Monday, April 30, 2012

Gambar Berbicara!

Assalamualaikum wbt. Salam penuh kesibukkan. Argh! *JeritKuatKuat!Eh,RilexLa*


See! Naik pusing dan berpinar-pinar butir mata menghadap assignment ni semua. Aku mula terpikir, beruntungnyalah orang2 yang Allah beri ilham kecerdikan. Mesti senang nak buat semua tu. Aku? Allahu Rabbi! Allahuakhbar!

Siapa yang tak nak kan? Tapi tak sampai2 pulak cik ilham ni.

 اللهم آلهمني رشدي وآعذني من شر نفسي

Mak aku ajar baca doa ni. Jadi kene amalkan. Aku perlu yakin dan percaya Allah akan bagi ilham kat aku. Aku perlu sabar walau pun lambat. Kan?


Okay. Semoga ilham itu datang. Oh, ilham yang dimaksudkan bukan seorang yang bernama ilham!


Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v

Nothing To Say But I'm Still Want To Say...

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera. Salam 1001 malam berganti siang, siang berganti malam. (eh, tetiba).

Pergh! Tajuk omputeh kau! Geli geleman rasanya. Err..

Ekceli, nothing to stori mori. Banyak lagi kerja tak settle. Nak tunggu esok kene submit baru nak terkocoh-kocoh. Haish, yan yan!

Banyak dah jadi sejak dua tiga empat lima enam (kira sampai infiniti) menjak ni. Banyak juga hikmah yang saya dapat. Nak cerita satu2 macam boring pulak. Biarlah saya saja yang menyimpan cerita ini.

Walaupun tiada cerita, namun saya tetap mahu menaip entri. Entri yang kosong. Tiada isi manfaat. Maafkan saya.

Saya tahu setiap orang mengalami pengalaman dah hari-hari yang berbeza. Saya begini, kau begitu. Saya di sini, kau di sana. 

Saya bercerita di sini kerana saya mahu berkongsikan hikmah yang saya dapat. Kerana hikmah2 itulah yang menjadikan saya adalah saya kini. Ah, apa yang sudah saya mengarut!

Ah, abaikan saja saya. Sememangnya saya ini insan yang serba serbi kurang. Lihat saja entri2 yang saya hasilkan, mutu kualiti dan hasil yang entah apa2. Okay, saya berundur diri dulu!

Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v


entri hampasgas!!!

Saturday, April 21, 2012

Jangan Sesekali Lupa

Assalamualaikum wbt. Salam penuh pengharapan pada Ilahi. *macam biasa, senyum dulu*

Jangan sesekali lupa Allah. Setiap saat, detik dan ketika ingatlah Allah. Dalam kesibukkan juga harus ingat Allah, takut2 dalam sibuk2 itu pulak saatnya ajal menjemput. MasyaAllah! Allahuakhbar!

Tiada siapa tahu bila saat ajal menjemput. Bersedialah seolah2 saat ini peluang terakhir  untuk beribadat.
(sumber gambar pesbuk Islam Itu Indah)

Oh, ini adalah peringatan kepada saya yang sejak dua menjak ini banyak menghadapai kekusutan rambut dan jiwa. Mungkin kerana sehari satu atau dua kali saja menyikat rambut. Ah, abaikan. Tiada kaitan!

Okaylah, itu saja. Sangat pendek bukan. Saya lagi sedang serabut memikirkan tugasan yang perlu diselesaikan. Tiada cerita kali ini. Lain kali inshaAllah.

Sekali lagi, walau sesibuk mana pun kita jangan sesekali lupa Allah. Solat tetap solat (err, kecuali sebab tertentu). Mati juga tetap mati bila tiba waktunya. Sementara saya diberi kesempatan ini, saya memohon seinfiniti kemaafan. 

Bittaufiq wannajah wassalamualaikum
v(^_^)v

Wednesday, April 18, 2012

Gelang Si Paku Gelang, Pulang Mari Lah Pulang

Assalamualaikum wbt. Salam penuh kehormatan dari saya yang serba hina dina ini. *Jangan lupa senyum*

Eh, betul ke tak lagu gelang si paku gelang macam tu. I'm sori kalau salah. Kapasiti ingatan saya berkenaan lagu itu amat kurang. 

Saya nak cakap hari tu saya pulang ke rumah. So, tak tau nak letak tajuk apa, lantas dalam benak fikiran saya terlintas lagu ini.

Saya pulang lewat. Kerana apa? Susah untuk saya terangkan. Namun, hati meronta-ronta mahu pulang dengan segera mungkin. Ah, hanya Allah saja yang tahu hati saya tika dan saat itu.

Masih ingat peristiwa Gempa Aceh hari tu? Haa, masa itulah saya bergegas mahu pulang. Dalam kepala sudah di set mahu pulang, pulang dan pulang ke teratak indah di kampung. Siapa yang tahu gegaran itu tempias di kawasan utara Malaysia ini. Allah jua yang Maha Mengetahui.

Bolehkah saya pulang? Ya, boleh. Pada awalnya saya mahu pulang di sebelah petang. Namun, Allah telah gerakkan hati saya untuk pulang di sebelah pagi. Sebelum kejadian gegaran tersebut berlaku. Alhamdulillah Alhamdulillah. Allah sayang saya.

