Wednesday, April 18, 2012

Gelang Si Paku Gelang, Pulang Mari Lah Pulang

Assalamualaikum wbt. Salam penuh kehormatan dari saya yang serba hina dina ini. *Jangan lupa senyum*

Eh, betul ke tak lagu gelang si paku gelang macam tu. I'm sori kalau salah. Kapasiti ingatan saya berkenaan lagu itu amat kurang. 

Saya nak cakap hari tu saya pulang ke rumah. So, tak tau nak letak tajuk apa, lantas dalam benak fikiran saya terlintas lagu ini.

Saya pulang lewat. Kerana apa? Susah untuk saya terangkan. Namun, hati meronta-ronta mahu pulang dengan segera mungkin. Ah, hanya Allah saja yang tahu hati saya tika dan saat itu.

Masih ingat peristiwa Gempa Aceh hari tu? Haa, masa itulah saya bergegas mahu pulang. Dalam kepala sudah di set mahu pulang, pulang dan pulang ke teratak indah di kampung. Siapa yang tahu gegaran itu tempias di kawasan utara Malaysia ini. Allah jua yang Maha Mengetahui.

Bolehkah saya pulang? Ya, boleh. Pada awalnya saya mahu pulang di sebelah petang. Namun, Allah telah gerakkan hati saya untuk pulang di sebelah pagi. Sebelum kejadian gegaran tersebut berlaku. Alhamdulillah Alhamdulillah. Allah sayang saya.

Kebetulan pula saya mahu menaiki feri. Mungkin ada yang tidak suka menaiki feri, tetapi saya suka. Allah juga telah mendatangkan beberapa insan yang dipilihnya untuk saya berborak-borak di atas feri tersebut. Siapa insan terpilih itu?

Mereka adalah dari Thailand, tidak pandai berbahasa Melayu. Jadi bagaimana saya berkomunikasi dengan mereka? Oh, bahasa yang saya tidak suka, Inggeris! Pada mulanya, ada seorang wanita lebih kurang berusia seperti ibu saya melemparkan senyuman manis kepada saya lalu saya membalasnya. Kemudian dia menegur saya. Maka bermulalah perkenalan kami. Sepanjang perjalanan mereka dan saya di atas feri kami berborak2. Namun, setelah sampai di jeti Butterworth perbualan kami terencat kerana mereka menghala ke laluan kereta api, saya pula mahu ke laluan bus. 

Sesampainya saya di terminal bus tersebut, saya terus mencari2 tiket bus ke KL. Serabut dan sesak mata penglihatan saya dengan keadaan yang ramai orang itu. Saya berdoa dalam hati agar Allah permudahkan urusan saya yang mahu pulang ke rumah ini. Dan Alhamdulillah saya dapat tiket terus ke KL. Maksud saya tidak singgah di Ipoh dulu kerena ada bus yang singgah di Ipoh.

Tetapi saya terpaksa ditukarkan ke bus yang lain bila tiba di perhentian tol mana entah. Oh, tidak mengapa, asal saja saya boleh pulang ke rumah. Sehinggalah saya sampai ke Pudu di KL.

Subhanallah! Di KL, saya terpinga2 kerana keadaan yang sudah berubah. Oh, dimana dia LRT terdekat. Saya berhenti dan memandang sekeliling. Err, saya perlu berhati2 dengan keadaan sekeliling yang seolah2 memandang saya juga. Bukan saya perasan, tetapi pemandu2 teksi itu seperti mahu aim saya menjadi penumpangnya. Cepat2 saya menuju ke arah laluan ke LRT setelah mata saya menangkap laluan ke sana. Dan sebolehnya saya mengelak dari di tegur oleh mana2 pemandu teksi itu.

Saya seorang diri dengan pengetahuan yang serba cetek tentang ilmu2 LRT. Jadi saya call kakak saya yang sudah mahir selok belok di LRT (Maklum saja kerana beliau tiap2 minggu pulang dari KL ke Muar). Saya tidak faham sebenarnya apa yang kakak saya terangkan, namun Alhamdulillah Allah buka kefahamanan saya untuk memahaminya dengan melihat signboard2 yang ada. Di dalam LRT pula, saya diberi duduk kerana membawa beg yang besar. Oh, semoga Allah merahmati saudari yang memberi saya duduk itu. Sebenarnya kalau saya berdiri pun tidak mengapa. Beg saya tidak berat pun.

Sesampainya di TBS, saya tersilap laluan. MasyaAllah. Padahal sudah berkali2 saya sudah melalui TBS. Patut saya berasa pelik sebab laluan yang saya lalu itu tidak sama dengan laluan sebelum ini. Lantas saya bertanya entah kepada siapa, tapi sepertinya saudari itu orang KL. Alhamdulillah saudari itu menunjukkan arah yang benar. Semoga saudari itu juga sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah.

Di TBS saya mendapatkan Tiket ke Muar. Kakak saya cakap, boleh juga terus ke Tangkak. Dekat dengan kawasan saya, tetapi bus ke Tangkak sudah penuh. Maka ke Muar pun tidak mengapa asal saja saya dapat pulang. Mulanya saya setia mahu memilih bus Mayang Sari, tetapi sudah penuh juga. Ah, saya sudah risau. Namun, Allah sayang saya. Ada satu bus ini masih ada kekosongan. Alhamdulillah. Saya memilih seat depan sekali kerana saya mahu turun sebelum sampai di stesen bus Muar iaitu di Pekan Sungai Mati.

Sebelum naik bus lagi saya sudah beritahu pemandu bus bahawa saya  mahu turun di destinasi yang saya nyatakan tadi. Pemandu bus juga kelihatan sangat sporting. Sepanjang perjalanan tidak sunyi dengan suara2 pemandu bus tersebut. Jadi, kegirangan pulang kerumah itu semakin terubat.

Akhirnya, setelah menempuh perjalanan yang panjang saya sampai ke rumah dengan keadaan yang selamat dan gembira.

Bagaimana perjalanan pulang saya ke Penang? Oh, itu akan saya ceritakan di entri akan datang. Namun, minggu ini saya perlu menyiapkan beberapa assignment. Mungkin akan tergendala sesi update blognya. InsyaAllah kalau saya masih ingat akan saya kongsikan. kerana banyak hikmah yang saya dapat dalam perjalanan pulang saya kali ini.

Harap maaf kiranya kalian tidak suka cerita saya kali ini. Saya memang tidak pandai menulis mahupun bercerita. Maaf sekali lagi.

Saya harap walau apapun yang kita lakukan, Allah sentiasa bersama kita. Dan itulah yang saya rasa sepanjang perjalanan pulang saya kali ini walaupun saya seorang diri menempuh perjalanan yang jauh dan panjang. Mak saya selalu cakap "pandai2 la kau nak hidup". Dan apabila berseorangan, masa inilah kita perlu gunakan otak waras untuk membuat keputusan. Adakah bergini bagus? Atau begitu? Saya terpaksa memikir seorang diri kerana tiada sesiapa dan saat itu juga saya bertawakal kepada Allah.

Okaylah, saya mahu meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar pula. Semoga setiap apa yang menimpa kita, kita dapat mencari hikmahnya. Wallahualam.

Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v

sopan tak bahasa saya kali ini. hikhikhik...

No comments: