Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera semua.
Hampir dua minggu aku kat sini, dan semalam aku terjumpa junior aku masa sekolah dulu. Tak sangka dan tak jangka akan bertemu junior itu.
Kali terakhir jumpa beliau masa solat terawikh kat surau taman aku. Tapi masa tu tak bual2 panjang pun. Aku pun datang lambat masa tu, terus sembahyang, lepas sembahyang, salam-salam terus balik. So, tiada perbualan yang mendalam antara kami. Masa tu hanya ungkapan "eh, kak aziani" dan aku hanya melemparkan senyuman yang manis. Ngee~~
Hebatnya aturan Allah dalam pertemuan dengan seseorang. Tak boleh nak jangka dengan siapa kita akan bertemu. Kadang2 bila kita buat temu janji pun tidak dapat ketemu. Dan kadang2 jugak bila kita nak sangat jumpa dengan seseorang pun tak dapat. Yang tak nak jumpa pulak selalu terserempak. Subhana-Allah.
Mungkin pertemuan aku dengan junior aku tu ada hikmahnya. Sekolah dulu kami satu dorm. Masa duduk satu dorm tu pulak baru aku tahu dia duduk satu taman dengan aku (kat taman aku yang beratus-ratus rumah boleh pulak aku tak tau dia duduk situ). Lepas sekolah pulak dah lost contact, tup tup jumpa pulak kat universiti. Silap2 ada jodoh dengan keluarga dia (oh, adakah dia mempunyai abang atau abang sepupu yang boleh dibuat calon. ahaks). Wallahualam.
Pasal jodoh aku belum boleh nak cakap apa-apa. Belum sampai masanya. Hanya Allah saja yang tahu bila masanya akan tiba. Sabar. Tunggu saja hingga waktunya.
Dan dah nak tahun-tahun akhir pengajian ini, ramai pulak kawan2 aku yang memasang pasangan. Fahamkah maksud aku? That's mean ramai yang sudah mempunyai pasangan. Silap2 lepas bergraduasi terus melangsungkan perkhawinan. Tak pun, lepas final exam pada tahun akhir pengajian akan bernikah. Tinggallah aku berseorangan tanpa calon. Oh, sabarlah wahai diri. Ngee~~
Kadang2 menyampah pulak bila ada orang bertanya "eh, dah ada boyfriend?" Oh, soalan yang membunuuh jiwa ragaku. Walaupun kawan lelaki aku tidak punya. Ya. Percayalah. Kenalan yang aku tidak berapa kenal saja yang ada. Tapi aku rasa baik begini. Agar hati aku sentiasa terjaga dari tercemar dengan anasir2 tidak baik.
Tak dinafikan jugak, kadang2 aku suka kat seseorang. Eh, bukan seseorang pun. Aku ada jugak suka kat beberapa orang. Tapi bukan suka sampai nak bernikah dengan mereka. Hanya suka secara ala-ala kadar. Nak suka lebih2 aku rasa tak perlu pun. Mereka2 itu pun belum tentu suka kat aku. Ahaks. Daripada aku berharap kat mereka2 lebih baik aku berharap pada Allah. Lebih aman damai hati sanubari ini.
Lagipun aku sedar, aku bukan siapa2 pun. Hanya hamba Allah yang banyak kelemahan. Biarlah aku bertemu dengan banyak orang agar aku dapat mempelajari kehidupan ini. Semua sudah ditetapkan. Berusaha dan berdoa agar ketetapan yang sudah ditetapkan itu adalah yang terbaik untuk kita. Hanya Allah saja yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Jadi mungkin apa yang kita tak suka itu adalah yang terbaik untuk kita. Redha,
Rasanya dah banyak aku mengarut. Aku undurkan diri dulu. Jika diberi keizinan dari-Nya, aku akan membebel lagi di sini.
>>>harapanku subur kembali setelah apa yang aku lalui. cewah!
v(^_^)v

No comments:
Post a Comment