Assalamualaikum wbt. Salam penuh kekacakan/kecantikkan dari Sang Pencipta. =)
Suka yang kacak saja. Suka yang cantik saja. Fitrah kita suka yang serba molek. Kan?
Saya juga suka yang kacak2.
Tapi bak kata kakak saya dalam blognya, dia cakap "aku suka yang kacak. tapi tak suka memiliki yang kacak".
Ya, masuk akal juga kan. Sekadar suka2, tapi bila memiliki yang kacak mungkin ada risikonya. Juga kekacakkan itu tidak akan kekal selamanya.
Begitu juga dalam kehidupan ini. Kita mengharapkan yang cantik2 saja. Tapi yang tidak cantik juga ada singgah dalam kehidupan ini walau kita tidak mahu yang tidak cantik itu. Normal dalam kehidupan.
Saya juga yakin, manusia diluar sana ramai akan memilih kecantikan sebagai perkara pokok. Contohnya, jika diberi pilihan sama ada kecantikkan , keturunan, harta benda dan agama, pasti akan memandang yang yang cantik. Ya, tidak semua. Tapi kebanyakkannya. Saya ulang kebanyakkannya! (Oh, ini hanya sekadar contoh. Jangan sempitkan fikiran dengan perkara jodoh saja)
Kenapa saya cakap kebanyakkan? Sebab saya banyak melihat manusia2 yang hanya melihat kecantikkan. Jika ada yang tidak melihat kecantikkan pun hanya sebilangan kecil. Ya, mungkin saya tidak kenal mereka. Dan kemungkinan besar saya silap. Cuma melihat luaran saja. Maaf kalau saya tersilap.
Sudah cukup sudah (pergh, nyanyi pulak kau yan)! Saya sekadar terfikir apabila terbaca blog kakak saya. Adakah saya juga tergolong dalam golongan yang hanya melihat pada kecantikkan luaran? Hanya Allah yang Maha Mengetahuinya.
"Kecantikkan itu univesal. Asal saja kau tahu bahawa Islam itu cantik. Islam itu Indah. Maka kau akan melihat dunia dengan penuh kecantikan"
Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.



4 comments:
suke ayat yg last tu ' islam itu cntik , islam itu indah , maka kau akn melihat dunia dgn pnuh kcntikan '
Ayat mahal tu. Tak diciplak dari mana2 sumber. Huhu~~
v(^_^)v
"Aku suka tengok dan memiliki Aaron Aziz dan Remy Ishak". Komen tanpa motif. Titik
Cis! Tak motif sangat! Tanda seru!
v(^_^)v
Post a Comment