Kebetulan pula saya mahu menaiki feri. Mungkin ada yang tidak suka menaiki feri, tetapi saya suka. Allah juga telah mendatangkan beberapa insan yang dipilihnya untuk saya berborak-borak di atas feri tersebut. Siapa insan terpilih itu?

Mereka adalah dari Thailand, tidak pandai berbahasa Melayu. Jadi bagaimana saya berkomunikasi dengan mereka? Oh, bahasa yang saya tidak suka, Inggeris! Pada mulanya, ada seorang wanita lebih kurang berusia seperti ibu saya melemparkan senyuman manis kepada saya lalu saya membalasnya. Kemudian dia menegur saya. Maka bermulalah perkenalan kami. Sepanjang perjalanan mereka dan saya di atas feri kami berborak2. Namun, setelah sampai di jeti Butterworth perbualan kami terencat kerana mereka menghala ke laluan kereta api, saya pula mahu ke laluan bus. 

Sesampainya saya di terminal bus tersebut, saya terus mencari2 tiket bus ke KL. Serabut dan sesak mata penglihatan saya dengan keadaan yang ramai orang itu. Saya berdoa dalam hati agar Allah permudahkan urusan saya yang mahu pulang ke rumah ini. Dan Alhamdulillah saya dapat tiket terus ke KL. Maksud saya tidak singgah di Ipoh dulu kerena ada bus yang singgah di Ipoh.

Tetapi saya terpaksa ditukarkan ke bus yang lain bila tiba di perhentian tol mana entah. Oh, tidak mengapa, asal saja saya boleh pulang ke rumah. Sehinggalah saya sampai ke Pudu di KL.

Subhanallah! Di KL, saya terpinga2 kerana keadaan yang sudah berubah. Oh, dimana dia LRT terdekat. Saya berhenti dan memandang sekeliling. Err, saya perlu berhati2 dengan keadaan sekeliling yang seolah2 memandang saya juga. Bukan saya perasan, tetapi pemandu2 teksi itu seperti mahu aim saya menjadi penumpangnya. Cepat2 saya menuju ke arah laluan ke LRT setelah mata saya menangkap laluan ke sana. Dan sebolehnya saya mengelak dari di tegur oleh mana2 pemandu teksi itu.

Saya seorang diri dengan pengetahuan yang serba cetek tentang ilmu2 LRT. Jadi saya call kakak saya yang sudah mahir selok belok di LRT (Maklum saja kerana beliau tiap2 minggu pulang dari KL ke Muar). Saya tidak faham sebenarnya apa yang kakak saya terangkan, namun Alhamdulillah Allah buka kefahamanan saya untuk memahaminya dengan melihat signboard2 yang ada. Di dalam LRT pula, saya diberi duduk kerana membawa beg yang besar. Oh, semoga Allah merahmati saudari yang memberi saya duduk itu. Sebenarnya kalau saya berdiri pun tidak mengapa. Beg saya tidak berat pun.

Sesampainya di TBS, saya tersilap laluan. MasyaAllah. Padahal sudah berkali2 saya sudah melalui TBS. Patut saya berasa pelik sebab laluan yang saya lalu itu tidak sama dengan laluan sebelum ini. Lantas saya bertanya entah kepada siapa, tapi sepertinya saudari itu orang KL. Alhamdulillah saudari itu menunjukkan arah yang benar. Semoga saudari itu juga sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah.

Di TBS saya mendapatkan Tiket ke Muar. Kakak saya cakap, boleh juga terus ke Tangkak. Dekat dengan kawasan saya, tetapi bus ke Tangkak sudah penuh. Maka ke Muar pun tidak mengapa asal saja saya dapat pulang. Mulanya saya setia mahu memilih bus Mayang Sari, tetapi sudah penuh juga. Ah, saya sudah risau. Namun, Allah sayang saya. Ada satu bus ini masih ada kekosongan. Alhamdulillah. Saya memilih seat depan sekali kerana saya mahu turun sebelum sampai di stesen bus Muar iaitu di Pekan Sungai Mati.

Sebelum naik bus lagi saya sudah beritahu pemandu bus bahawa saya  mahu turun di destinasi yang saya nyatakan tadi. Pemandu bus juga kelihatan sangat sporting. Sepanjang perjalanan tidak sunyi dengan suara2 pemandu bus tersebut. Jadi, kegirangan pulang kerumah itu semakin terubat.

Akhirnya, setelah menempuh perjalanan yang panjang saya sampai ke rumah dengan keadaan yang selamat dan gembira.

Bagaimana perjalanan pulang saya ke Penang? Oh, itu akan saya ceritakan di entri akan datang. Namun, minggu ini saya perlu menyiapkan beberapa assignment. Mungkin akan tergendala sesi update blognya. InsyaAllah kalau saya masih ingat akan saya kongsikan. kerana banyak hikmah yang saya dapat dalam perjalanan pulang saya kali ini.

Harap maaf kiranya kalian tidak suka cerita saya kali ini. Saya memang tidak pandai menulis mahupun bercerita. Maaf sekali lagi.

Saya harap walau apapun yang kita lakukan, Allah sentiasa bersama kita. Dan itulah yang saya rasa sepanjang perjalanan pulang saya kali ini walaupun saya seorang diri menempuh perjalanan yang jauh dan panjang. Mak saya selalu cakap "pandai2 la kau nak hidup". Dan apabila berseorangan, masa inilah kita perlu gunakan otak waras untuk membuat keputusan. Adakah bergini bagus? Atau begitu? Saya terpaksa memikir seorang diri kerana tiada sesiapa dan saat itu juga saya bertawakal kepada Allah.

Okaylah, saya mahu meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar pula. Semoga setiap apa yang menimpa kita, kita dapat mencari hikmahnya. Wallahualam.

Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v

sopan tak bahasa saya kali ini. hikhikhik...

Wednesday, April 11, 2012

Hati Keruh Aku Terpengaruh

Assalamualaikum wbt. Salam penuh rahmat dari Ilahi, insya-Allah.

Hati adalah organ yang kedua paling besar dalam anggota badan manusia selepas kulit. Hati juga merupakan organ yang penting dalam proses metabolisma. Jadi secara saintifiknya kita perlu menjaga hati supaya kondisi tubuh badan kita dalam keadaan yang sihat waafiat.

Begitu juga dalam Islam. hati perlu dijaga. Sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

"...Ketahuilah bahawa setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati"

Sukar bagi seorang manusia menilai hati2 manusia yang lain. Malah mahu menilai hati sendiri juga kadangkala keliru, adakah hati aku begini, adakah begitu. Biar saja Sang Pencipta hati menilai. Kita lakukan saja apa yang Sang Pencipta suka. Bukankah apabila kita melakukan apa yang Allah suka, kita dapat mensucikan hati. Tetapi bila kita melakukan perkara yang Allah benci, hati akan menjadi kotor. Akan menjadi keruh.

Kadangkala, kita termelakukan perkara yang Allah tidak suka, perkara yang Allah benci. Oh, mudahnya kita terpengaruh dengan hasutan syaitan. Maka, bertaubatlah dengan sebenar2 taubat. Menyesali kesalahan itu, dan berazam tidak melakukannya lagi.

Beristighfarlah. Beristighfarlah dengan penuh tawadu'. Moga2 dengan itu, segala dosa kita akan terhapus. Bukankah Allah Maha Pengampun. Kita berusaha saja menjaga hati. Berusaha saja menuju syurga Ilahi.

Ya, dalam usaha itu pasti akan datang cubaan dan dugaan. Seperti dalam firman Allah dalam surah Al-'Ankabut ayat ke-2:

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan menyatakan, "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?"

Percayalah setiap ujian itu adalah untuk meningkatkan lagi keimanan kita. Maka, jangan berputus asa dalam usaha kita.

Sumber gambar: facebook sapa entah. Lupa. Hee~~ ^^


Persoalannya, bagaimana kita mahu menjaga hati? Oh, itu kau perlu tanya yang lebih pakar. Aku juga lagi sedang belajar untuk menjaga hati. Menjaga dari dicemari oleh perkara2 yang Allah tidak suka. Apa yang Allah tidak suka itu kita perlu tahu. Bagaimana mahu tahu? Itu kau dan aku perlu sama2 cari. Kerana itu juga, kita perlu sentiasa mendekatkan diri dengan orang2 beragama, dengan orang2 berilmu. Agar apabila kita tersilap dalam langkah kehidupan ini, mereka dapat menegur.

Bagi menjaga hati juga, kita perlu selalu menyibukkan diri dengan perkara yang Allah suka. Apa-apa perkara yang Allah suka itu adalah ibadat. Apabila dikira ibadat, insya-Allah diberi pahala.

Akhir peringatan dari aku yang sering terlupa, jagalah hati. Jagalah hati supaya sentiasa bersih dan suci. Apabila hati kotor dan keruh, kita akan mudah terpengaruh dengan anasir2 jahat. Awas! Maafkan aku kiranya bait kata2 aku kali ini tidak menyenangkan hati kalian. Sungguh, ini adalah peringatan kepada diri aku yang selalu mudah terpengaruh dengan perkara lagha. Mungkin kerana hati aku tidak bersih. Astaghfirullah al'azim. Sama2 kita bersihkan hati.

Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.

v(^_^)v






Tuesday, April 10, 2012

Mahasiswa UTM melawat USM

Assalamualaikum wbt. Salam kasih sayang hanya kerana Sang Maha Penyayang, *Senyum*

Ingat sebelum balik ni nak setelkan sikit tugasan2 yang kene hantar naik mid sem ni, insya-Allah. Ingat sabtu ahad minggu lepas boleh dikosongkan dengan aktiviti2 privasi aku sendiri seperti tidur. errrr~~ Tapi seperti biasa perancangan Allah jua yang terbaik bagi aku, alhamdulillah.

Sabtu lepas 7 April, student fakulti pendidikan UTM datang USM. Aku pun sibuk2 nak join sambut kedatangan mereka tu. Boleh je aku tak nak join. Tapi memandangkan ramai dah balik kampung, aku rasa mesti tak ramai boleh tolong2 sambut student UTM nanti, kesian pulak.

