Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera kepada seluruh warga alam maya sekalian.
Hari ini cikgu akan mengajar... Eh, saja je nak amek feel good kejap. Berdasarkan tajuk yang aku karang di atas menunjukkan bahawa aku rindu akan seseorang, eh bukan seseorang tapi beberapa orang. Mereka adalah ahli keluarga aku.
Teringat masa aku nak balik sini (Penang), time aku melambai2 tangan kat atuk aku. Sebak tahap nak terjun kereta je time tu. Macam nak bunuh je perasaan masa tu. Tapi apakan daya...
Nampak tak gambar kat atas ni. Eheh. Mereka adalah adik beradik aku. Yang paling rendah kakak aku dan yang paling tinggi adik aku. Turutan ketinggian mengikut turutan kelahiran. Dapat bayangkan tak suasana kampung aku yang SANGAT aman damai permai dan saujana mata memandang. Gambar ni di ambil kat jambatan depan rumah atuk aku. Belakang tu rumah jiran depan rumah atuk aku merangkam rumah atuk kawan baik aku.
Ni masa raya pertama. Lepas balik solat raya je aku terus makan. Mak cik aku cakap sunat makan sebelum sembahyang raya. Tapi aku tak makan pagi tu, so, balik je solat aku terus kelahap cari makanan. Gambar aku tengah makan tersebut telah dijadikan profile picture di facebook kerana ia akan menyebabkan aku teringat akan makanan raya di kampung kerana di sini aku tak akan ketemu makanan seperti itu.
Actually, gambar yang aku tayangkan mempunyai maksud yang tersirat. Aku geram sebab sekarang aku tak dapat nak melepaskan apa-apa kat mereka. Kerana mereka adalah tempat aku mengada-ngada, menjerit-jerit bila geram, bertepuk tampar, berpeluk cium dan sebagainya. Dan aku yakin dan percaya adik dan kakak aku tu mesti meluat dengan tingkah laku aku itu. Ahakz. Tapi dengan mereka saja aku boleh berbuat bergitu dengan orang lain tak berani. Kang tak pasal aku kene saman kerana berkelakuan pelik.
Okay la, saja nak mengada-ngada mengongsikan gambar ni. Jangan meluat eh. Ngee~~
>>>bila tengok gambar raya tahun ni rasa terubat kerinduan. Kepada ahli keluarga aku yang membaca, jangan nak mengomel bila yan meluahkan perasaan disini. ahakzz...
v(^_^)v


No comments:
Post a Comment