Monday, April 26, 2010

biarkan bayu bertiup duka..teruskan perjalanan kita....

"Langit tidak selalunya cerah, sulam malam tak berbintang, itulah lukisan alam, begitu aturan Tuhan,"

Indah lirik lagunya semerdu suara sang penyanyinya...

Kita perlu menerima bahawa suasana alam sentiasa berubah-ubah,ada kalanya ceria dan ada kalanya muram. Namun,adakah dengan berubahnya suasana alam,pendirian kita juga mesti berubah?(ertinya berubah daripada keinginan untuk mencapai matlamat kepada perasaan malas yang akan membinasakan diri sendiri)

Hari demi hari,tahun kian berlalu pergi dan umur kita pula semakin meningkat,sedangkan apabila bertambahnya peningkatan umur maka jangka hayat kita hidup di dunia yang sementara ini semakin hari semakin singkat. Entah esok,entah lusa atau mungkin dalam masa satu saat lagi kita akan dijemput oleh-Nya untuk kembali pulang. Dan tiada sesiapa pun mampu menghindarkan diri daripada kematian sebagaimana firman Allah :

"Tiap-tiap jiwa akan merasai mati dan hanya makhluk jua yang mempunyai jiwa(roh atau dalam bahasa ilmu Ushuluddin dipanggil jauhar) dan roh adalah baru dijadikan-Nya daripada tiada kepada ada,maka yang mati hanya makhluk.Allah tetap Maha Hidup Kekal."

Dalam perjalanan hidup ini, terkadang kita merasa penat dan letih ditambah pula dengan perasaan duka yang melemahkan jiwa,apatah lagi jika apa yang kita inginkan tidak dapat dicapai? Pastinya perasaan sedih dan keputus asaan akan lahir dalam jiwa.

Namun adakah apa yang kita anggap baik untuk kita itu terbaik bagi Allah? Dan mengapa Dia tidak memperkenankan keinginan dan doa yang kita rasakan terbaik untuk kita?

Sebelum persoalan di atas dijawab, ada satu lagi persoalan utama yang perlu kita jawab dahulu.

Siapa yang menjadikan kita?

Pasti jawapannya adalah Allah; Tuhan Pencipta Alam. Jika Allah yang menciptakan kita, maka Dia tahu yang mana baik dan yang mana buruk untuk kita. Oleh yang demikian terjawabnya persoalan di atas. Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang terkandung di sebaliknya kerana Allah yang menciptakan kita dan Dia tahu apa yang terbaik dan apa yang akan membinasakan hamba-Nya.

Allah berfirman:

"Mungkin kamu membenci sesuatu padahal itulah yang baik bagimu,dan mungkin kamu suka pada sesuatu padahal bahaya bagimu,dan Allah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah:216)

Selagi sang bayu masih bertiup meskipun hembusan bayunya pilu dan mendukakan, selagi matahari masih memancarkan cahayanya meskipun kadangkala cahayanya suram seketika apabila dilitupi sang awan, kita perlu terus berjalan dan terus berusaha meskipun kita diuji dengan kegagalan, musibah dan ujian yang membuatkan air mata sentiasa mengalir. Teruskan perjalanan kita, insyaAllah selagi mana kita berusaha, berdo'a dan bertawakkal kepada Allah, pasti Dia akan membantu kita.

Sabar adalah sumber kekuatan dan teman sejati kita. Sayyidina Umar Al-Khattab pernah berkata:

"Jika engkau sabar, maka hukum Allah tetap berjalan dan engkau mendapat pahala,dan apabila engkau tidak sabar, tetap berlaku ketentuan Allah sedang engkau berdosa."

Ingatlah bahawa Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan apa yang mampu ditanggung oleh hamba-Nya. Pasti setiap takdir yang kita lalui ini menunjukkan bahawa kita mampu menghadapinya.

Begitulah apa yang dihuraikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah ketika menasihati seorang lelaki suatu waktu dahulu.

Dan teruskanlah penghijrahan kita ke arah kejayaan dan kegemilangan yang diredhai-Nya, moga-moga perjalanan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lalu.

Ketika peristiwa hijrah, generasi para kekasih Allah merasai keperitan, kesengsaraan dan kelaparan. Jika mereka yang paling dikasihi Allah itu pun terpaksa bersusah payah merancang dan berkorban demi mendaulatkan Islam, maka sudah tentu kita hari ini perlu bersedia untuk berkorban jika kita benar-benar mencintai agama kita.

>>>Allah bersama2 kita walau dimana kita berada...
>>>"dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) kamu bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman"(surah ali imran ayat 139)

(^_^)v

Friday, April 23, 2010

apasal pelik rase nye??adakah...???

kisah ni dah lame dah (ada la dalam sebulan yg lepas)..just nak kongsi je..harap dapat iktibar..ni kisah benar tapi tak pelik rasenya...

*******

21/3/2010

setelah banyak dugaan+rintangan+halangan+ujian yg aku tempuh,

akhirnya selesai jugak projek 203..

malam tu memang tak tido..masalah van+ceramah jemputan...

aku tak kesah semua tu coz Allah ade berfirman bahawasanya setiap kesusahan ada kesenangan..
lagipun aku tahu Allah tak akan bebankan sesuatu yang tak mampu kita hadapi..aku sangat ingat firman-NYA tu..
(ni la sumber motivasi yang aku pegang sejak dari skola)

so,aku boleh!!(tak masal)

nak pendekkan cerite..lepas habes projek 2..

anggrn masa pukul 5.15++
lepas asar..

aku penat sangat2..then tido...

bangun2 je aku tengok jam..

hah!!! 7.35++

aku dah lewat solat...

cepat2 aku p toilet...wudhu'...

solat..: usholi farda subhi rakataini lillahitaala....

ngantuk+penat lagi..tambah2 berat kepala(terlebih tido barangkali)

sambung tido..

"tuk..tuk."

piqa datang bilik aku ajak p jalan2..
aku dengan mamai cakap "xpe lah"
then tengok jam lagi..9.00++

lepas piqa p dari bilik..

aku rase macam lain je...

nape???
why??
limaza???

la...

aku ingat dah subuh tadi..
rupa2nye magrib..
apada...

betul la kate orang tua2(ke orang2 tua)...
tak baik tido lepas asar...


******

>>> anda baca anda fikir (bak kate nabil raja lawak 'lu pikir la sendiri')...apa yang berlaku jadikan pengajaran kerana pengalaman juga adalah guru...

>>>projek ni menyedarkan saya tentang tanggungjawab..erti kerjasama..pengorbanan..setiap peristiwa yang berlaku ade hikmahnya...moga Allah berkati usaha kita...(**mahu menjadi guru yang berkarisma demi mendidik generasi akan datang menjadi lebih bermoral etc)

(^_^)v

Tuesday, April 20, 2010

iktibar dari pembacaan

"salam" sahabat lama menyampaikan salamnya melalui YM..

"ye2..lame tak dengar khabar dayah..ape crite sekarang???"aku memulakan pertanyaan dengan rase rindu kerana lame sangat tak berjumpa (tapi kami selalu ber'YM')

"yan..ade benda nak kongsi ni..nanti dayah email.."aku mendengar penuh penantian...

"macam best je bunyi..benda ape nak kongsi..aku post kat blog nanti boleh??huhu."

belom dapat lagi dah beria-ia nak post..apada aku ni..setelah mendapat email dari dayah aku terbuka hati untuk mengongsikan kepada khalayak apa yang aku dapat ni...sama2 la kita berhayatinya...(tiru ayat orang)

**************

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA............




Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik..

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

*********


statement yang last tu yang membuatkan aku rasa bertanggungjawap untuk menyampaikan benda ni kat blog aku yang tak semegah mane ni..tapi rase kalau ayat last 2 berbunyi:


siapa org yg kedekut? org yg kedekut adalah org yg membiarkan atau membuang sahaja ILMU PENGETAHUAN yang ade pada nya..malah dia tidak menyampaikan pada orang lain...


>>nak exam la yan..silalah study..apada yan ni...study2..


(^__^)v

Monday, April 19, 2010

Mimpi rekayasa Melayu...

