Monday, November 28, 2011

Kehebatan Mendatangkan Kekaguman. Subhanallah!

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera. Salam kasih sayang.

Bukan takda keje asyik nak update blog aje. Tapi kalau asyik buat keje2 tu, aku semakin keliru dengan diri sendiri. Sebabnya aku tak tahu nak buat mana satu keje2 yang melambak2 seperti di pasar lambak. *10 hinggit 10 hinggit 10 hinggit* Memang kes parah pauzanah tahap power renjis dipilis punya kes. Ah, abaikan.

Lately (erk, terbelit lidah speking omputih ni) aku asyik terjumpa orang2 hebat. Means, hebat dari sudut pandangan aku la. Kalau kalian anggap apa yang aku jumpa ni tak sehebat mana pun. Terpulang. Nak pulang ke rumah pun boleh (erk, apa kau mengarut ni)

Ya, tiada yang hebat didunia ini selain yang Maha Hebat. Orang2 yang aku jumpa ni pun hanya hebat dari satu sudut saja. Mungkin bukan hanya satu, namun masih juga ada ketidakhebatannya. Contoh, dia hanya hebat berhujah, tapi tidak hebat membasuh baju (erk, kaitan?). Okay contoh lain, dia hebat dalam matematik tapi sangat tidak hebat dalam bahasa (kepada rakan2 aku, jangan salah faham ini hanya contoh. eh, aku perasan. okay). Contoh lagi, mungkin seseorang itu hebat dalam menyanyi tapi tidak hebat berkomunikasi. Argh, aku sudah tidak tahu memberi contoh. Kalian pikirlah sendiri. Sesungguhnya aku bukan seorang yang hebat dalam bab2 ini. Aku hanya hebat mengarut saja

Aku cakap mereka2 ni hebat sebab aku tidak boleh melakukan perkara yang mereka lakukan. Contohnya menyanyi. Memang akan gegak gempita bila suara aku berkumandang. Aku sedar aku juga hebat (erk, hebat kebendanya. perasan!) Kebanyakkan mereka yang hebat2 ni aku tak pernah bersua serampang dua mata. Sebenarnya teringin nak jumpa orang2 hebat ni, nak ngurat. Eh, bukan. Teringin nak tahu tentang mereka. Nak berbicara untuk menambahkan ilmu. Untuk aku lebih memahami mengapa mereka boleh hebat sebegitu. 

Mungkin itu cuma angan2 dan mimpi di siang hari. Yela, mereka hebat dari sudut pandangan aku. Aku cuma mampu berdoa agar kehebatan mereka mampu membuatkan mereka lebih rapat dan selalu dekat dengan Tuhan. Kerana kita perlu ingat sehebat mana pun manusia mana mungkin dapat mengatasi kehebatan Sang Pencipta. Allah Maha Hebat. Itu yang pasti.

Salah seorang manusia hebat yang aku jumpa adalah tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan. Lihat saja biliknya, pergh! Banyak buku. Itu luar biasa bagi aku kerana bilik aku penuh dengan makanan saja. Ah, memang aku tidak hebat. Memang patut di beri anugerah tokoh Maal Hijrah (mood maal hijrah lagi ni walaupun dah beberapa hari?).

Banyak lagi orang2 hebat diluar sana. Jangan kau fikir kau tidak hebat. dan jangan kau fikir kau seorang saja yang hebat. Kehebatan itu hanya milik Allah yang dipinjamkan kepada hamba2-Nya. Bila2 saja boleh ditarik balik. Bersyukurlah dengan kehebatan yang telah dipinjamkan. 

Argh, apa entah aku mengarut. Bab2 mengarut memang kehebatan aku. Oleh itu, sebelum aku semakin leka dan lena dalam kekarutan ini baiklah kiranya aku mengundur diri. Sesungguhnya setiap orang itu ada kehebatan yang tersendiri, tinggal saja mereka bersyukur atau berbangga dengan kehebatannya. Fikir2kanlah hingga sampai tak boleh nak fikir (erk, apakah?)

Sebelum berakhir cuma nak cakap, SUBHANALLAH hebatnya ciptaan Allah ini. Segala pujian hanya untuk Allah.


Bitaufik wa najah, wasalamualaikum.
v(^_^)v

Sunday, November 27, 2011

Perubahan

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera. Salam Maal Hijrah.

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Sambung sendiri lah, malas nak taip. Saja nak bubuh lirik lagu Maal Hijrah ni. Ni masih mood tahun baru. Rindu suasana sambutan Maal Hijrah kat hometown aku. Kat sini tak semeriah kat sana. 

