Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera sekalian makhluk alam maya.
Waktu bekerja aku kat kedai krepek adalah dari 8 pagi sampai 11 malam. Punya la banyak permintaan sampaikan si tokey memerlukan waktu yang lebih untuk meparking krepek2 tersebut. Serta memerlukan pekerja tambahan lagi-lagi di bulan puasa ini. Tak la stirct 8 pagi sampai 11 malam. Pukul 1 sampai 2 petang rehat. Pastu balik rumah pukul 6 petang. Sepatutnya masuk balik pukul 8 malam, tapi aku dan kawan aku mintak masuk lambat sebab nak solat terawikh kononnya. Nasib bos aku bagi kebenaran masuk lambat. Kalau bos tak berperikemanusiaan tak dapat lah aku solat terawik. Mujur jugak masjid dekat, jadi sempat la solat terawikh walaupun tak habes. Ngee~~
Pada suatu malam, ada sorang mak cik ni salam aku kat masjid. Dah dua malam beliau salam sambil memuji aku. Sentap sebenarnya aku dengar pujian beliau. Macam tak sangka dan tak terjangka dia nak puji aku. Alah setakad datang masjid, semua orang boleh buat. Takde la hebat mana pun kalau setakad aku datang masjid. Bukan ke dah jadi kewajipan kita untuk menunaikan solat fardu dimana sahaja kita berada. Dulu time aku kecik-kecik bila datang surau takde pulak mak cik yang nak puji aku.
Lagipun, aku pergi masjid sebab dekat dengan tempat kerja. Nanti takdelah aku masuk kerja lambat. Kalau betullah aku ni bagus sangat, rumah jauh dari masjid pun sanggup menempuh segala halangan dan rintangan untuk solat kat masjid. Sememangnya tak layak aku terima pujian daripada mak cik tu. (tapi kalau mak cik tu ada anak yang boleh dijadikan calon suami bagus jugak, ahaks)
Masuk hari ketiga, aku sengaja masuk masjid lambat. Takut nanti mak cik tu puji aku lagi. Ngee. Siapa yang tak nak dipuji. Tapi aku memang tak suka dipuji. Tak layak. Masa mula-mula makcik tu salam aku dan beramah mesra dengan aku, dia suruh aku dengan kawan aku susun telekung kat rak.
Malam kedua pulak, dapat tarawikh lapan rakaat aku masuk kerja (kat masjid tu terawih 12 rakaat). Dan masa aku nak menyauk selipar (ya, aku pergi kerja pakai seliper getah. ngee), aku tak jumpa selipar aku. Lantas dengan mata yang melilau-lilau aku mencari selipar aku. Kawan aku pun tolong carikan. Aku suruh dia tengokkan kat jamban. Mana tau orang pakai sebab ingat selipor tu selipar masjid. Tambahan pula selipar getah tu ada tulisan 'YAHOO'. Kira selipar jenis unik sikit orang kata. Ngee.
 |
| perkataan 'facebook' ditukar kepada 'yahoo' dan warna biru ditukar kepada warna ungu. tali warna kelabuasap itulah bentuk selipar aku. (ekceli akak aku punya tapi dah jadi macam hak milik aku. ngee) |
Bila kawan aku pegi jamban untuk menge'check' selipar aku, alangkah terkejutnya aku bila mendapat tahu bahawasanya ada seorang mak cik pakai selipar aku tu. Okay, aku tak kesah ada orang nak pakai kasut/seipar aku. Dipersilakan dengan syarat jangan sampai aku nak balik masjid berkaki ayam pulak. Aku terkejut sebab orang yang memakai selipar aku adalah mak cik yang memuji aku. Oh, patut la beliau puji-puji aku. (Ops! Tak baik berburuk sangka) Memandangkan mak cik tu dah memuji aku, maka aku merelakan dia memakai selipar aku. Selepas mak cik tu balik dari jamban maka dapatlah aku menyaukkan kaki di selipar lalu kembali ke tempat yang dituju.
Malam ni aku tak pergi masjid tu lagi, sebab hari ni aku tak kerja. Baik pergi surau yang berdekatan dengan rumah aku je. Tapi tak tau la kalau mak cik kandung aku (bukan mak cik yang memuji aku kat kasjid tu okay) ajak pergi masjid tu. Wallahu'alam.
Apa-apa pun, segala pujian hanya layak diucapkan kepada sang Pencipta tak lain tak bukan hanyalah Allah. Diri kita ni bukan nya bagus mana pun. Selalu buat onar je. Astaghfirullah al'azim...
>>>kalau boleh, aku nak elak jumpa mak cik tu lagi. Bukan apa, cuma tak nak dia puji aku lagi, Ngee~~
v(^_^)v