Assalamualikum wbt. Selamat sejahtera. Selamat berstudi kepada kawan2 yang tengah studi week. Selamat berholiday bagi yang bercuti. Selamat semuanya. ^^
[21/12/2011]
Majlis Sambutan Maal Hijrah 1433 peringkat USM
Hari rabu lepas aku tertarik nak pegi majlis sambutan Maal Hijrah peringkat USM. Ekceli tak tau pun ni majlis Maal Hijrah. Yang aku tau, Ustaz Kazim nak datang bagi ceramah. Nasib ramai yang menjoinkan diri pergi sekali. Maka tertunailah hasrat hati nak berjumpa orang2 yang boleh dikatakan hebat ini. (Tapi perlu ingat, yang terhebat adalah Sang Pencipta).
Mula2 majlis ucapan2 dulu. Time ni memang aku tak fokus sangat. Bukan apa, aku ingat just ustaz Kazim je yang bagi ceramah. Sekali ada majlis macam ni pulak. Jadi jiwa tu sudah lari ke tempat lain. Ngee~~
Pastu ada bagi anugerah2 segala bagai tu. Ada sorang jurulatih silat aku ni pun dapat. RM2000 kot. Pergh! Lepas ni boleh mintak beliau belanja nasi lemak depan USM ni (Eh! Nasi lemak je?)
Tokoh maal hijrah peringkat USM disandang oleh... jeng jeng jeng (pergh! Baget saspen ler). Mantan NC USM, Tan Sri Dato' Zulkifli Abd Razak. Sekarang beliau NC kat Universiti al-Bukhairi ke apa ntah namanya. Yang pasti ada nama al-Bukhairi. Tahniah! Lawak je masa penyerahan buku dari Tan Sri Dato' kepada Pusat Islam, gelak2 apa ntah mereka kat atas pentas.
Last sekali baru ustaz Kazim bagi ceramah. Tajuknya "Kesefahaman Asas Perpaduan Ummah" sempena tema Maal Hijrah kali ni.
Menurut ustaz Kazim, konsep persefahaman ni memang disuruh dan dituntut dalam agama Islam. Sebab banyak orang kata bahawa manusia ni tak boleh bersefahaman katanya. Sebenarnya kesefahaman ini wujud dan boleh diwujudkan. Dan memang kita kene berusaha untuk mencari kesefahaman itu. Tetapi dalam mencari kesefahaman mesti terdapat sesuatu benda yang tidak dapat tidak mesti ada benda yang tidak sefaham. Erk, faham tak? Maksudnya, mesti ada benda yang kita tidak sefaham.
Misalnya, mana ada orang seumur hidup dengan isteri dia selalu bersefahaman. Mana ada anak buah dengan bos dia sefaham sepanjang kerja. Tidak ada. Akan ada masa dan ketikanya akan berlaku perkara2 yang berselisih faham. Itu perkara biasa. Jadi, kata ustaz Kazim lagi, Islam mengajar kita mencari suatu benda yang dipanggil sebagai fiqh al-awlawiyah. Fiqh keutamaan.
Dalam mencari kesefahaman kita kene mencari mana yang lebih penting daripada yang penting. Mana yang lebih besar daripada yang besar. Mana yang terbaik daripada yang baik. Kalau kita pegang yang ini akan dapatlah titik persefahaman itu.
Kalau kita cari titik pertemuaan itu akan jumpalah apa yang dikehendaki. Tapi masalahnya, kita mencari titik untuk berpisah. Maka, jadilah perpecahan. Cuba kita cari apa yang boleh mempertemukan kita, yang menyamakan kita, persefahaman lah kita.
Apa yang ustaz Kazim tekan kan dalam ceramahnya kali ini, beliau menekankan enam benda. Dalam mencari kesefahaman ada enam perkara kata beliau. Kekuatan tauhid, kekuatan akhlak, kekuatan ilmu, kekuatan ekonomi, kekuatan perpaduan dan kekuatan jihad.
Aku rasa aku kene sambung entri lain lah. Sebab aku ada kerja lain. Malas nak buat draf. Lagipun, saja nak buat pembaca ternanti-nanti entri aku. Walaupun aku tahu tidak ada yang menanti. Ah!
Bitaufik wa najah wasalamualaikum.
v(^_^)v

No comments:
Post a Comment