Wednesday, April 11, 2012

Hati Keruh Aku Terpengaruh

Assalamualaikum wbt. Salam penuh rahmat dari Ilahi, insya-Allah.

Hati adalah organ yang kedua paling besar dalam anggota badan manusia selepas kulit. Hati juga merupakan organ yang penting dalam proses metabolisma. Jadi secara saintifiknya kita perlu menjaga hati supaya kondisi tubuh badan kita dalam keadaan yang sihat waafiat.

Begitu juga dalam Islam. hati perlu dijaga. Sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

"...Ketahuilah bahawa setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati"

Sukar bagi seorang manusia menilai hati2 manusia yang lain. Malah mahu menilai hati sendiri juga kadangkala keliru, adakah hati aku begini, adakah begitu. Biar saja Sang Pencipta hati menilai. Kita lakukan saja apa yang Sang Pencipta suka. Bukankah apabila kita melakukan apa yang Allah suka, kita dapat mensucikan hati. Tetapi bila kita melakukan perkara yang Allah benci, hati akan menjadi kotor. Akan menjadi keruh.

Kadangkala, kita termelakukan perkara yang Allah tidak suka, perkara yang Allah benci. Oh, mudahnya kita terpengaruh dengan hasutan syaitan. Maka, bertaubatlah dengan sebenar2 taubat. Menyesali kesalahan itu, dan berazam tidak melakukannya lagi.

Beristighfarlah. Beristighfarlah dengan penuh tawadu'. Moga2 dengan itu, segala dosa kita akan terhapus. Bukankah Allah Maha Pengampun. Kita berusaha saja menjaga hati. Berusaha saja menuju syurga Ilahi.

Ya, dalam usaha itu pasti akan datang cubaan dan dugaan. Seperti dalam firman Allah dalam surah Al-'Ankabut ayat ke-2:

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan menyatakan, "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?"

Percayalah setiap ujian itu adalah untuk meningkatkan lagi keimanan kita. Maka, jangan berputus asa dalam usaha kita.

Sumber gambar: facebook sapa entah. Lupa. Hee~~ ^^


Persoalannya, bagaimana kita mahu menjaga hati? Oh, itu kau perlu tanya yang lebih pakar. Aku juga lagi sedang belajar untuk menjaga hati. Menjaga dari dicemari oleh perkara2 yang Allah tidak suka. Apa yang Allah tidak suka itu kita perlu tahu. Bagaimana mahu tahu? Itu kau dan aku perlu sama2 cari. Kerana itu juga, kita perlu sentiasa mendekatkan diri dengan orang2 beragama, dengan orang2 berilmu. Agar apabila kita tersilap dalam langkah kehidupan ini, mereka dapat menegur.

Bagi menjaga hati juga, kita perlu selalu menyibukkan diri dengan perkara yang Allah suka. Apa-apa perkara yang Allah suka itu adalah ibadat. Apabila dikira ibadat, insya-Allah diberi pahala.

Akhir peringatan dari aku yang sering terlupa, jagalah hati. Jagalah hati supaya sentiasa bersih dan suci. Apabila hati kotor dan keruh, kita akan mudah terpengaruh dengan anasir2 jahat. Awas! Maafkan aku kiranya bait kata2 aku kali ini tidak menyenangkan hati kalian. Sungguh, ini adalah peringatan kepada diri aku yang selalu mudah terpengaruh dengan perkara lagha. Mungkin kerana hati aku tidak bersih. Astaghfirullah al'azim. Sama2 kita bersihkan hati.

Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.

v(^_^)v






No comments: