Assalamualaikum wbt.
Bertemu lagi untuk entri ke-2 hari ini. Tetiba tergerak mahu menaip2 sesuatu walaupun sebenarnya mahu meneruskan menyiapkan laporan pembentangan yang perlu dihantar selasa ini (Ah, lama lagi. Nanti hari isnin mesti saya akan kalut menyiapkannya. Astaghfirullah al'azim~~)
Baru meng'tweet'nya, Sekarang mahu mengpost di sini.
******************
Rindu ini bertandang lagi
Hanya doa kudus pengubat hati
Harap mereka dalam rahmat Ilahi
Aku di sini hanya setia menanti
Ibu,
Engkau selalu ku rindu
Pengorbananmu menjadi kekuatanku
Semoga engkau bahagia selalu
Ayah
Engkau selalu bersusah payah
Membesarkan kami dari jauh
Kerna suratan diterima dengan pasrah
Moga imanmu tidak goyah
Ayah dan Ibu tercinta
Kini anakmu semakin dewasa
Ingain berjasa padamu setiap masa
Membahagiakan engkau sentiasa
******************
Okaylah. Itu dulu. Itu saja ilham yang ada. Saya tidak pandai bermain madah. Juga tidak pandai bermanis bicara. Semua itu Allah yang ilhamkan untuk dikongsi bersama.
Semoga kita bahagia, juga dapat membahagiakan orang lain. InsyaAllah.
Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v

5 comments:
terbaiklah ilham ni,heheh
TQ pija! Semua dari Allah. hehe~~
v(^_^)v
mcm best jer ngko wat puisi tu...tp aku x bce abih pon...aku elergik sket nga puisi2 nih...huhuhuuhuh. tp bgus la kau dpt ilham tuh. =)
Cis, kata cikgu BM. Aku pun tak tau macamana boleh tergerak buat puisi. Susah nak cipta puisi. Aku hentam je.
v(^_^)v
bm bkn sastera...tp pepun mmg ade kaitan...tp x suke x suke...
=(
Post a Comment