Assalamualaikum wbt. Salam hujung minggu yang indah.
Tak tau sebenarnya nak crite macamana. Terlalu banyak kalau mahu diceritakan. Dan penceritaan yang aku ceritakan mungkin akan mengundang kebosanan kepada kau orang.
30 Mac lepas, aku bertolak dari USM ke Lumut dalam pukul 8 pagi. Sampai kat Lumut tak ingat pukul brapa. Tapi masa tu dah tengahari. Naik feri, then sampailah ke Pulau Pangkor. Nak tau Pulau Pangkor cuba klik sini. Aku pun tengah cari sedikit maklumat pasal Pangkor untuk dijadikan rujukan laporan dan esei untuk tugasan aku.
| Ekceli ni waktu dah balik. Baru sempat berposing. Eh, selendang diterbangi angin laut. Ngee~~ |
Apa kau ingat aku pegi sana suka2. Balik dari sana kene buat laporan segala bagai.
Sampai kat resort, terus lecturer aku bagi tugasan. Sudah aku bagitau apa yang aku kene buat di entri lepas. So, petang tu lepas letak barang, solat dan persiapan diri semua terus pegi cari responden. Sorang kene ambil lima responden. Aku ber'partner' dengan kawan aku. Errr, kawan aku tu perempuan okay. Mula la tu nak gosip2. Errr. So, aku dan dia cari 10 responden. Ekceli satu kumpulan empat orang. Malam tu baru kita orang satu kan hasil soal selidiknya.
Ekceli, masa mula2 nak cari responden aku malu nak tegur foreigner2 ni. Tak geti nak speking. Tapi dah kene jugak buat, terpaksalah tebalkan muka. Dengan melemparkan penampar, eh tak. Dengan melemparkan senyuman penuh kesopanan dan kesusilaan, aku menahan mana2 foreigner yang ada depan mata. Suruh jawap question air. Sambil2 dia jawap tu tanya2 sikit macamana nak jadikan Pangkor ni destinasi pelancongan. Ada juga yang aku tak paham apa diorang cakap sebab slaga diorang ni pelik bagi aku.
Dah nak dekat maghrib habes dah keje. Senang kan. Tapi kene buat laporan pulak. Nasib malam tu key-in sikit2 maklumat nak masuk dalam laporan nanti.
Esoknya, memandangkan keje dah siap, maksud aku cari responden dah siap. Aku ikut kawan2 aku yang kene question air untuk resort. Tetiba hujan turun dengan lebatnya. Ah, baru nak berfoya2 dan mencuci mata melihat panorama di tepi pantai. Sampai tengahari pulak tu hujan. Lepas makan tengahari baru lah boleh berjalan-jalan di tepian pantai.
Petang tu kawan2 semua pegi aktiviti air. Aku dengan sorang lagi kawan aku ni je yang tak menjoinkan diri. Kawan aku tu ekceli lemah semangat sikit dengan aktiviti air. Aku? Errr, aku tak suka sangat main2 air ni. Lagi2 kawasan terbuka kat pantai ni. Tak selesa. Rasa macam baju tu melekat kat badan. Errrr...
![]() |
| Aku dan kawan aku ni je yang tak menjoinkan diri dengan aktiviti berair. Ngee~~ |
Tapi seronok tengok diorang main air kat pantai. Rasa nak main jugak sebenarnya. Tapi sebab aku memang tak selesa dengan keadaan macam tu. So, terpaksalah membatalkan niat nak main tu. Lagi2 tengok dan dengar pengalaman diorang main banana boat. Pergh, syiok dengar. Masa diorang naik boat, snorkeling semua, aku dengan kawan aku yang tak menjoinkan diri ni pegi shoping moping kat kedai2. Pergh, dekat rm100 jugak habes. Beli ole2 untuk yang tersayang.
Lepas beli belah semua, sempat lagi aku pegi tegur seorang warga Sudan ni. Masa tu, dia tengah duduk tepi pantai tu dengan anak dia dua orang dengan jubah dan tudung labuh serba hitam. Lama jugak aku chat2 dengan dia. Dia tak tau bahasa inggeris. Jadi macam ayam dan itik bercakap. Aku selit2 sikit perkataan bahasa arab. Sebab dia tau bahasa arab je. Suami dia doktor, jadi aku ingat nak tunggu suami dia. Tapi suami dia tak naik2 ke daratan pulak. Dah nak maghrib kami sama2 mengundur diri. Dan terkejut jugak aku bila wanita Sudan tu cakap "Jumpa lagi".
Ekceli, takda la dia tak tau bahasa inggeris 100%. Paham sikit2 jugak macam aku. Cuba susah sikit la nak sampai apa yang nak disampaikan tu. Dia cakap dia stayed dengan Ibu. So, aku rasa dia duduk dengan orang tempatan yang berbangsa Melayu. jadi mesti boleh berbahasa Melayu sikit. Anak dia comel2, sorang tu 3 ke 4 tahun macam tu. Lagi sorang tu baru 7 bulan. Tak sempat nak bergambar sebab leka berbual2.
Sebelum tu, masa hari jumaat, ada juga aku cari responden warga Iran. Lelaki. Belajar kat UTP. Tengok dia sorang2 je. Tapi tak cakap banyak sebab aku rasa malu pulak nak borak2 dengan dia. Ada tu dari French ke mana entah. Suami isteri. Masa diorang jawap question tu, diorang nak tulis 'beach'. Tapi isteri dia tak tau eja. Sebelum tu, diorang dah cakap lisan dah yang diorang interesting dengan beach. Tapi tak tau eja. Si suami nampak macam ego sikit tak nak tanya. Aku tengok aje dia eja macam mana, errrr, salah dia eja.
Ada tu, satu famili dari Austria. Tiga orang. Yang ni nampak friendly. Banyak juga borak2. Tanya apa pandangan dorang pasal Pangkor ni, apa yang boleh di baik pulih, apa yang diorang suka. Macam2 lah pertanyaan yang timbul. Yela, orang dah ramah dengan kita, jadi kita pun terjadi peramah nak tanya itu ini..
Selain pengalaman2 berinteraksi dengan foreigner, yang aku suka kat Pangkor kali ni adalah makanan yang disediakan. Pandai betul lecturer aku dan dua lagi pembantu beliau ni cari tempat makan. Gambar2 telah aku postkan di facebook, boleh klik sini kalau nak tengok makanan2 yang lazat.
Okaylah, kemalasan aku dah datang. Malas nak cerita lebih2.
![]() |
| Ni semua classmate aku yang ambik minor geografi. Ada lagi sorang tak masuk dalam gambar. |
Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v
p/s: gambar2 foreigner tidak boleh ditunjukkan kerana mahu dijadikan lampiran untuk laporan.



No comments:
Post a Comment