Monday, May 21, 2012

Peluang dan Ruang.

Assalamualaikum wbt. 

Sebelum saya memulakan bicara, marilah kita bersama-sama mengucapkan hamdalah tanda syukur kita pada Ilahi. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

Saya tidak tahu bagaimana mahu berkongsi dengan kalian. Cuma cebisan kenangan yang mampu saya kongsikan kerna ilmu saya yang terbatas berbanding apa yang sedia ada. Allahualam.

19hb hari tu saya berpeluang mengikuti satu program yang mana Ustaz Azhar Idrus (UAI) telah menjadi salah satu 'orang penting' dalam program itu. Program "Wacana Santai Bersama UAI". Lebih kurang macam tu lah bunyi programnya. Saya pun kurang pasti.

Sebenarnya saya tidak mahu pergi ke program tersebut kerana sudah pasti dan pasti akan ramai membanjiri tempat tersebut, iaitu di Padang Kota, Penang. Saya tidak suka keadaan yang ramai orang bersesak-sesakan. Jadi saya biarkan saja program itu.

Sehingga saya ada terdengar desas-desus-desis bahawa kawan2 saya mahu ke sana. Dan mereka mengajak saya. Saya terpikir, "Allah! Inikah peluang yang Kau berikan untuk aku melakukan kebaikan. Ruang yang Kau berikan untuk aku ke arah kebaikan. Jika ya, maka Kau permudahkanlah." Dan tidak semena-mena lantas lidah saya berbicara kepada rakan saya untuk menjoinkan diri.

Saya cuba sedaya upaya mengikhlaskan diri untuk menghadiri program tersebut kerana saya tidak suka keadaan yang sesak. Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana ketika sampai saja di sana tidak ada satu perasaan ketidakselesaan pun dalam diri. Saya berasa sangat tenang walaupun ramai orang menbanjiri tempat itu. Mungkin inilah rahmat Allah, InsyaAllah.

Saya sangat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk bertemu orang2 yang sangat hebat dalam agama. Orang2 yang sangat saya kagum kerana memilih jalan Allah. Semoga kita semua sentiasa memperbaiki diri untuk mencapai syurga.

Sekian dulu dari saya kerna saya ada hal lain untuk diuruskan. Doakan supaya urusan saya ini dipermudahkan dan semoga urusan kalian juga dipermudahkan.

Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v

p/s: saya ada terbaca blog yang menceritakan tentang program UIA ni. Silalah terjah blog ini!

2 comments:

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

besnyer dapat pegi,,,

Unknown said...

Alhamdulillah.
v(^_^)v