Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera. Salam Maal Hijrah.
Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Sambung sendiri lah, malas nak taip. Saja nak bubuh lirik lagu Maal Hijrah ni. Ni masih mood tahun baru. Rindu suasana sambutan Maal Hijrah kat hometown aku. Kat sini tak semeriah kat sana.
![]() |
| Salam Maal Hijrah. Semoga tahun 1433H ini lebih baik dari tahun2 sebelum ini. |
Biasanya kalau dah tahun baru mesti ada orang nak buat perubahan. Semestinya perubahan kepada yang lebih baik dari sebelumnya. Kalau artis2 tu agaknya mesti nak pakai tudung. Agaknya la. Ngee~~
Sebenarnya, belum tahun baru pun boleh lakukan perubahan tu. Cuma nak jadikan ia lebih bermakna, maka perlu penanda yang lebih menarik semangat untuk berubah. Ya. Sebenarnya boleh saja menanam, membaja dan menyemai azam sebelum, semasa dan selepas tahun baru juga. Cuma tahun baru itu dijadikan sebagai tanda peringatan untuk kita akan sentiasa menjadi lebih baik. Ah, aku tidak pandai mengarang perkataan yang cocok untuk menerangkan. Kalian fikirlah sendiri.
Seorang sahabat baik aku (ya. dia sahabat terbaik aku) mahu berubah menjadi muslimah yang solehah. Wow! Aku terkasima melihat perubahan beliau. Kagum. Kadang2 aku sendiri berasa malu dengan diri sendiri mengapa aku tidak menjadi seperti beliau.
Perubahan yang secara lahiriahnya yang boleh dilihat adalah dari segi pemakaian. Beliau kini sudah memakai pakaian2 muslimah sejati. Aku yang jadi malu dengan pakaian aku yang tidak sempurna ini. Dan sedikit pelik jika ada orang yang tanya beliau "eh, kenapa pakai baju ni". Hello, tidak bolehkah memakai baju yang menutup aurat itu. Maka mengapa perlu dipersoalkan. Sepatutnya kita tanya diri kita sendiri mengapa kita memakai baju ini, adakah ia menutup aurat. Jika tidak sila tukar kepada yang menutup aurat.
Ramai orang yang memakai pakaian, tetapi tidak semua yang memakai pakaian yang menepati syarak. Mungkin bagi mereka dengan memakai baju berlengan tiga suku sudah mencukupi, dengan memakai baju t-shirt yang mengikut bentuk badan sudah mencukupi, dengan memakai tudung dan diselimpangkan sehingga mengatasi paras dada sudah mencukupi.
Mungkin susah untuk melakukan perubahan. Tapi hendak seribu daya. Kalau taknak bagi la seribu alasan sekalipun, tetap tidak mahu.
Aku tidak tahu hendak menyatakan yang bagaimana lagi. Perubahan itu datang tanpa perancangan barangkali. Namun, boleh jadi kita perlu merancang untuk melakukan perubahan. Masakan kita asyik mahu ditakuk lama.
Perubahan rohani juga perlu diberi perhatian. Eh, rohani yang dimaksudkan bukan mak aku. Rohani yang dimaksudkan adalah dari segi roh, perkara yang berada dalam diri kita. Ah, kalian cari la sendiri maksud rohani itu. Aku juga mahu melakukan perubahan rohani. InsyaAllah.
Ada orang cakap, bila tiba tahun baru saja kita bersemangat untuk melakukan perubahan. Angan2 tahi ayam katanya. Ya, mungkin ada kebenarannya. Namun, sekurang2nya kita ada semangat itu. Berdoalah agar semangat itu terus subur mekar didalam jiwa. Sentiasa menanam, membaja dan menyemainya dalam diri. Sebab itu pentingnya muhasabah diri agar kita sentiasa memperingatkan diri kita.
"Oleh itu mari semua kita sambut Maal Hijrah. Tingkatkan semangat, Tingkatkan syiar Islam untuk sepanjang zaman. Untuk sepanjang zaman." Ini lirik rangkap terakhir lagu Maal Hijrah. Sangat bermakna bagi aku. Sekali lagi mahu menegaskan "Tingkatkan semangat, tingkatkan syiar Islam UNTUK SEPANJANG ZAMAN."
![]() |
| Semoga semangat itu terus subur mekar segar dalam diri ini. Amin. |
Eh, apa yang sudah aku mengarut ini. Maaf kerana menambahkan lagi beban di benak kalian. Aku sedang didalam semangat Maal Hijrah, maka entah apa2 yang telah mengarutkan. Baik aku berundur secepat mungkin. Kalau rasa tak puas hati, tidak setuju, atau entri kali ini bercanggah dengan pandangan kalian silalah komen diruangan komen di blog ini. Sesungguhnya perkongsian pandangan kalian sangat aku perlukan untuk aku muhasabah diri ini yang kerdil. hina dan dina. (-_-)
Bitaufik wa najah, wasalamualaikum.
v(^_^)v



No comments:
Post a Comment