Tuesday, March 13, 2012

Hubungan Saya, Awak Dan Dia

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera semua. Salam kasih sayang dari saya yang terlebih kasih sayang ini. Errr~~

Perhubungan sesuatu yang kadang2 boleh memeningkan kepala.
Perhubungan ada pelbagai bentuk: cinta, keluarga, sahabat, musuh dan lain2.
Perhubungan juga ada rasa seperti rasa masakan: manis, pahit, tawar dan lain2.

Perhubungan yang bagaimana kita perlu? Jawapannya ada dalam diri masing2.

Saya juga mempunyai banyak hubungan dengan manusia2 di atas bumi Allah ini.
Awak semua juga mempunyai hubungan dengan saya.
Maksud saya, hubungan sebagai pembaca dan penaip (saya penaip, awak pembaca. Itu pun kalau awak baca. ^^)

Bila hubungan kita baik, itu tidak menjadi masalah. Malah bahagia.
Yang masalahnya, apabila hubungan itu hambar. Itu pastinya membawa rasa sengsara.

Hubungan juga ada kaitan dengan hati. Jaga hubungan sesama kita. Jaga hati kita. ^^

Hubungan cinta terutama dengan pasangan yang berlainan jantina pasti membawa banyak kebahagiaan. Namun, orang ada menyatakan sedangkan lidah lagi tergigit. Mengapa boleh terjalin perhubungan cinta dengan si dia itu juga adalah rahsia Allah, awak dan si dia.  Saya juga harap awak dan si dia bahagia hingga ke syurga-Nya.

Yang penting apabila awak berselisihan faham dengan si dia, hubungan awak dan si dia masih boleh diperbaiki. Perselisihan itu perkara biasa. Jangan jadikan ia suatu masalah yang terlampau dan terlalu besar. Cepat2 cari titik persefahaman. Insya-Allah awak dan si dia bahagia dan diredhai.

Begitu juga hubungan dengan sahabat handai. Kadang2 ada perangai sahabat kita yang kita tidak suka. Bagi saya, mengapa hanya memandang perangainya yang tidak kita sukai itu. Pandanglah kebaikan dia. Pandanglah dia sebagai makhluk Allah yang boleh membawa kita ke syurga-Nya. Ya, kita boleh bersama-sama ke syurga apabila kita bersama-sama ke arah kebaikan.

Namun, dalam persahabatan, ada perkara2 yang membuatkan kita sakit hati. Saya juga pernah mengalaminya. Tapi bagi saya, usahlah sakit hati berpanjangan sehinggakan jika awak dan si sahabat itu satu bilik pun tidak bertegur sapa. Kadang2 kita perlu meletakkan kesalahan itu kepada diri kita sendiri. Walaupun kita berasa kesalahan itu bukan salah kita. Mengalah bukan bererti kalah. Mengalah supaya perhubungan akan menjadi aman damai. Maafkan saja sahabat. Malah kita digalakkan memaafkan sesama kita. Maafkanlah~~~

Ya, mungkin kemaafan itu terlalu sukar diberi. Mungkin walaupun kata maaf sudah diberi, 'luka'nya masih terkesan. Itu namanya awak tidak ikhlas memaafkan. Seharusnya awak ikhlas memaafkan. Yela, bukan awak saja, saya juga. Kita juga perlu ikhlas memaafkan orang lain.

Sekadar gambar hiasan
Hubungan yang baik insya-Allah membawa ke syurga. Gaduh sikit2 itu standard la. ^^

Mungkin hubungan kekeluargaan juga kadang kala mengalami badai. Namun, air dicincang tidak akan putus. Saya juga sering kali bergaduh dengan adik-beradik saya. Saya sering kali menganggu gugat ketenteraman adik-beradik saya dengan perangai saya yang tidak senonoh. Maksud saya, saya suka kacau adik-adik saya. Saya suka buli adik-adik saya. Namun, ia sekadar gaduh2 manja. Ngee. Ia akan menjadi rindu apabila kita berjauhan.

Ah, bila membahaskan tentang hubungan saya menjadi sendu sendiri. Mengapa? Saya tidak tahu.
Kadang2 saya risau melihat perhubungan yang seringkali kelihatan retak. Seperti retaknya cermin, apabila melihat cermin yang retak itu, tidak kelihatan bentuk asal. Nampak hambar.
Saya sedih melihat perhubungan yang dingin.

Ya, saya tahu dalam perhubungan juga boleh diibaratkan seperti roda. Kadang di atas, kadang di bawah.

Ah, fikiran saya jadi terbajet apabila memikirkan tentang perhubungan ini. Apa yang boleh saya harap adalah hubungan ini kekal hingga ke syurga. Ukhuwah yang terjalin ini, saya harap sentiasa di bawah payung rahmat dan kasih sayang Allah. Insya-Allah.

Akhir kalam, jagalah hubungan kita dengan Allah, ibu bapa, keluarga, sahabat handai, dan orang sekeliling kita. Apabila kita jaga hubungan dengan mereka Insya-Allah mereka juga akan menjaga hubungan dengan kita. 

Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v



No comments: