Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera wahai seluruh warganegara bumi yang sentiasa dirindui Nabi dan disayangi Allah.
Saat entri ini ditaip bertarikh 18 November bersamaan tarikh ulangtahun kelahiran seorang sahabat aku.
Beliau adalah sahabat yang pertama aku jumpa kat USM ini yang satu kos dengan aku. Tak tau nak cakap beliau macamana. Yang pasti beliau sangat baik dan seorang yang memahami aku. Sesuai juga untuk dijadikan calon isteri bagi sesiapa yang mencari. Ngee~~
Bukan tak mahu mengenalkan beliau kepada kalian. Takut apa yang aku cakap pasal beliau bukan perkara sebenar. Yang pasti beliau bukanlah seorang yang jahat. Aku tak nampak kejahatan yang ada dalam diri beliau.
![]() |
| Ni dia sahabat aku. Ku Nor Nadzirah Che Ku Azam. Jangan main kau, keturunan Tengku ni. Cantik bukan beliau. Hee~~(kenapa mesti ada gambar aku skali, menyibuk sungguh) |
Aku kagum dengan sahabat aku ini. Beliau sangat komited dengan kerja2 yang orang amanahkan. Beliau seorang yang kreatif dan panjang akal dalam menyelesaikan masalah. Beliau sangat2 disenangi oleh sahabat2 aku yang lain.
Sahabat, sempena ulangtahun kelahiranmu ini, aku ingin mengucapkan selamat hari ulangtahun perkhawinan kelahiran yang ke 12 22 tahun. Kamu sudah semakin dewasa dan sememangnya kamu dewasa (saja nak bagi ayat sopan. kamu boleh tukarkan perkataan 'dewasa' kepada perkataan 'tua' juga. ngee). Aku kagum dan respek dengan kamu. Kamu dah banyak mengajar aku erti persahabatan. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat aku. Semoga kamu dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur untuk bernafas di muka bumi, ditunaikan segala apa yang dihajati, diberi jodoh yang beriman, bahagia dunia dan akhirat. Semoga kamu juga sentiasa dalam keadaan yang baik. Sentiasa dalam pemeliharaan dan perlindungan kasih sayang rahmat Allah dan semoga Allah menyayangi kamu. Aku sayang kamu walaupun aku tidak sayang seperti Allah sayangkan kamu. Semoga kamu sentiasa dalam jalan kebaikan.
![]() |
| Ira, aku design khas untuk kamu! Kerana kamu sahabat aku yang special. |
Banyak sangat nak wishnya. Sampai tak terluah dengan kata-kata mahupun perkataan. Aku harap yang terbaik jadi milik kita semua.
v(^_^)v



No comments:
Post a Comment