Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera.
Saja nak mengadu kat sini. Tau dah tak kan ada yang ambil peduli. Namun, aku tak peduli akan orang yang tak ambil peduli itu. Aku tetap mahu meneruskan pengaduan di sini. Titik.
Lihat saja tajuk entri (ekceli tak tau nak bubuh tajuk apa). Tak tau kenapa sejak2 aku duduk diperantauan ni kepala asyik berdenyut2 kencang seperti menghentak2 disalur darah bahagian kepala ini. Argh! Hanya Allah saja yang tahu betapa sakit dan peritnya.
Takut jugak kalau2 terkene migrain. Sebab acapkali juga kepeningan ini melanda diri. Terutama bila tiba deadline menghantar asignment sudah dekat. Atau setiap kali final exam kunjung tiba. Mungkin sebab memikirkan asignment dan final exam itu. Jadi kemungkinan migrain itu tidak kelihatan.
Seringkali aku menggunakan minyak cap kapak untuk mengurangkan rasa kesakitan. Namun, aku tidak rasa apa2 kekurangan. Oh, ubat apakah yang perlu digunakan. Ah, sekurang-kurangnya aku berikhtiar untuk mengurangkan rasa kesakitan. Berserah. Tawakal.
Yang pelik bagi aku, aku hanya pening. Tidak seperti mereka2 yang aku selalu dengar demam, selesema, batuk dan sakit2 ringan yang lain. Sudah tentu apabila demam dan lain2 itu melanda diri mereka, kepeningan akan turut serta melanda. Syukur Alhamdulillah. Hanya pening ni je pun aku dah tak tentu arah, ini kan demam dan sebagainya itu. Benarlah, Allah tidak akan bebankan kita dengan bebanan yang tidak sanggup kita hadapi. Bersyukurlah sebanyak2nya.
Jika kepeningan ini kifarah untuk dosa2 aku, aku redha. Aku sangat berharap dosa2 aku diampunkan. Siapa tidak mahu bukan. Berdoalah untuk bertaubat, Insya-Allah Allah ampunkan. Berdoalah dengan tulus ikhlas, Allah pasti rasainya.
Mungkin bila aku tidak berasa pening, aku tidak ingat kepada-Nya. Maka aku sangat bersyukur kepeningan ini menguasai diri. Harap aku sentiasa mengingati-Nya walau bagaimana keadaan sekalipun.
Hargailah nikmat sihat, sebelum kita sakit. Bila sudah merasai kesakitan pastinya penyesalan melanda diri kerana tidak menggunakan nikmat sihat itu. Jagalah diri sendiri kerana diri ini adalah amanah dari Sang Pencipta. Bertanggungjawablah terhadap amanah itu. Jangan persia-siakannya. Jaga keseluruhannya. Jaga kesihatan tubuh, jaga pemakanan, jaga masa tidur. Semuanya.
Akhir kata, doakanlah kesejahteraan kita bersama didunia walaupun diakhirat. Semoga kita diberi kesihatan yang baik. Insya-Allah.
v(^_^)v

No comments:
Post a Comment