Friday, July 26, 2013

Saling Memahami

Kadang saya geram dengan diri saya sendiri. Susahnya nak orang lain faham keadaan diri saya.

Kompiter eh komplikated sangat kah saya ni?

Ish.. payah la. 

Kadang tertekan seperti ditekan paku tekan. Tapi saya sedaya upaya cuba keluar dari tekanan itu.

Saya cuba faham orang lain terlebih dahulu. Dan biarlah orang lain tak faham atau tidak mahu  memahami saya.

Ada rerakan saya yang tetiba tergelak bila saya berkata-kata padahal saya langsung tidak berniat untuk menjadi "Maharaja Lawak". Eh.

Ada rerakan secara tetiba mencantas kata-kata saya sebelum saya habis menuturkan bait kata. Lalu saya terbantut dan terlupa mahu menuturkan apa.

Ada rerakan saya yang bila saya saja ingin bergurau senda, tetapi mereka seperti endah tak endah dengan saya.

Mula-mula saya rasa malas dah nak bergaul dengan orang ramai. Bila saya bersuara, mereka macam tak faham.

Tapi, lama-kelamaan saya sudah lali dengan itu semua. 

Lagipun bukankah saya miliki ramai kawan yang memahami saya juga. Bukan semua tidak faham saya. Saya ulang, bukan semua!

Walaupun hanya segelintir, mengapa harus keyakinan diri saya dilunturkan. Mengapa saya tidak melihat kawan-kawan yang ramai itu?

Jadi, saya putuskan untuk menjadi seorang yang memahami. Biar saja saya yang cuba memahami mereka. Mereka tidak memahami saya pun tidak apa. Asal saja mereka bahagia. 

Tapi saya juga manusia biasa, kadang cuba memahami namun sampai ke sudah tidak faham-faham juga dengan beberapa situasi. Maaf.

Saya berharap saya dapat memahami orang lain terlebih dahulu sebelum saya mahu orang lain memahami saya, Insya-Allah.

No comments: