Monday, October 25, 2010

MRC Heritage Walk dan Fort CornWallis

Assalamualaikum semua. Ok kali ni aku nak bebel crite pengalaman aku yang tak seberapa. Macam mana nak mula ek. Erm... Mula dengan basmallah la. Hikhik.^^

10 0ctober 2010
Alhamdulillah selama aku duk kat Penang ni, baru kali ni aku dapat keluar berjalan-jalan dengan rianya. Thats mean, jalan-jalan macam orang melancung melancong tu. Tapi sebenarnya tujuan aku keluar kali ni bukan suka-suka. Sebab utama, sebenarnya aku dan kawan-kawan aku pakat nak pi MRC Heritage Walk. (kalau tak ada sebab kompem-kompem aku tak kluar dari usm ni)

Apa benda alah? sebenarnya Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Penang yang anjurkan benda alah ni. Aku tak tahu sangat. Huhu.. Tapi yang pasti kami perlu berjalan keliling Padang Kota Lama. Aku tak tahu sebenarnya kat mana tempat ni. Kami redah je masa mula-mula nak pi sini. Siap tanya driver bus rapid sebab tak tahu tempat nye.

kat sini la tempat kami mula berjalan

Kami semua sampai tepat-tepat je masa nak mula. Orang dah ramai dah. Dan kami nyelit-nyelit amek tempat kat depan sekali (konon-konon semangat nak jalan). Ramai la jugak. dan tak sangka aku boleh duk depan sekali dalam ramai-ramai orang tu. Dan kompem-kompem la kami sampai awal. Yela. Dengan tenaga muda kami lagi, kedudukan kami kat depan sekali sudah tentu kami sampai antara yang awal.

Dalam perjalanan ni, apa yang aku dapat perhati of kos la mamat hencem. Eh.. Tak. Aku tak jumpa pun mamat hemcem (apek-apek hencem mungkin). Aku tengok kat penang ni banyak bangunan lama-lama. Nostalgia. Yela. Penang kan salah satu negeri yang banyak tinggalan sejarah. Kat Padang Kota ni jalan nye pun tak besar-besar. Kalau anda tengok tv crite 60-70-an, ha.. macam jalan kat crite tu la. lagi-lagi macam crite omputeh. Wah! Time aku jalan tu dah rasa berada pada zaman tu je. Tu la sepanjang perjalanan yang aku nampak kat laluan yang kami lalu. (tapi tak semua jalan kat Penang macam ni aku rasa contohnya kat bayan baru ke bayan lepas ntah. aku lupa)

Dan yang tak boleh blah, dan habes berjalan dengan kelajuan kereta ferari, kami terus pi amek air milo. Masa kami amek air tu of kos la tak ramai lagi orang. Yela. Kami sampai awal. Siap boleh amek sekali lagi. Then, bila kami nak amek kali ketiga dah ramai dah orang beratur.

Dah lepas jalan-jalan tu ada sesi cabutan bertuah (sebab ada cabutan bertuah ni la aku nak pi. ngee~~). Dan kami semua tak dapat hadiah bertuah tu. Huhu.. Nampaknya kami memang tak bertuah hari tu. Huh!! Kucewa.

saat menunggu nombor bertuah diumumkan. aku bersama Ah Teng

Walaupun aku and kawan-kawan aku semua tak dapat. Kami tak kisah. Asal kami masih boleh gelak-gelak lagi. Haha(gelak sambil berguling-guling di atas Padang Kota Lama dengan diiringi lagu hindustan)

Sebenarnya program jalan-jalan keliling Padang Kota Lama ni sekejap je. Kalau tak silap dari pukul 8 am sampai dalam pukul 10.

Lepas program tu yang kami jalan sakan. Eh.. Kawan-kawan aku la yang sakannya. Aku cool aja. Rasanya orang sakan pon tak macam kami kawan-kawan aku ni. Ala, apa salahnya dah alang-alang sampai sini kita round la mana-mana yang patut. Ye tak?

