Sunday, March 11, 2012

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Assalamualaikum wbt. Salam kesejahteraan buat semua yang dikasih Allah lagi disayangi Nabi saw.

Buku pertama hasil pinjaman secara online!

Kali ini nak guna bahasa agak sopan sikit, sikit je. Sebenarnya saya ni penyopan dan penyantun tau. Yela yela, Tak!

Hari kamis hari tu saya pulangkan balik buku yang saya pinjam kat perpustakaan. Kemudian, saya pinjam buku di atas ni. Gambar di atas ni. Saya tidak melilau mencari buku ini di rak-rak buku. Saya menggunakan perkhidmatan dalam talian dengan hanya menaip perkataan 'HAMKA'. Sebab teringin nak baca karya beliau. Pes (maksud saya, first) time saya menggunakan perkhidmatan tersebut. Mudah rupanya. ^^

Saya me'reserved'kan buku tersebut. Pada mulanya, saya berasa was-was kerana saya tidak pernah me'reseved' buku di perpustakaan. Namun, dengan bermuka tembok saya bertanya kepada pegawai perpustakaan yang agak menawan itu bagaimana saya mahu meminjam melalui online. Maka, si pegawai yang agak menawan itu pun menerangkan kepada saya step by step.

"Oh, awak sudah me'reseved' buku ini ya!" kata si menawan itu setelah menjelaskan panjang lebar kepada saya. "Aah, saya tak pasti cara saya itu betul atau tidak. Saya main godek2 je. Sebab itu saya tanya. Takut jadi lain pula nanti. Jadi, macam mana saya boleh tahu bila saya boleh ambil buku itu?" kata saya dengan penuh kesopanan dan kesusilaan. "Haaa, awak sudah boleh ambil buku tersebut". Dialog selanjutnya sekadar biasa. Haaaip, saya tidak berniat untuk mengurat pegawai itu ya. Awak semua jangan fikir bukan-bukan. Ngeee~~

Setelah saya mengatamkan novel "Akhir Sebuah Cinta" karya Siti Nur Dhuha milik si rumate saya barulah saya berkesempatan membuka lembaran demi lembaran buku dalam gambar diatas. Iaitu bersamaan malam tadi, 10hb (waktu entri ini ditaip 11hb malam). Seharian saya mengadap buku dalam gambar diatas. Kerana keinginan mengetahui hasil penulisan Buya Hamka.

Tiada sinopsis pun. Tapi takpa. Pasal Buya semua saya terima. Ngee~~

Pada awalnya, saya berasa agak pelik kerana pengarang tidak memperkenalkan nama watak utamanya pada awal perenggan novelnya. Muka surat pertama pengarang menunjukkan suasana atau latar tempat. Bahasa yang digunakan juga berlainan dengan novel-novel tempatan kita. Maklum saja, pengarangnya dari negara jiran kita. Namun, keminatan saya terhadap Buya Hamka mendesak saya untuk mengetahui kelanjutan cerita yang hendak disampaikan. Hanya mahu tahu jalan ceritanya. Dan kerana keinginan itu jugaklah saya berjaya mengatamkan buku ini dalam tempoh yang agak singkat. Ya, bagi saya yang malas membaca mungkin singkat.


Saya juga tertanya-tanya apakah kena mengena tajuk ini dengan jalan ceritanya. Saya tidak nampak sehinggalah tiba satu bab dalam buku ini ketika Hayati pulang ke kampung halamannya kerana desakan Zainudin. Punya lah saya tunggu apakah itu Kapal Van Der Wijick (bunyi macam sedap). Rupanya di kapal itulah konflik bermula. Pelbagai andaian yang saya buat. Adalah terkene sikit andaian tersebut. Ngee~~

Bila Hayati berkahwin dengan Aziz, hati saya sangat geram. Yela, mana boleh heroin kawin dengan orang jahat. Sepatutnya Hayati kene pertahankan cinta sucinya terhadap Zainudin. Tapi saya perlu pasrah kerana saya bukan pengarang cerita ini. Kesian Zainudin, berbelam hatinya! Ya, penerimaan apa yang sudah terjadi itu sangat penting. Tinggal saja kita perlu mengambil yang jernih dan membuang yang keruh.

Saya kagum dengan watak Zainudin tapi saya tidak suka watak Hayati. Bukan kerana Zainudin lelaki dan Hayati itu perempuan. Tidak. Tapi kerana prinsip dalam hidup watak tersebut. Cinta semestinya lahir dari lubuk hati seseorang. Bukan kerana harta atau kecantikkan. Oh, mungkin ada yang mencintai harta dan kecantikkan. Itu terpulang setiap manusia menilainya.

Bila saya membaca cerita2 berkaitan cinta, saya berasa pelik. Pertama, semestinya kerana setiap cerita cinta itu belum saya alaminya, jadi terasa tidak logik cerita2 sebegitu. Namun, saya perlu sedar pengalaman cinta setiap orang berlainan. Kedua, rentetan dari yang pertama, rupa2nya baru saya tahu keadaan cinta itu ada pelbagai bentuk dan keadaan. Ia berlainan bagi setiap individu. Namun, saya perlu sedar cinta apakah yang perlu di utamakan.

Sebelum saya baca karya Hamka ini, saya ada menonton filem 'Di Bawah Lindungan Kaabah' juga adaptasi dari  karya beliau. Jadi saya seperti sudah mengagak pengakhiran cerita ini. Mungkin saya sudah mengecop Buya Hamka pasti akan mengakhiri karyanya dengan takdir yang perlu kita terima walaupun perit dan pahit ditelan.

Disebalik jalan cerita yang agak memilukan, terdapat pengajaran yang tersirat dalam cerita ini. Bagaimana kasih sayang seorang pengasuh mengasuh anak yatim piatu, hati budi keponakkannya, keikhlasan dalam persahabatan, peranan seorang sahabat, pengaruh dari sahabat, budaya dan adat masyarakat di sana. Ah, banyak pengajaran yang boleh di ambil. Saya tidak pandai menyenaraikan dan membahaskannya. Kalian baca sendiri kalau mahu.

Saya kira sampai di sini saja bebelan saya kali ini. Apa yang saya taipkan ini mungkin tidak cukup mengambarkan betapa banyaknya saya dapat dari hanya sebuah buku ini. Kiranya kalau semua yang saya dapat ditaipkan pasti lagi panjang lebar dan luas lagi. Namun, kudrat saya berkongsi hanya setakad ini. Insya-Allah jika diberi kesempatan berjumpa lagi.

Bittaufiq wannajah wassalamualaikum
v(^_^)v

No comments: