Wednesday, July 24, 2013

Give Away | Bagi Belah Kartunster #2

Jika tiada idea untuk meng'update' blog, maka eloklah kiranya mengjoinkan diri dengan aktiviti ini. Terima kasih kepada penganjur kerana memberi idea yang cukup cap beras bernas. Sesiapa juga boleh join sehingga 26hb Julai 2013. Maklumat lanjut sila layari kartunster.blogspot .


Let's me start and straight to the point je la. Senyum.

***
Zaman aku berpuasa dan beraya masa kecik-kecik dulu best gila. Aku ingat lagi masa tu sekolah rendah. Kekonon penat gila sampai tak boleh buat apa-apa. Maklumla, budak lagi. So, lepaking terbaring depan kipas speed maksimum. Masa tu belum baligh, jadi solat pun entah ke mana. Aku rasa aku solat maghrib je. Tambah kalau rajin isyak kat surau. Err...

Sekarang dah berumur (uhuk uhuk batuk orang tua) kene paksa masak untuk bonda tercinta. Dah tu tiada masa nak lepaking terbaring depan kipas speed maksimum. Kang tak memasal dengar ceramah free dari nenda tercinta.

Masa raya pula, tak sah kalau tak pegi marhaban. Paling best kot sebab dapat makan macam-macam. Aku dari kecik memang kaki makan free. Tapi aku kan pemalu. Kalau tiada sesiapa mulakan makan dulu, maka tak bergeraklah. 

Masa kecik aku pernah tertumpahkan air masa marhaban sebab gelojoh tak sabar nak makan. Punya cuak takut kene marah. Nasib orang kampung aku semua baik-baik tolong lapkan. Rasa macam nak tumpahkan air lagi pulak. Eh. Bila dah besar ni punya sopan santun gemalai bila amek air. Kekonon nak berhati-hati di jalan raya.
***

Sekian saja setorinya. Ermm.. macam nak setori pasal sahur pulak. Tapi terlebih patah perkataan dah. Next entri onetojaga la.

v(^__^)v

4 comments:

nae nematoda said...

hehe , betu tu , kalau tak ada orang makan , so buat-buat kenyang , tak nak makan....hikhik , pemalu la katakan :D

nazrul ali said...

Dah baca..

Terima kasih join..

nazrul ali said...

Salam raya

Terima kasih lagi sekali sebab join..
Nak bagi kad raya, tolong emel kat nazhaanua[at]gmail.com

tq

plain83 said...

masa kecik2 mmg meriah sakan ^^