Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera. (Tak jawab dosa, kalau jawab sayang. Errrr~)
Sejak dua menjak ni banyak rasanya aku join aktiviti kat USM. Tak tau nak mula yang mana. Yang pasti banyak hikmah aku dapat walaupun tidak secara langsung. Dan mungkin ada lagi hikmah yang tersembunyi aku tak dapat lagi. Oh, hikmah yang dimaksudkan bukan nama orang. Boleh rujuk kamus dewan untuk mengetahui maksud dengan lebih terperinci.
18/12/2011
[Bengkel Bahasa Isyarat]
Bengkel ni bagi aku sebenarnya untuk pendedahan awal kat sesapa yang datang tentang bahasa isyarat. Malah bagi aku yang dah belajar sign language kat kelas ni pun dapat tingkatkan skill sign aku. Maklum saja, tangan aku yang keras gemalai ni perlu diberi latihan yang sewajarnya. Nanti tak lah kaku bila dapat mengajar kat sekolah yang ada masalah pendengaran.
Dan aku sangat tak suka bila ada junior aku cakap "kan dah belajar kat kelas. kita dapat apa?" Lebih kurang macam tu la ayatnya. Kerek giler cara dia cakap. Oi adik, hebat sangat ke kau punya sign. Kalau hebat meh tunjuk kat akak. Orang suruh masuk persembahan sign language pun akak tak nampak kau. Oh, sedih akak lihat sikap kau. Harap2 kau sedar diri kelak.
Okay abaikan budak itu. Suasana bengkel hari tu aku tengok lancar je. Sonok dan beronok-ronok je mereka masa aktiviti berlangsung. Tambah2 kawan2 aku. Balik je dari bengkel semua pakat update status kat FB. Pergh! Seronok sangat nampaknya. Tak putus2 lafaz hamdallah "Alhamdulillah" ditaip kat status tersebut. Aku pun turut bahagia lihat kegembiraan yang dipamerkan.
Tak sempat aku nak take picture cenderahati untuk VIP. Tak tau la okay ke tak sebab hasil kerja aku yang buat. Ngee~~ Ekceli bukan aku sorang yang buat. Background aku amek dari poster time promosi bengkel ni, then aku upah akak aku upgrade apa yang patut. Then, letak frame and bubuh ribon bagi naik seri (Erk, seri ke?). Bubuh ribon tu pun sebab aku dah geti buat ribon macam tu. Belajar time form 6 dulu.
![]() |
| Penghargaan ni aku framekan. Pastu aku nampak sambutan Maal Hijrah kat USM pun buat style macam ni jugak. Tapi lagi nampak gah banding aku buat. Hee~~ |
Seinfiniti penghargaan terima kasih kat semua yang sudi membantu aku menyiapkan cenderamata semua. Terutama kat anak buah aku yang tiga orang tu. Terima kasih sudi teman pegi Mydin untuk beli barang2 apa yang patut. Terima kasih sudi siapkan hamper untuk peserta2. Terima kasih sudi bekerjasama dengan akak (erk, akak?). Dan juga roomate aku yang banyak memberi sokongan padu (Erk?). Terima kasih juga kat kawan aku yang sudi bawakkan hamper semua bagai tu dengan keretanya yang sudah mati roadtax. Ngee~ Tanpa kalian pastinya cenderamata semua tu tiada.
![]() |
| maaflah dik, akak tak interframe gambar kamu. ngee~~ Just nak tunjuk hamper hasil kerja anak buah aku. |
Sebenarnya peranan aku kat bengkel tu kecik je. Just sediakan hadiah dan cenderahati (eh, cenderahati ke cenderamata?). Yang main peranan utama of couse fasilitator sebab mereka lah yang mengajar sign language kat peserta2. Masa sesi tu aku pun menyibukkan diri kat kawan aku sorang ni. Dalam erti kata yang lebih halusnya menolong kawan aku mengajar sign language (Sebenarnya tak tolong pun, menyibuk je lebih kau ni).
Peserta2 pun aku tengok okay2 semua. Kira memang mereka ni berminat nak tahu bahasa isyarat. Kagum dengan semangat yang ditunjukkan. Harap2 mereka dapat banyak dari bengkel ni.
Tak lupa kat pengarah projek ni, kawan aku sendiri yang banyak bagi tunjuk ajar kat aku. Suruh itu suruh ini. Hee. Ekceli takda la suruh apa2. Malah aku berterima kasih kat beliau kerana banyak yang aku belajar dari beliau. Sampaikan tak dapat nak zahirkan dengan kata-kata mahupun perkataan.
Habes je bengkel tu, sempat pulak aku ikut kawan2 aku pegi posing kat tasik USM. Ngee~~
![]() |
| Terima kasih semua. Banyak aku belajar daripada kalian. ^^ |
Ada lagi benda aku join. Tak tau nak cakap macamana. Semalam hari Rabu Ustaz Kazim sempena sambutan Maal Hijrah peringkat USM. Tadi hari ni, Khamis, jumpa dengan pengarang thiller no 1 malaysia, Ramlee Awang Mursyid. Siap bergambar lagi. Sempoi habes. Next entri pulak crite. Kang panjang berderet pulak post kali ni. Ngee~~
Cuma nak kongsi apa yang aku dapat. Bak kata pepatah buang yang keruh, ambil yang jernih (Erk, sesuaikah peribahasa ini).
Bitaufik wa najah wasalamualaikum.
v(^_^)v




No comments:
Post a Comment