Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera. Selamat semuanya.
| Ada teratak di tengah kampung, dalamnya tersembunyi keluarga aku! |
Baru semalam mengepost gambar di atas di pesbuk. Kerana kerinduaan pada kampung halaman yang tidak berbelah bahagi. Kerana teringat insan2 yang menghuni di rumah itu. Kerana kenangan2 lampau terimbau kembali. Kerana di situ lah segala2nya bermula.
Setiap insan di dunia ini pasti sangat menyayangi keluarganya. Ya, aku juga. Walau bagaimana keadaan keluarga kita pastinya kita perlu terima. Sekaligus bagaimana keadaan rupa paras rumah kita juga perlu kita redha. Nah, itulah rumah aku yang aku huni dari aku kecil hingga kini. Sentiasa mendamaikan walaupun seringkali bergelut dan bergaduh adik-beradik. Namapun adik-beradik kan.
Sebelum aku menetap di teratak ini, aku lupa aku menetap di mana. Usia sebelum menetap di sini terlalu muda. Masih bebi. Yang aku ingat aku dilahirkan di Johor Bahru. Kat quarterstaff pejabat agama. Kalau tak silap di Jalan Gertak Merah. Entah ada lagi ke tak. Lama tak berkunjung ke sana. Mungkin itu rumah pertama aku. Selepas itu, di bandar Muar. Lupa juga nama tempatnya. Jalan Daud ke apa entah. Yang pasti kat depan rumah tu ada sebuah tadika perpaduan ke apa entah. Kakak aku bertadika disana.
Entah. Aku lupa kerana usia masa itu terlalu muda. Sehingga usia aku berumur 4 ke 5 tahun barulah aku menetap di Kampung Serom 2B ini. Di sinilah tersimpannya segala kisah suka duka kehidupan aku dan keluarga. Di sinilah tempat segala2 ilmu yang aku dapat dan pelajari. Di sinilah tempat aku mengenal erti cinta dan kasih sayang. Di sinilah tempat aku bermula segala2nya!
Setiap insan juga tidak mengalami pengalaman yang sama. Begitu juga kita. Ya, kita! Kau dan aku. Pengalaman dan keadaan keluarga kita berbeza. Kau lain, aku lain. Jadi jangan sekali-kali kau memandang serong dan terbalik terhadap keluarga aku. Kalau nak pandang serong dan terbalik biar pada aku sorang saja. Jangan keluarga aku! Mengapa? Kerana kita berbeza. Sangat jauh berbeza.
Aku dididik dan diasuh oleh atuk. Mak aku kerja, atuk aku mengambil alih tugas ibu aku. Aku ingat lagi, tangan atuk aku yang menyuap roti cicah air teh panas ke mulut aku. Betapa sedapnya! Waktu itu aku belum bersekolah. Ayah aku tiada, atuk aku ambil alih tugas ayah aku. Aku ingat lagi, atuk aku yang menghantar aku ke sekolah hanya menaiki motosikal yang berbonceng tiga orang sehinggalah ayah aku belikan basikal untuk aku ke sekolah. Tugas2 keibubapaan banyak diambil alih oleh atuk.
Namun, aku tidak menafikan kasih sayang dan pengorbanan ibubapa aku. Mereka bekerja penat lelah mencari rezeki hanya untuk membesarkan kami adik beradik. Dalam masa yang sama menjaga kedua ibu bapa mereka. Ya, emak dan ayah aku menjaga atuk2 aku sehingga sekarang.
Kau bayangkan, menjaga anak dan ibu bapa. Tidak seperti keluarga lain. Ya, mungkin ada yang seperti aku. Hanya kita saja yang tahu bertapa manis pahit tawar pengorbanan itu. Bagi aku banyak manisnya!
Sejak aku dilahirkan kehidupan aku bersama-sama atuk. Bila cuti sekolah aku pergi ke kampung belah ayah pulak. Di sana juga aku mengenal kehidupan. Namun, rumah atuk belah ayah aku sudah dirobohkan selepas arwah atuk lelaki aku meninggal. Al-fatihah untuk arwah atuk, Sapran bin Abdul Rahman. Sekarang atuk perempuan aku tinggal bersama ayah aku. Ya, ayah dan emak aku tinggal berasingan. Mengapa? Kau paham2 sendirilah.
Seringkali orang menilai sesuatu yang tidak mereka ketahui dengan nilaian mereka sahaja. Menilai apa yang tersurat saja. Apa yang mereka nampak. Kadang2 aku juga bergitu. Namun, pengalaman hidup mengajar aku supaya usah menilai apa yang nampak, sebaliknya apa di sebalik nampak itu. Kerana itu juga kau akan menganggap aku seorang yang pelik dan aneh. Kerana itu juga kau akan selalu berbeza tanggapan dengan aku.
Oh, apa dah aku melalut ni! Sebenarnya, aku hanya mahu berkongsi dengan kau bahawa di rumah inilah yang mengajar aku menjadi aku. Mengajar aku menjadi manusia yang kau nampak sekarang. Eh, kau agak aku manusia ke bukan. Ah, anggap saja manusia! Ngee~~ (Ah, melalut lagi!)
Dan, kau orang juga pastinya dibesarkan di rumah walaupun rumah kau dan aku berbeza rupa. Mungkin lagi cantik dan besar. Juga mungkin gambar rumah di atas lagi cantik. Ngee~~ Apapun, rumah kita syurga kita.
Sebelum aku lupa, sebenarnya emak aku telah membeli sebuah rumah ketika aku di tingkatan dua. Dan kami tinggal di sana meninggalkan atuk di rumah ini. Namun, sejak dua tahun kebelakangan ini kami berpindah balik ke sini atas faktor2 tertentu. Faktor yang kuatnya kerana mungkin kami tidak boleh berpisah dengan atuk. Ngee~~ Wallahualam.
Namun, rumah itu juga menyimpan nostalgia sendiri.
Ah, banyak lagi jika mahu diceritakan pasal rumah ini. Maklum saja rumah di mana kita membesar. Pasti banyak cerita di dalamnya. Namun, takkan lah aku nak ceritakan semua. Cukup hanya apa yang aku rasa kau boleh tahu. Dan aku berharap kau tidak menilai membuta tuli. Ambil pengajaran jika ada yang kau rasa tidak senang.
Okay, aku tidak mahu mengarut panjang lebar. Cukup sudah panjang lebar kali ini. Kau bukan baca pun kan. Skip skip saja kau tahu. Ah, lantak kau lah. Aku cerita sorang diri aje kat sini. Syiok juga cerita sorang2 ni!
Aku cinta atuk, emak, ayah, kakak dan adik-adik aku kerana Allah.
Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v

No comments:
Post a Comment