Assalamualaikum wbt. Salam Sejahtera.
Dua tiga empat hari ni tak update, ada keje sikit dan malas nak taip. Tapi sebenarnya banyak nak cerita. Selasa sampai kamis hari tu ada program jejak universiti. Budak2 skolah SMK Kota, Kota Bharu datang USM. Semalam, jumaat cari bahan2 rujukan untuk tugasan sikit. Then malam pergi "Malam Santapan Secangkir Kasih".
Entri kali ni bukan nak cerita pasal aktiviti aku tu semua. Banyak sangat kalau nak berkongsi dengan kauorang. Tapi kali ni aku nak bawa kau semua pasal penyanyi ni. Oh, ini bukan gosip artis. Aku just kagum dengan dua orang penyanyi ni.
Siapa?
Kenal tak Maher Zain. Bukan adik beradik Anuar Zain mahupun Ziana Zain. Tapi dia ni penyanyi luar negara. Aku percaya ramai yang minat kat beliau. Oh, nasib baik sudah berkawin. Kalau tak masuk jugak senarai calon menantu mak aku.
Dan seorang lagi Opick. Penyanyai yang bukan dari Seberang Prai, tapi dari seberang Malaysia iaitu Indonesia.
Kau google saja nama mereka untuk mengetahui tentang mereka lebih lanjut.
Aku bukan nak agung2kan penyanyi ni, lagi2 penyanyi yang dari luar negara. Tidak adakah penyanyi dalam negera seperti mereka. Ya, ada. Tapi aku lebih prefer pada mereka berdua ini.
Mengapa?
Wallahualam. Cuma aku dapat rasakan sesuatu yang perlu aku contohi daripada mereka. Sesuatu yang baik. Yang aku rasa boleh membawa ke Syurga Ilahi.
Ini hanya dua contoh yang aku percaya ramai yang kenal. Sebenarnya ramai lagi seperti mereka. Mana tahu kau pun seperti mereka. Wallahualam.
Kenapa?
Jika kau orang perasan, semua lagu2 yang mereka bawa menjurus kearah kebaikan. Membawa jiwa ini mengingati Allah. Membawa perasaan cinta pada Rasul. Runtun hati aku bila dengar apa yang mereka bawakan. Jika tidak percaya, cuba kau cari dendangan lagu2 mereka. Jika kau tidak suka irama muziknya, cuba kau fahami bait2 lirik lagunya. Sangat bermakna.
Aku kagum dengan mereka. Aku boleh rasa, mereka sangat cinta dan kasih kepada Allah dan Rasul dengan menelusuri dendangan lagu mereka. Kadang kala hati aku menangis mendengarkannya. Bukan kerana mereka, tetapi kerana lirik2 yang disampaikan.
Aku tidak pandai menginteprestasikan rasa cinta ini dengan bait2 lagu dan lirik seperti mereka. Cuma aku teringin menyalurkan rasa cinta ini pada jalan yang benar. Ah, sukar bagi aku menginterpretasikannya dan menggambarkannya!
Subhanallah! Sesungguhnya segala pujian hanya bagi Allah. Harap kita semua dapat cinta Allah dan kasih Rasulullah.
Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v



2 comments:
boleh meleleh airmate denga lagu opick kan,,
Tu la. Meleleh airmate sambil makan pecal leleh pun adoi ai.
v(^_^)v
Post a Comment