Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera ke atas kamu semua. Apa khabar imannya?
Mungkin entri kali ini terlalu beremosi.
Beremosi kerana kesakitan hati yang Alhamdulillah sudah semakin surut.
Surut kerana aku percaya bahawa apabila kita memaafkan orang yang menyakitkan hati kita.
Hati kita akan semakin tenteram.
Tenteram kerana aku percaya janji Allah.
Janji Allah yang menyatakan bahawa dengan mengingat-Nya hati menjadi tenteram.
Maka, sentiasalah mengingati Allah, tuhan yang memberi perasaan terhadap hamba-Nya.
Allah mengajar aku banyak erti kehidupan dengan agama yang di bawa Baginda SAW ini. Kerana itu, aku perlu berpegang teguh dalam agama ini. Kerana itu, setiap langkah akan aku pastikan tidak bertentangan dengan agama ini. Kerana itu, aku berasa selamat dan sentiasa di awasi oleh Sang Pencipta. Subhanallah, segala puji hanya bagi Allah!
Sakit di hati hanya Allah saja yang tahu. Waima orang menyakitkan hati kita mungkin tak tahu kita sakit hati dengannya. Oleh itu, maafkan saja dengan ikhlas hati. Mungkin dia juga pernah merasa sakit hati. Biar kali ini giliran kita pula merasainya. Mungkin juga kita pernah menyakiti hati orang lain. Biar kali ini kita menerima balasannya.
Namun, jangan biarkan kesakitan hati itu berterusan. Takut2 mudarat terhadap diri. Bukankah Islam mengajar kita bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Ubat sakit hati adalah memaafkan. Percayalah, kesakitan itu akan sembuh, InsyaAllah.
Pesan aku kepada mereka yang pernah aku sakitkan hatinya, aku minta maaf. Sesungguhnya, aku tidak berniat dan tidak mahu menyakitkan hati sesiapa. Kerana aku takut Allah marah pada aku kerana menyakitkan hati hamba-Nya.
Pesan aku kepada mereka yang menyakitkan hati aku, aku maafkan kamu. Sesungguhnya, kamu juga mungkin tidak berniat menyakitkan hati aku.
Aku minta maaf dan aku sudah pun maafkan kamu semua. Kerana aku mahu mencontohi Baginda SAW yang suka memaafkan orang yang menganiaya Baginda. Aku mahu menjadikan Baginda sebagai rujukan dalam aku menjalani kehidupan ini. InsyaAllah.
Ah, semakin beremosi dalam tulisan, semakin orang tidak faham mungkin. Jadi biar aku hentikan tarian jari-jemari di keyboard ini. Semoga Allah sentiasa membimbing kita dalam menjalani kehidupan ini. InsyaAllah.
Akhir kalam, marilah kita berdoa supaya hati sentiasa tetap dan mendapat petunjuk dari Allah. Dipetik dari maksud dalam suruh Ali Imran ayat ke lapan:
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."
bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v

No comments:
Post a Comment