Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera keatas kamu semua. *Senyum lebar*
Dah hampir seminggu memori daun pisang pergi Pulau Pangkor berlalu. Yang pada awalnya perasaan yang sangat amat kecewa sebab tak dapat pegi Langkawi, namun Allah telah beri yang terbaik untuk aku. Alhamdulillah.
Segala rancangan telah diatur. Namun, jangan kecewa jika perancangan yang kau buat itu tidak dapat dilaksanakan. Kerana engkau perlu ingat ada Perancang yang Maha Berkuasa. Ya, itu yang aku pegang. Walau perasaan kecewa menerjah jiwa tika aku dikhabarkan tidak dapat pegi Langkawi.
Aku sudah dua kali pergi Pangkor. Pertama dengan ayah aku tika aku sekolah rendah, tak ingat tahun brapa. Kedua, dengan rombongan sekolah mak cik aku tika aku di tingkatan dua. Dan ini sudah kali ketiga. Jadi, jika diberi pilihan untuk ke Pangkor atau Langkawi, sudah semestinya aku memilih Langkawi. Kerana aku tidak pernah menjejak kaki ke Langkawi.
| Selamat datang. Keadaan pun sudah upgrade. Tak sama macam dulu. Sekarang lagi menarik. ^^ |
Ah, itu masalah yang tidak perlu di besar2kan. Alhamdulillah, segala urusan di Pangkor berjalan lancar. Oh, sebelum itu biar aku beritahu kenapa aku perlu ke Pangkor. Sebenarnya, aku dan kawan2 sekelas aku yang mengambil salah satu paper geografi perlu membuat kajian lapangan di tiga tempat: Hutan Lipur, Pulau Pangkor dan Langkawi.
Pada asalnya, aku mahu memilih Hutan Lipur saja kerana kos yang perlu dikeluarkan sedikit berbanding Pangkor dan Langkawi. Tetapi memandangkan sudah penuh, aku dan seorang lagi sahabat terpaksa mengisi di ruang Langkawi kerana Hutan Lipur dan Pangkor sudah penuh. Ya, aku gembira sebenarnya mendapat peluang pergi ke Langkawi walaupun perbelanjaan yang diperlukan lebih banyak.
Sudah tahu aku ke Langkawi aku memberitahu Mak. Dan tersebar luaslah ke seluruh keluarga aku yang aku akan ke Langkawi. Maka mereka pun merancang menyuruh aku membeli coklat segala bagai di sana nanti. Aku juga telah menolak tawaran sahabat2 aku yang pergi ke Langkawi untuk bersiar-siar sebelum ini.
Aku tidak boleh menyalahkan keadaan. Jika aku menyalahkan keadaan yang tidak mengizinkan aku ke sana itu bererti aku menyalahkan Sang Perancang Alam. Nauzubillah. Tidak perlu juga aku beritahu mengapa aku tidak jadi pergi Langkawi. Ini semua sudah takdir yang perlu aku hadapi dengan lapang hati. Aku perlu berlapang hati dengan ketentuan ini. InsyaAllah.
Kau tidak tahu betapa aku perlu menahan hati mendengar kata2 kawan2 yang menyatakan aku rugi menolak pelawaan mereka dulu. Sedikit pun aku tidak terkilan menolak pelawaan mereka. Sedikitpun tidak berasa rugi menolak pelawaan mereka. Kerana aku percaya dan yakin, semua yang sudah dan telah berlaku ada hikmahnya. Maka, mengapa perlu berasa rugi, mengapa perlu berasa terkilan. Yang sudah berlaku, ya sudah.
Alhamdulillah, keluarga memahami. Insya-Allah jika diberi peluang, aku mahu membawa keluarga pergi bercuti di Langkawi atau tempat2 lain yang menarik.
Aku berasa sangat gembira dan berbesar hati sepanjang berada di Pangkor. Di tambah lagi aku diberi tugasan untuk interview foreigner. Kerana apa aku suka foreigner? Aku pun tidak tahu. Mungkin kerana aku suka. Wallahualam.
Sebenarnya, di Pangkor kami diberi tugasan untuk membuat soal selidik dan interview. Ada yang ke resort2, ada yang perlu buat untuk penduduk, dan ada juga pelancong asing. Kumpulan aku dapat pelancong asing.
| Ahli kumpulan aku. Kami tengah key-in data hasil soal selidik foreigner. |
Kerjanya mudah, hanya perlu menyuruh pelancong asing itu membuat soal selidik. Dan sambil2 tu aku dan sahabat aku meng'interview' pelancong itu sikit. Macam2 juga aku tanya sampai tergeliat lidah ni speking. Sebenarnya, walaupun foreigner tapi ada di antara foreigner tu tidak paham bahasa Inggeris. Slaga Inggeris mereka pun tak berapa jelas. Macam orang jawa macam aku ni juga. Hee~~
Mungkin aku akan buat satu lagi entri pasal ni. Entri ini aku mahu kau semua tahu bahawa Allah Maha Berkuasa merancang sesuatu. Perancangan Allah adalah terbaik. Sehebat mana kita merancang, Allah lagi hebat. Tiada siapa boleh lawan.
Jangan kecewa. Jadikan kekecewaan yang menerjah jiwa pendorong dan motivasi diri untuk lebih berlapang hati. Bukankah kita disarankan untuk berlapang hati. Masa inilah aku perlu mengaplikasi supaya berfikiran positif. Bukan cakap saja, tapi lakukan. Ya, aku usir jauh2 fikiran yang negatif tika dapat berita ini. Semua bermula dengan niat. Berniatlah kerana Allah, InsyaAllah semuanya baik2 saja.
Aku berundur dulu. Banyak yang aku dapat sebelum pergi ke Pangkor. Semuanya hanya Allah saja yang tahu. Selalulah pujuk diri dengan menyatakan bahawa Allah sayang kita. Ya, benar. Allah sayang hamba2-Nya. Percayalah!
Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v

No comments:
Post a Comment