Jadi, secara suka dan rela aku menawarkan diri menghulurkan bantuan apa yang patut. Bersama-sama lagi beberapa orang mahasiswa education studies USM.

Ekceli, aku geram dengan YDP persatuan aku ni. Bukan apa, dia sepatutnya bagitau kat anak2 buah dia apa yang patut. Kadang2 kitorang bukan tau apa2 pun. Kitorang ingat macam ni, tapi tau2 macam tu. Kesian kawan2 aku, err, kesian kat aku jugak. Kenapa? Ah, tak payah tau lah. Kegeraman aku sudah reda. Aku paham dia banyak nak pikir. Dia sibuk uruskan itu ini. Jadi mungkin kami ni terabai. Tidak diendahkan. Geram kejap je.

Lepas makan pagi, kumpul kat bilik mesyuarat kat pusat pengajian. Berkongsi2 dan bertukar2 ilmu pasal USM dan UTM. Macam2 jugak aku dapat pasal UTM ni. Mostly student education UTM ni dalam bidang sains teknikal macam matematik, kimia, semua. Ada juga TESL. Kampus diorang pun nampak besar kalau nak compare dengan USM induk ni. 

Lepas berkongsi mongsi semua, pihak UTM buat satu aktiviti. Ekceli, aktiviti tu aku dah tau sebab dulu masa Pimpin Siswa aku dah main game tu. Cuma kali ni dia guna nama2 yang dah ditetapkan. Game apa? Tak tau nama spesifiknya. Tapi ada satu kain ni dijadikan hijap untuk dua kumpulan. Kita kene ingat nama2 kumpulan lawan. Dalam game kali ni, kumpulan aku kene guna nama2 bunga dan kumpulan lawan kene guna nama2 buah.

Pastu dua2 kumpulan kene teka. Sebelum tu kain tu djadikan penghadang untuk pihak lawan tak tau sapa yang berdiri. Lepas penghadang tu dijatuhkan, kumpulan mana yang dapat teka dulu dengan betul dia yang menang. Ah, tak tau la aku nak terangkan secara teori ni. Kene demo baru kau orang senang paham. (gambar tak sempat nak ambik dari kamera kawan aku. ada aksi excited masa main game ni)

Lepas tu, sebelum diorang balik bilik masing2, sesi bergambar pulak. Aku dan 3 lagi kawan aku tak menjoinkan diri bergambar sebab nak kemas2 kawasan tempat makan tadi. Bukan nak tunjuk rajin lah. Errr.

Petang tu, dalam pukul 3 kot pegi bawa diorang jalan2 USM. Memula bawa pegi librari, pastu jalan kaki pegi Muzium. Pastu jalan kaki keliling USM. Errr, tak de la keliling semua kawasan USM, jenuh la. Kat kawasan yang menarik je la. Then, tetiba hujan turun membasahi bumi USM. Terpaksalah berteduh sekejap. Agak2 hujan reda sikit, kami teruskan perjalananan kaki kami. Pegi lalu tasik biawak yang femes kat sini. Ngee~~

Then, malam tu aku tak joinkan diri bawa diorang makan kat mana entah. Tapi bukan kat USM. Area2 Quesbay kot. Esoknya pun aku tak join bawak diorang jalan2 pegi Bukit Bendera. Bukan tak nak join, tapi keadaan tidak mengizinkan. Jadi tak dapat lah nak berkenal-kenalan lebih dengan diorang.

Masa petang tu just dapat kenal sorang dua je yang kos matematik. Ada jugak aku tanya sorang budak TESL ni, tapi nampak macam kerek je. Terus terencat nak borak2 dengan dia. Nasib tak semua yang kerek2 macam tu. Budak kos matematik tu okay je. Peramah. Tapi mungkin budak tu tak kerek, cuma malu kot. Aku pun pemalu juga bila dengan orang yang tak kenal. Haaa, budak tu pun macam aku kot. 

Ekceli, aku teringin jugak nak jalan2 uniberciti lain. Tapi taknak la buat rombongan ramai2. Mungkin (mungkin jelah) aku nak melawat kawan2 aku kat unibersiti then suruh dia bawa aku round uniberciti dia. Yang aku pernah pegi kat UTEM je lah. Tu pun sebab kakak aku belajar sana. Insya-Allah kalau diizinkan Allah boleh lawat unibersiti lain.

Bila ada orang datang kat USM ni, baru aku rasa betapa beruntungnya aku dapat USM. Baru aku kenal USM dengan lebih dekat. Kadang2 aku rasa warga USM sendiri tak mahir selok belok USM ni. Ya, aku la tu. Hikhik. Kau tau ke kat USM ni dulu markas British. Kat USM ni ada kubu British. Kat USM ni dulu kawasan perkuburan. Errrr. Tu apa yang lecturer aku cakap la. Wallahualam.

Yang orang tahu USM ni universiti dalam taman. Unibersiti Apex. Tapi sejarah USM, apa yang ada dalam USM tu sendiri, kau tau? Err, aku pun kadang2 tak tau. Heee~~

Aku berundur dulu dalam kencah pembebelan kali ni. Banyak dah ni aku membebelan. Bosan dah kau orang kan.

Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v

Sunday, April 8, 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012

Assalamualaikum. Berjumpa lagi untuk entri ke-dua hari ni. ^^

Just nak hebahkan pasal Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012.

Sila klik sini untuk informasi lebih lanjut. Klik tau. Klik banyak kali lagi okay.

  
Pesta pesta pesta!!! ^^

Teringin nak pegi sebenarnya. Insya-Allah, jika diizinkan Allah. Nak cari buku2 untuk santapan minda. 

Okay, jangan lupa klik. Terima kasih.

Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v

Sambungan Entri Lepas

Assalamualaikum wbt. Salam hujung minggu yang indah.

Tak tau sebenarnya nak crite macamana. Terlalu banyak kalau mahu diceritakan. Dan penceritaan yang aku ceritakan mungkin akan mengundang kebosanan kepada kau orang.

30 Mac lepas, aku bertolak dari USM ke Lumut dalam pukul 8 pagi. Sampai kat Lumut tak ingat pukul brapa. Tapi masa tu dah tengahari. Naik feri, then sampailah ke Pulau Pangkor. Nak tau Pulau Pangkor cuba klik sini. Aku pun tengah cari sedikit maklumat pasal Pangkor untuk dijadikan rujukan laporan dan esei untuk tugasan aku.

Ekceli ni waktu dah balik. Baru sempat berposing. Eh, selendang diterbangi angin laut. Ngee~~

Apa kau ingat aku pegi sana suka2. Balik dari sana kene buat laporan segala bagai.

Sampai kat resort, terus lecturer aku bagi tugasan. Sudah aku bagitau apa yang aku kene buat di entri lepas. So, petang tu lepas letak barang, solat dan persiapan diri semua terus pegi cari responden. Sorang kene ambil lima responden. Aku ber'partner' dengan kawan aku. Errr, kawan aku tu perempuan okay. Mula la tu nak gosip2. Errr. So, aku dan dia cari 10 responden. Ekceli satu kumpulan empat orang. Malam tu baru kita orang satu kan hasil soal selidiknya.

Ekceli, masa mula2 nak cari responden aku malu nak tegur foreigner2 ni. Tak geti nak speking. Tapi dah kene jugak buat, terpaksalah tebalkan muka. Dengan melemparkan penampar, eh tak. Dengan melemparkan senyuman penuh kesopanan dan kesusilaan, aku menahan mana2 foreigner yang ada depan mata. Suruh jawap question air. Sambil2 dia jawap tu tanya2 sikit macamana nak jadikan Pangkor ni destinasi pelancongan. Ada juga yang aku tak paham apa diorang cakap sebab slaga diorang ni pelik bagi aku.

Dah nak dekat maghrib habes dah keje. Senang kan. Tapi kene buat laporan pulak. Nasib malam tu key-in sikit2 maklumat nak masuk dalam laporan nanti.

Esoknya, memandangkan keje dah siap, maksud aku cari responden dah siap. Aku ikut kawan2 aku yang kene question air untuk resort. Tetiba hujan turun dengan lebatnya. Ah, baru nak berfoya2 dan mencuci mata melihat panorama di tepi pantai. Sampai tengahari pulak tu hujan. Lepas makan tengahari baru lah boleh berjalan-jalan di tepian pantai.

Petang tu kawan2 semua pegi aktiviti air. Aku dengan sorang lagi kawan aku ni je yang tak menjoinkan diri. Kawan aku tu ekceli lemah semangat sikit dengan aktiviti air. Aku? Errr, aku tak suka sangat main2 air ni. Lagi2 kawasan terbuka kat pantai ni. Tak selesa. Rasa macam baju tu melekat kat badan. Errrr...

Aku dan kawan aku ni je yang tak menjoinkan diri dengan aktiviti berair. Ngee~~

Tapi seronok tengok diorang main air kat pantai. Rasa nak main jugak sebenarnya. Tapi sebab aku memang tak selesa dengan keadaan macam tu. So, terpaksalah membatalkan niat nak main tu. Lagi2 tengok dan dengar pengalaman diorang main banana boat. Pergh, syiok dengar. Masa diorang naik boat, snorkeling semua, aku dengan kawan aku yang tak menjoinkan diri ni pegi shoping moping kat kedai2. Pergh, dekat rm100 jugak habes. Beli ole2 untuk yang tersayang.

Lepas beli belah semua, sempat lagi aku pegi tegur seorang warga Sudan ni. Masa tu, dia tengah duduk tepi pantai tu dengan anak dia dua orang dengan jubah dan tudung labuh serba hitam. Lama jugak aku chat2 dengan dia. Dia tak tau bahasa inggeris. Jadi macam ayam dan itik bercakap. Aku selit2 sikit perkataan bahasa arab. Sebab dia tau bahasa arab je. Suami dia doktor, jadi aku ingat nak tunggu suami dia. Tapi suami dia tak naik2 ke daratan pulak. Dah nak maghrib kami sama2 mengundur diri. Dan terkejut jugak aku bila wanita Sudan tu cakap "Jumpa lagi".