Subhana-Allah. Pemandangan kat sini best. Tak tahu nak kata. Speechless. 

peace. very nice this place
Sebenarnya dalam perjalanan nak balik, kami terjumpa satu tempat ni. And on the spot kami decide nak pi tempat ni. Yela dah alang-alang. Masa waktu tu pun awal lagi kalau nak balik belum malam orang kata. Huhu. 

ni la tempat nye

Kat dalam ni pun best jugak. Tinggalan sejarah dulu kala. Maka terbukak la kembali memori aku pasal subjek sejarah kat sekola dulu. Aku rasa cikgu-cikgu sejarah patut pi sini untuk nak bagi kepahaman kat murid mereka. Masa kat dalam ni aku jumpa ramai pelancong asing. 

time ni aku nak tanya "how old are you" sekali terkeluar "how are you" plak

sempat lagi kami bergambar denga pelancong asing. 

Dalam firasat aku, ni baru satu tempat aku pi kat penang ni. Tak tahu lagi tempat-tempat lain. Mesti ada lagi best. So, lepas ni nak kene pi jalan-jalan lagi ni. Tinggal kene cari masa dan waktu yang sesuai je.

Ok la.(aku malas dah nak naip. ngee~~)

Akhir penaipan, best la jalan-jalan dengan kawan-kawan aku yang sempoi ni. Lain kali kita round tempat lain pulak eh.

>>>sambil berjalan jangan lupa ambil iktibar dari apa yang kita perhatikan

(^_^)v

Saturday, October 23, 2010

Kenapa?

Assalamualaiku wbt. Apa khabar? Baik. Alhamdulillah.

Aku tak pasti nak mula macam mana. Yang pasti dalam benak aku ni asyik ligat fikir KENAPA dalam dunia ni asyik nak keutarakan tentang CINTA. Ya. Aku tahu cinta itu perlu. Terutama cinta Yang Satu. kan?

Tapi kalau asyik sebut aja tentang cinta. Aku jadi muak. Bosan. Menyampah. Kenapa? Ntah. Aku sendiri kurang pasti. Maaf.

Kalau kat mukabuku a.k.a facebook pun selalu di'post' status, video-video, gambar-gambar, nota dan sebagainya tentang cinta. Tak kira apa genre nya. Yang pasti cinta. Begitu juga cerita drama mahupun movie di tv serta pawagam. Asyik saja dimomokkan isu cinta. Novel dan cerpan juga kebanyakkannya tentang cinta. Waima ada penulis blog juga suka meluahkan rasa cintanya. Nah. Betapa cinta mudah dijadikan idea utama dalam hidup. Sekarang juga aku sedang bicara tentang cinta bukan.

Malah keruntuhan moral yang melanda juga ada kaitannya dengan cinta. Bukankah cinta itu indah. Mengapa bisa saja meruntuhkan moral?

Aku sedih, sebal. Mengapa anak-anak muda sekarang bersikap endah tak endah tentang moral. Akhlak. Ya. Tak semua anak muda begitu. Tapi begini. Ya. Benar. Tapi berapa saja bilangnnya.

Ada juga bukan kerana cinta. Tapi keadaan sekeliling. Contoh masalah keluarga, kawan yang mempengaruhi fikiran, desakan hidup dan sebagainya. 

Ini satu lagi hal. KENAPA masalah-masalah yang dihadapi tidak dapat diselasaikan. Mengapa membiarkan masalah membebani pundak kita. Sedang kita dikurnia akal untuk berfikir. Maka berfikirlah cara menyelesaikan masalah dengan tenang. Bukankah Allah tidak akan membebankan hamba-Nya dengan seuatu yang tidak dapat kita tanggung?

Kekadang aku tidak paham. Kenapa berlaku begini dan begitu. Kenapa? Tapi aku biarkan saja persoalan KENAPA berlalu bak angin sepoi-sepoi bahasa. Bukan kerana aku berputus asa untuk mencari jawapan. Tidak. Tapi aku lebih suka tentang persoalan MENGAPA. Mengapa? Kerana daripada bila mengungkapkan mengapa sesuatu berlaku lebih banyak jawapan yang terukai. Ya. Cubalah.

Ada orang suka tanya kenapa itu kenapa ini. Dan pada firasat aku dan aku sendiri kadang kala sering mengutarakan persoalan itu. Dan begitu lah. Bila persolan KENAPA pasti disusuli dengan MENGAPA. Lebih baik terus kepada persoalan MENGAPA. Mengapa begitu mengapa begini.

Sebenarnya aku tidak suka bertanya. Tapi kadang kala suka bertanya. Pening? Senang saja. Suka dan tidak suka. Bukankah perasaan itu universal. Boleh jadi suka boleh jadi tidak. Seperti mana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 216 "...tapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui". Ya. Cuma kita saja yang tidak mengetahui. Sedang Allah Maha Mengetahui. 

Ok. Aku sekarang sedang fikir pula tentang MENGAPA sering dikeutarakan isu tentang cinta. 

Mungkin dihati setiap manusia yang mengutarakan isu ini mempunyai sifat-sifat penyayang. Ingin berkasih sayang. Begitukah? Salah. Maaf. Jika bukan MENGAPA?

Tiadakah isu lain? Aku sendiri tidak mampu untuk mengutarakan isu apa. Tapi aku suka dan tertarik sekali tetang isu-isu keagamaan. Ya. ISU KEAGAMAAN. 

Bila aku mencari-cari tentang isu-isu keagamaan juga pasti terselit isu cinta. Aduh. Tidak boleh larikah isu cinta dari segala isu. Ok. Aku pasrah. Abaikan isu cinta dan berbalik kepada isu agama yang tiada kaitan dengan cinta. Contoh: akidah, ibadah, akhlak, penyesalan dan rasa bertuhan. 

Kerana aku manusia yang sering melakukan kesilapan, maka itu aku perlu agama untuk memperbetulkan kesilapanku. Tingkah yang sering kali dimurkai itu yang sering aku lakukan, maka aku perlu agama untuk berusaha untuk memperbaiki tingkah yang tidak sepatutnya. 

Mungkin aku perlu berhenti menaip. Kerana aku rasa aku sudah banyak menyimpang dari tajuk perbahasan. Apa yang pasti aku tidaklah benci mahupun tidak suka isu cinta. Apatah lagi cinta yang berunsurkan keislaman seperti novel islamic, nasyid-nasyid jiwang, movie-movie islamic dan sebagainya. Cuma aku perlu memantapkan ilmu agamaku untuk aku jadikan ia bekalan apabila kembali ke 'sana' nanti. Aku perlu memperbaiki ibadahku. Ya. Itu yang utama. Mengabdikan diri kepada-Nya. Walau Aku sering kali lalai dan tidak khusyuk beribadah. Astaghfirullah al-azim. Namun aku berharap Allah tingkatkan imanku agar aku tidak lalai dan khusyuk dalam beribadah setiap hari. Agar aku tidak lalai dan leka dengan cinta yang dianugerahkan kepada setiap insan. Itu yang utama.

Akhir penaipan, Aku sangat perlu mencari ilmu agama kerana aku dahagakan ilmu agama. Aku mahu jadi muslimah sejati. Hamba yang bertakwa. Tapi.... Tiada tapi tapi. Aku akan berusaha melawan hawa nafsu walaupun aku tahu melawan hawa nafsu adalah yang paling sukar. Marilah kita berdoa agar kita berada dalam Islam sentiasa dan sepenuhnya. Amin.

>>>sebenarnya banyak persoalan dalam fikiran aku. tapi aku tak tahu apakah persoalan itu? aku keliru. konpius. mungkin aku perlu tingkatkan ibadahku pada-Nya. Ya. Sangat perlu.

(^_^)v 

Wednesday, October 20, 2010

Khas Untuk Emak

Apa khabar semua??
Ada perkembangan terbaru??
Cewah macam artis pulak ek..
Ok lah. Perkembangan aku sekarang.. erm.. perkembangan aku.. erm.. ape ek??
Haish. Macam segan/malu pulak nak beritahu.
Ok ok..
Perkembangan aku sekarag adalah.. adalah..
adalah.. 
Aku dah geti buat video sendiri.
Walaupun tak sepakar mana. Tapi tahu la jugak sikit-sikit. Huhu..
(Orang lain dah lama tahu la yan. kau je yang lambat tahunye.)

Ok!!!
Kat sini aku nak tunjuk sikit hasil yang aku dah buat
1st time ni tau.
So, kalau tak kreatip ke menarik ke menawan ke meriah ke harap maaf je la ye.
Aku just nak mencuba sesuatu yang baru aje.
Dan hasil pertama aku ni aku tujukan khas buat bonda ku.
Ayahandaku?? Ok ok. insya-Allah aku nak jugak buat untuk ayah aku.
Tapi ada kekangan yang tidak dapat dielakkan.
Maka lain kali saja aku membikinnya.
Tapi, kat sini ade jugak selit-selit ayah aku, atuk-atuk aku yang sememangnya aku cintai dan sayangi.
Senang kata, ekceli ade jugak selit-selit family aku yang lain.
Cumenye aku lebihkan kat bondaku saja.
Tak salah kan.

