Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera. Selamat menjalani kehidupan dengan penuh pengharapan pada Ilahi.
Sejak dua menjak dan bermenjak-menjak ni, aku perati manusia2 kat keliling aku mudah sangat terasa hati dengan aku. Entah apa yang difikirkan hanya Allah saja yang tahu.
Ya, aku manusia yang serba kekurangan. Tidak sempurna. Aku ada kesalahan yang seringkali aku lakukan. Maafkan aku.
Ada juga kawan2 aku cakap, "yan ni asyik update status persahabatan je akhir2 ni". Ada sorang tu siap update blog dia sebab kawan dia update status persahabatan tu. Memanglah dia tak mention nama aku, tapi dah aku yang selalu update macam tu, kompemlah terasa.
Bukan sorang yang tegur, tiga empat orang jugak. Kawan2 sekolah pun ada juga. Kat sini lagilah. Sebab itu, entri ini terhasil. Kerana aku nak beritahu,
"kauorang terasa hati ke dengan status2 aku kat FB tu?
Sebenarnya apa yang aku tulis biasanya pengajaran yang aku dapat dalam kehiduapan. Maksud aku, pengalaman yang aku dapat aku kongsi dengan orang lain. Apa yang baik bagi aku, aku share dengan orang lain. Aku tak tujukan kat sesiapa pun. Aku tak mention kat sesiapa pun.
Status aku biasanya aku tujukan kat diri aku saja. Kerana apa yang aku tulis, aku kene buat. Aku patrikan kat FB supaya aku tidak leka dan selalu beringat. Kerana aku selalu buka FB, jadi bila aku buka aku ingat apa yang aku kene buat. Ah, hanya Allah saja yang tahu.
Status yang aku tulis, aku mahu semua pandang dari sudut positif. Jangan pandang negatif sampai ada yang tidak suka."
Tapi kalau ada orang tak suka, itu perkara normal. Sebab kadang2 aku pun ada tak suka kawan2 aku punya status. Tapi itu hak masing2. Nak tulis status apa itu ikut suka hati kita sendiri. Kalau kau suka nak bagitau kau tiru dalam exam pun tak salah. Terpulang.
Kata2 kadangkala tidak sampai maksudnya. Kata2 kadangkala orang tidak faham. Dengan perbuatan dan tindakan saja yang kadangkala maksudnya sampai dan faham. Suka aku jelaskan sekali lagi,
Status aku adalah untuk aku, yang aku ingin kongsikan kepada friend list aku. Kalau kau terasa Alhamdulillah kerana Allah yang beri rasa itu.
Ada satu cerita yang aku dengar daripada mana entah, lupa. Tapi dari seorang pendakwah. Dia cakap, dia mahu sebarkan agama dengan berdakwah (aku pun tak mampu lagi nak berdakwah kat orang lain. untuk diri sendiri je). Dia kata dalam menyampaikan kata2, pasti ada yang suka dan tidak. Tapi perkara baik kita perlu sama2 kongsi katanya. Allah tahu niat kita. Usah pandang pandangan manusia yang seringkali tertipu dengan muslihat syaitan yang terkutuk itu.
Pada suatu hari, dia mengajak orang untuk menghadirkan diri ke masjid. Tapi ada orang tidak suka. Kerana orang itu menganggap bahawa si pendakwah menganggap orang itu tidak suka ke masjid. Namun, ada juga orang suka, kerana orang itu menganggap ajakan itu suatu yang baik, menuju kepada Allah.
Sekarang aku boleh kaitan pengajaran dalam cerita ini dalam kehidupan. Okaylah, aku pun tak tau nak terangkan macam mana lagi. Harap2 Allah buka pintu hati kita untuk menerima kebaikan. Mari berdoa dengan doa yang telah ustaz ajarkan kat aku suatu ketika dulu,
"Ya Allah, jadikan mata kami mampu mengalirkan air mata, dada kami berisi penuh dengan ungkapan2 dan semangat, hati kami sanggup menyelami gelombang dalam mengetuk pintu2 langit dan ketika tersesat di gurun pasir kerana takut kepada-Mu, maka bukakan mata hati kami menuju makrifat-Mu, dan bukakan pengetahuan kami suatu pemahaman dalam merenungkan sinar hikmat-Mu. Wahai kekasih hati orang2 yang sangat merindukan-Mu dan limpahan akhir cinta orang2 yang banyak berharap kepada-Mu"
Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v

3 comments:
yan,macamane nak buat music dumper tu? ade tutorial tak?hehehe
Ermmm, macamne nak cakap ek.. insyaAllah nanti aku buat tutorialnye. kalau ingatla. hehe..
v(^_^)v
Post a Comment