Salam Maal Hijrah. Semoga tahun 1433H ini lebih baik dari tahun2 sebelum ini.

Biasanya kalau dah tahun baru mesti ada orang nak buat perubahan. Semestinya perubahan kepada yang lebih baik dari sebelumnya. Kalau artis2 tu agaknya mesti nak pakai tudung. Agaknya la. Ngee~~

Sebenarnya, belum tahun baru pun boleh lakukan perubahan tu. Cuma nak jadikan ia lebih bermakna, maka perlu penanda yang lebih menarik semangat untuk berubah. Ya. Sebenarnya boleh saja menanam, membaja dan menyemai azam sebelum, semasa dan selepas tahun baru juga. Cuma tahun baru itu dijadikan sebagai tanda peringatan untuk kita akan sentiasa menjadi lebih baik. Ah, aku tidak pandai mengarang perkataan yang cocok untuk menerangkan. Kalian fikirlah sendiri.

Seorang sahabat baik aku (ya. dia sahabat terbaik aku) mahu berubah menjadi muslimah yang solehah. Wow! Aku terkasima melihat perubahan beliau. Kagum. Kadang2 aku sendiri berasa malu dengan diri sendiri mengapa aku tidak menjadi seperti beliau. 

Perubahan yang secara lahiriahnya yang boleh dilihat adalah dari segi pemakaian. Beliau kini sudah memakai pakaian2 muslimah sejati. Aku yang jadi malu dengan pakaian aku yang tidak sempurna ini. Dan sedikit pelik jika ada orang yang tanya beliau "eh, kenapa pakai baju ni". Hello, tidak bolehkah memakai baju yang menutup aurat itu. Maka mengapa perlu dipersoalkan. Sepatutnya kita tanya diri kita sendiri mengapa kita memakai baju ini, adakah ia menutup aurat. Jika tidak sila tukar kepada yang menutup aurat.

Ramai orang yang memakai pakaian, tetapi tidak semua yang memakai pakaian yang menepati syarak. Mungkin bagi mereka dengan memakai baju berlengan tiga suku sudah mencukupi, dengan memakai baju t-shirt yang mengikut bentuk badan sudah mencukupi, dengan memakai tudung dan diselimpangkan sehingga mengatasi paras dada sudah mencukupi. 

Mungkin susah untuk melakukan perubahan. Tapi hendak seribu daya. Kalau taknak bagi la seribu alasan sekalipun, tetap tidak mahu.

Aku tidak tahu hendak menyatakan yang bagaimana lagi. Perubahan itu datang tanpa perancangan barangkali. Namun, boleh jadi kita perlu merancang untuk melakukan perubahan. Masakan kita asyik mahu ditakuk lama.  

Perubahan rohani juga perlu diberi perhatian. Eh, rohani yang dimaksudkan bukan mak aku. Rohani yang dimaksudkan adalah dari segi roh, perkara yang berada dalam diri kita. Ah, kalian cari la sendiri maksud rohani itu. Aku juga mahu melakukan perubahan rohani. InsyaAllah.

Ada orang cakap, bila tiba tahun baru saja kita bersemangat untuk melakukan perubahan. Angan2 tahi ayam katanya. Ya, mungkin ada kebenarannya. Namun, sekurang2nya kita ada semangat itu. Berdoalah agar semangat itu terus subur mekar didalam jiwa. Sentiasa menanam, membaja dan menyemainya dalam diri. Sebab itu pentingnya muhasabah diri agar kita sentiasa memperingatkan diri kita.

"Oleh itu mari semua kita sambut Maal Hijrah. Tingkatkan semangat, Tingkatkan syiar Islam untuk sepanjang zaman. Untuk sepanjang zaman." Ini lirik rangkap terakhir lagu Maal Hijrah. Sangat bermakna bagi aku. Sekali lagi mahu menegaskan "Tingkatkan semangat, tingkatkan syiar Islam UNTUK SEPANJANG ZAMAN."

Semoga semangat itu terus subur mekar segar dalam diri ini. Amin. 

