Tuesday, November 22, 2011

Selamat Ulangtahun Kelahiran Haikal!

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera semua.

22 November tarikh ulangtahun kelahiran adik aku. Walaupun berlainan ibu, dia tetap adik kandung aku. 

Teringat pada awal dia dilahirkan. Aku tidak dapat menerima kenyataan. Siapa tidak sedih. Ah, malas aku nak cerita. Sekarang keadaan sudah kembali normal. Aku terima apapun masa silam seadanya. Cuba jadikan iktibar dalam kehidupan.

Malah hubungan aku dan adik lelaki aku itu semakin rapat. Kalah keakraban dengan adik lelaki seibu sebapa aku. Namun, aku tetap sayang adik2 lelaki aku yang mempunyai hubungan darah ini sepenuh hati.

Alhamdulillah, pencapaian akademik adik aku ini tidak mengecewakan. Ada saja perkara positif aku dengar. Namun, aku tidak tekankan pencapaian akademi semata-mata. Yang aku selalu mengingati adik aku adalah akhlak. Contohi akhlak Rasullah. Didikan agama itu yang utama.

Aku pernah melihat buku latihan adik aku. Ada tulis salasilah keluarga. Ah, sedih melihatnya. Pernah suatu ketika dulu, dia cakap kat kawan2nya "eh, aku pun ada kakak la". 


Kak Yan sayang Haikal! Hee. Hubungan kita perlu dijaga dan dibaja dengan kasih sayang. Jadilah muslim yang beriman dan bertakwa.


Sempena ulangtahun kelahirannya ini, aku berharap dia dapat jadi anak yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Aku harap dia tidak mengecewakan ayah aku. Aku harap dia tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Aku harap dia cepat menyesuaikan diri dengan perkara yang baru. Aku harap dia sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah.

Bitaufik wa najah, wasalamualaikum wbt.
v(^_^)v

No comments: