Friday, June 28, 2013

Belajar dan Duit

Orang dulu-dulu khabarnya sanggup gadaikan tanah demi anak yang nak sambungkan pengajiannya. Kalau tak, tak dapatlah si anak melanjutkan pengajiannya. Masya-Allah.

Tapi sekarang senang. Buat pinjaman je contohnya PTPTN. Tak pun mohon biasiswa mana-mana yang patut dan layak.

Bila dah dapat, jangan kau lupa diri. Terus nak habiskan duit tu sekelepuk. Tau-tau nanti dah nak hujung-hujung semester kau tak dapat makan, maka kau pun merayu kat mak bapak kau untuk menghulurkan barang seratus dua ringgit sebagai bekalan di hujung semester.

Ya, mak ayah juga bertanggungjawab memberi kita nafkah. Tapi tidakkah kau kasihani mereka? Bukankah mereka juga banyak tanggungan? Bukankah sejuk perut mak dan sedap telinga ayah bila kau cakap "mak, ayah, bulan ni tak payah bank-in duit. Anakanda masih ada duit. Takpun mak ayah simpan saja duit itu buat kenduri kawin anakanda nanti. Eh"

Mungkin kita rasa kita dah cukup berjimat, tapi entah kenapa di hujung semester masih kekurangan modal untuk membeli makanan. Masih kekurangan modal untuk membeli keperluan diri. Masih kekurangan modal nak beli itu dan ini.

Cuba recheck kembali.




Tips yang aku guna agar di hujung semester aku masih boleh berbelanja seperti di awal semester adalah:
  • Cuba bahagikan duit pinjaman itu kepada beberapa bulan. Contoh, kalau satu semester ada empat bulan dan jumlah pinjaman kita dapat RM1500 contohnya. Jadi dalam sebulan belanja kita hanya RM375.

Tapi tip pertama ni mungkin susah sikit kot. Sebab kita kekadang terlebih belanja. Tapi bila terlebih, aku akan kurangkan belanja pada bulan berikutnya. Oh, ni kau kene tahan nafsu sikit. Ya, memang susah. Tapi just try je la. Aku boleh, takkan kau yang gagah perkasa lagi menawan tak boleh.

Takpun mungkin sebulan tu kita kene bayar itu ini, dan bulan depannya pun kita kene bayar itu ini. Jadi memang bajet tu terlebih. Mana nak makan lagi kan. Mungkin tip pertama tak boleh pakai. Maka, tip seterusnya:
  • Buat bajet untuk makan dan keperluan harian. Contoh, sehari mungkin bajet makan dalam RM10 darab dengan sebulan dalam 30 hari jadi RM300. Keperluan harian biasanya macam alatan tulis, buku-buku, sabun -sabun, semua tu tak kan sebulan sekali kau nak beli kan. Jadi yang tu pun kene bajet juga. Ikut keperluan kau.
Macam aku, makan selalunya aku tak mewah sangat. Kalau kepsi tu boleh bilang dengan jari kot. Lagipun kat USM makanan taklah cekik darah pontianak sangat. Aku bajet sehari dalam RM8. Untuk tengahari dan malam. Pagi selalu  roti or biskut je. Air 3 in 1 je. Bab makan selalu aku berkira, sampai lah aku dapat biasiswa. Eheh.

Aku guna PTPTN dua tahun, dan selama dua tahun tu la aku tahan nafsu makan. Kadang-kadang tu (eh, selalu sebenarnya) mak ayah aku marah la jugak tengok aku macam tak cukup makan (eh, memang pun!) tapi apa boleh buat. Ada orang lagi sampai ikat perut sebab takda duit nak makan.

Untuk keperluan harian, biasanya awal-awal semester aku beli sekaligus banyak-banyak. Macam sabun basuh aku terus beli yang besar tu berapa kilo ntah. Macam peralatan nak belajar pun macam buku, A4, kertas kajang semua aku beli banyak.

Tapi bajet ni just makan dan keperluan harian. Macam kehendak-kehendak tu kene tahan sangat. Aku ingat lagi masa aku nampak baju cantik, pergh bapak cantik gila kata kau. Bukan setakad terliur, air hidung pun macam nak terkeluar. Malam-malam termimpi-mimpi, tapi bila teringatkan hanya sehelai baju, aku tak beli pun.

Sebab apa? Sebab aku dah set kat minda yang duit PTPTN tu just untuk aku makan dan keperluan yang betul-betul manfaat untuk aku belajar je. Jadi selama aku guna PTPTN takdanya aku dapat beli macam-macam. Tahan je. Lagipun, aku dah set dalam minda yang bila aku kerja nanti aku boleh beli baju lagi lawa dari tu. Ya, nafsu-nafsu macam ni memang susah nak kawal. Tapi kita kene didik nafsu kita jangan membazir.


Jangan jadi mangsa duit. Ya, duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan duit. Maka, berbijaklah ketika berbelanja.

Aku selalu rasa dihina oleh kawan-kawan (aicehceh). Kerna apa? Sebab aku seringkali di pandang seperti orang kedekut. Nak makan pun berkira. Nak beli itu, berkira. Nak beli ini, berkira. Diorang tak lah cakap depan-depan, tapi cara pandangan tu aku rasa "Oh, hinanya aku jadi orang berkira ni. Sori la tapi aku terpaksa untuk tidak mahu meminta wang ringgit dari bonda dan ayahandaku tercinta".

Tapi, bila dah dapat biasiswa aku dah boleh makan sedap sikit. Tapi masih berkira juga. Errr..

Sebenarnya keperluan-keperluan tu termasuk la juga bayaran-bayaran persatuan, duit tambang bas bila nak jenjalan dan balik kampung, dan apa-apa yang kau rasa betul-betul perlu demi mengecapi kejayaan. Eheh.

Tips kedua ni pun mungkin tak sesuai dengan kauorang. Ye la, mana boleh tahan kalau duit tu just bajet untuk makan dan keperluan harian. Kehendak kita pun kene penuhi jugak. Jadi tips seterusnya....
  • Beringat, beringat, dan beringat. Duit tu kita dapat bukan untuk suka-suka. Tapi untuk kita gunakan sebaiknya. 

Kita dah besar panjang kan? Tau mana yang betul-betul kita perlu dan mana yang salah-salah kita perlu. Errr.. mana yang betul dan mana yang salah maksud aku.

Jadi,  kita beringat la.

Ada juga yang gunakan duit tu untuk beli telepon genggam, iPad, kamera or apa-apa lah yang kita suka. Bagi aku, tak salah pun as long as kau tak menderita bila hujung semester. Dan tak salah pun kalau mak ayah kau tetiap bulan hulurkan bantuan ringankan beban (tetiba irama lagu tema "bersamamu" berdendang sayang) jadi duit pinjaman or tajaan kau boleh gunakan sesuka hati tanpa menyusahkan sesiapa.

Kalau kau nak suruh aku membebel pasal duit ni, (huh, baik jangan!) memang aku susah nak benti. Tapi setelah bereksperimentolpecahkacapecahgelas, aku rasa boleh la kot nak bagi nasihat kat adik-adik yang masih atau bakal jadi siswa-siswi. Tapi, pasal duit je la. Kalau pasal tips kejayaan dalam akademik errrr.... tak layak rasanya.

Sebab apa boleh? Sebab selama empat tahun bergelar siswi Alhamdulillah masalah duit di hujung semester tak ada. Bukan nak berdabik dada mahupun dahi, tapi kalau ianya bermanfaat aku rasa tak salah kot. Ermmm.. tapi ni untuk sarjana muda saja. Tak tau la nanti kalau sarjana atau doktor falsafah, mungkin pengurusan kewangannya lain. Wallahualam.

And one more thing (uhuk, ter"ohmyenglish” pulak), jangan berkira untuk bersedekah. Rezeki yang kita ada bukan hak mutlak kita, jadi bila ada peluang dan ruang yang Allah tunjukkan apa salahnya kita sedekah.

Bukankah kita patut menginfakkan harta pada tempat yang betul? Bukankah kita juga bertanggungjawab menggunakan harta dengan qanaah (taktau maksud "qanaah" kau google sendiri)? Bukankah dengan harta juga kita boleh dimasukkan ke syurga?


Kadang duit ni boleh jadi kawan baik, duit juga boleh jadi nafsu serakah berkembang biak. Maka, hati-hati. Eheh.

Jadi, gunakanlah harta yang kita ada sebaik-baiknya. Moga-moga dengan harta yang sedikit itu kita akan berasa cukup. Moga-moga dengan harta itu dapat membantu kita mencapai redha Ilahi. Moga-moga kita tidak salah menggunakan harta yang dipinjamkan ini.

p/s: sebenarnya faktor kekawan yang pandai menggunakan duit juga sangat mempengaruhi. Macam roomate aku (Ashila masa semester 1 dan 2, juga Hani masa semester 4,5 dan 6) dia selalu beringat kalau berbelanja. Jadi, tempias la jugak pada diriku ini. Ihik...

Wednesday, June 26, 2013

Seni Silat Mempertahankan Diri

“Wah, kau masuk silat! Ni yang takut nak buli kau ni.”  Hahahaha... macam bagus sangat masuk silat sampai takut nak buli. Sekali lagi nak gelak, hahahaha.

Ni yang aku malas nak bagitau yang aku masuk silat ni. Ada aje mulut-mulut nak mengata, kan? Ye la, kau nampak aku lembik atau lemah lembut gemalai (muntah), kan. Jadi tak layak masuk silat. Sekali lagi, hahahaha (erk, perlukah ketawa sebegitu?).

Tapi, kau tak payah nak takut sangat la dengan aku. Aku belajar silat bukan nak tunjuk heroin seri dewi malam ke apa. Aku cuma suka dengan silat, suka belajar silat. Ntah, aku just boleh cakap aku suka. Wallahualam.

Kita belajar bukan nak tunjuk hebat, kita belajar kerana Allah. Itu yang sepatutnya kita tanamkan dalam diri. Ya, memang aku suka belajar silat dan aku pun tak tau kenapa aku sanggup masuk silat. Tapi aku dapat rasakan ada sesuatu dalam silat yang aku dapat. Apa yang aku dapat? Tu kau kene masuk dan rasa sendiri.

Dalam silat, kita bukan setakad belajar mempertahankan diri tapi lebih dari tu. Kita bukan belajar nak serang orang sesuka hati kita ataupun sesuka hati datuk nenek moyang kita, tapi bila betul-betul perlu saja kita akan gunakan contoh bila ada orang nak buat jahat kat kita.

Ada orang cakap bila belajar silat kita akan dapat ilmu kebal. Masya-Allah. Itu aku tak tau. Wallahualam. Tapi, setakad ni takda lagi ilmu-ilmu kebal ke apa semua tu. Alhamdulillah, silat yang aku masuk ni banyak utamakan kerohanian, banyak ingatkan aku tentang kehidupan. Juga banyak ingatkan asal usul aku. Takkan Melayu hilang di dunia bak kata Hang Tuah.

Keseronokkan belajar silat lagi terserlah bila ada kawan-kawan yang sekepala dan sangat baik hati. Kita boleh kenal ramai orang yang datang dari pelbagai sudut (pergh, sudut? Macam bumi ni bersudut  pulak). Dan Alhamdulillah, aku dapat ramai kawan bila masuk silat. Rindu pula kat diorang.

Kau tak tertanya-tanya ke aku masuk silat jinis apa? Kan banyak jenama silat (errr.. sesuaikah penggunaan “jenama” itu?).

Masa aku tingkatan empat sampai tingkatan lima, aku masuk Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi. Tapi kat menara gading gajah (eh, nak gading harimau ada?) aku masuk Seni Silat Cekak Malaysia. Asal guru utamanya sama, cuma kerana beberapa faktor yang tak dapat nak diterangkan mereka berpecah. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan saja lah,


Apa-apa pun, seronok belajar silat cekak. Banyak yang aku dapat. Nak tau masuklah silat cekak. Yeah! (eh)

Saturday, June 22, 2013

Tutup Hidung dan Tutup Tingkap

Aku saja nak gurau dengan atuk.

"Atuk tutup hidung. Asap tebal telah menerebusi rumah kita. Cepat atuk" sambil terkocoh-kocoh keluar dari dapur sementara tunggu ikan dalam kuali masak. Konon-konon situasi cemas.

"Ah, kau! Tak payah tutup hidung. Hari ni tutup tingkap, tak payah bukak.Haaa, kau bukak kipas tu laju sikit. Panas pulak." atuk yang sentiasa cool dan sentiasa malas nak layan gurauan aku memberi saranan.

Dengan penuh takzimnya aku melangkah kaki ke dapur dan menuruti kata-kata atuk tersayang. Alaaa, atuk ni bukan nak buat-buat cemas jugak. Hikhikhik (sengih seperti kerang)...

Haish, perudaraan dalam rumah tak berapa elok. Harap-harap keadaan akan membaik. Mari kita sama-sama berdoa.

Jaga diri. Jagalah alam sekitar. Senyum...

Asap Tebal

Subhan Allah! Pemandangan aku kabur. Ya, aku memang rabun. Tapi bila pakai cermin mata pun masih kabur.

Cumanya, kabur ni tak macam bila aku bukak cermin mata. Wane putih menyelubungi pemandangan. 

Kalau kau baca paper or tengok berita terkini tentu kau tahu puncanya. Ya, jerebu.

Risau jugak. Terutamanya kesihatan. Argh...

Mungkin ni peringatan untuk kita semua. Bukan ke dah diingatkan dalam al-Quran yang sesungguhnya kerosakan kat atas muka bumi ni semua berpunca daripada tangan-tangan manusia tu sendiri?

Kadang-kadang kita tak sedar. Bila kesannya datang baru kita perasan. 




Friday, June 21, 2013

Satu Labah-Labah

Aku bosan. Arep tak mahu layan kakaknya yang comey lote ini. Sibuk melayari You Tube. Tengok apa ntah. Haip, jangan pikir bukan-bukan, bukan cerita tak senonoh pun. Yang pasti cerita berunsurkan robot atau superhero. Aku kurang arif tentang itu. Mungkin Arep lebih arif.

Lantas, aku mengusik-usik manja Arep. Aku cakap apa ntah sampaikan tetiba aku ternyanyi lagu "satu labah-labah" yang aku pernah belajar waktu usia aku sebaya Arep.

"satu labah-labah cuba panjat perigi, bila hujan turun labah cepat lari. terbit matahari labah cepat lari. Labah-labah boleh panjat sekali lagi" sambil tangan digoyang-goyangkan mengikut gaya yang sesuai. Sesekali tangan mengusik Arep untuk perhatian lebih.

Secara tiba-tiba berlakulah dialog seperti berikut:

Arep: Hey, macam cikgu kita cakap.
Kakak: Cakap? Cakap apa?
Arep: Yang tadi Yan nyanyi tu.
Kakak: Tu bukan cakap la.
Arep: Alaaa.. cuba Yan nyanyi lagi. (nampaknya dia sudah tau beza "cakap" dan "nyanyi")
Kakak: Ah. Eh, Arep tengok otomen ke? (ubah topik)

Eh, budak ni. Aku lesing kang. Sekali sudah la kan.

Malas melayan Arep, aku mendapatkan Umi, adik kepada Arep. Umpan si Umi ni senang je. Kalau tak makanan cakap je "Jom, jalan-jalan" cepat saja dia menuju kepada aku dengan langkah terkedek-kedeknya itu. Maklum saja baru dapat "kaki". Hahaha.

Aku menyanyikan sekali  lagi "satu labah-labah" kepada Umi tetapi tak dilayan. Ah, malas la bawak jalan-jalan.....

**Mungkin aku perlu tingkatkan lagi skill nyanyian aku supaya kelak sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Ahaks.

Tuesday, June 4, 2013

Come Back After "Menyepi" Long, Long, Long and Kak Long (eh) Time!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum wbt. Salam rindu kesumat sebab lama tak menyapa disini.

Oh, aku lupa gaya penulisan yang biasa aku gunakan. Hmmm.. (jari telunjuk di kedua-dua belah tangan di kuis-kuis gaya mengendik. Euuww)

Ermm.. Macamana nak mula ek. Ah, hentam saja la labu labi.

Dah brape bulan ni tak up-to-date kat belog ni. Ntah. Tak tau kenapa. Yang pasti kemalasan melanda sanibari daku. Lagian idea tidak mahu munculkan dirinya. Maka aku tiadalah tahu untuk menaip sebarang dua entri di sini. Tiada apa-apaan kan. Alaa, bukan ada orang kisah pun. (tangan disilang antara dada dan perut dan kepala dipalingkan ketepi tanda merajuk)

Banyak sebenarnya jika mahu dikongsikan disini. Namun, tidak tahu bagaimana mahu ekperesikan ke alam penulisan. Al-maklum juga aku bukanlah seorang penulis dan tidak tahu pula bagaimana cara penulisan yang betul. Tambahan pula aku tidak tahu mengarang dengan baik.

Terlampau dan terlalu banyak. Mungkin lain kali aku catatkan apa yang perlu. Tapi mungkin sudah tidak up-to-date.

Okay la. Aku pergi dulu. Maaf atas segala yang menyentuh atau mengguris hati sanubari kalian selama kita berkenalan. Cewah.

Sayonara! (sambil melambai-lambai tangan)

v(^_^)v