Post lepas aku tersedih, kali ni aku takmau sesedih. Meh nak setori sikit. Eh, nak guna ganti nama "saya" la baru nampak baik. Euwww..
Dari kecik sehingga menginjak dewasa, pelbagai pengalaman ketika tiba ramadhan (Tetiba terngiang-ngiang lagu "Ramadhan Datang" dendangan Tompi).....
Entah nak setori yang mana satu, rasa macam nak setori dari kecik sampai dewasa ini. Tapi pastinya akan berjela-jela patah perkataan disini. Dan kakak saya cakap, kalau entri berjela-jela orang tak suka baca. Jadi biarlah berjela-jela, maka tiadalah orang akan membacanya.
Saya kan budak baik, maka, mana ada pengalaman puasa yang nakal-nakal. Uhuk (eh, terbatuk pulak)
Masa kecik, saya selalu berpuasa bersama keluarga. Ya pasti (nada suara iklan kain peleket apa ntah kat tibi), mestilah dengan keluarga. Saya terfikir, bagaimana mereka yang masih kecil lagi tidak punya keluarga dan tinggal di rumah anak-anak yatim. Pasti lain pengalamannya bukan?
Saya juga pernah berpuasa di asrama selama beberapa tahun. Jika saya ingat dan rajin, saya akan setori dalam satu entri khas ketika berpuasa di asrama. Betapa sedihnya ketika itu kerna keluarga tiada disisi, namun sungguh manis sekali kerana ada sahabat handai yang menghiburkan hati. Ah, nanti la setori.
Dan, saya juga pernah berpuasa di obersi. Err... obersi sangat *juling mata*.
Sekarang, saya berpuasa di rumah. Kembali sama semasa kekecik dahulu. Cuma yang lainnya adalah kini saya sudah dewasa. Eheh.
Sudah terlalu banyak pengalamannya. Ada la jugak yang mahu disetorikan barang satu dua pengalaman. Jadi bersambung pada entri seterusnya......
(Ah, kau ni. Takdenyee orang ternanti-nanti. Kau saja syok sendiri.)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment