Sunday, September 23, 2012

Redha Dan Bersyukurlah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt. Salam penuh kesyukuran kerana diberi keizinan sekali lagi untuk menghirup udara-Nya.

Dalam kehidupan ini kita selalu mahukan kesempurnaan. Namun, kita perlu sedar tiada yang sempurna dalam hidup ini. Jadi, mengapa kita tidak bersyukur saja. Bukankah dengan rasa bersyukur hati kita akan berasa sempurna? InsyaAllah.

Aku juga sentiasa mahukan kesempurnaan. Mahu itu, mahu ini.

Apa yang berlaku sudah tertulis oleh-Nya. Aku redha. InsyaAllah. Ya, redha itu sukar aku perolehi dahulu. Baru sekarang, sejak aku mengerti erti suratan takdir dalam kehidupan barulah aku dapat menerima semua ini.

Ditambah lagi, semalam seorang sahabat aku menangis kerana melihat ibu bapa datang hari konvokesyen anak2 mereka. Dia menangis kerana ayahnya telah kembali menyahut seruan Ilahi. Hati aku jadi sebak. Aku teringat hari konvo kakak aku. Bertuah dan gembiranya bila ada ibu bapa yang hadir.

Hari bahagia kakak bersama adik tercinta dan ibu bapa terkasih. :p
Kemudian, ada seorang rakan ini mengepost gambar2nya dan meletakkan title "Hadiah Buat Bapak". Lebih kurang macam tu la. Hati semakin sebak. Kerana aku tahu bapaknya juga telah kembali.

Sepatutnya aku bersyukur, kerana walaupun begini, ayah dan emak masih ada. Emak dan ayah masih sentiasa memberi semangat, dorongan, kekuatan untuk aku mengharungi hari-hari di dunia ini. Mereka tidak pernah mengabaikan kami adik-beradik. Mereka menatang kami bagai minyak yang penuh. Alhamdulillah.

Walaupun kekadang aku cemburu dengan orang2 yang mempunyai keluarga yang sempurna, tetapi aku tetap berasa sempurna kerana aku masih mempunyai keluarga. Tambahan lagi, aku punya atuk2 berbanding mereka yang lain.

Atuk tersayang yang banyak mengajar erti pengorbanan seorang ibu. Gambar bertahun lama sudah. Muka pun hitam legam. Haha.
Jika dibandingkan dengan orang lain, aku dikira beruntung. Kerana walaupun pada zahirnya, masyarakat melihat aku sebagai mangsa penceraian. Tetapi penceraian itulah yang mentarbiah aku menjadi aku sekarang.

Tidak dinafikan, anak2 mangsa penceraian mempunyai rasa rendah diri bila berhadapan masyarakat. Mungkin kerana itu, ramai daripada kami menghadapi masalah sosial.

Itu terletak pada individu itu sendiri. Malah aku percaya, jika individu itu dididik dengan agama pasti masalah sosial tidak berlaku. Agama amat penting bagi kami yang dikatakan sebagai mangsa penceraian ini. Juga kasih sayang dari seorang mak dan ayah menjadi pendorong anak2 menjadi lebih baik.

"Mak sudah ada anak2 pun sudah cukup" kata emak memujuk kesedihan hati aku suatu ketika dahulu.

"Jangan benci dan berdendam dengan orang" pesan mak. Ayah juga kata "jangan pinggirkan ayah dalam hidup".(gambar berkurun lama sudah, rasanya masa form 4 ke 5 dulu kot. haikal pun belum sekolah lagi masa ni)

Pernah satu saat, aku tidak mahu berkawan dengan orang yang mempunyai keluarga yang sempurna. Aku mencari kawan yang senasib dengan aku. Yang sama2 rasa bagaimana menjadi anak yang mengalami perpisahan ini. Namun, aku sedar kita tidak boleh memilih untuk berkawan dengan sesiapa. Malah, dalam berkawan itulah yang dapat membuka minda hati kita tentang kehidupan ini.

Aku juga percaya, bila kita berjumpa dengan ramai orang, bila kita berkenalan dengan ramai orang, kita akan lebih bersyukur dengan apa adanya kita sekarang.

Bila melihat masalah orang lain, bila melihat kebahagiaan orang lain, kita akan berasa cukup dengan apa yang berlaku sebagai suatu pengajaran buat kita. Malah mahu berusaha dengan lebih baik dalam kehidupan ini.

Orang yang tidak mengalami tidak akan tahu bagaimana rasanya. Namun, tidak salah untuk memahami perasaan orang yang mengalami kan? Jadi, marilah kita sama2 bersyukur dan redha dengan apa yang telah berlaku. Serta berusaha sedaya mungkin untuk mengorak langkah hari2 yang sedang dan bakal berlalu nanti.

v(^_^)v

Thursday, September 20, 2012

Cuti


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt. Salam tulus ingatan daripada aku, insan daif.

Tetiba teringat kmbali....

Cuti Semester Ke Enam (walaupun telah berlalu namun, kenangan itu masih segar dan bugar dalam ingatan)

Cuti semester ke enam aku kali ini lain daripada yang dulu-dulu. Dan bagi aku ia adalah cuti paling istimewa dan bermakna dalam kamus hidup ini. Kerana apa? Haa, teruskan pembacaan.

Mungkin ada insan seperti aku, yang dibesarkan dan dididik oleh insan bergelar atuk. Sewajarnya kita bersyukur dengan anugerah itu. Kerana apa? Semestinya kerana kita adalah insan bertuah yang dipilih Ilahi kerana memiliki atuk. Ada insan-insan lain yang lahir-lahir saja tidak mengenali atuk mereka.  Maka, bukankah kamu sangat beruntung dibelai dan dimanja oleh atuk-atuk kamu? (lemparan soalan untuk diri aku)

Atuk perempuan sebelah ibu aku tidak boleh berjalan. Akibat terjatuh di dapur beberapa bulan yang lalu. Waktu itu aku masih di bumi Penang meneruskan perjuangan menuntut ilmu. Sehingga kini, kondisi atuk masih tidak boleh berjalan. Mohon doa kalian semoga atuk aku, Siti Saripah bt Said sembuh daripada sebarang  penyakit. Syafakillah.

 Maka, percutian kali ini sudah tentu sebagai seorang cucu yang sangat, sangat dan sangat berdedikasi (ah, perasannye!) semestinya perlu menjaga atuk aku yang sangat aku cintai, kasihi dan sayangi. Hey, menjaga atuk itu memerlukan kesabaran yang tinggi tahu! Kerana apa? Ah, kalian rasa dulu baru tahu.

Selain atuk, seorang sepupu aku berumur empat tahun juga dihantar ke rumah atuk untuk di jaga. Usia empat tahun itu juga sudah banyak ragamnya, sudah banyak akalnya. Teknik-teknik mengurus kanak-kanak sedikit sebanyak dapat aku aplikasikan pada budak itu.

Mak aku juga tidak boleh kerja berat-berat. Maka, aku harus bertanggungjawab terhadap mereka semua. Dan tiba-tiba terasa aku sudah berkahwin pula. Kerana apa? Ah, kalian bayangkan aku perlu menjaga atuk, mak dan sepupu aku yang kecil itu.

Namun, itu semua tidak menjadi masalah. Malah aku gembira dan senang menjaga mereka. Walau terkadang aku kemalasan namun aku perlu memotivasikan diri aku sendiri. Siapa lagi yang mahu menjaga mereka jika bukan orang yang dekat dengan mereka. Lagipun bukankah atuk dan mak juga yang menjaga aku sedari aku kecil lagi. Maka, alasan apa yang perlu aku cari untuk tidak menjaga mereka.

Ditambah pula bulan ramadhan jatuh ketika percutian kali ini, semoga Allah redha dengan setiap perbuatan kita.

Seseorang telah berpesan kepada aku, selagi kita punya keluarga kita perlu berbakti kepada mereka. Dia ada cerita yang seorang sahabat nabi yang hendak pergi berjihad dan nabi bertanya kepada sahabat itu sama ada ibu bapanya masih ada atau tidak. Maka jawab sahabat itu ada, lalu nabi menyuruhnya menjaga ibu bapanya . Wallahualam. Seseorang telah mengajar aku bahawa pahala berbakti kepada keluarga sangat dan sangat besar. Itu juga pendorong semangat aku dalam menjaga keluarga.

Sepanjang percutian ini aku sudah banyak belajar. Terlalu banyak. Maka apatah lagi hari-hari yang mendatang yang bakal aku tempuh.  Aku perlu bersyukur kerana atuk-atuk, mak dan seluruh ahli keluarga aku telah banyak mendedahkan aku banyak perkara. Mengajar aku erti kehidupan yang sangat bermakna. Mendidik jiwa aku menjadi lebih kental. Menyedarkan aku dari kealpaan dan kelalaian. Alhamdulillah.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Ayat itu telah diulang banyak kali dalam surah ar-Rahman.

Walaupun kini aku berada jauh daripada mereka, kutitipkan doa agar mereka bahagia menjalani kehidupan ini. Dikejauhan ini aku percaya Allah mendengar doa aku agar mereka sentiasa dalam peliharaan-Nya.

v(^_^)v

                 

Wednesday, September 19, 2012

Sumber Kekuatan Jiwa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt. Salam penguat ukhuwah kepada kalian yang membaca.

Sabtu lepas, ada something yang berlaku. Entah macamana nak bagitau kalian. Yang pasti sangat menguji tahap ketakwaan ini. Menguji tahap kebergantungan diri ini pada yang berhak. MasyaAllah.

Bila berlaku benda tu, pengalaman lampau singgah kembali kat layar minda. Kata2 cikgu, terngiang-ngiang di tubir telinga. Satu persatu pengalaman lampau itu aku jadikan pendoman. InsyaAllah tarbiah dari guru2 dahulu aku ikuti dengan senang hati.

Kau bayangkan tempat yang kau huni ditimpa sesuatu diluar jangkauan akal waras. Betul2 tempat kau berteduh. Tempat kau tidur, makan, ulangkaji pelajaran dll. Tiada tempat lain selain tempat itu sahaja. Ya, itu berlaku pada aku. Berlaku apa? Ah, sukarnya untuk aku nak terangkan.

Baiklah, aku cuba terangkan apa yang berlaku. (berhenti menaip bagi memikirkan ayat yang mudah. sebab aku susah nak guna ayat mudah. asyik berbelit aje. argh!)

Selepas aku bersama rerakan balik dari program di Komtar, kami menikmati makan tengahari di bilik aku sambil menonton cerita apa entah, yang pasti cerita lawak. Maka, kami tertawa terbahak-bahak menonton aksi komedi itu. Usai makan, rerakan aku cuba baju baru yang kami beli di program itu. Sudah mengenakan baju baru, maka rerakan aku menangkap gambar dengan baju tersebut, masih di bilik aku. Sesi menangkap gambar disambung di bilik sebelah. Setelah sesi menangkap gambar, gambar2 yang telah di'snap' dilihat kembali. Masa itu di bilik sebelah. Tinggal aku keseorangan di bilik aku kerana aku tidak menjoinkan diri menangkap gambar. Malas. Hehe. Secara tiba2, seorang rakan aku menyuruh aku melihat gambarnya. Jeng jeng jeng... Kau tahu apa yang aku nampak. MasyaAllah. Masa itu aku cuba menafikan apa yang aku nampak. Ah, cukuplah sampai disini saja aku cerita.

Puas aku muhasabah diri beberapa hari ini berdasarkan pengalaman itu. Tipulah kalau cakap aku tidak takut. Lebih2 lagi peristiwa itu berlaku di bilik aku, tempat aku menaip entri ini. Namun, aku yakin semua tu ada hikmahnya. Perasaan takut itu sedikit sebanyak terubat dengan hikmah2 yang aku dapat. Ya, banyak hikmahnya. Mungkin ada lagi hikmah yang belum aku temui.

Dan baru sebentar tadi aku mendengar tazkirah di surau. Mungkin secara kasarnya tiada kaitan dengan pengalaman aku ini. Tapi ada point yang ingin aku kongsikan dengan kalian. SOLAT: SUMBER KEKUATAN JIWA.

Huh, baru nak masuk tajuk!

Solat itu tiang agama. Dan asas agama pula adalah Islam. Aku percaya semua tahu tentang itu. Jadi apa kaitannya dengan kekuatan jiwa?

Aku bagi contoh, ingat sejarah Sultan Muhamad Fateh? Kalian boleh 'google' untuk mengetahui lebih lanjut tentang itu. Apa yang boleh aku katakan Sultan Muhamad Fateh adalah sebaik-baik raja dan seluruh rakyatnya adalah sebaik-baik pengikut. Itu berdasarkan hadis Baginda S.A.W.

Jika kalian tahu (aku percaya kalian tahu), solat adalah antara kunci kejayaan semasa pemerintahan Sultan Muhamad Fateh. Bila Baginda tanya kepada tenteranya siapa yang tidak pernah tinggal solat, tiada seorang pun yang meninggalkan solat.

Dalam surah Al-Ankabut ayat ke-45 Allah berfirman yang bermaksud:
"Bacalah kitab (Al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah salat. Sesungguhnya salat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat Allah (salat) itu lebih besar (keutamaanya dari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Jadi apa kaitannya solat dan kekuatan jiwa? Lihatlah kekuatan tentera Al-Fateh, mereka mempunyai jiwa yang sungguh kuat. Semangat yang bergitu padu. Rahsianya mereka tidak pernah tinggal solat, malah mereka mengamalkan qiamulail. Lihatlah dengan jiwa, bahawa Allah telahpun berfirman bahawa solat itu lebih besar keutamaannya dari ibadah yang lain. Maka, bila sesuatu yang besar kita utamakan, tidakkah ia membentuk kekuatan jiwa? Itu apa yang naqibah aku cakap. Maka, mari kita sama2 fikirkan.

Sebenarnya, aku berbesar hati bila dapat melihat sesuatu dalam gambar yang rakan aku tunjukkan itu. Kerana aku lebih mengingat Pencipta Alam. Alhamdulillah. Kerana itu juga membangkitkan kekuatan jiwa ini untuk lebih fokus dalam beribadah.

Tambahan lagi, ini baru permulaan untuk semester kali ini, sekaligus tahun terakhir aku di sini. Mungkin ini ujian untuk aku dan rerakan untuk lebih mengingati Allah dan sentiasa menjaga solat. Mungkin sebelum ni aku terleka dengan hidup, maka peristiwa itu adalah peringatan buat aku. Alllah Allah Allah.

Mak, ayah dan mak cik aku berpesan, 'benda' tu ada dimana-mana. Hanya Allah saja tempat kita bergantung. Hanya Allah saja tahu niat kita. Maka, mengapa harus dipikirkan 'benda' itu saja. Biarkan ia dengan kehidupannya yang kita tidak nampak. Kita teruskan saja hidup kita dengan mengabdikan diri pada Ilahi. Minta perlindungan dari Allah.

Allahu rabbi. Sekarang sudah beberapa hari berlalu. Alhamdulillah, keadaan diri ini semakin tenang. Terima kasih keluargaku yang sentiasa memahami keresahan ini. Terima kasih sahabat handai yang sentiasa menemani. Terima kasih kalian yang membaca. Semoga ada sesuatu yang bermanfaat untuk dijadikan ibrah. Marilah kita panjatkan kesyukuran pada Ilahi dengan apa yang kita lalui ini.

v(^_^)v

*maaf entri yang panjang ini*

Monday, September 10, 2012

Kurangkan!

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera ke atas kamu semua. Harap sihat!

Sekarang aku bukan nak cakap pasal kurangkan berat badan. Atau kurangkan tidur. Cuma mahu mengingatkan diriku sendiri supaya mengurangkan mengupdate status di Facebook.

Kerana apa? Kerana kekawan dalam senarai FB pun sudah banyak mengupdate status. Jadi jika ditambah dengan peng'update'an aku terasa semak pulak nanti.

Selain itu (pergh, ayat!), mak cik aku ada cakap "kau ni asyik FB aje. tak belajar ke?". Huh, sentap hati jantung limpa i. Tapi ye tak ye jugak ek, rasa masa tu banyak dihabiskan kat FB aje. Jadi, dengan pengurangan updatenya mungkin boleh menambahkan kontrensasi belajar aku. Mungkin!

Kekadang rasa tak perlu pun update benda2 entah apa2 kat FB. Semestinya selalu aku mengupdate status yang mengarut. Jadi, bagi mengurangkan aku mengarut dan mencarut maka sesi update perlu dikurangkan. Mungkin (mungkin saja la) jika gian sangat pun nak update status, hanya perkara yang betul2 berguna saja. Oh, mungkin lagi. Eh, mak aku pesan kalau nak buat apa2 cakap "InsyaAllah".

