Tapi sekarang senang. Buat pinjaman je contohnya PTPTN. Tak pun mohon biasiswa mana-mana yang patut dan layak.
Bila dah dapat, jangan kau lupa diri. Terus nak habiskan duit tu sekelepuk. Tau-tau nanti dah nak hujung-hujung semester kau tak dapat makan, maka kau pun merayu kat mak bapak kau untuk menghulurkan barang seratus dua ringgit sebagai bekalan di hujung semester.
Ya, mak ayah juga bertanggungjawab memberi kita nafkah. Tapi tidakkah kau kasihani mereka? Bukankah mereka juga banyak tanggungan? Bukankah sejuk perut mak dan sedap telinga ayah bila kau cakap "mak, ayah, bulan ni tak payah bank-in duit. Anakanda masih ada duit. Takpun mak ayah simpan saja duit itu buat kenduri kawin anakanda nanti. Eh"
Mungkin kita rasa kita dah cukup berjimat, tapi entah kenapa di hujung semester masih kekurangan modal untuk membeli makanan. Masih kekurangan modal untuk membeli keperluan diri. Masih kekurangan modal nak beli itu dan ini.
Cuba recheck kembali.
Tips yang aku guna agar di hujung semester aku masih boleh berbelanja seperti di awal semester adalah:
- Cuba bahagikan duit pinjaman itu kepada beberapa bulan. Contoh, kalau satu semester ada empat bulan dan jumlah pinjaman kita dapat RM1500 contohnya. Jadi dalam sebulan belanja kita hanya RM375.
Tapi tip pertama ni mungkin susah sikit kot. Sebab kita kekadang terlebih belanja. Tapi bila terlebih, aku akan kurangkan belanja pada bulan berikutnya. Oh, ni kau kene tahan nafsu sikit. Ya, memang susah. Tapi just try je la. Aku boleh, takkan kau yang gagah perkasa lagi menawan tak boleh.
Takpun mungkin sebulan tu kita kene bayar itu ini, dan bulan depannya pun kita kene bayar itu ini. Jadi memang bajet tu terlebih. Mana nak makan lagi kan. Mungkin tip pertama tak boleh pakai. Maka, tip seterusnya:
- Buat bajet untuk makan dan keperluan harian. Contoh, sehari mungkin bajet makan dalam RM10 darab dengan sebulan dalam 30 hari jadi RM300. Keperluan harian biasanya macam alatan tulis, buku-buku, sabun -sabun, semua tu tak kan sebulan sekali kau nak beli kan. Jadi yang tu pun kene bajet juga. Ikut keperluan kau.
Aku guna PTPTN dua tahun, dan selama dua tahun tu la aku tahan nafsu makan. Kadang-kadang tu (eh, selalu sebenarnya) mak ayah aku marah la jugak tengok aku macam tak cukup makan (eh, memang pun!) tapi apa boleh buat. Ada orang lagi sampai ikat perut sebab takda duit nak makan.
Untuk keperluan harian, biasanya awal-awal semester aku beli sekaligus banyak-banyak. Macam sabun basuh aku terus beli yang besar tu berapa kilo ntah. Macam peralatan nak belajar pun macam buku, A4, kertas kajang semua aku beli banyak.
Tapi bajet ni just makan dan keperluan harian. Macam kehendak-kehendak tu kene tahan sangat. Aku ingat lagi masa aku nampak baju cantik, pergh bapak cantik gila kata kau. Bukan setakad terliur, air hidung pun macam nak terkeluar. Malam-malam termimpi-mimpi, tapi bila teringatkan hanya sehelai baju, aku tak beli pun.
Sebab apa? Sebab aku dah set kat minda yang duit PTPTN tu just untuk aku makan dan keperluan yang betul-betul manfaat untuk aku belajar je. Jadi selama aku guna PTPTN takdanya aku dapat beli macam-macam. Tahan je. Lagipun, aku dah set dalam minda yang bila aku kerja nanti aku boleh beli baju lagi lawa dari tu. Ya, nafsu-nafsu macam ni memang susah nak kawal. Tapi kita kene didik nafsu kita jangan membazir.
![]() |
| Jangan jadi mangsa duit. Ya, duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan duit. Maka, berbijaklah ketika berbelanja. |
Aku selalu rasa dihina oleh kawan-kawan (aicehceh). Kerna apa? Sebab aku seringkali di pandang seperti orang kedekut. Nak makan pun berkira. Nak beli itu, berkira. Nak beli ini, berkira. Diorang tak lah cakap depan-depan, tapi cara pandangan tu aku rasa "Oh, hinanya aku jadi orang berkira ni. Sori la tapi aku terpaksa untuk tidak mahu meminta wang ringgit dari bonda dan ayahandaku tercinta".
Tapi, bila dah dapat biasiswa aku dah boleh makan sedap sikit. Tapi masih berkira juga. Errr..
Sebenarnya keperluan-keperluan tu termasuk la juga bayaran-bayaran persatuan, duit tambang bas bila nak jenjalan dan balik kampung, dan apa-apa yang kau rasa betul-betul perlu demi mengecapi kejayaan. Eheh.
Tips kedua ni pun mungkin tak sesuai dengan kauorang. Ye la, mana boleh tahan kalau duit tu just bajet untuk makan dan keperluan harian. Kehendak kita pun kene penuhi jugak. Jadi tips seterusnya....
- Beringat, beringat, dan beringat. Duit tu kita dapat bukan untuk suka-suka. Tapi untuk kita gunakan sebaiknya.
Kita dah besar panjang kan? Tau mana yang betul-betul kita perlu dan mana yang salah-salah kita perlu. Errr.. mana yang betul dan mana yang salah maksud aku.
Jadi, kita beringat la.
Ada juga yang gunakan duit tu untuk beli telepon genggam, iPad, kamera or apa-apa lah yang kita suka. Bagi aku, tak salah pun as long as kau tak menderita bila hujung semester. Dan tak salah pun kalau mak ayah kau tetiap bulan hulurkan bantuan ringankan beban (tetiba irama lagu tema "bersamamu" berdendang sayang) jadi duit pinjaman or tajaan kau boleh gunakan sesuka hati tanpa menyusahkan sesiapa.
Kalau kau nak suruh aku membebel pasal duit ni, (huh, baik jangan!) memang aku susah nak benti. Tapi setelah bereksperimentolpecahkacapecahgelas, aku rasa boleh la kot nak bagi nasihat kat adik-adik yang masih atau bakal jadi siswa-siswi. Tapi, pasal duit je la. Kalau pasal tips kejayaan dalam akademik errrr.... tak layak rasanya.
Sebab apa boleh? Sebab selama empat tahun bergelar siswi Alhamdulillah masalah duit di hujung semester tak ada. Bukan nak berdabik dada mahupun dahi, tapi kalau ianya bermanfaat aku rasa tak salah kot. Ermmm.. tapi ni untuk sarjana muda saja. Tak tau la nanti kalau sarjana atau doktor falsafah, mungkin pengurusan kewangannya lain. Wallahualam.
And one more thing (uhuk, ter"ohmyenglish” pulak), jangan berkira untuk bersedekah. Rezeki yang kita ada bukan hak mutlak kita, jadi bila ada peluang dan ruang yang Allah tunjukkan apa salahnya kita sedekah.
Bukankah kita patut menginfakkan harta pada tempat yang betul? Bukankah kita juga bertanggungjawab menggunakan harta dengan qanaah (taktau maksud "qanaah" kau google sendiri)? Bukankah dengan harta juga kita boleh dimasukkan ke syurga?
![]() |
| Kadang duit ni boleh jadi kawan baik, duit juga boleh jadi nafsu serakah berkembang biak. Maka, hati-hati. Eheh. |
Jadi, gunakanlah harta yang kita ada sebaik-baiknya. Moga-moga dengan harta yang sedikit itu kita akan berasa cukup. Moga-moga dengan harta itu dapat membantu kita mencapai redha Ilahi. Moga-moga kita tidak salah menggunakan harta yang dipinjamkan ini.
p/s: sebenarnya faktor kekawan yang pandai menggunakan duit juga sangat mempengaruhi. Macam roomate aku (Ashila masa semester 1 dan 2, juga Hani masa semester 4,5 dan 6) dia selalu beringat kalau berbelanja. Jadi, tempias la jugak pada diriku ini. Ihik...


.jpg)

No comments:
Post a Comment