Eh, apa yang sudah aku mengarut ini. Maaf kerana menambahkan lagi beban di benak kalian. Aku sedang didalam semangat Maal Hijrah, maka entah apa2 yang telah mengarutkan. Baik aku berundur secepat mungkin. Kalau rasa tak puas hati, tidak setuju, atau entri kali ini bercanggah dengan pandangan kalian silalah komen diruangan komen di blog ini. Sesungguhnya perkongsian pandangan kalian sangat aku perlukan untuk aku muhasabah diri ini yang kerdil. hina dan dina. (-_-)

Bitaufik wa najah, wasalamualaikum.
v(^_^)v




Saturday, November 26, 2011

Azam Tahun Baru Bukan Setakad Angan-angan

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera semua warga alam maya yang dikasihi Allah dan disayangi Nabi.

Petang ni lepas waktu Asar akan bermula tahun baru bagi umat Islam. Seperti biasa kalau tiba tahun baru, mesti ada yang memasang azam untuk tahun tersebut (ke aku sorang je yang buat begini? ngee~~) Ah, ikut kalian la nak menanam azam atau tidak. 

Maal Hijrah. Tahu ke maksudnya? Kalau nak aku terjemaahkan takut salah pulak. Baik kalian tanya orang yang lebih pakar. Aku rasa 'maal hijrah' tu maksudnya 'bersama-sama perubahan'. Maal=bersama-sama. Hijrah=perubahan/berpindah. Eh, kalau salah kalian tolong betulkan. Nanti selama-lamanya aku ikut teori aku ni. Sesat pulak.

Apa yang pasti lakukan perubahan yang baik, lebih baik dan terbaik. 

Siapa yang tidak mahu menjadi baik. Orang jahat pun ada keinginan jadi baik. Begitu juga aku. Tahun ini aku nak jadi anak yang terbaik. Taknak kecewakan mak bapak. Nak lakukan sesuatu untuk mereka berasa bangga. Walaupun mak bapak aku tak cakap mereka nak apa dari aku, tapi kita sendiri tahu yang mak bapa kita nak anaknya jadi baik. 

Perpisahan tidak dapat menghalang kasih sayang ibubapa kepada anak2nya!

Rasa cemburu juga bila lihat kawan2 yang sangat baik dengan orang tua mereka. Mereka mungkin tidak faham keadaan aku yang tidak sama dengan mereka. Kerana keadaan mak bapak mereka tidak sama dengan keadaan mak bapa aku. Kerana itu juga aku rasa aku tidak cukup baik dengan ibubapa aku. Berdosanya aku dengan mereka. Memang la mak ayah aku cakap aku anak yang baik (eh, terperasan pulak), tapi hakikatnya... Hanya Allah yang tahu.

Maka dari itu, aku berazam pada tahun ini aku mahu jadi anak yang terbaik. Tidak mahu kecewakan harapan mak ayah aku. Jauh2 mereka hantar aku mesti harapan mereka juga tinggi. Siapa tak sayang mak ayah dia kan. 

Hubungan antara aku, mak dan ayah tidak seperti orang lain. Yang pasti aku sayang mereka dengan seluruh jiwa raga. Mungkin sahabat2 terdekat mengetahui tentang keluarga aku. Dan juga cukup Allah yang mengetahui apa yang aku rasa. Aku perlu bersyukur apa adanya sebab ada kawan2 aku yang tiada ayah, ibu dan kedua-duanya sekali. Ya, Alhamdulillah ya Allah kerana ibu bapaku masih dapat memberi kasih sayang mereka kepada kami adik beradik.

Azam kali ini, memang betul2 akan aku berusaha lakukan. Bukan setakad angan2 mahupun mimpi disiang hari. Mesti jadi anak yang terbaik sekali. Mesti dan pasti!

Eh, tetiba rasa touching maching pulak. Baik aku berhenti menaip sekarang sebelum air mata berlinangan. Argh!

Bitaufik wa najah, wasalamualaikum.
v(^_^)v

Friday, November 25, 2011

Dalamnya Maksud Lagu Aku Maafkan Kamu

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera semua. Selamat selamanya dibawah lindungan-Nya.

First time aku dengar lagu "Aku Maafkan Kamu" dendangan Jamal Abdillah feat Malique, aku dah jatuh cinta. Dari segi alunan muziknya aku rasa biasa saja. Cuma aku terpikat kat lirik lagu ni yang sangat2 mendalam. Sampaikan aku nak ulang2 dengar lagu ni. 

Susah nak describe lagu ni sebenarnya. Aku pun tak tau apa yang aku paham ni sama ke tak dengan penulis lirik lagu ni nak sampaikan. So, aku nak mintak maaf awal2 kat penulis lagu kalau kepahaman aku ni tak sama. Yang pasti lagu ini sangat terkesan kat hati sanubari ini. Ngee~~

Sebelum tu, dengar dulu lagu peberet aku ni:



Sekali lagi, susah nak describe. Mungkin ada orang tak suka lagu2 yang mempunyai lirik2 yang tersirat macam ni. Tapi bagi aku, lirik yang mendalam ni dapat membuatkan pendengar berfikir. Bukan setakad mendengar seperti angin lalu. 

Mungkin aku rasa, lagu ni macam pernah berlaku kat diri aku sendiri. Mungkin. 

Kalau kalian perati, rangkap pertama je dah bawak mesej yang mendalam.

"Ada teratak dihujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak"

Nah, nampak tak? Nak describe macamana pun tak tau. Pernah dengar peribahasa "seperti katak dibawah tempurung". Sepatutnya kita patut tahu apa yang terjadi kat sekeliling kita. Bukan nak busy body, cuma jadi lebih prihatin. Kita kat dunia bukan duduk sorang2.

Kalau diperati sekarang, banyak benda2 yang berlaku. Banyak juga perkara2 dusta, pembohongan, penipuan dan sebagainya terjadi, tapi si pembawa seolah-olah berlagak betul, benar, jujur dan baik. Oh, dunia. Yang duduk dibawah tempurung juga yang akan menjadi mangsa penipuan. Beruntunglah bagi mereka yang berfikir. Baik. Aku maafkan kamu!

"Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum guna hak bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda"

Aku tertarik dengan hak miranda tu. Kita perlu berfikir dulu sebelum bersuara. Kalau tidak tahu, tak payah nak bersuara. Lihat, perhati dan berfikir. 

Sebenarnya mana boleh kita berdiam diri kalau sesuatu benda tu dah terang2 kita tahu. Ya, kalau tak tahu memang kene duduk diam. Tapi kalau dah tahu, bertindaklah mengubah prespektif orang lain. Walaupun tidak diterima, sekurang2nya orang lain boleh betulkan kesalahan kita. Tidaklah kita terus memikirkan perkara yang salah.

Eh, dah panjang rasanya aku mengarut. Entah kalian paham ke tak apa yang aku nak sampaikan ni. Aku pun semakin keliru dengan diri sendiri. Maaf kerana menyerabutkan lagi fikiran kalian. Aku maafkan kamu, kamu pun maafkanlah aku. Ngeee~~

Bitaufik wa najah, wasalamualaikum.
v(^_^)v

Tuesday, November 22, 2011

Selamat Ulangtahun Kelahiran Haikal!

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera semua.

22 November tarikh ulangtahun kelahiran adik aku. Walaupun berlainan ibu, dia tetap adik kandung aku. 

Teringat pada awal dia dilahirkan. Aku tidak dapat menerima kenyataan. Siapa tidak sedih. Ah, malas aku nak cerita. Sekarang keadaan sudah kembali normal. Aku terima apapun masa silam seadanya. Cuba jadikan iktibar dalam kehidupan.

Malah hubungan aku dan adik lelaki aku itu semakin rapat. Kalah keakraban dengan adik lelaki seibu sebapa aku. Namun, aku tetap sayang adik2 lelaki aku yang mempunyai hubungan darah ini sepenuh hati.

Alhamdulillah, pencapaian akademik adik aku ini tidak mengecewakan. Ada saja perkara positif aku dengar. Namun, aku tidak tekankan pencapaian akademi semata-mata. Yang aku selalu mengingati adik aku adalah akhlak. Contohi akhlak Rasullah. Didikan agama itu yang utama.

Aku pernah melihat buku latihan adik aku. Ada tulis salasilah keluarga. Ah, sedih melihatnya. Pernah suatu ketika dulu, dia cakap kat kawan2nya "eh, aku pun ada kakak la". 


Kak Yan sayang Haikal! Hee. Hubungan kita perlu dijaga dan dibaja dengan kasih sayang. Jadilah muslim yang beriman dan bertakwa.


Sempena ulangtahun kelahirannya ini, aku berharap dia dapat jadi anak yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Aku harap dia tidak mengecewakan ayah aku. Aku harap dia tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Aku harap dia cepat menyesuaikan diri dengan perkara yang baru. Aku harap dia sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah.

Bitaufik wa najah, wasalamualaikum wbt.
v(^_^)v

Monday, November 21, 2011

Siapa Sahabat, Kawan Dan Siapa Sekadar Kenalan Sahaja

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera semua.