Ok. Meleret meraban pulak dah aku ni.
Saksikanlah...
Hee...




Ni karya pertama aku. (Ceh terasa artis tak bertauliah pulak)
So, silalah komen ke kutuk ke hina ke puji ke hasil yang dah aku buat ni.
Ni aku blaja tanpa ada guru.
Takut jugak aku kalau sesat jalan. Huhu..
Aku tahu ni pun setelah tanya kakak n kawan-kawan aku yang lain.
Pas tu aku explore sendiri.
Apa-apa pun, yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan diri aku sendiri.
Wallahualam....

>>>mood: malas nak pikir. aku nak stay kat rumah atuk aku je boleh tak??hua..(T_T)

(^_^)v

Monday, October 11, 2010

Sign Language Terima Kasih CInta

Aku perlu meng'sign language'kan lagu ini. 
Kumpulan aku dapat giliran last sekali.
Jadi, grup aku boleh berlatih lama sikit.
Harap-harap kami dapat buat yang terbaik.
Doakan kami ya.

Lagi satu,
Aku perlu berlatih lagiu 'ku intai cinta dalam rahsia', 'menghitung hari' dan 'kenangan terindah' untuk persembahan hari guru pusat pengajian aku ni.
Banyak ni. Mampukah aku??
Insya-Allah. Aku cuba yg terbaik.
Sign language kan best. Huhu..


Lirik Lagu Afgan - Terima Kasih Cinta

afgan

Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

ouuwwww...
ouuwwww...

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku oouuwww
Kesalahanku yang pernah menyakitimu


Video Klip Afgan - Terima Kasih Cinta
You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

>>>terasa macam artis tak bertauliah pulak. dan terasa seperti artis bisu.
(^_^)v

Tuesday, October 5, 2010

Perlukah?

Apa khabar semua? Ada baik? Bagus. Aku dengar suara2 yang menyatakan baik. Tapi, yang tak sihat harap anda kembali senyum sembuh. Alhamdulillah, sedang tangan ligat menari-nari di papan keypad laptop ni aku sihat sejahtera hendaknya. Dan ekceli aku baru habes preparation untuk presentation esok (hari ni ekceli b'coz time aku time aku naip ni dah pagi). Harap2 semua berjalan lancar. Wish me luck ok.

Aku sebenarnya nak cakap apa ek? Takda benda benaq nya. Saja nak release tension sebab minggu ni banyak sangat2 benda nak kena settle kan. Haish. Tetibe semua lecturer nak habiskan kelas awal. tu yang aku buat tajuk entry kali ni ‘Perlukah?’. Konon nya perlukah aku menaip entry kali ni. Kahkah..



Perlukah aku letak gambar kat atas ni? ‘STOP LOOKING AT MY SCREEN’

Ok. kali ni aku tak nak taip panjang berjela-jela macam kain ela ke apa ke. Cukuplah aku sampai di sini. Sori kalau membuang masa anda untuk membaca blog aku ni. Lain kali kalau taknak baca pun tak pe. Aku tak kecik hati. Hikhik..

Akhir penaipan, daadaa~~ (sambil kedua-dua belah tangan melambai-lambai ala2 kanak2 kecil melambai-lambai)

>>>Perlukah menaip entry yang membuang masa wahai aziani. Aziani menjawab “perlu la..lalala~~~”
>>>wish me luck

(^_^)v

Friday, October 1, 2010

harapan dalam lagu

Ok. Tiada bebalan kali ini. Aku nak terus isi utama.


Aku minat habes dengan lagu ni





dan lagu ini







Sebab? Aku sensitip bila dengar lagu macam ni. 




Lagu ni pun aku suka









Ala-ala harapan aku la jugak. Hikhik


Ok untuk kali ini. Aku banyak keje this week. Doakan dipermudahkan segala urusan aku ya.


>>>mak ayah engkau ratu hatiku. tanpamu siapalah aku. love my mum n dad forever n ever


(^_^)v