Assalamualaikum wbt. (Tak jawab dosa, kalau jawab sayang~~ errr~~)
Jumaat, penghulu segala hari orang cakap.
Jumaat, ada waktu yang mustajab bila berdoa orang cakap.
Jumaat, kaum adam wajib pergi solat jumaat orang cakap.
Jumaat, aku tak ada kelas aku cakap. Eh!
Sudah! Di keheningan pagi jumaat ini aku mahu membebel.
Peringatan keras! Sila main jauh2 jikalau kau orang tak mahu dengar/baca bebelan aku!
Bila berjauhan dengan mak ayah, kau orang ada rasa something tak?
Kenapa ek rasa macam tu?
Lagi2 bila kau orang duduk sorang2 melayan perasaan sambil di buai lagu2 berunsurkan keibubapaan!
Oh, perasaan yang tidak enak barangkali!
Ya, aku ada rasa itu sekarang.
Duduk sesorang dibilik kerana cik rumate ada kelas awal pagi.
Tiba2 ada sesuatu yang hadir dalam diri. Tidak diundang.
Kehadiran perasaan ingin pulang kerumah menerjah jiwa raga.
Kehadiran kerinduan kepada mak yang kini berada di hospital (yang dikhabarkan bahawa hari ini akan pulang kerumah, wallahualam)
Kehadiran rasa bimbang terhadap seorang adik lelaki yang kini tidak tahu khabarnya.
Kehadiran mengenangkan kudrat atuk2 yang perlu bantuan apabila mereka ingin melakukan sesuatu.
Kehadiran rasa sayang yang tidak berbelah bagi terhadap keluarga tercinta.
Oh, apa sudah aku coretkan tadi (baca balik perenggan diatas)
Errr, apa ni?
Apa?
Aku ke yang taip benda kat atas tu!
Mengada-ngada rasanya menaip benda2 macam tu.
Mengada-ngada rasanya bila umur sudah meningkat masih seperti keanak-anakan.
Mengada-ngada rasanya seorang kakak selalu menanyakan khabar seorang adik lelakinya.
Mengada-ngada rasanya seorang adik selalu mengending kakaknya yang sudah bekerja.
Mengada-ngada rasanya seorang cucu yang selalu memeluk atuknya kuat2 dan berkata "Atuk, saya sayang atuk!"
Oh, kau ini mengada-ngada tahu!
Siapa lagi tempat untuk mengada-ngada kalau tidak ditumpahkan dan dicurahkan kepada keluarga tercinta.
Dengan kawan jangan harap. Makin dipandang serong dan terbalik mungkin.
Nak rasa menyesal memilih tempat yang jauh dengan keluarga? Ah, sudah tidak guna!
Aku tidak suka menyesali apa yang sudah diputuskan.
Walaupun kadang2 benda yang diputuskan itu mendatangkan keburukan.
Kerana aku tahu pasti ada hikmah disebalik keburukan itu.
Maka, mengapa harus di menyesali.
Seharusnya melihat hikmah yang tersembunyi.
Kadang2 kita hanya lihat keburukan yang ada.
Maklum saja, keburukan itu memang sesuatu yang tidak kita sukai.
Kadang2 seperti keburukan itu yang melebihi kebaikan yang ada.
Mungkin kerana kita sudah tidak suka perkara itu.
Maka, untuk melihat kebaikan amat nipis sekali.
Maklum saja, tidak suka.
Keheningan pagi jumaat ini, di sini, di bumi Penang, ada sesuatu yang membuatkan aku mahu meraon-raon (maksud aku round) Penang ini.
Kunci motor milik kawan aku sudah ada di genggaman. Dia pulang ke kampung halaman. Barangkali dia memahami bahawa aku suka merempit di jalanan makanya dia memberi kunci itu kepada aku. Mungkin!
Tapi aku masih tidak mengetahui selok belok jalan2 yang ada di sini.
Mungkin keinginan meraon-raon itu perlu diketepikan.
Eh, apa aku sudah mengarut ini.
Tak apa la eh, di sini saja tempat yang boleh aku mengarut.
Lagipun aku tahu memang tiada siapa yang peduli akan aku.
Juga tidak ada siapa sudi membaca kemengarutan aku yang entah apa-apa ini.
Cukup sampai di sini, lain kali jumpa lagi. Itupun kalau umur masih ada. Insyallah
Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v

2 comments:
Orang kat sini...tak sempat pun nak buat cam tu yan...dok jer belajar baik2.
Yela. Dok belajar baik2 jer la!
Post a Comment