Saturday, February 19, 2011

18 Februari...

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua. Sihat tak hari ni? Sihat ke tak ke Alhamdulillah sebab masih bernafas kat dunia ni. Apa-apa pun kesihatan perlu di jaga. Senang kita nak buat kerja seharian kita. Nanti kalau dah sakit, nak makan pun tak selera. Tapi aku bab-bab makan selera je. Oh, aku terasa macam mak-mak membebel pulak. Abaikan.

18hb Febuari
Tahun ni 18hb Februari jatuh pada hari Jumaat. Penghulu segala hari. Hari ni adalah hari ulang tahun kelahiran Ayah aku. Ayah aku lahir tahun 1962 time tu atuk aku cakap bulan Ramadhan. Wah, Ayah aku lahir bulan Ramadhan, bulan rahmat tu. Cuba kira umur Ayah aku. Muda lagi kan. Ngee~~ Belum cecah 50-an lagi. Semoga Ayah aku panjang umur, murah rezeki, sentiasa dalam lindungan-Nya, bahagia dunia akhirat dan semoga Ayah gembira dengan aku. Ngee~~ Apa-apa pun  terima kasih Ayah sebab sayang kat aku. Setakad ni Ayah sorang je yang sayang kat aku. Maksud aku yang lelaki. Ngee~~ Eh eh, atuk aku pun sayang aku la. OK Abaikan.

Pepagi lagi lepas solat subuh aku dah call Ayah. Kesian Ayah. Kenapa? Oh tak buleh crite di sini. Rahsia. Yang pasti Ayah aku telah pergi menghantar adik aku pi sekolah. Pastu pi kerja pulak. Banyak benda sebenarnya aku cakap dengan Ayah pagi tadi. Tak macam perbualan yang lepas-lepas. Sebabnya? Oh rahsia jugak.

Aku sayang Ayah. Dan aku tahu Ayah pun sayang kat aku jugak dan semua anak-anak Ayah. Kamu semua bayangkan kalau Ayah kamu sanggup jejauh nak jemput kamu balik asrama. Kamu bayangkan Ayah kamu sanggup mencari rezeki untuk kamu semata-mata. Kamu bayangkan Ayah kamu selalu tanya kamu dah makan ke belum padahal baru je Ayah nampak kamu dah makan. Kamu bayangkan Ayah kamu balik kerja bawak satey bebanyak pastu kamu makan banyak dan Ayah kamu makan satu cucuk je. Kamu bayangkan time birthday kamu Ayah belikan kek untuk kamu. Tu semua tanda kasih sayang cinta Ayah kat kita. (Haish apa ni bayangan semua berkaitan makanan ni. Ngee~~)
Time ni akak aku konvo diploma dia. Dan time ni aku baru keluar hospital sebab eksiden (lebih kurang sebulan tak pi sekolah padahal tahun tu aku STPM) Gambar telah diedit oleh akak aku. Adik laki aku tak ikut sebab apa ntah.

Kali ni aku tak tahu nak bagi apa kat Ayah aku. Tapi selalu aku qada' bagi hadiah kat Ayah. Ngee~~ Apa la aku ni ek. Selalu aku bagi Mak Ayah aku hadiah bila aku mampu beli hadiah untuk mereka. Bila aku dapat duit sendiri macam time kerja dulu-dulu. Bila akhir sem sebab time tu duit aku tak pikir nak bayar-bayar benda yang apa-apa ntah tu. Tapi kalau nak bandingkan semua benda yang aku dah bagi kat Ayah mana mungkin sama dengan segala perngorbanan Ayah kat aku. Walau semahal mana pun pemberian aku tak setanding dengan semua pemberian Ayah kat aku. Ya aku tahu itu. Sangat tahu. 

"Ayah, nanti yan balik baru yan boleh bagi Ayah hadiah. Yan tak nak post sebab rasa tak puas. Bagi face to face lagi puas hati. Ngee~~"

Apa reaksi Mak Ayah kamu bila kamu bagi mereka hadiah. Ayah aku mesti cakap "Tak payah la bagi Ayah apa-apa. Susah-susah je." Haish saja nak sedapkan hati aku. (tetiba teringan baju yang aku beli kat Ayah sem lepas. Tak muat. Ngee~~)

Oh, Teringat dulu time aku sekolah rendah, Ayah selalu bawak kami adik beradik jejalan. Kat Melaka tu kamu sebut je apa tempat, semua aku dah pi. Ngee~~ 

OK, aku pun tak tahu nak merapu apa lagi. Ngee~~ 

Akhir penaipan, semoga Ayah sentiasa dalam lindungan-Nya selalu dan sentiasa bahagia di dunia dan akhirat. Amin ya rabb.

>>>19hb lepas Ko-K nak lawat sahabat baik di HKL. Tapi 20hb ada kelas teori silat.Tapi tak ada masa nak lawat dah sebab lepas ni ada banyak benda lain lagi. Oh silat, aku mintak maaf kerana terpaksa tidak menghadirkan diri. Maaf sangat-sangat. Rasa bersalah pulak. Maaf lagi sekali. Ke dua kalinya aku mintak maaf. 

v(^_^)v

Wednesday, February 16, 2011

Gembira Tak?

Assalamualaikum wbt. Apa perasaan kamu hari ni? Gembira?  Teruja? Seronok? Beronok-onok? Sedih? Kecewa bercinta? OK, jawab sendiri la eh. Harap perasaan kamu baik-baik saja. 

Kali ni aku nak kongsi kegembiraan aku semalam. Ntah kenapa semalam aku happy lain sikit. Ngee~~ (sebenarnya tak tahu semalam ke hari ni. tapi semalam la kot sebab sekarang dah pagi)

Pertamanya, yeah yeah aku dah siap satu tugasan. Alhamdulillah. Tinggal nak print dan hantar kat lecturer. Harap lecturer aku terima la RPH yang aku dah buat ni, Insya-Allah. Tahu tak RPH tu benda? RPH tu adalah Rancangan Pengajaran Harian. Sebagai seorang guru, mereka perlu membuat RPH setiap hari. Time aku buat RPH sempat lagi chat dengan uncle aku, ngee~~ Uncle aku cakap cikgu memang kene buat RPH sampai pencen. Muntah la kau nanti dengan RPH.

Contoh buku RPH. Contoh je eh.

OK. Tadi kan aku tak tahu kan nak buat tajuk apa untuk aku punya tugasan tu. Dan setelah dicampur tolak bahagi darab semua aku buat pasal kebersihan diri untuk sign language aku. So, tawakal je la. Ngee~~

Dah siap kerja satu pun gembira bagai nak rak. Haish! Padahal banyak lagi tugasan aku menunggu ni. Nak kene pikir  pasal BBM lagi. (Pikir lain kali la, sekarang aku nak tulih blog)

Gembira dengan kerja dah siap? Mestilah (sambil melompat-lompat hingga terhantuk siling). Lagi-lagi benda tu kita pikir bagai nak rak. Hasilnya? Oh, itu aku tawakal je. Tak kisah (tapi kalau hasil tak memuaskan mau tak menangis menongggeng aku)

Kedua, petang tadi aku dapat bunga, coklat dan buku 'Muhammad the Prophet of Islam' dari sorang senior aku. Ha, jangan salah paham eh. Senior aku ni perempuan bukan laki. Senior yang paling baik aku rasa. Ngee~~ Dia bagi sempena maulid Nabi saw. Sebenarnya kelab IPSI ada buat program, mereka bagi bunga, coklat dan buku tu kat non-muslim sempena hari maulidurrasul. Bagi aku kreatip dan inovatip betul sapa yang bagi idea buat program ni. Sangat. Yela tak pernah aku jumpa maulid Nabi buat program macamni. Time ni la sesuai nak promote Baginda saw kan. 

aku dapat coklat lebih kurang macamni. (tak dak kemera nak snap coklat, bunga dan buku tu)

Aku dapat bunga mawar. Mau tak gembira.
Buku ni la aku dapat. Nasib ada gambar ni kat 'google'.

