan isu2 semasa. Bukan sekadar menyiapkan asignment, mengambil exam dan sewaktu dengannya. Itu akan membuatkan masyarakat semakin mundur, kelam dan akhirnya mungkin akan pudar. Ya, segala tugasan itu sangat penting untuk masa depan kita. dan ia perlu diutamakan. Namun, ia perlu seimbang. Ah, hanya orang2 tertentu saja faham maksud aku. 

Masakan anda akan biarkan bangsa anda terus mundur dan anda mahukan kejayaan? Maka disamping kita belajar dimana kita perlu menyiapkan segala tugasan, kita juga perlu melihat masyarakat sekeliling kita. Jika kita abaikan masyarakat sekeliling tandanya kita mahu berjaya seorang diri. Seharusnya kita bersama-sama untuk kejayaan. Dalam laungan azan sekalipun sudah mengajak kita bersama-sama menuju kejayaan.

Oh, apakah yang aku sudah mengarutkan ini. Nampaknya waktu subuh hampir menjelang. Yok puasa. Tidak kira anda mahu puasa ganti atau sunat Isnin. Haiya ala falah.

Akhir penaipan, aku perlu mengundurkan diri dari dunia karutan aku ini. Jika fikiran serabut, menulis mengikut emosi maka segala2 menjadi tidak kena. Dan itu berlaku kepada aku sekarang. Sekali lagi perlu pengunduran dari sini.

Maaf kepada pembaca yang sudi membaca. Aku memang suka dan sangat suka mengarut. 

>>>errr~ Bantuan! Help! Oh, nobody can help me. Okay, i have Allah!

v(^_^)v