Assalamualaikum wbt. Salam kasih sayang hanya kerana Sang Maha Penyayang, *Senyum*
Ingat sebelum balik ni nak setelkan sikit tugasan2 yang kene hantar naik mid sem ni, insya-Allah. Ingat sabtu ahad minggu lepas boleh dikosongkan dengan aktiviti2 privasi aku sendiri seperti tidur. errrr~~ Tapi seperti biasa perancangan Allah jua yang terbaik bagi aku, alhamdulillah.
Sabtu lepas 7 April, student fakulti pendidikan UTM datang USM. Aku pun sibuk2 nak join sambut kedatangan mereka tu. Boleh je aku tak nak join. Tapi memandangkan ramai dah balik kampung, aku rasa mesti tak ramai boleh tolong2 sambut student UTM nanti, kesian pulak.
Jadi, secara suka dan rela aku menawarkan diri menghulurkan bantuan apa yang patut. Bersama-sama lagi beberapa orang mahasiswa education studies USM.
Ekceli, aku geram dengan YDP persatuan aku ni. Bukan apa, dia sepatutnya bagitau kat anak2 buah dia apa yang patut. Kadang2 kitorang bukan tau apa2 pun. Kitorang ingat macam ni, tapi tau2 macam tu. Kesian kawan2 aku, err, kesian kat aku jugak. Kenapa? Ah, tak payah tau lah. Kegeraman aku sudah reda. Aku paham dia banyak nak pikir. Dia sibuk uruskan itu ini. Jadi mungkin kami ni terabai. Tidak diendahkan. Geram kejap je.
Lepas makan pagi, kumpul kat bilik mesyuarat kat pusat pengajian. Berkongsi2 dan bertukar2 ilmu pasal USM dan UTM. Macam2 jugak aku dapat pasal UTM ni. Mostly student education UTM ni dalam bidang sains teknikal macam matematik, kimia, semua. Ada juga TESL. Kampus diorang pun nampak besar kalau nak compare dengan USM induk ni.
Lepas berkongsi mongsi semua, pihak UTM buat satu aktiviti. Ekceli, aktiviti tu aku dah tau sebab dulu masa Pimpin Siswa aku dah main game tu. Cuma kali ni dia guna nama2 yang dah ditetapkan. Game apa? Tak tau nama spesifiknya. Tapi ada satu kain ni dijadikan hijap untuk dua kumpulan. Kita kene ingat nama2 kumpulan lawan. Dalam game kali ni, kumpulan aku kene guna nama2 bunga dan kumpulan lawan kene guna nama2 buah.
Pastu dua2 kumpulan kene teka. Sebelum tu kain tu djadikan penghadang untuk pihak lawan tak tau sapa yang berdiri. Lepas penghadang tu dijatuhkan, kumpulan mana yang dapat teka dulu dengan betul dia yang menang. Ah, tak tau la aku nak terangkan secara teori ni. Kene demo baru kau orang senang paham. (gambar tak sempat nak ambik dari kamera kawan aku. ada aksi excited masa main game ni)
Lepas tu, sebelum diorang balik bilik masing2, sesi bergambar pulak. Aku dan 3 lagi kawan aku tak menjoinkan diri bergambar sebab nak kemas2 kawasan tempat makan tadi. Bukan nak tunjuk rajin lah. Errr.
Petang tu, dalam pukul 3 kot pegi bawa diorang jalan2 USM. Memula bawa pegi librari, pastu jalan kaki pegi Muzium. Pastu jalan kaki keliling USM. Errr, tak de la keliling semua kawasan USM, jenuh la. Kat kawasan yang menarik je la. Then, tetiba hujan turun membasahi bumi USM. Terpaksalah berteduh sekejap. Agak2 hujan reda sikit, kami teruskan perjalananan kaki kami. Pegi lalu tasik biawak yang femes kat sini. Ngee~~
Then, malam tu aku tak joinkan diri bawa diorang makan kat mana entah. Tapi bukan kat USM. Area2 Quesbay kot. Esoknya pun aku tak join bawak diorang jalan2 pegi Bukit Bendera. Bukan tak nak join, tapi keadaan tidak mengizinkan. Jadi tak dapat lah nak berkenal-kenalan lebih dengan diorang.
Masa petang tu just dapat kenal sorang dua je yang kos matematik. Ada jugak aku tanya sorang budak TESL ni, tapi nampak macam kerek je. Terus terencat nak borak2 dengan dia. Nasib tak semua yang kerek2 macam tu. Budak kos matematik tu okay je. Peramah. Tapi mungkin budak tu tak kerek, cuma malu kot. Aku pun pemalu juga bila dengan orang yang tak kenal. Haaa, budak tu pun macam aku kot.
Ekceli, aku teringin jugak nak jalan2 uniberciti lain. Tapi taknak la buat rombongan ramai2. Mungkin (mungkin jelah) aku nak melawat kawan2 aku kat unibersiti then suruh dia bawa aku round uniberciti dia. Yang aku pernah pegi kat UTEM je lah. Tu pun sebab kakak aku belajar sana. Insya-Allah kalau diizinkan Allah boleh lawat unibersiti lain.
Bila ada orang datang kat USM ni, baru aku rasa betapa beruntungnya aku dapat USM. Baru aku kenal USM dengan lebih dekat. Kadang2 aku rasa warga USM sendiri tak mahir selok belok USM ni. Ya, aku la tu. Hikhik. Kau tau ke kat USM ni dulu markas British. Kat USM ni ada kubu British. Kat USM ni dulu kawasan perkuburan. Errrr. Tu apa yang lecturer aku cakap la. Wallahualam.
Yang orang tahu USM ni universiti dalam taman. Unibersiti Apex. Tapi sejarah USM, apa yang ada dalam USM tu sendiri, kau tau? Err, aku pun kadang2 tak tau. Heee~~
Aku berundur dulu dalam kencah pembebelan kali ni. Banyak dah ni aku membebelan. Bosan dah kau orang kan.
Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v

2 comments:
youuuuu
I'm here. Huuuu~~
Post a Comment