OK. Aku dah tak tahu nak taip apa lagi dah.  Kegembiraan keterlaluan barangkali. Ngee~~ Lepas ni nak buat preparation tugasan yang lain pulak. Macam ni la bakal cikgu cemerlang kan. Ngee~~

Akhir penaipan, sebenarnya kalau kita buat kerja kita dengan tulang empat kerat dan perahan otak kita sendiri, kita akan berasa puas dan gembira dengan hasilnya (bagi aku la, kamu tak rasa macam tu suka hati kamu la). Dan sesuatu pemberian daripada orang disekeliling aku, sangat membuatkan aku gembira yang amat. terharu pun ada. Maka, hargailah pemberian itu sebaiknya (nasihat kat diri aku). So, gembira tak? Ngee~~

>>>terima kasih Ya Allah kerana mengembirakan aku. Terima kasih juga kepada orang disekeliling aku yang mewarnai lagi perasaan aku. Ngee~~ Aku gembira. Sangat gembira (sambil melompat-lompat hingga terhantuk siling lalu terjatuh ke lantai kerana impak yang terlalu dasyat). Lalalala~~

v(^_^)v

Tuesday, February 15, 2011

12 Rabiulawal Tahun Gajah

Assalamualaikum wbt. Kembali bersama tora. Eh, tak masal pulak. Dah brapa hari tak menulih. Bukan busy mana pun. Biasa la, aku kan pemalas. Ngee~~ Lagipun aku baru lepas hantar satu asaimen dengan satu presententiontation minggu lepas. Minggu ni pun ada satu lagi presentation. Sign language. Ni masih tak tahu nak buat apa. Kebersihan diri ke pendidikan jasmani ke. Istikarah la jawabnya. Ngee~~

OK, abaikan segala permasalahan aku yang ntah bila nak selesai tu. Kembali kepada tora. Eh, tora pulak. Kembali kepada tajuk yang aku letak tu. '12 Rabiulawal Tahun Gajah'. Tahu tak tarikh ni. Memang tak patut kalau kamu semua tak tahu. Sebelum kamu jawap kamu tahu ke tak tarikh tu aku nak tanya, kamu tahu tak tarikh lahir kamu? Parents kamu? Ahli keluarga saudara mara kamu? Kekasih kamu? Aku? Eh aku nak buat apa. Haish.

Ha. Jawap la sendirik. Kalau aku tanya kat diri aku sendiri aku akan jawab, ya aku tahu semua tarikh lahir mereka. Atuk-atuk aku pun aku tahu. Tapi yang kekasih aku tu?. Ngee~~ Dulu kekecik Ayah aku selalu beli kek kalau tiba hari lahir kami adik-beradik tu yang ingat dalam kepala otak ni ha. Cuma dah besor panjang ni je Ayah cakap tak payah la kek-kek segala.

Oh, aku sudah meleret ke tempat lain pulak. Kembali kepada tajuk. Ngee. Tahu tak ni tarikh 12 Rabiulawal ni. Ni pun ada kene mengena dengan tarikh lahir. Haa, ni la tarikh lahir kekasih aku. Nak tahu sapa? Nama baginda Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutaltib bin Hashim. Kenal tak? Ngee~~ (malu la mention aku ada kekasih. ngee~~)

Kononya semalam hari kekasih kan. Oh hari kekasih pun ada eh. OK abaikan hari kekasih itu. Aku tak nak gembar gembur gembir kan soal hari kekasih itu. Permasalahan itu kamu boleh tanya kat orang yang lebih pakar. Aku tak pakar dalam bab-bab ni. Yang aku tahu hari ni hari kelahiran kekasih aku. 