Ekceli, takda la dia tak tau bahasa inggeris 100%. Paham sikit2 jugak macam aku. Cuba susah sikit la nak sampai apa yang nak disampaikan tu. Dia cakap dia stayed dengan Ibu. So, aku rasa dia duduk dengan orang tempatan yang berbangsa Melayu. jadi mesti boleh berbahasa Melayu sikit. Anak dia comel2, sorang tu 3 ke 4 tahun macam tu. Lagi sorang tu baru 7 bulan. Tak sempat nak bergambar sebab leka berbual2.

Sebelum tu, masa hari jumaat, ada juga aku cari responden warga Iran. Lelaki. Belajar kat UTP. Tengok dia sorang2 je. Tapi tak cakap banyak sebab aku rasa malu pulak nak borak2 dengan dia. Ada tu dari French ke mana entah. Suami isteri. Masa diorang jawap question tu, diorang nak tulis 'beach'. Tapi isteri dia tak tau eja. Sebelum tu, diorang dah cakap lisan dah yang diorang interesting dengan beach. Tapi tak tau eja. Si suami nampak macam ego sikit tak nak tanya. Aku tengok aje dia eja macam mana, errrr, salah dia eja.

Ada tu, satu famili dari Austria. Tiga orang. Yang ni nampak friendly. Banyak juga borak2. Tanya apa pandangan dorang pasal Pangkor ni, apa yang boleh di baik pulih, apa yang diorang suka. Macam2 lah pertanyaan yang timbul. Yela, orang dah ramah dengan kita, jadi kita pun terjadi peramah nak tanya itu ini..

Selain pengalaman2 berinteraksi dengan foreigner, yang aku suka kat Pangkor kali ni adalah makanan yang disediakan. Pandai betul lecturer aku dan dua lagi pembantu beliau ni cari tempat makan. Gambar2 telah aku postkan di facebook, boleh klik sini kalau nak tengok makanan2 yang lazat.

Okaylah, kemalasan aku dah datang. Malas nak cerita lebih2.

Ni semua classmate aku yang ambik minor geografi. Ada lagi sorang tak masuk dalam gambar.
Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v

p/s: gambar2 foreigner tidak boleh ditunjukkan kerana mahu dijadikan lampiran untuk laporan.

Saturday, April 7, 2012

Kita Merancang, Allah Juga Merancang. Namun, Sebaik-baik Perancangan Adalah Rancangan Allah.

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera keatas kamu semua. *Senyum lebar*

Dah hampir seminggu memori daun pisang pergi Pulau Pangkor berlalu. Yang pada awalnya perasaan yang sangat amat kecewa sebab tak dapat pegi Langkawi, namun Allah telah beri yang terbaik untuk aku. Alhamdulillah. 

Segala rancangan telah diatur. Namun, jangan kecewa jika perancangan yang kau buat itu tidak dapat dilaksanakan. Kerana engkau perlu ingat ada Perancang yang Maha Berkuasa. Ya, itu yang aku pegang. Walau perasaan kecewa menerjah jiwa tika aku dikhabarkan tidak dapat pegi Langkawi.

Aku sudah dua kali pergi Pangkor. Pertama dengan ayah aku tika aku sekolah rendah, tak ingat tahun brapa. Kedua, dengan rombongan sekolah mak cik aku tika aku di tingkatan dua. Dan ini sudah kali ketiga. Jadi, jika diberi pilihan untuk ke Pangkor atau Langkawi, sudah semestinya aku memilih Langkawi. Kerana aku tidak pernah menjejak kaki ke Langkawi.

Selamat datang. Keadaan pun sudah upgrade. Tak sama macam dulu. Sekarang lagi menarik. ^^

Ah, itu masalah yang tidak perlu di besar2kan. Alhamdulillah, segala urusan di Pangkor berjalan lancar. Oh, sebelum itu biar aku beritahu kenapa aku perlu ke Pangkor. Sebenarnya, aku dan kawan2 sekelas aku yang mengambil salah satu paper geografi perlu membuat kajian lapangan di tiga tempat: Hutan Lipur, Pulau Pangkor dan Langkawi. 

Pada asalnya, aku mahu memilih Hutan Lipur saja kerana kos yang perlu dikeluarkan sedikit berbanding Pangkor dan Langkawi. Tetapi memandangkan sudah penuh, aku dan seorang lagi sahabat terpaksa mengisi di ruang Langkawi kerana Hutan Lipur dan Pangkor sudah penuh. Ya, aku gembira sebenarnya mendapat peluang pergi ke Langkawi walaupun perbelanjaan yang diperlukan lebih banyak.

Sudah tahu aku ke Langkawi aku memberitahu Mak. Dan tersebar luaslah ke seluruh keluarga aku yang aku akan ke Langkawi. Maka mereka pun merancang menyuruh aku membeli coklat segala bagai di sana nanti. Aku juga telah menolak tawaran sahabat2 aku yang pergi ke Langkawi untuk bersiar-siar sebelum ini.

Aku tidak boleh menyalahkan keadaan. Jika aku menyalahkan keadaan yang tidak mengizinkan aku ke sana itu bererti aku menyalahkan Sang Perancang Alam. Nauzubillah.  Tidak perlu juga aku beritahu mengapa aku tidak jadi pergi Langkawi. Ini semua sudah takdir yang perlu aku hadapi dengan lapang hati. Aku perlu berlapang hati dengan ketentuan ini. InsyaAllah.

