Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera. (Tak jawab dosa, kalau jawab sayang. errrr~~)
Tahukah kau orang, apakah yang terdapat dalam Hadis pertama Imam Nawawi? Ah, ni soalan kacang je dari aku. Sangat pemes. Tengok tajuk pun dah tahu. Tapi tak pe, kau simpan dulu jawapan tu. Aku nak membebel dulu.
Sahabat aku ada post sesuatu kat pesbuk hari tu. Suruh aku jawab. Tapi aku ni bukan lah pandai sangat. Jawab pun entah apa-apa. Ilmu tak cukup lagi. Hee~~
Sebenarnya, masa aku komen tu aku betul2 tak tau perbezaannya yang sebenar. Tapi masa tu yang aku nampak, MATLAMAT petani 1 dan 2 yang berbeza. Sangat berbeza, seorang untuk mendapatkan makanan untuk anak isterinya. Sorang lagi menganggap setiap pekerjaan adalah ibadah. Itu yang tersuratnya yang aku boleh jawab. Wallahualam.
Memang kita kat dunia ni pun masing2 ada matlamat masing2. Waima kita solat pun ada matlamatnya, lillahi taala. kerana Allah Taala. Jadi fokus kita masa solat adalah Allah semata. Begitu juga kehidupan kita, pekerjaan yang kita lakukan, perlu ada matlamat. Islam itu indah, Islam dah pun ajar kita supaya setiap gerak langkah yang kita lakukan ada arah tujunya. Untuk mendapat redha Allah.
Jadi, kau dah tau apa hadis pertama tu?
Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya setiap amalan perbuatan bergantung pada NIATNYA. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasulnya maka hijrahnya kepada (keredhaan) kepada Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Nah, nampak tak sekarang. Bila kita dah tahu matlamat kita (mendapat redha Allah), maka tiap apa yang kita buat akan lebih jelas. Dari bangun sampai bangun kembali. Kita hanya harapkan redha Allah. Sangat luas bila nak dihuraikan tentang redha Allah ni. Yang boleh aku ringkaskan, nak dapat redha Allah kita perlu buat apa yang Allah suka dan tinggal terus apa yang Allah tak suka.
Okaylah, sampai kat sini dulu. Perbaiki niat hanya kerna Allah. Harap kita semua sentiasa menuju redha Allah dan Rasul. Aku tinggalkan dengan video di bawah:
wallahuaklam.
Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v
p/s: thanks to huda sebab selalu buat saya berfikir, berfikir dan terus berfikir. Awak sahabat yang saya cari2. Keep in touch. ^^


2 comments:
alhamdulillah..aku pun sbnrnya nk ckp pasal hadis pertama ni..tp kat fb nak tulis panjang sgt..alhamdulillah kamu dpt lakukan dgn baeekkkkkk...hehe..moga istiqamah dijalanNya ye..
keep in touch tu cam nk tunjuk aku dah lame x contact ko je..huhu..well..u're always in my doa..nk msj2,fb2 xdan sgt..makin byk keje :)
btw,keep it up bebeh!
kau memang biziwumen! ngee~~ apa pun, thanks. sama2 lah kita istiqamah dijalan-Nya.
(^_^)v
Post a Comment