Terpanggil untuk mengshare mesej dari seorang sahabat:

"Takdir kadang2 mempertemukan sesuatu yang tidak diundang, memberi apa yang tidak dirancang, membuatkan kita mengalirkan air mata kesedihan dan takdir juga membuatkan kita rasa kehilangan. Namun takdir memberi kita erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, mengenali erti sebuah persahabatan, merasai erti kegembiraan, mengenali sebuah ketabahan dan memberi erti sebuah keakraban, memberi peluang menilai siapa sahabat, kawan dan siapa sekadar kenalan yang mengisi ruang dalam episod kehidupan. ALLAHUMMATAH'ALAIKI. Semoga bukakan pintu kebaikan."

Bila baca SMS dari sahabat aku itu, hati tersentuh pulak. "Sahabat, maafkan aku kiranya aku mengabaikan kamu."

Itu saja untuk kali ini. Doakan kebaikan kita bersama.

Bitaufik wa najah, wasalamualaikum wbt.
v(^_^)v

Friday, November 18, 2011

Happy Birthday Sahabat!

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera wahai seluruh warganegara bumi yang sentiasa dirindui Nabi dan disayangi Allah.

Saat entri ini ditaip bertarikh 18 November bersamaan tarikh ulangtahun kelahiran seorang sahabat aku.

Beliau adalah sahabat yang pertama aku jumpa kat USM ini yang satu kos dengan aku. Tak tau nak cakap beliau macamana. Yang pasti beliau sangat baik dan seorang yang memahami aku. Sesuai juga untuk dijadikan calon isteri bagi sesiapa yang mencari. Ngee~~

Bukan tak mahu mengenalkan beliau kepada kalian. Takut apa yang aku cakap pasal beliau bukan perkara sebenar. Yang pasti beliau bukanlah seorang yang jahat. Aku tak nampak kejahatan yang ada dalam diri beliau.


Ni dia sahabat aku. Ku Nor Nadzirah Che Ku Azam. Jangan main kau, keturunan Tengku ni. Cantik bukan beliau. Hee~~(kenapa mesti ada gambar aku skali, menyibuk sungguh)

Aku kagum dengan sahabat aku ini. Beliau sangat komited dengan kerja2 yang orang amanahkan. Beliau seorang yang kreatif dan panjang akal dalam menyelesaikan masalah. Beliau sangat2 disenangi oleh sahabat2 aku yang lain.

Sahabat, sempena ulangtahun kelahiranmu ini, aku ingin mengucapkan selamat hari ulangtahun perkhawinan kelahiran yang ke 12 22 tahun. Kamu sudah semakin dewasa dan sememangnya kamu dewasa (saja nak bagi ayat sopan. kamu boleh tukarkan perkataan 'dewasa' kepada perkataan 'tua' juga. ngee). Aku kagum dan respek dengan kamu. Kamu dah banyak mengajar aku erti persahabatan. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat aku. Semoga kamu dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur untuk bernafas di muka bumi, ditunaikan segala apa yang dihajati, diberi jodoh yang beriman, bahagia dunia dan akhirat. Semoga kamu juga sentiasa dalam keadaan yang baik. Sentiasa dalam pemeliharaan dan perlindungan kasih sayang rahmat Allah dan semoga Allah menyayangi kamu. Aku sayang kamu walaupun aku tidak sayang seperti Allah sayangkan kamu. Semoga kamu sentiasa dalam jalan kebaikan.

Ira, aku design khas untuk kamu! Kerana kamu sahabat aku yang special.

Banyak sangat nak wishnya. Sampai tak terluah dengan kata-kata mahupun perkataan. Aku harap yang terbaik jadi milik kita semua.

v(^_^)v


Wednesday, November 16, 2011

WORDLESS WEDNESDAY: Bersyukurlah Wahai Diri!

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera semua.

Erk (bunyi kekenyangan. ngee). Alhamdulillah. Baru lepas makan. 

Okay tak mau cakap banyak (eh, kata rabu tanpa kata. tapi ini sudah ada perkataan. haish!)


v(^_^)v

Tuesday, November 15, 2011

Senyum, Senyum Dan Teruskan Senyuman!

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera semua.

Mungkin ada orang cakap "eh, gila ke apa senyum sorang2". Tapi bagi aku tak gila pun kalau senyum sorang2. Malah, cukup bagus kalau orang itu nak senyum. 

Sejak akhir2 ni, entah kenapa aku rasa macam banyak buat salah. Eh, bukan macam. Banyaknya aku dah buat salah kebelakangan ini. Dan kesalahan itu telah membuatkan aku serba salah dengan orang sekeliling aku terutama kawan2 terdekat. 

Aku tak tau kenapa, bila aku rasa serba salah aku nak tersenyum sorang2. Pelik. Tapi itulah hakikatnya. 


Yang menambahkan lagi rasa serba salah aku, bila aku melemparkan senyuman kat orang sekeliling aku, senyuman tidak mendapat balasan. Aku tak kisah sebenarnya, tapi entah kenapa ketidakbalasan senyuman itu mendatangkan feeling tidak enak. Means, aku rasa "oh, aku dah salah kat dia. then nak senyum2. nampak seperti tidak bersalah tahu?" 

Ya, aku tahu senyuman aku tidak semanis gula mahupun kurma. Aku terima apa adanya. Ya, aku tahu aku bersalah tapi aku tidak dapat teguran pun daripada kalian. Mengapa terus terusan memalingkan muka dari aku. Tegurlah aku. Bimbinglah aku kejalan yang lurus. Kemudian kita saling senyum-menyenyum, okay.


Bagi aku, walaupun apa berlaku tetaplah tersenyum. Walau kalian berasa perit, senyumlah. Inikan lagi bila berasa suka. Senyum. Ya, ada orang kata "eh, kalau tak ikhlas buat apa nak senyum". Tapi, kajian yang aku jalankan (ceh, perasan profesor!) bila kita senyum walaupun dalam keadaan duka, secara automatik hati akan terubat. Walaupun tidak pulih SEPENUHNYA, tapi sekurang2nya SEDIKIT terubat. Itu experimen yang sampelnya adalah aku. Tak tau la kalian semua. Nak tau kesahihannya, cubalah! Kalau experimen gagal, harap maaf.

Banyak lagu2 berkenaan senyum. Search saja di youtube. Lagu2 itu sebenarnya inspirasi aku untuk terus, terus dan terus tersenyum walau apa keadaan sekalipun.

Bukankah senyum itu sedekah. Itu apa yang cikgu aku ajar. Mudah saja nak dapat pahala, hanya dengan senyuman.

Maaf jika aku tidak senyum dengan kalian, bukan kerana aku tidak mahu. Mungkin kerana terlupa. Maklum saja aku ni bukanlah insan kamil. Namun, aku akan cuba mengingatkan diri sendiri agar selalu senyum. Maaf juga kiranya senyuman kalian tidak aku balasi. Bukan kerana aku tidak mahu. Mungkin masa itu fikiran aku entah kemana. Maklum saja aku ini kuat berangan. Berangan mahu jadi profesor. Ahaks. (eh, ada kaitan ke?)

Sudah. Sampai di sini dahulu omelan aku. Maaf kerana tiada apa yang dapat aku kongsikan. Bukan tidak mahu, tapi tidak tahu, maka tunjukkanlah aku jalan yang benar (errr, alasan!).

v(^_^)v



Monday, November 14, 2011

Pertingkatkan Amalan, Hindari Dosa!

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera semua.

Aku cuba muhasabah diri. Senaraikan apa amalan yang dah aku buat. Juga senaraikan apa perkara buruk, tak baik, keji, hina dan sebagainya yang Allah tidak suka. Dan hasilnya. Masya-Allah, TERUK!

Jelous dan cemburu (bukan tak sama ke maksudnya ni) dengan kawan2 dan masyarakat sekeliling yang aku nampak banyak melakukan kebaikan, buat baik dengan sahabat, menolong orang yang memerlukan.dan sewaktu dengannya. Tapi aku hanya melihat. Tiada tindakan. Oh, lemahnya hati aku ini.

Kadang2 aku cuba melakukan kebaikan. Dan aku tidak mahu orang melihat aku membuat kebaikan. Kerana aku takut kalau2 hati ini sudah berniat lain. Takut2 Allah tidak terima kebaikan aku. Namun, aku cuba kuatkan hati. Berserah segala2 kepada Allah. Kerana aku tahu hanya Allah saja yang tahu niat aku. Sebab tu aku suka berniat. Kalian tak perlu tahu apa niat aku. 

JAGALAH HATI.
credit to google, terjumpa gambar ni. taip saja2 tup tup terjumpa. namun ada nama disitu.  terima kasih.

 Aku juga cuba menghindari dosa. Walaupun seringkali aku melanggar apa yang dilarang. Astaghfirullah. Kadang2 aku tahu syaitan sentiasa dan tetap akan mengoda, menghasut dan mengajak kepada keburukan. Maka aku perlu sentiasa melafazkan Ta'wuz untuk memohon perlindungan kepada Allah. Dan aku perlu yakin dan sentiasa yakin bahawa Allah akan melindungi aku. Insya-Allah. Boleh rujuk al-Quran surah an-Nahl ayat 98 kalau tak silap (saja aku nak suruh kalian buka al-Quran. jap lagi aku bukak tengok betul tak. ngee~~).

Beristigfarlah sentiasa. Percaya Allah akan ampunkan dosa kita. InsyaAllah.


Entri kali ini hanya sekadar untuk muhasabah diri aku sendiri. Betapa banyaknya dosa2 yang dah aku lakukan. Dan terlalu sedikit pulak kebaikan yang aku buat. Setiap hari aku berharap agar amalan aku dapat ditingkatkan. Serta tidak mahu langsung melakukan perkara yang Allah tidak suka malah dilarang-Nya. Insya-Allah.

Aku, kalian, mereka dan semuanya mampu melakukannya. Insya-Allah!

Sekian untuk kali ini. Terima kasih (Aik, dah macam apa dah).

v(^_^)v


Sunday, November 13, 2011

Good Luck For My Youngest Sister!

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera.

Esok peperiksaan SPM  yang sebenar akan kunjung tiba. Aku ada adik yang akan menghadapi peperiksaan besar itu. 

Bukan aku yang edit gambar ni. Ahha~~ Tapi bila tengok2 balik memang kami adik beradik gila2, sempoi, sporting dan cool. Bukan orang gila ya. Kami cuba mengiburkan diri masing2 dengan keletah yang hot and cool. Ahaks~~

Harap adik dapat buat yang terbaik. Dapat menjawap dengan mudah.

Aku ada post kat facebook pasal SPM. So, aku copi pes balik bubuh kat sini.

"Good luck and all the best to all SPM's candidates especially to my youngest sister Siti Azizah Zolman, sepupu2, orang kampung, kawan2 adik aku yang selalu datang rumah dan semua yang terlibat. (Banyak beno nak mentionnya) Usaha escalator kejayaan!!! "

Nak crita kenangan SPM dulu tapi tak tau nak cakap macam mana. Sebab SPM aku tak sebagus STPM. Ahhaa~~ (Ekceli saja nak mengisi slot enrti yang lain. #alasan)

v(^_^)v

Saturday, November 12, 2011

Ubat Sakit Kepala

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera.

Saja nak mengadu kat sini. Tau dah tak kan ada yang ambil peduli. Namun, aku tak peduli akan orang yang tak ambil peduli itu. Aku tetap mahu meneruskan pengaduan di sini. Titik.

Lihat saja tajuk entri (ekceli tak tau nak bubuh tajuk apa). Tak tau kenapa sejak2 aku duduk diperantauan ni kepala asyik berdenyut2 kencang seperti menghentak2 disalur darah bahagian kepala ini. Argh! Hanya Allah saja yang tahu betapa sakit dan peritnya.

Takut jugak kalau2 terkene migrain. Sebab acapkali juga kepeningan ini melanda diri. Terutama bila tiba deadline menghantar asignment sudah dekat. Atau setiap kali final exam kunjung tiba. Mungkin sebab memikirkan asignment dan final exam itu. Jadi kemungkinan migrain itu tidak kelihatan.

Seringkali aku menggunakan minyak cap kapak untuk mengurangkan rasa kesakitan. Namun, aku tidak rasa apa2 kekurangan. Oh, ubat apakah yang perlu digunakan. Ah, sekurang-kurangnya aku berikhtiar untuk mengurangkan rasa kesakitan. Berserah. Tawakal. 

Yang pelik bagi aku, aku hanya pening. Tidak seperti mereka2 yang aku selalu dengar demam, selesema, batuk dan sakit2 ringan yang lain. Sudah tentu apabila demam dan lain2 itu melanda diri mereka, kepeningan akan turut serta melanda. Syukur Alhamdulillah. Hanya pening ni je pun aku dah tak tentu arah, ini kan demam dan sebagainya itu. Benarlah, Allah tidak akan bebankan kita dengan bebanan yang tidak sanggup kita hadapi. Bersyukurlah sebanyak2nya.

Jika kepeningan ini kifarah untuk dosa2 aku, aku redha. Aku sangat berharap dosa2 aku diampunkan. Siapa tidak mahu bukan. Berdoalah untuk bertaubat, Insya-Allah Allah ampunkan. Berdoalah dengan tulus ikhlas, Allah pasti rasainya. 

Mungkin bila aku tidak berasa pening, aku tidak ingat kepada-Nya. Maka aku sangat bersyukur kepeningan ini menguasai diri. Harap aku sentiasa mengingati-Nya walau bagaimana keadaan sekalipun. 

Hargailah nikmat sihat, sebelum kita sakit. Bila sudah merasai kesakitan pastinya penyesalan melanda diri kerana tidak menggunakan nikmat sihat itu. Jagalah diri sendiri kerana diri ini adalah amanah dari Sang Pencipta. Bertanggungjawablah terhadap amanah itu. Jangan persia-siakannya. Jaga keseluruhannya. Jaga kesihatan tubuh, jaga pemakanan, jaga masa tidur. Semuanya.

Akhir kata, doakanlah kesejahteraan kita bersama didunia walaupun diakhirat. Semoga kita diberi kesihatan yang baik. Insya-Allah. 

v(^_^)v

Friday, November 11, 2011

Pengaruh Libas Bagi Kanak-Kanak Berumur 3 Tahun

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua.

Walaupun diri ini berada di Penang, Pulau Mutiara namun, fikiran, hati dan perasaan masih melayang-layang seperti layang2 yang terputus talinya. Seolah-olah bukan berada disini. Entah ke mana segala spirit ini berada. Yang pastinya, mahu berseronok-ronok dengan budak2 kecik di kampung.

Mengenangkan itu, maka terilhamnya tajuk entri kali ini. Pernah menonton cerita Libas? Sejak aku balik raya depavali kemudian kembali ke Penang, kemudian lagi pulang semula ke kampung halaman untuk raya korban aku telah beberapa kali menontonnya.

Namun, untuk raya deepavali hari tu aku tak dapat menonton sehingga tamat. Dan baru2 ni saja dapat menamatkan tontonannya. Gara2 si Arep yang sangat mengemari cerita itu. Entah berapa kali budak itu mengulang2 menonton.

Setelah beberapa kali menonton, cerita Libas telah mempengaruhi fikiran Arep. Betapa pengaruh media massa sangat kuat kepada manusia waima manusia itu baru setahun jagung. Setiap tingkah laku dan perbuatan cerita tersebut telah dihafal oleh budak itu.

Arep ada sebijik bola. Bila Arep datang ke rumah atuk dan membawa bola tersebut, maka aku akan jadi mangsa untuk bermain bola dengannya. Cara Arep bermain memang sangat sejibik persis cerita Libas.

Ini bukan aksi bermain bola, tapi saja nak tunjuk baju bola yang dipakainya. Ahaks~~

Apabila bola terkena badan Arep (dan memang aku sengaja terkenakan badannya), Arep akan buat2 terbaring seperti dalam cerita tersebut. Boleh bayangkan tak situasinya. Ada banyak adegen seperti itu dalam cerita tersebut. 

Arep juga telah menendang bola seperti cerita tersebut. Melambung bola kemudian menendang bola. Oh, sungguh seronok mengenangkan adegen bermain bola dengan budak berumur 3 tahun itu. Sebenarnya kadang2 aku malas nak melayan budak itu kerana budak itu tidak jemu2 untuk bermain walaupun bagi aku telah terlalu lama bermain. 

Adakah tidak ada rasa penat wahai saudara kesayangannku? Kakak saudaramu ini penat secara fizikalnya, namun sebenarnya memang kalau ikutkan hati aku mahu bermain sahaja.

Paling aku tidak suka dan sukar untuk menghalang apabila ada satu perkataan yang Arep ikut dalam cerita tersebut. Aku rasa Arep tak tahu pun maksud perkataan tersebut. Ah, sukarnya menyekat pengaruh media massa masa kini.

Sesungguhnya aku perhatikan Arep sangat meminati bola. Mungkin pengaruh bapak, pak cik dan sepupu2nya yang juga kaki bola (tidak termasuk aku). Dan aku kira entah berapa pasang jersi/baju bola yang dimilikinya.

Arep memakai baju bola Malaysia dan seluar bola apa entah. Yang pasti baju nya berwarna biru dan ada perkataan 'Rooney' ke apa entah.

Saat ini terasa mahu pulang ke rumah dan bermain bola dengan Arep. Errr~~~

>>>Aku bukanlah seorang yang meminati dunia sukan. Tapi aku tidak membenci dunia sukan.
>>>Semalam Malaysia lawan Thailand dapat 2-1. Tahniah. Ada perlawanan lagi kan? Good luck for team Malaysia! 

v(^_^)v