Wednesday, April 4, 2012

Tag Dari Akak Aku, Ajieati!

Assalamualaikum wbt.

Tak sempat nak bebel2 pasal pegi pangkor hari tu. Nanti2 lah. Yang syok nye dapat makan sedap2 and interbiu foreigner. Ah, nanti la aku bebel panjang lebar. Ni aku nak jawab tag kakak gendut aku (Entah benda alah apa entah benda ni. Errrrr~~)

Menurut entri akak aku, kene letak syarat2nye (Jap aku kopipes, senang. Ngeee~~)


  • tak boleh tag orang yg sama
  • harus meletakkan syarat-syarat ini di entry 
  • pastikan mereka semua tahu mereka suda d'tag ;)
  • ceritakan 11 perkara tentang diri anda sendiri bkn org lain ok..
  • jawab semua soalan yang diberi oleh manusia yang tag anda itu dan selepas itu anda pula kena mencipta 11 soalan lain untuk org lain yg anda ingin tag..ada paham, kalau xpaham buat-buat paham aje la k...hehe

So, terus kepada jawapan 11 perkara tentang diri anda


  1. Anak kedua dalam adik beradik, paling mengada-ngada dalam adik-beradik, masa kecik-kecik paling kuat menangis dalam keluarga, (eh, ni kira satu kan..)
  2. Pemalu dan pendiam bila dengan orang yang tak nak kawan dengan aku. (Errr, tula korang tak mau kawan aku)
  3. Akan jadi lebih agresif bila sudah bertemu dengan orang2 yang mahu berkawan dengan aku. Ngeee~~
  4. Makan apa saja jenis makanan yang halal menurut syarak. Lagi2 makanan yang orang bagi. Weee~~
  5. Jarang dan sentiasa jauh bersama keluarga sejak dari sekolah menengah hingga sekarang. Sedih tahu! (Antara punca aku selalu pikir nak keje dekat dengan keluarga nanti)
  6. Suka buli budak2 terutama kazen2 aku yang masih kecik. Suka buli budak yang tak mahu layan aku. (Siap la budak2 yang aku ushar2 pastu jual mahal. Aku nak buli kau budak!!! Hahahahhahaha~)
  7. Suka membebel. Tak kira la takda orang nak dengar pun, tetap akan membebel juga walaupun seorang diri. (Jangan cakap aku giler cakap sorang2, itu hobi aku!)
  8. Akan menjadi sayu bila dengar tentang keibubapaan secara automatik. Tapi perasaan sayu itu akan di cover jika berdepan dengan orang ramai. Hikhikhik~~~
  9. Mudah dan senang paham bila subjek Matematik di ajar dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Orang kata ajar sekali dah cukup. Tapi tu dulu masa sekolah. Sekarang? Tak tau sebab dah tinggal subjek Matematik. 
  10. Susah paham bila belajar subjek Bahasa Inggeris walaupun dari tadika hingga keperingkat uniberciti ni. Tapi tak nak putus asa blaja English.
  11. Lastly (Huh, dah omputih dah ni), aku suka melihat panorama alam semesta. Eh, nak buat ke-12 boleh, aku adalah seorang yang pemalas. Kau tengok sendiri kat blog ni, aku malas nak update. Muahahaha~~

Okay, dah selesai. Nak jawap soalan yang akak aku kasik pulak.

1. makanan yang paling sedap penah makan?
Banyak sangat makanan yang sedap dah ditelan. Tapi tetap nak cari sup ayam yang mak masak. Slurpppp, sedap hingga menjilat bontot periuk. eh...

2. sapa paling nakal dalam adik beradik?
Macam aku je. Sebab aku suka kacau ketenteramam adik beradik aku. Tak boleh nampak diaorang aman sikit. Hahahaha

3. genre yang macam mana menjadi pilihan bila tengok movie?
Ada ciri2 islamic sikit macam Ketika Cinta Bertasbih, Hafalan Shalat Delisa, Dibawah Lindungan Kaabah dan lain2. Tapi 7 Petala Cinta tak tengok lagi. Kata islamic juga, tapi..... entah lah! Suka tengok cerita Islamic sebab mengingatkan aku kat Allah, Tuhan yang patut sentiasa diingat walaupun ketika menonton pilem ataupun telibisen

4. plan nak kawin masa umo berapa?
Pergh, soalan ni paling susah! Wallahualam. Kalau boleh sekarang. Hahahahha. Okay, serius sikit. Kalau diizinkan Allah, lepas dah dapat keje. Mungkin dalam 25-26 macam tu kot. Masa tu dah boleh cuci2 mata cari calon. Kihkihkih~~


5. cita2 masa sekolah?
Masa sekolah rendah macam tak ada cita2, tapi masa form 1 dulu nak jadi usahawan sebab Pak Long ada bukak kedai macam best je tengok beliau niaga. Pastu nak jadi akuantan sebab aku memang minat kat nombor2 ni. Pastu dapat masuk aliran sains masa form 4 and 5, macam nak jadi engineer sebab dalam subjek sains: fizik, biologi and kimia, aku paling suka fizik and kimia sebab ada kira2. Masa form 6 terus minat jadi cikgu pendidikan khas. Dan alhamdulillah kos yang aku amek ni memang cita2 aku dari form 6.

6. perkara yang membosankan adalah?
Tak ada keje nak buat (Walaupun ada sebenarnya, tapi tak tau nak buat yang mana)

7. apa yang menjadi keutamaan sekarang?
Belajar jadi pendidik. Juga  belajar jadi muslimah sejati. Cewah~~

8. celik dari bangun apa yang korang buat?
Tengok jam

9. masakan apa yang paling expert dimasak?
goreng ikan, ayam, telur. 

10. suka kereta ke suka motor?model apa?
dua2 suka. jenis Honda apa entah namanya. Motor Honda Icon ke apa entah. Kereta jenis Honda apa entah namanya. Tapi nampak macam smart je jenama Honda ni. 

11. perkara yang membuatkan anda senyum sampai ke telinga adalah?
Bila ada orang buat lawak spontan.

Selesai jawap 11 soalan. Adoi, kene create 11 soalan pulak. Apa ek???

Amek soalan akak aku ni balik aci tak. Alaaa, aci la. Aku malas la. Ngee~~

1. makanan yang paling sedap penah makan?
2. sapa paling nakal dalam adik beradik?
3. genre yang macam mana menjadi pilihan bila tengok movie?
4. plan nak kawin masa umo berapa?
5. cita2 masa sekolah?
6. perkara yang membosankan adalah?
7. apa yang menjadi keutamaan sekarang?
8. celik dari bangun apa yang korang buat?
9. masakan apa yang paling expert dimasak?
10. suka kereta ke suka motor?model apa?
11. perkara yang membuatkan anda senyum sampai ke telinga adalah?

Seyesli aku tak tau nak tag sapa. Aku ni tak da kawan sangat. Maklum lah orang pendiam dan pemalu. Ahaks. Ermmm, aku nak tag kawan senegeri aku la. Jarang jumpa walaupun satu uniberciti cik farah wahida dan fariedasikicik. Jawap ye wahai saudari2 senegeri. Hee~~

Okay, aku undur diri dulu. Nanti nak crite pengalaman aku kat pangkor minggu lepas. Seronok dapat jumpa ramai orang asing. Weeeheeeee~~~ Tapi nak siapkan keje dulu, sikit lagi. Ngee~~

Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v

1 comment:

FariedaSu'udi said...

dah buat. check la kat blog aku.hehehe