InsyaAllah, sesi komen mengomen juga akan dikurangkan. Namun, bagi mengeratkan hubungan dengan rerakan yang sangat2 baik di FB, aku akan mengacau beliau melalui ruangan 'chat'. Haha. Siaplah sesiapa yang selalu aku menggedik itu. Haha sekali lagi.

Aku sudah tahun akhir pengajian. Maka, macam2 angan2 dipasang. Ah, setiap semester begitu. Namun, kali ini hanya titipan doa yang sungguh2 saja pembakar semangat. Ah! Waallahu'alam.

Sudahlah! Aku perlu fokus dalam belajar. Harap2 dapatlah aku kurangkan FB. Bukan ada apa2 pun. (Ayat penyedap hati!)

v(^_^)v

Sunday, September 9, 2012

Hadiah

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Apa khabar?

#LaguLatar The Nagging Daughter - Melodi Kisah Kita

Lima hari bulan September dua ribu dua belas telah berlalu pergi. Tanggal itu adalah tanggal ulangtahun kelahiran aku. Dalam setahun jagung, tembikai dan epal ini telah pun aku contengkan sesuatu di belog lapuk ini tentang ulangtahun itu. Boleh baca ini.

Tapi tarikh kelahiran aku menurut tahun hijrah adalah pada 4 safar 1410. Tapi kalau ikut kelender cina? Entahla. Errr..

Tipulah kalau aku cakap aku tidak mahu hadiah. Tapi aku sedar, aku tidak boleh berharap untuk mendapatkan hadiah dari sesiapa. Kan?

Aku ingat lagi dulu masa sekolah rendah, ada seorang kawan baik aku ni bagi hadiah sempena tarikh lahir aku. Seingat aku, itulah hadiah pertama yang aku dapat dari seorang kawan. Sebab itu, sampai sekalang aku ingat beliau walaupun susah benar kami boleh berjumpa. Lagi2 sekarang beliau sudah berkahwin dan mendapat kerja tetap.

Sebuah buku bahasa Arab. Buku teks yang digunakan di sekolah agama negeri Melaka untuk darjah berapa entah, aku sudah lupa. Ngeee (gigit jari). Terharu bila beliau bagi aku hadiah itu. Entah beliau ingat lagi atau tidak. Sedangkan aku pulak tidak pernah memberi beliau apa2 hadiah. Oh teman, maafkan daku! Semoga dikau sentiasa bahagia disamping keluarga tersayang. Semoga dikau bahagia dengan apa adanya dikau sekarang. Sungguh, aku rindu padamu! (tutup muka)

Aku tidak dapat ingat, adakah lagi hadiah yang aku terima daripada kawan2 yang lain? Tidak guna betul aku kan. Haha lah pada aku (haha itu bermaksud ketawa jahat). Ya, aku tidak ada kawan yang betul2 rapat dengan aku sewaktu sekolah dulu. Dan aku juga tidak tahu hargai erti sebuah hadiah masa aku sekolah2 dulu. Mungkin kerana itu aku lupa sama ada aku pernah dapat hadiah lain atau tidak.

Sejak masuk institusi pengajian yang lebih tinggi (erk, abaikan 'yang lebih' itu), ramai rerakan yang berhati luhur memberi aku hadiah. Alhamdulillah. Sangat terharu pulak bila mengenangkannya. Ahaks!!

Pada aku, tidak mendapat hadiah pun tak apa. Asalkan kau tidak pernah lupa mendoakan kesejahteraan aku. Itu pun sudah memadai. Kalau kau berkeras mahu menghulurkan hadiah jugak, aku tidak terlalu kejam. Sekurang2nya DSLR pun dah okay. Ye la aku kurangkan sikit, iPad Apple pun okay.

Oh, kemerapuan aku nampaknya sudah tahap kemuncak. Sebelum kau jemu dengan aku, aku ingin memohon maaf. Almaklumlah, sudah berjauhan dengan keluarga, maka diri sukar dikawal.

Ketahuilah, tiada hadiah yang paling berharga dari sebuah doa. Terima kasih kepada Mak dan Ayah, doa kalian sangat berharga buat anakmu ini. Terima kasih kerana doakan aku.

Semoga bahagia semuanya!

v(^_^)v