Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera.
(entri kali ini mungkin panjang, jika rasa nak baca silakan, jika tidak ikut suka korang la. ahaks)
Kat USM sekarang tengah minggu konvo. Kalau pegi kat tapak konvo tu, pergh! Rambang mata. Aku bukan rambang mata dengan barang2 yang ada kat situ. Tapi dengan makhluk2 yang ada kat situ. Haip2! Bukan nak mencuci mata dengan melihat panorama manusia yang hensem2 pun. Tapi aku jadi rimas dan lemas dengan kepadatan manusia itu. Sampai hilang kawan kalau lalu kat tempat2 yang banyak orang itu. Huh!
Maka, solusinya menahan kaki ini melangkah masuk ke tapak konvo berkenaan (walaupun dah melangkah masuk pun).
Tetiba pulak teringat perdebatan aku dengan pakwe kawan aku kat FB. Alaa, bukan debat apa pun. Cuma pasal isu pendidikan. Aku malas nak berdebat dengan budak tu sebenarnya. Tapi, geram pulak bila dia jawab macam tu kat aku. Kadang2 aku ni berpendirian jugak. Aicehceh.
Sebenarnya isu graduan menganggur ni tak boleh nak salahkan satu pihak saja. Peluang pekerjaan sekarang tak sama dengan peluang pekerjaan zaman2 dulu. Persaingan yang sengit. Maka kene ada alternatif yang lain. Pihak yang mentadbir dan pihak yang ditakbir dua2 kene fikir jalan penyelesaian.
Ya. Aku cakap senang la kan. Tapi cuba aku yang alaminya. Hanya Allah je yang tahu macamana nanti.
Kita merancang, Allah jua merancang dan perancangan Allah jualah yang terbaik. Tapi jangan pikir kita tidak boleh merancang. Merancang masa depan kita supaya kita tahu apa yang kita perlu lakukan. Berserah saja pada Allah untuk memberi kita yang terbaik. Terutama lepas bergraduasi nanti.
Perancangan aku lepas bergraduasi nanti semestinya mahu menjadi seorang guru. Tapi ada orang cakap, amek kos pendidikan tapi tidak menjadi guru. Oh, itu yang aku marah. Memang tidak semestinya kita kerja mengikut bidang yang kita pelajari. Itu rezeki masing2. Harus terima dengan senang hati.
Mengapa harus bersedih jika kita tak dapat apa yang kita inginkan. Mengapa harus bersedih bila melihat orang lain dapat apa yang mereka impikan. Seharusnya kita bergembira dengan apa yang kita peroleh. Berusaha, berusaha dan terus berusaha untuk mendapatkan apa yang kita mahukan. Jangan pernah berputus asa. Berdoa kepada Allah untuk memiliki impian kita. Allah tahu apa yang kita perlukan.
Mungkin ada orang berkata "alaa, kau boleh la berasa selesa sebab kompem2 kau boleh jadi guru. Tambahan pula kau sudah terikat dengan pihak KPM". Ya, kadang2 aku berasa lega dan tidak perlu berpikir untuk mendapatkan perkejaan. Tapi tahukah anda bahawa apa2 pun boleh terjadi. Aku berasa sangat bersyukur kerana diberi kelebihan ini. Dan risau juga kalau2 aku leka dan terus terleka.
Aku ada seorang kakak yang baru saja menghabeskan pengajian ijazahnya. Dan kini beliau sibuk mencari pekerjaan. Kakak aku tidak pernah berputus asa dalam mencari pekerjaan (itu yang aku nampak, tak tau pulak kalau dia malas nak cari kerja. ahaks). Kadang2 kesian tengok beliau berpenat lelah pergi interview sana interview sini. Tapi bagi aku itulah kemanisan dalam kehidupan. Pengalaman walaupun perit tapi membawa seribu satu makna. Walaupun mengorbankan wang, masa dan tenaga, tetapi Allah pasti melihat kesungguhan kita. Cuma jangan sekali-kali mengeluh dengan setiap apa yang berlaku.
Dan aku mungkin nanti tidak berpeluang untuk mencari pekerjaan bila habes pengajian. Aku sudah ditetapkan menjadi seorang guru (kadang2 aku berasa takut juga bila tidak dapat jadi seorang guru). Aku hanya tunggu di'posting'kan dimana. Tapi tidak bermakna aku harus goyang kaki, tangan dan badan. Malah aku juga harus mencari pengalaman untuk menjadikan aku seorang guru yang sebenar2 guru.
Jika anda jadi aku, anda akan tahu bagaimana perasaan aku tika dan saat ini. Itu hanya aku yang merasa. Sebenarnya, aku berasa bersalah seandainya aku tidak bersyukur dengan apa yang Allah berikan kat aku. Aku juga takut kalau2 Allah tarik semua nikmat yang Dia berikan. Setiap hari aku mohon agar jangan ditarik nikmat2 yang diberi. Dan menjadikan aku seorang yang bersyukur.
Melihat senior2 yang sudah bergraduasi, hati ini bertambah bersyukur. Ada sebilangan mereka yang sudah bekerja dan sebilangan lagi mencari pekerjaan. Walaupun senior2 aku yang mengambil kos pendidikan, mereka masih belum mendapat pekerjaan. Nah, itu bukti bahawa bukan mudah mendapatkan pekerjaan. Tapi harus ingat, inilah peluang sebagai seorang guru mencari pengalaman sebelum dijadikan guru yang tetap. Boleh saja mereka mencari pekerjaan sementara untuk menimba pengalaman. Boleh saja membuka kelas tuisyen sendiri untuk memberi sumbangan kepada anak bangsa.
Kita perlu merebut peluang. Aku difahamkan oleh senior aku, mereka boleh tahu dimana mereka di'posting'kan pada bulan Januari nanti. Tidak mengapa. Walaupun tempoh yang sangat lama untuk menunggu, tapi mereka boleh melakukan persediaan. Persedian mental, fizikal dan spiritual. Ilmu pendidikan sudah dipelajari, kini tinggal persediaan kerohanian yang perlu ditekankan.
Eh, apa yang aku dah mengarut panjang2 ni. Ah, lantaklah. Aku pun tak tau. Ahaks.
Okay okay. Aku berhenti mengarut. Nanti banyak2 makin serabut pulak.
>>>harap2 apa yang kita impikan menjadi kenyataan. Insya-Allah.
v(^_^)v

No comments:
Post a Comment