(i) INTRO mimpi
Aduh, sukarnya jika harus memaksa mimpi. Tambahan pula jika mimpi ini mimpi ngeri. Malah menyeramkan. Sesiapapun akan menyanggah jika mimpi yang kupaksa ini kuceritakan.

Mimpi hanya mainan tidur. Aku tahu akan ungkapan klise itu. Akan tetapi mimpi ini memang kupaksa. Telah lama ini aku ingin bermimpi seperti ini. Dan akhirnya mimpi yang kupaksa ini terjadi juga. Mimpi ini menyiksakan. Terlalu menyiksakan jiwaku. Terlalu memaksa jiwa Melayuku.

Aduh! Aku tidak mahu mimpi begini sebenarnya. Terlalu berat. Bagaimanakah akan kuceritakan mimpiku nanti. Tapi, aku tidak mampu. Pagar mimpiku ampuh. Tidurku terlalu nyedar untuk bangun. Dingin dan selesa amat. Aku tidur dalam damai dan nyaman. Dan mimpiku berlangsung terus. Terus dan terus.

(ii) Latar mimpi

Latar mimpi ini tidak jauh dan tidak dekat. Sekitarku dan sekitar siapa-siapa. Sekitar orang Melayu. Sekitar aku kerana aku dan Melayu itu bersinonim. Dan silogismenya begini;

Aku bermimpi

Aku Melayu

Melayu bermimpi!

Aduhh..! Latar masa mimpiku panjang amat. Sejak zaman prasejarah, zaman kegemilangan Melayu, zaman Islam, zaman penjajahan, zaman ini, dan zaman akan datang. Melayu tidak hilang di dunia, kata Laksamana Hang Tuah. Kata orang ungkapan itu bukan kata Hang Tuah. Akan tetapi kata pengarang Hikayat Hang Tuah. Selama manapun, Melayu tetap ada, tetap wujud. Akan tetapi kewujudan itu tidak pasti. Benarkah? Atau mimpi sahaja yang berkata begitu?

Ruang lingkup mimpiku amat luas. Seluruh kepulauan Melayu dan seluruh ketamadunan Melayu. Seluruh orang Melayu, seluruh jiwa Melayu. Meliputi tanah semenanjung, kepulauan Indonesia, Mindanao, Madagascar, Sri Lanka, malah semua bumi yang pernah dikenali sebagai bumi Melayu. Sementelah orang Melayu telah memenuhi dunia Melayu ini. Semenjak 2500 sebelum masihi, telah datang orang Melayu. Kemudian datang satu gerombolan lagi, juga orang Melayu, membentuk bangsa Melayu, Banjar, Minangkabau, dan macam-macam lagi. Semuanya Melayu. Malah ada orang yang mendakwa bahawa Melayu juga pendatang seperti mereka. Jadi apa istimewanya Melayu? Melayu juga pendatang ke tanah bertuah ini, cuma Melayu datang jauh lebih awal.

Perjalanan mimpi di semua latar tempat dan masa amat pantas. Sekelip fikir. Semakin lama aku semakin pantas, meneroka setiap latar, merasai perbezaan, membuat perbandingan, menilai kewajaran, menolak dakwaan, menangkis tohmahan, menelan kebenaran, dan macam-macam lagi. Sehingga aku menjadi penat. Aduh, bangunkan aku segara dari mimpi ini. Aku penat. Aku tidak mahu bermimpi terus! Tapi mimpi ini berlarutan, berjela-jela!

(iii) Watak mimpi

Watak mimpiku satu tetapi banyak. Yang kukenal pasti ialah watak Melayu. Satu dan banyak. Satu tapi banyak. Banyak tapi satu. Banyak dan kurang. Satu dan kurang. Kurang daripada satu. Maknanya watak Melayu semakin kurang Melayunya. Jika kekurangan ini berterusan watak Melayu akan terus kurang. Kurang Melayu atau Melayu kurang. Aku cuma kaget dalam mimpi ini, apabila Melayu menjadi kurang dan kurang dan tiada lagi. Tiada!! Melayu tiada, Melayu hilang. Lupus. Jati diri Melayu lupus. Minda Melayu lupus. Bahasa Melayu lupus. Tanah Melayu...??! Aduh, jika benar semua yang Melayu miliki itu akan hilang, ke manakah arah Melayu, ke manakah arah aku kerana aku Melayu. Ya aku Melayu.

Watak-watak mimpi juga bersilih ganti. Akan tetapi semuanya watak Melayu. Adakala ada watak asing, bukan berkulit sawo matang tetapi cerah dan gelap. Gelap dan cerah. Semuanya bercampur-baur mewarna mimpi Melayuku. Yang cerah dengan mimpi cerahnya. Yang gelap dengan mimpi gelapnya. Tapi ini tetap mimpiku, mimpi Melayu.

(iv) Tema mimpi

Tema mimpiku tetap sama. Sejak dulu, kini, dan selama-lamanya. Tema Melayu. Akan tetapi aku takut untuk menghebahkan tema Melayu ini. Aku ingin mengubah Melayu. Aku ingin mengubah istilah Melayu! Aduh, aku sudah menceritakan. Maafkan aku kerana mimpi tidak tertakluk kepada akta, kepada undang-undang tubuh, kepada perlembagaan. Mimpiku memang bertemakan Melayu. Asal-usulnya Melayu itu berbagai-bagai teori yang ada. Katanya sempena Sungai Melayu di Jambi, yang airnya berlari deras dan selari pula dengan kata melayu dalam bahasa Jawa. Makna Melayu itu adalah berlari. Akan tetapi aku tidak pernah lari. Aku tetap di bumi Melayu ini. Tanah Melayu. Pantang sekali Melayu lari, walaupun jiwa mereka sudah mula lari.

“Mana Tanah Melayu?”

“Tanah Melayu telah tiada. Namanya sudah ditukar!”

“Kenapa ditukar nama Tanah Melayu itu?”

“Tanah Melayu sudah merdeka. Kemerdekaan menjadikan semuanya bebas. Tukarlah apa-apa sahaja, kerana kita semua merdeka…!! Kita semua sudah bebas! Orang merdeka dan bebas tidak memerlukan nama Melayu lagi. Sudah lebih setengah abad nama Tanah Melayu ditukar. Mana ada tanah Melayu lagi?”

Wah! Mimpiku kembali meladeni sejarah. Mengikut sejarah Tanah Melayu yang menerima kemasukan sesiapa sahaja kerana kemewahan Tanah Melayu. Datanglah! Datanglah ke Tanah Melayu. Kami orang Melayu tidak pernah ambil kisah. Datanglahh!!

Aku menangis dalam mimpi ini kerana Tanah Melayu tiada lagi. Tanah untuk orang Melayu tiada lagi. Kami bukan orang Tanah Melayu lagi. Kami sudah jadi orang Malaya! Sedap juga nama negara baharu kami. Malaya!! Ya, Malaya! Malaya pasti merdeka seperti kata Pak Afrini Adham. Merdeka!!!

Dan akhirnya Malaya memang merdeka. Tanah Melayu sudah tiada. Melayu semakin tiada. Semangatnya tiada. Kalau nama Tanah Melayu kekal, semangat Melayu sudah tentu berkobar-kobar. Orang Melayu pasti lebih sayang akan tanah mereka. Mereka tentu tidak akan menjualnya untuk mendapatkan wang, beras, pangkat, kedudukan, dan politik. Orang Melayu sudah pandai main politik, sebab itu negeri kita menjadi Malaya. Penjajahan mindakah itu? Bukan!! Inilah kemerdekaan.. Kita telah merdeka.

Akhirnya Malaya merdeka! Wahhh, seronok hidup dalam kancah kemerdekaan. Bebas! Bebas sampai ke bulu-bulunya, seperti kata sasterawan negara. Dan merdeka menjadikan Melayu terus berlari seperti arus Sungai Jambi. Ke mana arah?

Malaya sudah tidak enak lagi. Mari kita tukar nama Malaya! Mari kita tukar. Wah mimpi ini semakin menerawang jauh dan jauh. Maka suatu ketika dalam mimpi itu Malaya ditukarkan pula. Malaysia! Yehhhh..., kita ada nama baharu. Akan tetapi apakah makna Malaysia kepada orang Melayu. Bagus! Apakah makna Malaysia kepada orang atas angin? Bagus! Apakah makna Malaysia kepada orang bawah angin? Malay si a! Malay si a! Bagus! Bagus! Bagus! Semuanya bagus!

Waduh, jauh sudah destinasi mimpiku. Bermula dengan kedatangan Melayu Proto, Melayu Deutro, dan Melayu moden yang sudah hilang Melayunya. Kini aku orang Malaysia. 1 Malaysia, semuanya Malaysia. Bahasaku bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia bahasa untuk semua. Walaupun tidak semua yang tahu bercakap dalam bahasa Malaysia. Masuk kandang mahkamah kena ada jurubahasa. Tulisan jawi sudah tidak ada. Yang ada tulis berjuring tajam tercacak-cacak, berpuntal-puntal. Bukan tulisan Rencong atau huruf Ka Ga Nga warisan persuratan Melayu dahulu. Asing tetapi menguasai. Wah.. semakin gawat mimpiku ini. Gawat mimpi Melayuku ini!

“Mana bahasa Melayu?”

“Bahasa Melayu telah mati…!”

“Mana tahu mati?”

“Kerandanya telah diusung sekian lama?”

“Di mana pusaranya?”

“Di mana-mana sahaja!”

“Kamu melampau. Sekarang orang sedang mengutamakan bahasa Melayu di sekolah!"

“Tapi pemimpin kita lebih senang cakap orang putih. Artis kita sangat fasih bercakap orang putih. Mereka Melayu tetapi cakap orang putih dalam majlis Melayu. Melayu sudah putih. Atau Melayu sudah putih mata.”

Mimpiku sudah mula melalut. Bahasa mana boleh mati! Verba volen scripta manent. Maknanya bahasa pertuturan akan terbang, bahasa tulisan akan kekal. Maksudnya bahasa Melayu yang tercatat pada naskhah lama akan kekal. Masalahnya naskhah lama Melayu juga sudah hilang, dibawa orang berkulit putih dan berkulit merah dalam era penjelajahan dan penjajahan. Semuanya dibawa pergi. Yang tinggal hanya bahasa pertuturan yang akan terbang. Verba volen scripta manent.

(v) Kemuncak Mimpi

Dalam binaan plot mesti ada kemuncak mimpi. Mimpiku sudah sampai ke kemuncaknya. Bukan kemuncak mimpi berahi. Kemuncak mimpi tentang jati diri, tentang bangsa sendiri.

“Aku mahu merekayasa bangsaku! Melayu perlu direkayasa! Melayu mesti direkayasa!”

“Engkau bermimpi…?”

“Ya, aku bermimpi ingin merekayasa bangsaku!”

“Bangsa tidak boleh direkayasa! Hanya orang politik yang boleh mengubah bangsa. Mereka telah mengubah bangsa kita dengan banyaknya. Mereka telah mengubah negeri kita dengan besarnya. Nama negeri kita berubah-ubah. Nama bahasa kita berubah-ubah. Dan mereka akan terus merubah. Kita hanya melopong menelan perubahan itu. Dan jauh sekali kita akan menentang. Kita orang baik. Pantang orang Melayu menderhaka. Pantang sampai dipijak kepala.

“Aku akan mengubah nama bangsaku!”

“Kerja gila!”

“Dalam mimpi tidak ada yang waras, tidak ada yang gila!”

“Ikut suka engkaulah! Selepas terjaga nanti, mimpi kau akan hilang juga.”

“Kadang-kadang mimpi akan menjadi kenyataan.”

“Kau melalut...!”

Mimpi semakin pekat dan hitam. Awan bergumpal memenuhi langit bumi Melayu ini. Tiba-tiba hujan turun. Lebat dan menghanyutkan kelodak di muka bumi Melayu ini.

Ketika aku menggigil kesejukan dalam mimpi itu, aku disapa oleh seseorang. Riak wajahnya dia seorang berbangsa sepertiku. Bercakap sebahasa denganku. Barangkali dia itu aku. Dia Melayu. Aku Melayu. Dia ialah aku.

“Siapa Tuan yang muncul selepas hujan?”

“Asal-usulku sama seperti kamu! Akan tetapi aku sudah bertukar nama bangsaku,” jawab orang itu jelas. Adakah dia itu aku?

“Tuan pastinya orang Melayu sepertiku! Tuan berbahasa Melayu,”

“Tidak! Aku mahu mengubah Melayuku..!!”

“Kalau tidak Melayu, kamu jadi apa?” tanyaku kepadanya, kepadaku.

“Apa-apa sahaja yang tidak melayu!”

“Melalut?!” Diam.

“Melatah?!” Diam.

“Melarat?!” Diam.

“Mela… yang?!” Diam.

“Mela… cur?!” Jegil tapi terus diam. Tetap diam kerana Melayu sekarang semakin pendiam.

Barangkali dia marah kerana cadanganku untuk menggantikan melayunya itu secara negatif, yang kotor-kotor. Buruk sekali fikiranku terhadap bangsanya. Bangsaku juga!

“Maafkan saya, Tuan..!” Masih takut aku. Masih terasa bersalah aku.

“Aku tidak mahu bangsaku dikaitkan dengan perkara yang buruk-buruk,” tegas orang itu dengan suara yang menggetarkan latar mimpiku. Aku terdiam, menyesali keceluparan. Ahhh… jika aku berbangsa Melayu begitu buruk tanggapan terhadap bangsaku, apatah lagi bangsa lain. Akan tetapi bahasa Melayu telah ditukar namanya. Adakah itu tidak bersalah? Sedangkan dalam perlembagaan, bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan. Ahhh….

Perlembagaan itu ciptaan manusia. Sedangkan kalam Tuhan juga sudah banyak yang mentafsirkan sesuka hati.

“Apakah nama yang Tuan cadangkan untuk menggantikan nama Melayu?” Tanyaku semakin berani. Aku memang berani sebab aku bermimpi. Dunia mimpi tidak ada gangguan, tidak ada undang-undang, tidak ada perlembagaan. Tidak ada mahkamah dalam mimpi. Tidak! Perlu apa aku berasa takut? Sedangkan di alam realiti orang sudah mula melanggar undang-undang, mempermainkan perlembagaan, dan mengeksploitasi agama. Semuanya untuk kepentingan sendiri. Aku hanya melakukannya dalam mimpi. Aku pasti. Aku hanya bermimpi.

“Menyegarrrr….!!!” Jawabnya pantas lagi yakin. Lancar sekali sebutannya.

“Menyegarrr…??!!” Kaget amat aku.

“Setiap kali kita menyebut nama bangsa, kita seperti mendoakan bangsa kita. Jika kita terus mendoakan bangsa supaya layu, maka akan layulah bangsa kita,” hujahnya. Dan aku tidak berkata apa-apa. Itu pandangannya, yang dilontarkan dalam mimpiku.

“Jadi, bangsa kita akan segar jika kita sebut Menyegar?!” tanyaku kelinglongan. Gawat. Nama bangsaku sudah termaktub dalam perlembagaan sebagai bangsa Melayu. Mana boleh ditukar-tukar. Jika ditukar, barangkali ada pihak yang akan menyaman RM100 juta orang yang berdiri di depanku ini. Dia itu sama denganku. Barangkali dia itu aku. Saman menyaman sekarang sudah menjadi budaya Melayu, terutama politikus-politikus Melayu.

“Apa bangsa kamu?” tiba-tiba orang itu bertanya.

“Mela… err, Menyegar…!!” jawabku terketar-ketar. Lantas orang itu ketawa berdekah-dekah. Mimpi yang kupaksa itu berkecai, menjadi puing-puing, dan hilang. Aku terbangun. Aku melompat untuk melihat wajah pada cermin. Aku melihat warna kulitku. Aku melihat mataku, melihat rambutku. Ternyata aku masih Melayu walaupun tidak ada nama bangsa dicatatkan pada wajahku. Aku berbahasa Melayu. Aku tetap Melayu. Aku menarik nafas lega kerana aku masih Melayu, yang sebenarnya Melayu.

(vi) Denouemen mimpi

Di luar, malam masih gelap, masih jauh dari sinar fajar yang pasti akan menyerlah jua. Aku ingin tidur kembali. Aku ingin memaksa mimpi datang lagi. Sekali lagi mimpi rekayasa Melayu, dalam versi yang lain pula, barangkali versi politik orang Melayu; kerana akhir-akhir ini politik Melayu penuh dengan igauan mimpi ngeri.

>>artikel ni saya petik daripada paper pilihan pertama saya iaitu Utusan Malaysia yang bertarikh 18/4/2004..artikel ini ditulis oleh Ghazali Lateh (walaupun kita tidak kenal tapi melalui artikel ini saya boleh mengenali penulis..caya la yan..huhu)

>>hayati dan selamilah cerita ini..sebagai renungan bersama bukan kepada kaum melayu malah untuk semua kaum,bangsa dan negara...Islam untuk semua!!!(ada kaitan ke???)
(^_^)v

Wednesday, April 14, 2010

belajar bahasa melayu kejap....




tengok roomate study..so aku pon nak study jugak la..study apa ek??(salah tatabahasa ni..'apa' tidak boleh digunakan dalam ayat penyata..harap anda jangan mengikut ayat ini dan jangan mengunakan 'ayat rojak' dalam penulisan karangan bahasa melayu..pesanan untuk pelajar USM yang mengambil paper LKM 400)

tiba2 terbelek pasal 'kata nama'..tiba2 jugak aku memecahkan keheningan malam dalam bilik aku ni dengan ayat seperti berikut:

"kata nama ni apa???" dengan keadaan yang tak malu aku menunjukkan betapa jahilnya aku pasal bahasa melayu kepada roomateku..yang sebenarnya aku tahu la sikit2 cumanya nak tahu lebih lanjut je..(sempat lagi nak men'defy'kan diri..(-_-)..)

roomateku cakap:
"menurut cikgu LKM aku, kata nama adalah apa-apa yang anda lihat itu adalah tahi lalat dia"

hah!!!terkasima aku sedetik..pelik la..maksudnya semua yang aku lihat ni tahi lalat cikgu LKM kau tu??adakah buku2 di depanku ini tahi lalat cikgu itu??tapi nak 'relate' dengan kata nama tu macam nama pulak..(terjatuh otak aku..aduh rasanya..)

dah2 jangan kusut2kan kepala yang sememangnya sudah kusut dengan rambut yang kusut..dan aku pun bersifat ingin tahu sangat pasal kata nama ni..so terbukak nota yang cikgu bagi..

OooOoo...kata nama ada 3 bahagian
  1. nama khas: hidup(manusia,binatang)/tak hidup(tempat,judul buku,nama bangunan) (aik..ada jugak kata hidup/tak hidup..adakah perkataan bernyawa??)
  2. nama am: konkrit (nama sesuatu yang dapat dipegang,dirasa dan dilihat seperti tangan,rumah)/abstrak(nama sesuatu yang dapat dibayangkan/dikhayalkan seperti mimpi,idaman,roh) (ni lagi satu..dah macam bangunan pulak ber'konkrit2...huh!!)
  3. ganti nama: kataganti diri pertama(saya,aku,beta,kita,kami), kedua(anda,awak,tuanku,kalian,kamu) dan ketiga(baginda,beliau,dia,ia)
seperti mana yang aku ingat cikgu noorul (cikgu LKM aku) cakap kata nama boleh:

  1. boleh didahului oleh kata bilangan (nak kene tahu jugak kata bilangan ni apa??contonya-satu,dua..beberapa,sesetengah..separuh..pertama,kedua..)
  2. boleh diikuti kata penentu belakang (aku tanya roomate aku, dia cakap kata penentu contahnya 'ini','itu')
  3. boleh menjadi inti frasa nama dalam ayat frasa nama yang perkataan utamanya terdiri daripada kata nama(meja bulat,kerusi empuk), kata nama terbitan(keRAJAan,keTUA) atau kata ganti nama
  4. boleh wujud sebagai inti+penerang kata nama/kata kerja tak transitif/kata kerja transitif (ni aku tak berapa paham sebenarnya..he..nanti aku rujuk pakar2 bahasa)
bila belaja pasal kata ganti nama pulak, baru aku tahu yang kata ganti nama diri ni terbahagi kepada 2:

I) KGND tanya
  • berfungsi menanyakan hal benda, perkara atau manusia
  • contah: siapa (orang), apa (bentuk atau perkara), mana (benda dan orang)
II) KGND orang
  • KGNDO pertama
  • KGNDO kedua
  • KGNDO ketiga
banyak jugak informasi pasal kata nama ni..jadi guru bahasa melayu best agaknya (tapi jiwa aku tidak ke arah ini)..apa-apa pun bahasa jiwa bangsa (tiba2 pulak masuk peribahasa)

kalau nak dihuraikan lagi pasal tatabahasa ni rasa jemu nanti..lain la kalau orang yang sangat2 minat bahasa melayu (walaupun sebenarnya aku sudah jatuh cinta dengan bahasa melayu dan mahu mempelajarinya lebih dalam sedalam perut bumi..adakah aku akan mengambil minor bahasa melayu???argh!@#$%))

akhir penaipan
***ambil yang jernih,buang yang keruh..apa yang baik itu datangnya dari-NYA..dan segala kelemahan yang saya lakukan mohon dimaafkan...

wallahualam...(^_^) v


Sunday, April 11, 2010

Quran Saintifik


In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful

segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam..selawat dan salam ke atas Rasul kita Muhammad SAW dan juga ke atas keluarganya serta sahabat2 nya..

alhamdulillah..selesai sudah saya membaca 1 buku hasil karya Dr. Danial Zainal Abidin "QURAN SAINTIFIK-MENEROKA KECEMERLANGAN QURAN DARIPADA TEROPONG SAINS"..agak berat juga nak baca buku ni..yela semua yang disampaikan fakta belaka..saya pula bukan seorang yang suka fakta2 ni..kalau kat sekolah dulu apa je subjek yang melibatkan pembacaan berfakta (contohnya sejarah) jarang sangat dapat skor..tak kisah la tu..apa yang penting buku ni banyak membuka mata hati saya untuk berfikir...

terlalu banyak untuk dikongsi daripada buku ini..yang menarik bagi saya adalah bahagian 4 iaitu 'tujuan dan matlamat hidup manusia'..

1 contoh yang menarik untuk saya kongsikan adalah berkaitan tentang solat dan kesihatan,solat dan meditasi serta solat dan yoga..apa yang menarik disini penulis telah mengaitkan apa yang terkandung dalam Quran dengan ilmu sains..penulis ada menyatakan bahawa menurut kajian kedudukan sujud dengan meninggikan punggung dan meletakkan dahi serta kepala ke bumi adalah baik bagi kecerdasan otak..menurut beliau lagi bagi memahami aspek ini kita perlu mengetahui otak manusia menggunakan 25% drpd oksigen yang terdapat dalam badan walaupun beratnya hanya 3% daripada keseluruhan badan..dalam keadaan biasa sebahagian sel-sel otak tidak mendapat keperluan oksigen yang diperlukan kerana jantung terpaksa mengepam darah ke atas sekali gus melawan tekanan graviti..

subhanallah..sesungguhnya apa yang diperintah-Nya itu mendatangkan manfaat besar kepada hamba-Nya..

beliau juga ada menyatakan menurut Peter russell dalam bukunya 'the brain book -otak manusia beroperasi 7% lebih cepat dan 14& lebih tepat dalam keadaan kepala mereka di bawah (inverted)..

oleh itu tidak dapat dinafikan lagi bahawa Quran itu adalah mujizat kepada manusia..

saya ingin sarankan agar bacalah buku ini kerana terlalu banyak informasi dapat diperoleh dalam buku ini..maka dengan itu tidaklah kita hanya bertaklik semata-mata ketika beribadah tetapi kita mengetahui apa yang tersirat disebalik perintah dari Allah..

rasanya cukuplah saya mengongsikan ilmu disini sahaja..sebenarnya banyak lagi perkara yang terdapat dalam buku ini ingin saya kongsikan..mungkin di post yang akan datang insyaAllah...

akhir kalam..thank you to zaiton sebab bagi pinjam buku ni..(nanti saya pulangkan balik..sorry lambat pulangkan..(-_-) )

wallahualam...(^__^) v