Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera. *sila senyum seikhlas hati*
Semalam tak sempat nak stori mori macamana pengalaman diinterbiu. Kalau sempat tu kompem entri panjang berjela kan. Ngee~~
Saya sudah menghadiri banyak sesi temuduga. Temu adalah berjumpa atau bersua, duga pula sesuatu yang menguji. Maka saya assume temuduga itu suatu perjumpaan yang ingin menguji kita. Ah, kalau salah tutup mata je la ye.
Seingat saya, first time saya perlu interview adalah bilamana saya dapat tawaran kos kerja sosial di usm ini. Semestinya saya suka bila ada tawaran itu. Lagi2 pertama kali tawaran perlu interview. Ya, ini yang pertama sekali perngalaman interview saya secara formalnya.
Sudah saya katakan, pengalaman pertama! Jadi saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. Kos kerja sosial itu sendiri saya masih samar2. Maka, saya tidak membuat apa-apa persediaan untuk itu.
Masa itu, semestinya ibu bapa saya orang yang paling gembira dan banyak memberi semangat kepada saya. Mereka sanggup menghantar saya dari Muar ke Penang. Saya? Allahualam.
Semasa diinterbiu pun saya jawab ikut hati saya saja. Macam tidak bersungguh mahu mendapatkan kos ini. Seingat saya, ada penginterbiu tanya kenapa saya pilih kos ini, kenapa tidak jururawat, kenapa tidak guru. Nak tau jawapan saya? (Tak nak tau sudah!) Saya jawap sebab belum ada rezeki lain bla bla bla (dialog seterusnya tak ingat, yang pasti saya banyak merapu). Pastu dia tanya balik, kalau kamu dapat cikgu bagaimana (tak ingat struktur ayat penuhnya, tapi macam tu la lebih kurang). Maka saya jawab, saya lebih suka jadi cikgu bla bla bla...
Saya seperti dirasuk ketika itu, seperti tidak sedar apa yang saya katakan. Bila pulang baru saya dapat rasa "ah, kompem tak dapat ni". Saya tidak cerita pada ibu bapa saya kerana saya takut mereka akan sedih. Dan saat itu juga saya berazam saya mesti dapat USM. Ya, memang sebelum ini saya mahu masuk USM, tapi saya mahu kos pendidikan. Mahu sangat2.
Dan Alhamdulillah, tawaran intebiu kos pendidikan khas saya terima. Persediaan juga sebenarnya sekadar saja. Saya tidak hafal nama2 menteri, tidak tahu falsafah pendidikan (yang saya tahu JERI itu saja), tidak tahu struktur organisasi dalam pendidikan. Saya hanya berdoa bersungguh2 supaya saya berjaya dalam intebiu itu, Dan saya pergi sendiri berjumpa ustaz apa entah namanya. Sebab orang kata doa orang alim2 ni makbul. Saya cakap doakan saya intebiu cikgu.
Saya juga hanya membuat persediaan dari segi kekuatan diri. Saya cuba beranikan diri melontarkan pendapat dengan cara saya sendiri. Saya cuba cakap kat pengintebiu itu bahawa dia perlu ambil saya dalam bidang pendidikan ini.
Apa yang saya ingat, pengintebiu tanya kenapa saya tidak mengambil subjek matematik semasa STPM. Ah, sudah saya tidak tahu mahu jawab apa. Namun, saya perlu cool. Saya cuba terangkan kepada pengintebiu dengan tenang. Saya tidak ingat jawapan saya. Seingat saya saya menjawap dengan penuh kesungguhan, kesopanan dan kesusilaan. Syukur Alhamdulilah pengintebiu tidak tanya soalan yang tidak boleh saya bidas. Bidas maksud saya yang membuatkan saya diam terbisu. Apa yang saya rasa, intebiu kali itu saya yakin dan sangat yakin saya akan dapat kos itu.
Kerana apa? Allahualam. Cuma saya dapat rasa satu perasaan yang saya perlu dan layak dengan kos ini.
Alhamdulilah saya lepas intebiu tersebut. See, sekarang saya dalam bidang ini pun.
Kemudian dalam USM ni sendiri, banyak intebiu yang saya hadiri. Cuma apa yang saya ingat saya pernah pegi intebiu convex tapi tak dapat pun. Then, intebiu untuk jadi MTExco PBSM, dan lain2 tak ingat. Rasa dua tu je kot. Ngeee~~ Oh ya, semalam intebiu PPSL. Itu saja.
Ada satu lagi intebiu yang saya alami. Iaitu biasiswa KPM. Ini yang paling saya gementar. Kerana semua saingan saya hebat2. Classmate saya memang semua superb. Jadi saya berasa sangat rendah diri. Saya mahu sangat biasiswa itu, dalam masa yang sama saya tahu saingan saya juga layak2 belaka. Saya melihat mereka bersungguh2 mencari maklumat dan kemungkinan pengintebiu tanya. Saya? Seperti biasa, rilex saja. Namun, tidak lah rilex serilexnya. Usaha perlu ada juga kan. Ada la sikit2 saya cari isu2 semasa pendidikan ini. Selain itu, saya cuba membina keyakinan diri.
Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga.
Pengalaman2 intebiu banyak mengajar saya erti kesungguhan. Kerana bila kita mahu kan sesuatu kita perlu bersungguh untuk dapatkan nye kan. Saya juga belajar jika tidak dapat apa yang kita mahukan, jangan berputus asa. Saya percaya dan yakin Allah melihat usaha kita. Walau hasilnya bukan yang kita mahukan sekurang2nya kita berusaha dapatkan nya. Bagi saya itu adalah satu kepuasan.
Banyak kalau mahu saya ceritakan pengalaman intebiu ini. Nak cerita satu entri memang jenuh. Saya dapat rasa kepuasan bila saya lakukan bersungguh2 dalam intebiu2 yang saya alami walaupun kemungkinan saya tidak berjaya. Ya, debaran menanti jawapan itulah suatu yang mencabar. Adakah kita diterima. Adakah kita ditolak. Adakah kita akan gembira. Adakah kita akan kecewa. Itu berserah saja pada Allah yang Maha Berkuasa. Kerana Dia tahu yang terbaik untuk kita.
Akhir kalam dari saya, cubalah muhasabah diri kita. Saya juga sedang cuba muhasabah diri saya sendiri dari apa yang saya alami. InsyaAllah kita akan dapat sesuatu daripada apa yang kita alami itu daripada muhasabah diri, InsyaAllah.
Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v
terasa skema pulak entri ini. ahaks~~

4 comments:
aku g intebiu baru sekali,,hahah kat usm la
okay la. ada juga pengalaman intebiu.
v(^_^)v
aku 10 kali gagal dlm temuduga..
Standard la. Haha~~
v(^_^)v
Post a Comment