Cumanya, kekasih aku ni sudah kembali ke rahmatullah. Sedih? Ya memang sedih tapi aku percaya baginda dah tinggalkan aku banyak perkara. Banyak ilmu yang baginda ajar kat aku. Dan baginda ada tinggalkan 'buku' kat aku. 'Buku' apa? Aku rasa kamu semua pun ada kot. Kalau tak ada pi la beli. Kalau boleh beli yang ada terjemahan. Senang nak paham isi buku tu. Sebab 'buku' yang kekasih aku tinggalkan ni dalam bahasa Arab.

ni la 'buku' tu. Tajuknya 'Al-quran'

Oh, saat, detik dan ketika ni aku sangat rindu kat baginda. Sangat amat rindu. Aku rasa nak pi makam baginda kat Masjid Nabawi kat Madinah. Rasa nak pi sekarang. Tapi ada pulak kekangan. Dan sekarang aku tengah berusaha macamana nak pi sana. Insya-Allah aku dapat pi sana. Doakan ye. Ngee~~ 

Boleh tak kalau aku tinggal kat Madinah je. Jadi warganegara kat sana. Senang aku nak lawat makam baginda. Tapi....

kat sini la 'makam' baginda. Nak pi sini.

Aku nak pi sini jugak. 
OK lah. Aku tak mahu meleret lebih panjang. Marilah kita sedekahkan al-Fatihah kepada baginda. 

Sebenarnya baginda ini adalah Nabi kita yang terakhir. Utusan Allah yang terakhir. Tiada nabi selepas baginda Rasulullah. Marilah jugak kita berselawat kepada baginda. Mak aku cakap lepas solat, selawat kat baginda. Kalau nak buat apa-apa pun kene selawat. Kalau kita duk sesorang tu tak ada kerja ke ada kerja ke kene selawat jugak. Kononnya busy ke tak ke kene selawat jugak. Nak mula kerja-kerja ke nak habes kerja ke kene selawat jugak. Senang kata selawat la nak buat apa-apa pun. Insya-Allah kita akan dapat syaafaat. Insya-Allah.

OK. Akhir penaipan, sebenarnya ada benda yang tersirat daripada apa yang aku nak sampaikan ni. Harap kamu yang membaca tanpa skip atau lompat-lompat paham la ye. Yang penting hari ni cuti. Eh tu tak penting, yang penting hari ni maulid rasul. Mari kita ingat Baginda Rasulullah saw selalu. Forever and ever.

>>>aku cinta Rasulullah dan aku percaya dan yakin Rasulullah pun cinta kat aku. Kat semua umatnya.

v(^_^)v

Saturday, February 5, 2011

Sendiri Menyepi

Assalamualaikum. Apa khabar 'iman' kalian hari ini? Harap semakin meningkat imannya. 

Kali ni aku just nak luahkan sedikit perasaan aku. Sebenarmya ia adalah lirik lagu dari Edcoustic, tapi macam kene je dengan diri aku.

"Sendiri menyepi. Tenggelam dalam renungan. Ada apa aku, seakan kujauh dari ketenangan. Perlahan kucari, mengapa diriku hampa. Mungkin ada salah, mungkin ku tersesat, mungkin dan mungkin lagi.. Ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi. Sampai kapan ku begini. Resah tak bertepi. Kembalikan aku pada cahaya-MU yang sempat menyala benderang di hidupku.."

Ha.. Lebih kurang macam tu la perasaan aku sekarang.  Apa la aku ek. 

OK. Akhir penaipan, bila menyendiri selalu la muhasabah diri. 

>>>Sendiri Menyepi by edcoustic ni biasa je bagi aku, tapi lirik nya makan dalam jugak. Ntah la. Ngee~~
v(^_^)v

Friday, February 4, 2011

Sesaja Bersahaja

Assalamualaikum. Khaifa halukum? Waa dah lama tak guna bahasa arab. Ngee~~

Sebenarnya tak tahu nak taip apa. Sesaja je. Ngee~~

OK. Malas dah nak bercoloteh. Tatatititutu. 

>>>Hampeh sungguh enrti kali ni kan!!

v(^_^)v