Assalamualaikum wbt. Semoga sejahtera hendakNya. :)
Kempen salah satu perkara yang membuatkan kita kadang2 tersedar. Tersedar perkara yang dikempenkan. Kan?
Oh, kalau kalian kata tidak, saya tidak boleh buat apa2. Bagi saya kempen itu sangat membantu untuk memberi kesedaran yang jitu dan padu. Perkara mudah, tapi boleh memberi impak yang hebat.
Namun, jika sekadar kempen tetapi tiada pelaksanaan mungkin motif kempen tersebut tidak tercapai. Maka sia2 saja kempen itu. Atau mungkin kempen tersebut tidak dapat mempengaruhi fikiran orang lain, maka orang lain itu akan membuat tidak tahu saja dengan kempen tersebut.
Saya sangat berterima kasih kepada si pekempen yang mencetuskan kempen bekenaan Palestin. Banyak sekali. Saya yang pada awalnya tidak cakna dengan isu ini, kini semakin terasa dan tersentuh bila ada yang membahaskan isu ini. Kesedaran itu semakin dekat dengan saya.
Saya kagum dengan usaha2 mereka. Saya menjadi malu kerana tidak mengambil tahu akan perkara ini sebelum ini. Semakin terasa betapa hina dinanya saya jika saya tidak pedulikan mereka.
Hati saya juga sangat tersentuh dengan pejuang2 Palestin. Betapa bersemangatnya mereka memperjuangkan tanah air. Memperjuangkan agama dari musuh2 Islam. Saya? Allahualam.
Kadang2 saya terfikir, apa sumbangan saya untuk agama, bangsa, negara? Sepertinya tiada!
Cemburunya saya dengan pejuang2 Palestin. Saya juga ingin seperti mereka, memperjuangkan sesuatu untuk agama, bangsa, negara. Jika diberi peluang saya mahu menyertai mereka. Namun, adakah saya terdaya dan tabah seperti mereka? Allahualam.
![]() | |
| Saya baru tahu perkara ini. Terima kasih ya Allah kerana membuka hati saya tentang perkara ini. |
Betapa jahilnya saya tentang isu2 sekarang. Saya berasa seperti katak dibawah tempurung. Sepatutnya saya perlu sedar tentang isu2 semasa. Ah, main saja saya ni. Astaghfirullah al'azim.
Maafkan saya. Saya jahil dalam isu2 seperti ini. Saya akan cuba sedaya upaya untuk mengetahui isu ini. Harap kalian dapat membantu memberi kefahaman dan kesedaran itu kepada saya.
Maafkan saya sekali lagi. Oh, saya sudah tidak dapat menahan diri dari rasa ini. Rasa yang saya sendiri tidak tahu rasa apa. Seperti saya berasa di Palestin. Adakah saya sekuat dan setabah saudara2 saya di sana. Maafkan saya. Saya tidak dapat meneruskan penaipan.
Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v
FREEDOM FOR PALESTINE!


No comments:
Post a Comment