Kau tidak tahu betapa aku perlu menahan hati mendengar kata2 kawan2 yang menyatakan aku rugi menolak pelawaan mereka dulu. Sedikit pun aku tidak terkilan menolak pelawaan mereka. Sedikitpun tidak berasa rugi menolak pelawaan mereka. Kerana aku percaya dan yakin, semua yang sudah dan telah berlaku ada hikmahnya. Maka, mengapa perlu berasa rugi, mengapa perlu berasa terkilan. Yang sudah berlaku, ya sudah.

Alhamdulillah, keluarga memahami. Insya-Allah jika diberi peluang, aku mahu membawa keluarga pergi bercuti di Langkawi atau tempat2 lain yang menarik.

Aku berasa sangat gembira dan berbesar hati sepanjang berada di Pangkor. Di tambah lagi aku diberi tugasan untuk interview foreigner. Kerana apa aku suka foreigner? Aku pun tidak tahu. Mungkin kerana aku suka. Wallahualam.

Sebenarnya, di Pangkor kami diberi tugasan untuk membuat soal selidik dan interview. Ada yang ke resort2, ada yang perlu buat untuk penduduk, dan ada juga pelancong asing. Kumpulan aku dapat pelancong asing.

Ahli kumpulan aku. Kami tengah key-in data hasil soal selidik foreigner. 

Kerjanya mudah, hanya perlu menyuruh pelancong asing itu membuat soal selidik. Dan sambil2 tu aku dan sahabat aku meng'interview' pelancong itu sikit. Macam2 juga aku tanya sampai tergeliat lidah ni speking. Sebenarnya, walaupun foreigner tapi ada di antara foreigner tu tidak paham bahasa Inggeris. Slaga Inggeris mereka pun tak berapa jelas. Macam orang jawa macam aku ni juga. Hee~~

Mungkin aku akan buat satu lagi entri pasal ni. Entri ini aku mahu kau semua tahu bahawa Allah Maha Berkuasa merancang sesuatu. Perancangan Allah adalah terbaik. Sehebat mana kita merancang, Allah lagi hebat. Tiada siapa boleh lawan.

Jangan kecewa. Jadikan kekecewaan yang menerjah jiwa pendorong dan motivasi diri untuk lebih berlapang hati. Bukankah kita disarankan untuk berlapang hati. Masa inilah aku perlu mengaplikasi supaya berfikiran positif. Bukan cakap saja, tapi lakukan. Ya, aku usir jauh2 fikiran yang negatif tika dapat berita ini. Semua bermula dengan niat. Berniatlah kerana Allah, InsyaAllah semuanya baik2 saja.

Aku berundur dulu. Banyak yang aku dapat sebelum pergi ke Pangkor. Semuanya hanya Allah saja yang tahu. Selalulah pujuk diri dengan menyatakan bahawa Allah sayang kita. Ya, benar. Allah sayang hamba2-Nya. Percayalah!

Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v

Wednesday, April 4, 2012

Tag Dari Akak Aku, Ajieati!

Assalamualaikum wbt.

Tak sempat nak bebel2 pasal pegi pangkor hari tu. Nanti2 lah. Yang syok nye dapat makan sedap2 and interbiu foreigner. Ah, nanti la aku bebel panjang lebar. Ni aku nak jawab tag kakak gendut aku (Entah benda alah apa entah benda ni. Errrrr~~)

Menurut entri akak aku, kene letak syarat2nye (Jap aku kopipes, senang. Ngeee~~)


  • tak boleh tag orang yg sama
  • harus meletakkan syarat-syarat ini di entry 
  • pastikan mereka semua tahu mereka suda d'tag ;)
  • ceritakan 11 perkara tentang diri anda sendiri bkn org lain ok..
  • jawab semua soalan yang diberi oleh manusia yang tag anda itu dan selepas itu anda pula kena mencipta 11 soalan lain untuk org lain yg anda ingin tag..ada paham, kalau xpaham buat-buat paham aje la k...hehe

So, terus kepada jawapan 11 perkara tentang diri anda


  1. Anak kedua dalam adik beradik, paling mengada-ngada dalam adik-beradik, masa kecik-kecik paling kuat menangis dalam keluarga, (eh, ni kira satu kan..)
  2. Pemalu dan pendiam bila dengan orang yang tak nak kawan dengan aku. (Errr, tula korang tak mau kawan aku)
  3. Akan jadi lebih agresif bila sudah bertemu dengan orang2 yang mahu berkawan dengan aku. Ngeee~~
  4. Makan apa saja jenis makanan yang halal menurut syarak. Lagi2 makanan yang orang bagi. Weee~~
  5. Jarang dan sentiasa jauh bersama keluarga sejak dari sekolah menengah hingga sekarang. Sedih tahu! (Antara punca aku selalu pikir nak keje dekat dengan keluarga nanti)
  6. Suka buli budak2 terutama kazen2 aku yang masih kecik. Suka buli budak yang tak mahu layan aku. (Siap la budak2 yang aku ushar2 pastu jual mahal. Aku nak buli kau budak!!! Hahahahhahaha~)
  7. Suka membebel. Tak kira la takda orang nak dengar pun, tetap akan membebel juga walaupun seorang diri. (Jangan cakap aku giler cakap sorang2, itu hobi aku!)
  8. Akan menjadi sayu bila dengar tentang keibubapaan secara automatik. Tapi perasaan sayu itu akan di cover jika berdepan dengan orang ramai. Hikhikhik~~~
  9. Mudah dan senang paham bila subjek Matematik di ajar dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Orang kata ajar sekali dah cukup. Tapi tu dulu masa sekolah. Sekarang? Tak tau sebab dah tinggal subjek Matematik. 
  10. Susah paham bila belajar subjek Bahasa Inggeris walaupun dari tadika hingga keperingkat uniberciti ni. Tapi tak nak putus asa blaja English.
  11. Lastly (Huh, dah omputih dah ni), aku suka melihat panorama alam semesta. Eh, nak buat ke-12 boleh, aku adalah seorang yang pemalas. Kau tengok sendiri kat blog ni, aku malas nak update. Muahahaha~~

Okay, dah selesai. Nak jawap soalan yang akak aku kasik pulak.

1. makanan yang paling sedap penah makan?
Banyak sangat makanan yang sedap dah ditelan. Tapi tetap nak cari sup ayam yang mak masak. Slurpppp, sedap hingga menjilat bontot periuk. eh...

2. sapa paling nakal dalam adik beradik?
Macam aku je. Sebab aku suka kacau ketenteramam adik beradik aku. Tak boleh nampak diaorang aman sikit. Hahahaha

3. genre yang macam mana menjadi pilihan bila tengok movie?
Ada ciri2 islamic sikit macam Ketika Cinta Bertasbih, Hafalan Shalat Delisa, Dibawah Lindungan Kaabah dan lain2. Tapi 7 Petala Cinta tak tengok lagi. Kata islamic juga, tapi..... entah lah! Suka tengok cerita Islamic sebab mengingatkan aku kat Allah, Tuhan yang patut sentiasa diingat walaupun ketika menonton pilem ataupun telibisen

4. plan nak kawin masa umo berapa?
Pergh, soalan ni paling susah! Wallahualam. Kalau boleh sekarang. Hahahahha. Okay, serius sikit. Kalau diizinkan Allah, lepas dah dapat keje. Mungkin dalam 25-26 macam tu kot. Masa tu dah boleh cuci2 mata cari calon. Kihkihkih~~


5. cita2 masa sekolah?
Masa sekolah rendah macam tak ada cita2, tapi masa form 1 dulu nak jadi usahawan sebab Pak Long ada bukak kedai macam best je tengok beliau niaga. Pastu nak jadi akuantan sebab aku memang minat kat nombor2 ni. Pastu dapat masuk aliran sains masa form 4 and 5, macam nak jadi engineer sebab dalam subjek sains: fizik, biologi and kimia, aku paling suka fizik and kimia sebab ada kira2. Masa form 6 terus minat jadi cikgu pendidikan khas. Dan alhamdulillah kos yang aku amek ni memang cita2 aku dari form 6.

6. perkara yang membosankan adalah?
Tak ada keje nak buat (Walaupun ada sebenarnya, tapi tak tau nak buat yang mana)

7. apa yang menjadi keutamaan sekarang?
Belajar jadi pendidik. Juga  belajar jadi muslimah sejati. Cewah~~

8. celik dari bangun apa yang korang buat?
Tengok jam

9. masakan apa yang paling expert dimasak?
goreng ikan, ayam, telur. 

10. suka kereta ke suka motor?model apa?
dua2 suka. jenis Honda apa entah namanya. Motor Honda Icon ke apa entah. Kereta jenis Honda apa entah namanya. Tapi nampak macam smart je jenama Honda ni. 

11. perkara yang membuatkan anda senyum sampai ke telinga adalah?
Bila ada orang buat lawak spontan.

Selesai jawap 11 soalan. Adoi, kene create 11 soalan pulak. Apa ek???

Amek soalan akak aku ni balik aci tak. Alaaa, aci la. Aku malas la. Ngee~~

1. makanan yang paling sedap penah makan?
2. sapa paling nakal dalam adik beradik?
3. genre yang macam mana menjadi pilihan bila tengok movie?
4. plan nak kawin masa umo berapa?
5. cita2 masa sekolah?
6. perkara yang membosankan adalah?
7. apa yang menjadi keutamaan sekarang?
8. celik dari bangun apa yang korang buat?
9. masakan apa yang paling expert dimasak?
10. suka kereta ke suka motor?model apa?
11. perkara yang membuatkan anda senyum sampai ke telinga adalah?

Seyesli aku tak tau nak tag sapa. Aku ni tak da kawan sangat. Maklum lah orang pendiam dan pemalu. Ahaks. Ermmm, aku nak tag kawan senegeri aku la. Jarang jumpa walaupun satu uniberciti cik farah wahida dan fariedasikicik. Jawap ye wahai saudari2 senegeri. Hee~~

Okay, aku undur diri dulu. Nanti nak crite pengalaman aku kat pangkor minggu lepas. Seronok dapat jumpa ramai orang asing. Weeeheeeee~~~ Tapi nak siapkan keje dulu, sikit lagi. Ngee~~

Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v