Monday, March 26, 2012

Bersama Kesulitan Ada Kemudahan

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera.

Jangan mengeluh! Saja nak ingatkan diri sendiri. Sebab kepenatan hujung minggu ni dengan banyak perkara yang belaku menyebabkan diri kadangkala termengeluh kepenatan. Astaghfirullah al'azim.

Namun, dalam kepenatan ini ada banyak perkara dan hikmah yang aku dapat. Alhamdulillah. Benarlah firman Allah dalam surah ke-94 Assy-Syarh ayat 5 dan 6 "bersama kesulitan ada kemudahan". Di ulang2 dalam 2 ayat.

Betapa Allah saja yang tahu apa yang aku dapat dalam dua hari minggu ini. Ukhuwah dengan sahabat handai semakin terikat kemas dengan segala yang berlaku. Pagi sabtu hari tu pergi berjogging dengan sahabat. Berjogging bukan untuk kurus, tapi untuk menjaga kesihatan, terutama jantung nadi utama dalam diri.

Kemudian tengahari tu pulak dah macam renion matan MTExco BSM (memang renion pun bagi aku). Makan di pizzahut. Bila jumpa diorang dah macam jumpa kawan2 sekolah dulu sebab otak gila2 dorang tu sama je. Aku yang pendiam ni asyik nak tergelak je.

Dari "hu ha hu ha", petang tu pulak pergi pasar malam dengan sahabat2 surau. Seorang sahabat belanja nasi lemak. Kemudian sebelum magrib kami makan sama2 dalam talam. Lepas solat jemaah magrib terus aku balik bilik sebab nak pinjam motor kat seorang lagi sahabat.

Memang selalu aku bermuka tembok pinjam motor beliau. Kali ni untuk pergi berjumpa Syam Kamikazi. Oh, sudah seperti ustaz dah aku tengok Syam Kamikazi tu. Walaupun beliau cakap beliau bukan ustaz tapi baru nak start, tapi aku tetap nak cop dia ustaz. Semoga sinar Islam dan Iman sentiasa dalam sanubari beliau dan kita semua.

Ahad pulak, aku diberi kepercayaan untuk meng'drive'kan kereta ke Sungai Petani (errr, tak tau SP ke mana, tapi macam SP je). Tujuannya untuk bertemu saudara angkat masing2. Kebetulan keluarga angkat sahabat aku bertunang. Di rumah keluarga angkat sahabat itu sakan kami makan dan bergambar. Kemudian baru kami pergi rumah tok angkat aku yang sangat aku rindui.

Balik dari rumah keluarga angkat, singgah sebentar bersama-sama kitkat. Eh, tak ada kitkat. Kami singgah sebentar di kampung sahabat aku kat Sembelit ke apa entah. Eh bukan Sembelit. Entah la bunyinye seakan-akan macam tu. Subhanallah, pemandangan sawah padi yang cantik permai lagi damai. Semestinya tak sama dengan kampung aku. Benarlah kata pepatah "jauh perjalanan luas pemandangan".

Lepas singgah di kampung beliau, singgah di jeti apa entah namanya. Kemudian menuju ke Masjid besar SP. Sahabat aku kata beliau berangan-angan mahu bernikah di masjid tersebut, InsyaAllah. Setelah itu, singgah di bandar SP, cari buku kat popular. Seorang sahabat cari buku Ramlee Awang Murshid. Dan seorang sahabat menghabeskan kupon 1Malaysianya. Sudah malam baru kami sampai ke USM.

Kau bayangkan, aku tidak rehat dengan cukup hari minggu ni, tapi kau tidak tahu betapa aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana menimpakan aku dengan pelbagai ujian dan dugaan yang menyedarkan aku betapa Allah sangat2 sayang pada diri aku. Percayalah, Allah sayang kita semua.

Akhir kalam, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Walau keperitan melanda, percayalah Allah tidak akan membebankan kita dengan sesuatu di luar jangkauan daya kita. Insya-Allah.

Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v

p/s: gambar tidak ditunjukkan kerana tidak sempat nak amek dari sahabat2 yang meng'snap' gambar. Mungkin lain kali dikongsikan kegembiraan itu.

3 comments:

Unknown said...

menarik skali cter yan:)
jauh perjalanan luas pemandangan ^_^

Unknown said...

biasa2 aje. hehe~~
jauh perjalanan luas pemandangan tajam pemikiran, insyaAllah.
v(^_^)v

AZIATI said...

anda sudah ditag..sila ke blog saya untuk maklumat lanjut ye.sekian.